hereana posted on 21-6-2011 11:41 AM

Tips & Cara2 Menanam Pohon Buah-Buahan

As salam,

hai kawan2..harap dpt kita bkongsi petua dan tips cara menanam pohon buah-buahan..
sy ada check kt tred petua..tp takde sgt info psal menanam pohon buah2 nih..
lately nih..sy giler menanam pokok buah2..tp giler tanam sajer...:lol: tak de ilmu lgsung..:P
konon,kalo tak menjadi..aku tebang jer...;P
harap kwn2 kat sini dpt bantu..

ni senarai pokok2 yg sy tanam:

so,keluasan tanah tepi kiri & kanan 10 kaki dan 20 kaki..
yg belah 10 kaki tuh, sy tanam bderet  pokok ciku depan sekali mghadap pagar..
pastu sy tanam pokok jambu madu..delima dan cili thailand...

sederet kt pagar plak..sy tanam 2 pohon limau madu..limau kasturi

tepi rumah yg luas 20 kaki tuh pulak..sy siap tanam pokok durian kunyit..:lol: ..gilerr....
pastu depan pagar ,sy tanam rambutan sepohon..
berderet plak, sy tanam pokok jambu madu sepohon lg..pastu jambu batu seedless..

belah blkg rumah plak...hujung pagar sy tanam dokong..dan mangga taiwan/datuk...yg buah besar gilerr..(ni pokok yg dah lama tanam..dan berbuah..sebiji lebih kurang 1 1/2 kilo tau...)
pastu ada longan yg dan berbuah juga...

so..antara soklan yg nak tanya:
1. berapa jarak minimum antara pokok2 tsebut..sbb jarak yg sy tanam kurang dr 10 kaki setiap satu..
2. petua tanam pokok buah2 agar subur & berbuah lebat..
3. mcm mana nak pokok tak mu rimbun tapi mgeluarkan hasil yg lebat & berkualiti
4. baja2 yg disarankan utk kesuburan pokok..
5. petua2 tradisional ayah, tok kita..utk diamalkan..
6. segala info lelain yg korang tau....:$

jom share2..

hereana posted on 21-6-2011 11:42 AM

sy mula kan dulu ekk..

kata org kalau siram dgn air siang / cucian ikan...kat pohon2 cam cili..limau..
pokok tersebut akan subur..

hereana posted on 21-6-2011 11:44 AM

pastu..kalau kita buat unggun api/bakar sampah ,bwh pokok rambutan/jenis pohon merimbun..tak de nyamuk..pastu buah jadi elok..dan kumbang2 yg merosakkan tanaman pun mati.

pastu..kalau tak mu pokok membesar merimbun tak tentu pasal..masa tanam tuh..kita pancang kayu kat badang pokok yg masih lembut..supaya pokok tu membesar dgn rendang jer..

xette posted on 23-6-2011 03:18 PM

aku pon nak tau gak..
sbb ada dgr org tua2 ckp...kalu tanam durian ada beberapa petua nyer..
if not..pokok tak berbuah...
also pokok durian ni manja..tak bole silap sikit...nati 'majuk'

lavenderUngu81 posted on 24-6-2011 08:58 AM

Reply 3# hereana


    x terbakar ke daun pokok rambutan tu? huhu

neceolite posted on 24-6-2011 09:22 AM

bercakap pasal pokok ni ... itu hari aku ada bakar sampah / daun kering bawah pokok depan umah aku ... pokok ni dah lebih 15kaki tinggi ... sekalitu masa bakar api tu naik and sambar daun kat atas pokok tu ... habis 15% daun kat pokok tu terbakar .... and aku manage utk selamatkan keadaan .. (sembur air) and tak lama lepas tu semua pokok turned to warna coklat (mati) ... and esok aku bercadang nak tebang je pokok tu !!

lavenderUngu81 posted on 24-6-2011 10:18 AM

Reply 6# neceolite

alahaii....tu laa...kalo bakar dkt2 ngn pokok ni bahaya....satgi angin mai abis pokok kne sambar...
huhu

hereana posted on 11-7-2011 06:07 PM

Reply 4# xette


    buat masa nih..sy menanam just niatkan sbg phiasan sesaja..ha..ha..
suka belek2 daun dia yg hijau2 segar..tirus..

yelah..mcm org tanam pokok palm,puding kat laman ler..
bukannya kecik pung pokok2 tuh..kalau dah merimbun..cam sama besar jer dgn durian..ha..ha..

cuma kalau nasib baik..'pokok hiasan' sy ni bhasil...:P
tp kalau tanam pokok2 hiasan..tak de buah..cuma tatapan mata jer..

hereana posted on 11-7-2011 06:13 PM

Reply 5# lavenderUngu81

bakar kecik2 jer..jangan smpai api menjulang..or masa tgh angin kuat..
bila dah start api jer..cepat2 tutup dgn rumput ker..sy nengok abah sy wat camtuh..
so, bila kena tutup dgn rumput..jadik asap pun naik ler...

darly posted on 14-7-2011 04:54 PM

nak tanya...
pokok jambu madu selalunya berapa lama ambik masa untuk berbuah...
kat rumah ni dah masuk setahun tp masih tak berbuah lagi...
sedangkan lemon dan mangga tak sampai 1 tahun dah dapat hasilnya....

mcoren posted on 3-9-2011 06:26 PM

pokok jambu air madu boleh berbuah seawal 1.5 tahun. Tetapi bergantung kepada keadaan asal tanah. Biasanya untuk kita yang menanam pokok buah2an secara hobi, jarang sangat kita check kandungan tanah hantar kat lab. Jika pembajaan telah dilakukan mengikut jadual, dan pokok sudah mencapai umur setahun, check dahan dan ranting, jika ada sudah ada yang kelihatan matang, sudah sampai masa untuk berbunga. Boleh dicuba melakukan girdling atau cincin di dahan-dahan yang kita pilih. Cincin ialah perbuatan memotong kulit dahan sehingga sampai ke batang, jarak pembuangan kulit ialah sekitar 4mm. Boleh google girdling. Apabila telah dilakukan cincin, baja yang terhasil akan tersekat dan terkumpul, dan digunakan untuk menghasilkan bunga. Oh ye, pastikan daun pokok tidak terlalu banyak, dan juga pastukan 'top' terbuka untuk cahaya matahari. Jika daun terlalu banyak, baja akan pergi ke daun, dan tidak diguna untuk menghasilkan bunga.

mcoren posted on 3-9-2011 06:32 PM

Baja Trace Element (TE) jangan lupa nak taruh untuk pokok. Kebiasaannya orang fokus kepada baja NPK dan tidak mengetahui bahawa TE juga penting. TE umpama bahan galian untuk tubuh kita. Ia dalam kuantiti yang sedikit, tetapi sama penting dgn NPK. Ada TE yang disekalikan dalam baja kimia yang dijual, biasanya akan ditulis N:P:K + TE. Boleh juga dibeli TE sahaja. Boleh dibeli di kedai khusus menjual bahan pertanian. Sila google TE untuk mengetahui komposisi bahan TE.

mcoren posted on 3-9-2011 06:37 PM

Effective Microbes (EM) juga memainkan peranan penting. Tanpa EM yang cukup dalam tanah, baja tidak berfungsi sebagai makanan kepada pokok. Ia mengurai baja kepada makanan pokok, umpama makanan dalam perut kita yang dikisar dan usus menyerap bahan bermanfaat ke dalam badan. Jika perut dan bakteria baik dalam perut tidak berfungsi dengan baik, makanan tidak berubah kepada bahan berzat. Saya ada melakukan eksperimen menghasilkan EM sendiri dan sedang dalam tempoh eksperimentasi keberkesanan. Lebih elok gunakan EM dan digandingkan dengan baja organik berbanding digandingkan dengan baja kimia.
Page: [1]
View full: Tips & Cara2 Menanam Pohon Buah-Buahan