kingdom_queen posted on 25-7-2011 10:13 AM

Sedikit pertanyaan tentang alam roh

Assalamualaikum. KQ baru jer kehilangan mak pada 24/6/2011. Alhamdullilah! allah bg mak dengan seribu rahmat meninggal pada hari jumaat di bulan rejab. Tipulah KQ kiranya KQ kata KQ x sedih dengan kehilangan mak tp dengan keadaan kesihatan mak yg merana selama 14 tahun akibat stroke dan merana setelah kehilangan abah pada 1/1/2009, KQ redha..
Setelah mak meninggal, KQ google tentang kebaikan meninggal pada hari jumaat dan KQ mendapati bahawa orang yg meninggal pada hari jumaat terlepas seksa kubur sehingga hari kiamat (alhamdulillah sekali lagi)... persoalan KQ, betul ker apa yg KQ baca dan adakah roh akan bertemu dengan suami, ibu dan ayahnya yg telah meninggal? atau adakah roh akan berada di dalam dunia rohnya yg tersendiri sehingga hari kiamat kelak?

KQ berterima kasih pada siapa yg sudi menjawap pertanyaan KQ....

ogata posted on 25-7-2011 11:46 AM

Saya kehilangan ayah tercinta pada 25/6/11..sedihkan bila kt kehilangan org yg kita sygi dan kasihi...dulu bila sy baca yassin xda lah sesedih skg..skg bila baca yassin mesti tumpah airmata...Semoga ibu TT dan Ayah saya di tempatkan dlm golongan org2 beriman...

TT sory off topic..hihi

kingdom_queen posted on 25-7-2011 12:21 PM

Reply 2# ogata

salam... x per lah ogata... dah janji dia... KQ ilang mak abah dalam jarak masa 2 tahun 6 bulan... sedih ilang ayah x abis ilang lagi, KQ  dah ilang mak.....
kiranya... mak KQ ngan abah Ogata selang sehari lah ek... hermm... sedih kan... tp nak buat cam ner, kiter nih x der hak untuk halang kehendak yg maha esa.... cuma KQ arap 1 hari nanti, KQ diketemukan dengan arwah mak ngan abah... org kata sometimes, ada rezeki kita dpt ketemu ngan org tua kita di masjidilharam, KQ dapat jumpa seketika di masjidiharam  tatkala KQ dijemput menjadi tetami allah 1 hari nanti buat KQ minta ampun halalkan makan minum pun dah lega.... :(

p/s: KQ rindu sgt ngan mak ngan abah... waaaaa

ogata posted on 25-7-2011 02:15 PM

Reply 4# kingdom_queen


    TT umur berapa??...ogata sedih sbb xdpt nak minta maaf kat ayah...actually jumaat doc kata ayah mmg dah pergi tapi mak cik ogata minta sangat sambung hayat guna mesin sbb nak bagi peluang saya jumpa ayah..p tu la...Ajal maut xdpt di elak walau sesaat.apa2 pn ayah ogata pergi dengan tenang..AL-fatihah...

copy_paste posted on 25-7-2011 03:21 PM

yerke kalo meninggal ari jumaat xkan dpt siksaat kubur sampai ari kiamat,x penah dengar lah plak setahu aku ari jumaat para penghuni kubur x diseksa tapi hari2 lain diseksa kecuali bulan ramadhan

zamnie posted on 25-7-2011 04:35 PM

Al Fatihah utk yg tlh pergi... mmg sedey sgt kehilangan org tersyg!! tp Allah lebih menyanyangi mrkk...

sy ada bc meninggal hari jumaat mati syahid akhirat, iaitu syahid tp bukan mati mcm org pegi berjuang.. cuma lepas seksa kubur gak ler!! tp ini cuma terpakai utk org2 yg beriman...

kingdom_queen posted on 25-7-2011 05:55 PM

salam copy_paste dan zamnie...

itulah yg KQ post kat sini.. nak mohon pencerahan sebab masa sekolah dulu, cikgu kata x der seksa kubur pada ari jumaat tp baca kat google x der seksa kubur sehingga akhirat...

KQ juga berharap mak tergolong dalam golongan org2 yg beriman... walaupun bed ridden, mak x pernah lupa langsai tanggungjawapnya pada allah... solat.... mungkin x sehebat alim ulama, tp KQ tetap berharap mak dan abah ditempatkan dikalangan orang2 yg salih....

tentang roh tu.. ada pandangan x?

btw ogata, KQ baru jer menginjak 32 tahun pada 24/6/2011.. yer mak KQ meninggal di hari kelahiran KQ... hadiah yg x kan lupakan sampai bila!... pilu.... x mampu KQ untuk menerima ucapan happy birthday dari sesiapa pun... hatta anak sendiri... emonyer KQ aritu, sehinggakan KQ marah pada semua yg ucapkan happy birthday... KQ bagitau semua org KQ x happy so dont u ever wish me happy........ waaaa

siputbaby posted on 26-7-2011 10:37 AM

Reply 7# kingdom_queen


    emak kq dikebumikan bila?
sy penah tgk rancangan tanyalah ustaz.. ada ustaz tu bagitau..
kalau meninggal hari jumaat, dikebumikan juga hari jumaat, terlepas siksa kubur.
maksudnya, start terbenam matahari hari khamis, dh masuk hari jumaat, smpailah terbenam matahari jumaat. kiranya waktu mgrib  hr jumaat tu dh kira sabtu..

wallahualam...

orangbesi posted on 26-7-2011 11:24 AM

salam

SESUNGGUHNYA KITA MILIKNYA DAN KEPADANYALAH KEMBALINYA

so
WELCOME HOME
kepada DIRI YG SEBENARNYA....................
setelah sekian lama DIRANTAI dalam JASAD yang akan mereput
dan SELALU LUPA KEJADIAN DIRI

***[ERJANJIAN TETAP PERJANJIAN***:)

kingdom_queen posted on 26-7-2011 11:32 AM

salam siputbaby,

Mak KQ pergi mengadap ilahi jam 2.45pg ari jumaat dan dikebumikan pada hari jumaat sebelum solat jumaat. alhamdulillah... perancangan dan perlaksanaannyer berjalan dengan amat sempurna..

subhanallah.. sewaktu kami dalam perjalanan ke kubur, hujan adalah renyai... setiba kami di tanah perkuburan, hujan ilang dan langit semakin cerah... semasa jenazah mak dimasukkan ke liang lahat, awan mendung... seolah2 memayungi kami sehingga urusan talkin selesai dan seterusnya.. mentari bersinar dgn terang...

kami bersyukur sgt2 dengan pemberian allah dalam melancarkan urusan mak... alhamdulillah.... :)

jazaa1 posted on 26-7-2011 04:09 PM

Roh orang yang beriman ada setengah ulama kata di tempatkan di Mekah....
Sbb tu kalau kita bernasib baik, kita akan jumpa mereka di sana....

Pada hari-hari biasa pun menurut pendapat sesetengah ulama, roh boleh kembali menziarah anak cucu mereka tapi tak boleh berinteraksi....
Roh cuma boleh berinteraksi dengan  orang yang masih hidup melalui mimpi sahaja....

TT pertingkatkan amalan...semuga dengan amal ibadah yang kita lakukan, kita menjadi dekat dengan Allah & InsyaAllah Allah akan bagi kita berbagai-bagai kelebihan termasuk dapat berinteraksi dengan orang yang telah meninggal dunia.....

Wallahualam......

kingdom_queen posted on 26-7-2011 04:27 PM

thankx jazaa1... doakan KQ ada peluang jumpa mak ngan abah kat sana sewaktu KQ dijemput menjadi tetamunya 1 hari nanti... KQ cuma nak legakan lara di hati.. nak minta ampun dan maaf atas setiap kesalahan KQ di usia mereka... al-fatihah buat mak dan abah sekali lagi...

p/s : mak, abah... it hurts me so much when i realised u both have gone to a better place of which i wont be able to be with u both for now... i missed u both! we missed u both so much! and we definitely loves u both even more now.... but it will never be enough! it hurts us even more when we knew it is not enough!

menjad posted on 26-7-2011 07:17 PM

Moga Allah kurniakan syurga wat arwah ibu TT...semasa hidup kita bertemu untuk berpisah...tp kini kita berpisah untuk bertemu pulak...itulah hidup...bersangka baik jer TT! Allah itu amat pemurah dan sgt mengasihani...yg hidup ni...doa...doa...doa!...Allah mendengar...

akuyangcute posted on 28-7-2011 04:11 PM

saya pun baru kehilangan makcik yang saya rapat pada 21/07/2011 bebaru ni..dan memang sangat2 nak tahu ttg hal ni dan di manakah roh di tempatkan selepas itu..adakah ia sentiasa menjenguk kita setiap hari..
maafkan saya kerana bertanya kerana ilmu yg mase sedikit tentang hal ini:rf:

mbhcsf posted on 28-7-2011 07:15 PM

love isd stronger than death...so   you know ...jasad jer tak de...it is okay...let go slowly ...ingat yg penting doa tu  kat mak abah ...

fayros posted on 29-7-2011 07:29 AM

maka apabila terputus nyawa/roh daripada badan ketahuilah sesungguhnya terputuslah segala nikmat keduniaan dan hubungan sesama mahluk lain kecuali..2 perkara yang akan terus kekal menemani dialam kubur..sedekah jariah, amalan solat dan 1 lagi perkara ialah doa anak2 yang soleh selagi anak sentiasa bersolat dan sentiasa mendoakan kesejahteraan jenazah.....betulkan sy klau tersilap...berkenaan roh akan balik kerumah dlm masa 44hari untuk melihat seisi keluarga semasa ketiadaannya dari apa yang sy dengar dan tau adalah bidaah...betulkan kalau sy sekali lagi kalau saya tersilap...

Sesungguhnya sentiasalah mendokan kesejahteraan kedua ibubapa kita samaada yg hidup atau pun yang telah tiada kerana doa anak2 yang soleh akan terus sampai kepada kedua org tua kita tampa dihisap..wallahualam...betulkan sy sekali lg kalau sy tersilap..

ct_og posted on 30-7-2011 10:06 AM

Takziah kepada mereka yang telah kehilangan orang tersayang. Sungguh pengetahuan tentang roh tidaklah banyak diberikan kepada manusia. Namun dikhabarkan bahawa roh orang yang ingkar akan diseksa manakala yang dirahmati Allah akan tenang tanpa seksaan. Oleh itu, KQ doakan sentiasa agar roh ibu dan ayah KQ berada dikalangan  roh orang--orang yang beriman memandangkan roh orang-orang yang diazab akan diseksa kecuali pada hari Jumaat dan bulan puasa memandangkan waktu itu, roh dibebaskan pergi menzirah kaum keluarga dan lmbang kebesaran Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

orangbesi posted on 30-7-2011 10:35 AM

ROH tu balik la kat TUAN DIA
dah lama tersorok dalam JASAD REPUT niiii
yg kat Mekah tu
atau Hajar Aswad - hanya sekadar stempe atau cop sebagai saksi aje
(bahawa diri tidak akan sesekali menyekutukan TUAN DIA)
dan yg selalu balik kat umah
jenguk2 family dia
adalah QARIN simati :)
iyelah kembar sewaktu dilahirkan..................... ya kottttttttttt

mbhcsf posted on 1-8-2011 09:05 PM

Reply 18# orangbesi


    Assalamualaikum Ironman, Orang besi la kan

   qarin tu depa kata kembaq kita kan masa lahir dia wujud... so masa kita meninggal , dia pergi mane?

orangbesi posted on 5-8-2011 05:59 PM

Reply 19# mbhcsf

depa pi mana????laaaaaaa depa dok dunia depa la
sama cam si jin2 n setan2 tu leee
dok keliling hang - dr dulu, kini dan selamanya:)


apa leh wat, depa tak mampuih2 pun
cam hang dan aku gak nanti:'(
kesiannya kat kita
tak mampuih2 sampai kiamat

mbhcsf posted on 5-8-2011 06:06 PM

Reply  mbhcsf

depa pi mana????laaaaaaa depa dok dunia depa la
sama cam si jin2 n setan2 tu leee ...
orangbesi Post at 5-8-2011 17:59 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    kiasan  tu amboi hebatnya

orangbesi posted on 5-8-2011 06:21 PM

pi la try ngendap tengok
depa tengah buat apa??? :lol:

niceghost2005 posted on 5-8-2011 08:18 PM

pi la try ngendap tengok
depa tengah buat apa???
orangbesi Post at 5-8-2011 18:21 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

Salam Ironman,

How are u??
Lamer tak dengor kabor berita.
Sihat?

Salam

AuReusium posted on 5-8-2011 11:59 PM

uols, nak tanya, betulkah roh si mati itu, boleh melawat family sanak sedaranya di bulan ramadan ini?    (bertanya dgn niat ingin tahu)

lagi satu ai nak tanya, adakah binatang2 itu ada ruh? kalau ai ambil ikan kerapu sebagai contoh, dan kemudian ai masak asam pedas, kemana ruh ikan kerapu itu pergi?

ratapanmaduku posted on 6-8-2011 12:33 AM

ai pun nak tau gak pasal roh nih. arwah mak meninggal 8ramadhan. bbrp ari lg genap stawon. rindu mmg tak tertanggung, lebih sayu tgk ayah yg sgt2 rindukan arwah mak. just cant imagine how heartbroken he is.. missing her every moment. father in law plak ninggal sbln lepas. jaraknya kurang 44hari stawon..
soalannya, adakah dia selalu bersama dgn kita, balik tgk anak2 n keluarga. ada gak dengar crita roh2 nih kalo ada yg baru meninggal akan bertanyakan khabar ttg anak cucu yg masih hidup. klau betul, adakah arwah mak akan berjumpe arwah father in law n tanyakan pasal ai?
alfatihah untuk smua yg dah pergi meninggalkan kita..
Page: [1] 2
View full: Sedikit pertanyaan tentang alam roh