Vokuro Publish time 17-11-2011 05:52 PM

Post Last Edit by Vokuro at 17-11-2011 17:55

saya tidak tahu bijik butir perjanjian antara astro dgn tauke hbo, cnn, discovery segala jadah itu,...
hzln Post at 17-11-2011 17:43 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   saya pernah baca tentang astro punyai hak exclusive broadcast channel2 tertentu yg pop di tanah air ini.
yakninya other operators tanah air ingin celah bedah hendak beli channel itu untuk tayangan di tanah air ini tidak di benarkan. atas dasar hak exclusive itu, yg saya paling ingat channel HBO movies itu, namun HBO ada beberapa channel lain jua dan semasa hypptv unifi di lancarkan dahulu strategy mereka ingin kutip channel HBO yg astro tiada hak exclusive lah, namun sehingga sekarang tiada channel HBO di hypptv mereka.
sebagai contoh channels under natgeo
di astro ada natgeo wild dan yg satu lagi normal natgeo

di hyppTV, TM kutip natgeo adventure HD sahaja

maka saya rasa natgeo wild dan natgeo normal itu sudah di kontrak kan untuk astro sahaja.

kecimpret Publish time 17-11-2011 05:55 PM

masing2 ayat skema gaban x menahan;P;P;P;P

hzln Publish time 17-11-2011 06:21 PM

saya pernah baca tentang astro punyai hak exclusive broadcast channel2 tertentu yg pop di t ...
Vokuro Post at 17-11-2011 17:52 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


makanya jadi tanggungjawab pihak yg mengawalselia ttg hal ini ie SKMM utk mempastikan monopoli ini dipecahkan, bulih diarahkan pemilik hak eksklusif itu kongsi hak itu dgn operator lain....bukan tak bulih buat pun, antara nak buat dgn taknak ajer, bukan maknanya suruh astro buat sedekah jariah bagi free2 saja siaran yg mereka ada hak eksklusif itu kpd operator lain, perlu ada sekian2 bayaran lah, sbb astro dpt siaran2 itu pun bukan main kangkang saja terus dpt, besar bayarannya

saya dengar2 tatau sahih atau tidak, atau akan jadi kenyataan atau tidak, mmg ada perjumpaan skmm dgn pihak astro ttg lesen eksklusif itu sejak 2010 lagi, masa itu janjinya dlm 2 tahun, maknanya tahun depan lah, mulai 2012 dah tak bulih dah bulih dah sign kontrak aku-saja-bulih-tayang-org-lain-pegi-mampos-lah (tapi astro bijak kepala otak berjambul, berderet2 sign perjanjian eksklusif bila dgr peraturan tu nak dikuatkuasa, makanya peraturan itu hanya terpakai bila tamat perjanjian yg sekarang lah ;P)   

bila monopoli hak eksklusif itu dipecahkan jadinya kemunculan nilamas ini pada masa ini langsung tidak mengejutkan saya pun, bak kata org tua ibarat memasang lukah di pergentingan, byk puak2 tgh "lapar" di luar sana :P

alesandra Publish time 17-11-2011 09:10 PM

Reply 246# abgboroi

aku tak menipu.tapi sebagai penonton dan pelanggan aku rasa tertipu oleh syarikat yg menipu.aku tak berminat nak tau apa masalah mak nenek penonton lain.yg aku tau kalo hujan renyai sekalipon tak ade masalah gangguan siaran.
kalau korang x setuju kenapa melanggan satellite cable seperti astro.


sbb utk aku, astro saje option yg ade..........duhhhhhhhh.

kucingTomey Publish time 17-11-2011 11:30 PM

sini ok:laugh3:

along3746 Publish time 18-11-2011 09:08 PM

ABN muncul untuk jadi saingan Astro


Oleh IBRAHIM YAHAYA

DATUK IBRAHIM YAHAYA ialah Penasihat Media kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan


PELANCARAN Asian Broadcasting Network (ABN), televisyen kabel digital pada 15 November lalu mencatatkan satu sejarah lagi dalam industri penyiaran di negara ini. Ia secara langsung menambah satu lagi pilihan perkhidmatan televisyen berbayar kepada rakyat negara ini.

Secara kebetulan kemunculan ABN, milik Nilamas Corporation Sdn Bhd, ketika hati rakyat masih lagi 'panas' dengan tindakan All-Asian Satellite Television and Radio Operator (Astro) menaikkan kadar bayaran lebih tinggi kepada perkhidmatan tertentu.

Walaupun, kerajaan menegur tindakan itu tetapi Astro tetap mengambil keputusan melaksanakannya kerana bagi mereka ia tidak membabitkan rakyat keseluruhannya tetapi hanya sebahagian perkhidmatan saja.

Tindakan Astro itu walaupun tidak disenangi oleh pelanggannya tetapi sehingga kini tiada maklumat mengenai jumlah yang menamatkan perkhidmatan. Hanya syarikat itu saja yang mempunyai maklumat berkenaan.

Kemarahan pelanggan itu boleh dirasai kerana dalam keadaan mereka menghadapi pelbagai cabaran akibat putaran ekonomi dunia seperti kenaikan harga barang, mereka pula terpaksa mengempiskan kocek semata-mata untuk menambah bayaran bagi perkhidmatan Astro.

Bagi ibu bapa, mereka tiada pilihan memandangkan perkhidmatan televisyen satelit itu digemari oleh anak-anak terutama siaran kartun dan filem selain bapa yang meminati bidang sukan terutama bola sepak Liga Inggeris.

Oleh itu, mereka tetap terus melanggan perkhidmatan walaupun hati penuh dengan rasa kecewa ditambah pula dengan 'kekurangan' sistem siaran itu yang tidak boleh ditonton ketika waktu hujan.

Inilah kesempatan yang digunakan oleh ABN, pemain baru industri penyiaran untuk menyatakan mereka menawarkan kadar bayaran yang lebih rendah dari Astro di samping tiada gangguan ketika musim hujan.

Kelebihan ini mungkin menarik pelanggan untuk mengambil perkhidmatan mereka tetapi yang lebih penting ialah isi kandungan yang akan dihidangkan kepada pelanggan.

Isi kandungan yang baik sudah pasti menarik hati pelanggan untuk melanggani perkhidmatan terutama yang membabitkan program serupa yang ditawarkan oleh Astro seperti penayangan filem-filem tempatan dan luar yang bermutu selain program sukan dan hiburan yang menghiburkan.

Dalam pada itu, kemunculan ABN amat dialu-alukan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim. Beliau menyifatkan ia satu lagi pilihan kepada rakyat negara ini dan secara langsung mengelakkan rakyat tertumpu pada syarikat tertentu saja.

Kerajaan, katanya, menggalakkan persaingan dalam industri penyediaan siaran televisyen berbayar untuk mengelakkan monopoli oleh sesetengah pihak dalam industri itu.

Dr. Rais berkata berdasarkan peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998, amalan monopoli termasuk kandungan hiburan televisyen tidak akan berlaku. Sebaliknya, kata beliau industri itu akan berkembang dengan kemunculan ABN yang bakal memulakan siarannya pada suku kedua tahun depan dengan menggunakan sistem kabel optik.

"Kita akan menggalakkan percambahan kandungan ini dengan pelancaran ABN. Saya yakin iaitu khidmat televisyen kabel digital akan menjadi popular sebab mereka menekankan mengenai harga yang berpatutan, khidmat yang cemerlang dan kualitinya baik dan mereka mematuhi piawaian undang-undang negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran korporat ABN di Kuala Lumpur.

Antara perkara yang ditimbulkan oleh pemerhati industri ialah bagaimana ABN akan mendapat membeli program-program yang baik ini sedangkan ramai yang tahu bahawa banyak program kini dimonopoli oleh Astro?

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif ABN, Sreedar Subramaniam, isu mengenai kandungan bukanlah satu perkara yang kronik kerana menurutnya ia masih banyak lagi di pasaran. Apa yang perlu ialah mencari dan menandatangani kontrak dengan pembekal yang terus menerus mengeluarkan penerbitan yang bermutu dan digemari ramai.

ABN juga, katanya, turut menerbitkan program-programnya sendiri bagi memenuhi selera penonton sekarang di samping mewujudkan sumber tenaga profesional yang akan dibimbing menerusi Akademi ABN.

Semua itu akan berlaku dalam masa sesingkat ini selepas Pusat Penyiaran ABN yang ditempatkan di Puchong siap sepenuhnya.

ABN yakin memperoleh kira-kira 500,000 pelanggan bagi tahun pertama operasinya dan mengunjurkan kepada tiga juta pelanggan dalam tempoh lima tahun selepas operasi.

Satu sasaran yang amat optimistik sebagai pemain baru dalam industri penyiaran ini. Keyakinan itu, menurut Subramaniam berdasarkan perkembangan terkini di rantau ini di mana perkhidmatan kabel digital amat digemari oleh pelanggan di Singapura dan beberapa negara lain.

Ia juga menyasarkan untuk menguasai 15 peratus pasaran dalam tahun pertama dan mencapai 40 peratus menjelang tahun kelima. ABN pasti tidak bimbang dengan beberapa program atau siaran yang dimonopoli Astro.

Mengulas isu monopoli itu, Dr. Rais berkata siaran istimewa seperti bola sepak Piala Dunia dan peristiwa penting tidak seharusnya dikuasai satu pihak kerana ia adalah milik bersama dan sepatutnya ia dikongsi bersama untuk penyiaran.

"Dalam konteks penyiaran di negara ini, kita perlu melihat kandungan itu sebagai hak orang ramai seperti pertandingan bola sepak dunia ataupun badminton dan program-program besar yang tidak boleh dikuasai atau dipegang oleh satu pihak sahaja," katanya.

Ditanya sama ada ABN boleh menyaingi Astro dalam menyediakan siaran televisyen berbayar, beliau berkata mereka tidak seharusnya bertanding atau berkonflik tetapi berjaya mengikut keistimewaan mereka sendiri.

"Astro dengan kelebihan siaran melalui satelitnya dan ABN dengan keistimewaan yang boleh diberikan melalui sistem kabel fiber optiknya dan mungkin ada kerjasama yang boleh dihasilkan antara kedua-dua pihak", katanya.

Kemunculan ABN akan menyediakan pilihan kepada rakyat negara ini untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik dalam industri penyiaran. Yang penting, ABN perlu mempunyai kekuatan kewangannya bagi membolehkan ia terus hidup dan berkembang.

Mereka perlu belajar daripada sebarang kesilapan dan kekurangan yang dilakukan oleh pemain terdahulu seperti Mega TV atau MiTV, rangkaian televisyen berbayar di negara ini.

Mega TV adalah stesen televisyen Malaysia yang menawarkan khidmat langgan pelbagai saluran yang tersedia 24 jam di Malaysia. Mega TV diperbadankan pada 18 Oktober 1994 dan dikendalikan oleh TV3. Pemancaran penyiaran bermula 1 November 1995 menggunakan Sistem Penyiaran berdasarkan gelombang mikro.

Setelah menemui pesaingnya iaitu saluran televisyen satelit berbayar Astro, Mega TV telah menamatkan penyiarannya bermula 2001.

Hayat MiTV, stesen televisyen berbayar menggunakan Internet Protocol Television (IPTV) juga tidak panjang dan pada 31 Oktober 2006 mengumumkan satu penstrukturan semula termasuk menggantung semua kegiatan pemasaran dan pelanggan baru.

Dalam pada itu, rakyat negara sudah pasti menunggu dengan minat dengan program pendigitalan televisyen yang akan dilaksanakan oleh kerajaan seawal 2012 bagi membolehkan mereka mendapat siaran bebas di udara (FTA) yang lebih banyak dan bermutu. Ketika ini, urusan mengadakan program pendigitalan itu dikatakan berada di peringkat akhir sebelum sebarang pengumuman dibuat.

hzln Publish time 18-11-2011 09:41 PM

ABN muncul untuk jadi saingan Astro


Oleh IBRAHIM YAHAYA

DATUK IBRAHIM YAHAYA ialah Penasiha ...
along3746 Post at 18-11-2011 21:08 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    melihat kpd berita ni dan reaksi rais nampak agak jelas yg astro akan terpaksa kongsi contents dgn nilamas ni...cumanya tatau ler takat mana nilamas mampu bayar utk dpt hak siaran bersama tu, lagipun target mcm mengarut sgt, tahun pertama operasi pun dah ada 500,000 pelanggan {:3_89:}

hayrin86 Publish time 19-11-2011 09:25 AM

Reply 266# along3746
ABN bakal beroperasi kelak mesti ada saluran TV kelolaan sendiri, kan? Harap-harap ada saluran Melayu, Cina dan Tamil serta Inggeris kelolaan sendiri.

R2D2 Publish time 19-11-2011 10:32 AM

kalau tahun pertama pun pelanggan ABN naik mencanak
dh tentu mengerunkan ASTRO
biasa la
org yg monopoli ni dulunya tidur cukup lena

hzln Publish time 19-11-2011 10:45 AM

kalau tahun pertama pun pelanggan ABN naik mencanak
dh tentu mengerunkan ASTRO
biasa la
org yg mo ...
R2D2 Post at 19-11-2011 10:32 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    langkah pertama utk membolehkan ianya terjadi: hak siaran EPL
and start building up the subscribers base from there...astro dulu pun buat benda yg sama
sblm depa siar EPL mcm hidup segan mati tak mau ajer bersaing dgn megatv tu

Muntz Publish time 19-11-2011 12:18 PM

kalau korang suka tgk bola..tgk rancangan luar ok laa nak tukar kabel lain..tapi kalau korang asyik...
abgboroi Post at 16-11-2011 17:56 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Aku rasa skarang nie kalau penonton nak part ways dgn Astro pun takper. Sbb rancangan2 popular kat Astro Ria/Prima/Oasis bagai tu pun dah byk yg kena phased out... mcm AF, Imam Muda etc. Even Raja Lawak pun diorang dah letak kat pakej Mustika, jadi kalau broadcaster baru nie boleh bagi saingan, mgkin Astro akan keluarkan lebih banyak rancangan2 berkualiti pada harga yang lebih kompetitif. Astro mmg ada advantage sbb original content diorang byk dan diorang develop content diorang dgn modal yg besar, oleh sbb tu broadcaster baru nie kena lebih alert lah. Bagi aku, sbg permulaan, buat sikit2 jer local content (original), banyakkan channel dari luar spt Korea Selatan, Indonesia, Singapore dan US. Lepas tu, bila dah dpt untung sikit2 dari channel2 luar tu, mulakan dgn develop channel2 sendiri utk pasaran tempatan. Kemudian bila dah untung lagi, buat lebih banyak channel local. :D :D

saladin780 Publish time 19-11-2011 12:22 PM

Aku rasa skarang nie kalau penonton nak part ways dgn Astro pun takper. Sbb rancangan2 pop ...
Muntz Post at 19-11-2011 12:18 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   agak2 playboy chanel ada tak:P

Muntz Publish time 19-11-2011 12:23 PM

Astro tu agen kepada HBO di malaysia...kalau nak kena laa bayar pada astro...walaupun begi ...
abgboroi Post at 17-11-2011 14:21 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Selain HBO, ada MGM, Turner Classic Movies, AMC, Cinemax, Fox Movies, Star Movies, Sky Movies, Movie Central, Movie Network etc. HBO pun ada channel2 lain spt HBO2, HBO Family, HBO Signature, HBO Comedy, HBO Zone, HBO Latino.. malah channel2 movie lain pun ada channel2 lain juga spt Cinemax ada Max After Dark, Fox ada FX etc. :D :D

Muntz Publish time 19-11-2011 12:24 PM

agak2 playboy chanel ada tak
saladin780 Post at 19-11-2011 12:22 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    Kalau ada channel porno, mesti gomen letak cukai kaw2 nyer.. ;P ;P

merpati01 Publish time 19-11-2011 12:25 PM

bila nk setat??????

hzln Publish time 19-11-2011 12:29 PM

Kalau ada channel porno, mesti gomen letak cukai kaw2 nyer..
Muntz Post at 19-11-2011 12:24 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

buat pay-per-view kompom 2 tahun operasi dah balik modal....:lol:

hzln Publish time 19-11-2011 12:33 PM

Selain HBO, ada MGM, Turner Classic Movies, AMC, Cinemax, Fox Movies, Star Movies, Sky Mov ...
Muntz Post at 19-11-2011 12:23 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    FX dgn AMC byk content yg bagus2....starz juga agakbagus
my 2 favourite shows last season: the killing & justified :D

skicysonic Publish time 19-11-2011 12:35 PM

tunggu jer, jangan jadi mega tv dah ler

R2D2 Publish time 19-11-2011 02:31 PM

Fakta ttg ASTRO
- jumlah saluran 146
- jumlah pelanggan 3 juta
- jumlah pelanggan Melayu 1.7 juta
- % pelanggan pakej sukan55%
- stesen televisyen berbayar diberi lesen eksklusif selama 20 tahun.

C.K Publish time 19-11-2011 03:10 PM

FX dgn AMC byk content yg bagus2....starz juga agakbagus
my 2 favourite shows last seas ...
hzln Post at 19-11-2011 12:33 PM http://eforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Justified itu yang smenggunakan lagu Chris daughtry itu kah? Saya semacam tidak berapa berminat untuk ngetahui apa jalan ceritanya....namun saya suka the kitchen musical...saya tidak tahu sama ada kru production yang menciplak drama the kitchen musical atau the kitchen musical yang menciplak jalan cerita dan kandungan drama sebegitu...ldan konsepnaya semacam glee jua...namun saya suka sahaja nonton akan ia...Maddie avilon itu saya bahagur habis nonton drama bersiri pinoy yang bertajuk etheria...
Pages: 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 [14] 15 16 17 18
View full version: ABN pesaing baru ASTRO mulai siar hujung Mei ni!!


ADVERTISEMENT