bluezink Publish time 8-11-2011 11:47 PM

Kapal Haji :A Nostalgic Journey of the Past

https://lh5.googleusercontent.com/-54JZb6XVuqw/TXJldda52aI/AAAAAAAAA2o/__y9P7Zi6ho/s320/Kapal+Haji.png
http://2.bp.blogspot.com/_zPHo2xTkM7Q/SfcWShjSz4I/AAAAAAAAADk/0NQxI8bRC18/s320/scan0009.jpg
BpX910tXHmY
dolu doluu timepegi haji naek kapal laut. berbulan-bulan baru sampei. bergolok bergadai ntok menunaikan ibadah Rukun Islam ke-5. Kapal Haji pulek macam-macam namanye.Oleh kerana pengangkutan udara semakin popular di kalangan para jemaah haji, maka pada akhir akhir tahun1970,   perkhidmatan "kapal haji"mula dilupakn.
http://3.bp.blogspot.com/-ZL_6neE2w48/TWr8zf59WYI/AAAAAAAAAFs/chplj9ErtX0/s320/%253D%253Futf-8%253FB%253FSU1HMDAyMjYtMjAxMTAyMjYtMTM1OS5qcGc%253D%253F%253D-764709
sos:http://www.merchantnavyofficers.com/hadj.html]Kapal haji:Kapal Haji pulak macam-macam namanye.nama tajuk pelem pon ada....gambo !!!..**boleh carikkalo jumpa kat tenet

Mendam Berahi
Subulus Salam
Antirorchus , Bellophon , Cyclopsdan Potesilaus
Agamemnon, Adratus, Atreus, Ajax, Eurubates, Glaucus, Idomeneus
Prometheus,eastern queen
Malaysia Kita, Malaysia Raya dan Kuala Lumpur (1970-an)


2 bijik "kapal haji" yang masyhur ialah "Malaysia Kita" dan "Malaysia Raya".kapal2 ni adalah milik syarikat Messageries Maritimes.Nama asal bagi "Malaysia Kita" ialah Vietnam dan nama asal "Malaysia Raya" ialah Laos.

Kapal "Malaysia Kita"

http://www.merchantnavyofficers.com/BlueFunnel/zzvietnam2.jpg

Nama asal kapal "Malaysia Kita" ialah "Vietnam" dan ia dilancarkan pda 14 Oktober 1951 bagi perkhidmatan Indo-China-Pacific. Pada bulan September 1967 nama "Vietnam" ditukar pulakkepada "Pacific" dan menjalankan perkhidmatan Australia -- Tahiti. Pada tahun 1967 kapal ini dibeli oleh syarikat Great Malaysian Lines dan namanya ditukar kepada "Malaysia Kita" dan digunakan untuk mengangkut jemaah haji dari Malaysia ke Jeddah. Nasib malang menimpa kapal ini di mana ia mengalami kebakaran pada tahun 12 Mei 1974 ketika sedang berlabuh di Teluk Katong, Singapura dan akhirnya tenggelam.

Kapal "Malaysia Raya"
http://www.merchantnavyofficers.com/BlueFunnel/zzlaos3.jpg

Nama asal kapal "Malaysia Raya" ialah "Laos" dan ia mula dilancarkan pada 21 Disember 1952. Sebagaimana "Vietnam", Laos ialah milik Messageries Maritimes bagi perkhidmatan Indo-China-Pacific. Pada tahun 1971 "Laos" dibeli oleh syarikat Great Malaysia Line untuk dijadikan "kapal haji" dan ditukar namanya kepada "Malaysia Raya". Kapal ini juga mengalami nasib yang sama dengan "Malaysia Kita" iaitu mengalami kebakaran pada 23 Ogos 1976 di Pelabuhan Kelang dan tenggelam.

KimoraHakim Publish time 9-11-2011 12:03 AM

wah...menarik info ni...lagi...lagi....

sya_sugar_sugar Publish time 9-11-2011 07:13 AM

Kredit to Blog Langit Biru.

Kopipes jer.

http://suhaime59.files.wordpress.com/2011/10/kapal-haji.jpg?w=560&h=500


Aku teringat musim haji pada zaman dulu iaitu pada tahun 1960an. Untuk pergi ke Tanah Suci Makkah, jemaah haji kena menaiki kapal laut. Masa itu aku masih berada di sekolah rendah lagi, berumur 7 atau 8 tahun. Apabila ada seorang penduduk kampung kami akan menunaikan haji, kami akan menyewa bas menghantarnya ke Pelabuhan Pulau Pinang. Pada masa itu, tambang untuk menaiki kapal laut ke Makkah kira-kira RM2,500 sahaja. Biasanya kami akan bertolak awal sehari dengan bas. Kapal haji akan berlabuh dekat Padang Kota Lama (Port Cornwallis) di Pulau Pinang dan kami beramai-ramai bermalam disekitar Padang Kota lama itu.

Perjalanan dengan kapal laut mengambil masa berbulan-bulan, jadi jemaah haji kena bawa bekalan makanan (ikan kering,beras dan lain-lain), kain baju dan perkakas memasak. Semua barang-barang itu dimasukkan ke dalam kotak kayu yang besar yang dipanggil Tong sahara ( kami sebut “Tong Sara” sahaja).


Saat yang paling sedih dan sayu, apabila azan dilaungkan beberapa saat sebelum kapal belayar. Ada sanak saudara yang menangis kerana belum tentu dapat berjumpa lagi dengan jemaah yang pergi ke Makkah. Aku dengar cerita, apabila ada jemaah haji yang meninggal dunia di atas kapal, jenazahnya akan dikebumikan ke dalam laut.

Selepas 3 atau 4 bulan, jemaah haji akan pulang ke Tanah Air dan bergelar “Haji” atau “Hajjah“. Jemaah haji lelaki akan memakai serban sejak pulang dari Makkah hinggalah ke akhir hayatnya. Jadi pada zaman itu, kalau terjumpa orang memakai serban, kita akan tahu bahawa dia telah mengerjakan haji. Berbagai buah tangan yang dibawa balik dari Makkah, yang pastinya Air Zam Zam, tasbih, kopiah putih dan gelang Makkah( dibuat daripada plastik berwarna hitam).Sesiapa yang datang melawat jemaah haji yang baru pulang akan diberikan salah satu daripada benda-benda itu. Aku masih ingat, aku dapat ‘kamera kotak’ yang ada gambar Makkah dan Madinah. Apabila dipetik, gambar akan bertukar dari satu gambar kepada gambar yang lain ( Aku lihat ada tertulis “Made in China” pada kamera kotak itu!)

sya_sugar_sugar Publish time 9-11-2011 07:18 AM

Kredit To Abu Nyer Blog

Sharing Citer

http://www.abunyer.com/wp-content/uploads/2011/10/kapal_haji.jpg


Saya hendak kongsikan cerita yang saya baca di dalam akhbar NST semalam. Tulisan wartawan Arman Ahmad.
Kisah Hj. Yahaya Awang, 75 tahun pergi haji dengan menaiki kapal laut. Pada usia 30 tahun, beliau belayar ke Tanah Suci pada 3hb. Februari 1969. Hmmm aku baru darjah 1; berhingus lagi. Dengan tambang pergi balik RM1,200 campur makan minum dan penginapan semasa di Tanah Suci menjumlahkan RM4,000 ketika itu.

Antara kapal yang berkhidmat membawa jemaah haji ketika itu ialah Kuala Lumpur,Bunga Raya, Anking dan Anshun. Perjalanan mengambil masa 15 hari pergi, mengerjakan ibadah haji 3 bulan dan belayar pulang pula memakan masa 15 hari. Wow! Empat bulan masa yang diambil untuk mengerjakan Rukun Islam yang kelima ini. Patutlah, meriah satu kampung meraikan pemergian bakal jemaah haji ke Makkah.

Setiap kapal boleh menampung sejumlah 1,500 jemaah haji. Lalu berkampunglah mereka di dalam kapal dengan pelbagai aktiviti diadakan untuk mengisi masa lapang. Pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa diharung, termasuklah ombak besar yang boleh mengakibatkan kecederaan terjatuh daripada double decker (tempat tidur) yang diperbuat daripada kayu dan papan lapis (plywood). Yang mabuk laut pula sampai berhari-hari terbaring kepeningan. Sungguh berat ujian orang dulu-dulu dalam mengerjakan perintah Allah.

Haji Yahaya juga menceritakan kisah orang dulu-dulu pergi haji. Beliau pernah dengar cerita orang tua-tua dulu, sesetengah ulama, membuat kapal sendiri (kapal layar kot) yang memakan masa bertahun-tahun untuk menunaikan fardhu haji. Kata beliau lagi, di sekitar abad ke-15, salah satu kapal yang belayar ke Makkah bernama ‘Mendam Berahi’. Oh… sungguh puitis nama sebegini; seolah memendam rasa berahi untuk ke Tanah Suci Makkah, Kaabah, Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah SAW.

Haji Awang, ayah kepada Hj Yahaya menunaikan haji sekitar tahun 1900 dengan datuknya. Semasa itu ayah beliau berumur 12 tahun, mereka terpaksa membawa ayam hidup untuk dibuat lauk sepanjang perjalanan.


Yang kelakarnya; ada sesetengah jemaah pula membawa belut yang dibubuh dalam bekas berlumpur. Hal ini membuat ada di kalangan orang Arab mengatakan orang Melayu pemakan ular, kerana mereka menyangka belut itu adalah ular. Hik… hik… hik…


Sekitar tahun 1930-an dan 1940-an perkhidmatan kapal wap diperkenalkan. Tahun awal 70-an kapal berkuasa disel beroperasi, lebih moden, lebih cepat dan selesa.

Semasa kecik saya pernah dengar cerita orang tua-tua; kalau ada jemaah yang meninggal dunia di atas kapal, jenazahnya diurus seperti biasa, disembahyangkan seterusnya diikat dengan pemberat lalu ditenggelamkan ke dalam laut. Kiranya kubur tanpa nisan kat situ. Hmmmm… ajal maut di tangah Allah. Allah sahaja yang Maha Hidup.

Akhir kisah, tahun 1976 adalah tahun terakhir jemaah haji menggunakan perkhidmatan kapal laut. Tahun 1977 hingga kini, semua perkhidmatan mengangkut jemaah haji menggunakan kapal terbang. Wah! Sembilan jam sudah sampai. Tak sampai sehari pun. Alhamdulillah…
Kadang-kadang saya terfikir, sanggup tak bakal jemaah haji hari ini menggunakan kapal laut di zaman serba serbinya ‘segera’ ini?

sya_sugar_sugar Publish time 9-11-2011 07:24 AM

Kredit Kemaman.Net



Perjalanan bakal haji zaman dahulu bermula dari rumah, dihantar dengan bas ke rumah Sheikh di Pelabuhan Kelang, di mana mereka tinggal beberapa hari menunggu tarikh untuk menaiki kapal, iaitu kapal api (bukan lagi kapal layar).

Perjalanan dengan kapal api (steam ship) dari Pelabuhan Kelang (atau Pulau Pinang atau Singapura) ke Pelabuhan Jeddah memakan masa lebihkuang setengah bulan. Pada zaman kapal layar, pelayaran dari tanah air ke Jeddah mengambil masa hampir tiga bulan.

Semasa dalam kapal ada yang jatuh sakit dan meninggal dunia (jenazahnya di humban ke laut); dan ada jemaah yang bertemu jodoh dan terus berkahwin. Makan minum dimasak sendiri oleh jemaah di atas kapal.


Setibanya di Laut Ya Lamlam, jemaah mengenakan pakaian ihram dan memasang niat ihram untuk umrah tamattu’ atau untuk haji ifrad. Jeddah, jemaah mungkin terpaksa bermalam lagi di rumah Sheikh; atau mungkin menaiki kenderaan bas ke Makkah. Pada zaman kapal layar dahulu, mungkin untalah jenis pengangkutan dari Jeddah ke Makkah.

sya_sugar_sugar Publish time 9-11-2011 07:32 AM

Kredit Delapan Penjuru



“Zaman dulu mah pergi haji gampang. Udah gampang, murah lagi. Kalau sekarang, mahal dan susah. Ngurusnya aja bisa sampe 4 tahun,” kata kakek saya yang lahir pada tahun 1933 memulai ceritanya. Pengurusan haji yang ia ceritakan itu terjadi pada tahun 1970. Kala itu, jamaah haji Indonesia masih menggunakan kapal laut.

Perjalanan Jakarta – Mekkah memakan waktu hingga sekitar 2 bulan pergi-pulang (pp). Sehingga jamaah haji zaman itu menghabiskan waktu total sekitar tiga bulan, termasuk pelaksanaan ibadah haji di Arab Saudi yang biasanya memakan waktu 1 bulan. Biaya haji (Ongkos Naik Haji / ONH) waktu itu bisa dibilang murah untuk ukuran zamannya, 320 ribu rupiah per orang. Pengurusannya sangat mudah, hari ini berangkat pun kita bisa mendaftar dan langsung bayar. Tidak ada batasan kuota dan antrian seperti yang terjadi saat ini.


2 bulan perjalanan laut (pp) jelas bukan perkara gampang. Jamaah calon haji angkatan 70 itu berangkat dari pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta Utara, dan tiba di Kota Jeddah, Arab Saudi. Dalam rentang waktu tersebut, puluhan bahkan ratusan calon haji (dalam perjalanan pergi) atau yang sudah haji (dalam perjalanan pulang), meninggal di kapal laut.


Jika memungkinkan, jenazahnya bisa dibawa pulang kembali ke keluarga. Jika tidak memungkinkan, laut yang luas menjadi tempat peristirahatan terakhirnya. Kakek saya bercerita, setelah diurus sesuai dengan syari’at, jenazah orang meninggal diberi semacam gantungan dari besi. Besi tersebut berfungsi untuk menenggelamkan mayat sehingga tidak terombang-ambing ditengah lautan.


Para jemaah haji pun berhadapan dengan bermacam-macam bahaya. Tidak jarang
kapal yang mereka tumpangi karam dan penumpangnya tenggelam atau terdampar di
pantai tak dikenal.

Ada haji yang semua harta bendanya dirampok bajak laut bahkan oleh awak kapal sendiri. Musafir yang sudah sampai ke tanah Arab pun belum aman juga, karena disana suku-suku Badui sering merampok rombongan yang menuju Mekah.

Tidak jarang juga wabah penyakit melanda jemaah haji, di perjalanan maupun di tanah Arab. Naik haji, pada zaman itu, memang bukan pekerjaan ringan.


Tidak banyak orang Nusantara yang pernah menulis catatan perjalanannya, namun dalam cerita legendaris mengenai ulama-ulama besar petualangan mereka dalam perjalanan ke Mekah sering diberikan tempat menonjol.


Pada abad ke-19 ini Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi naik haji (pada tahun 1854) tidak lama sebelum kapal layar digantikan oleh kapal api. Mendekati Tanjung Gamri di
Seylon (Sri Lanka) kapalnya diserang angin kencang:


"Allah,Allah, Allah!
Tiadalah dapat hendak dikhabarkan bagaimana kesusahannya dan bagaimana besar gelombangnya,
melainkan Allah yang amat mengetahuinya.
Rasanya hendak masuk ke dalam perut ibu kembali; gelombang dari kiri lepas ke kanan dan yang dari kanan lepas ke kiri.

Maka segala barang-barang dan peti-peti dan tikar bantal berpelantingan.
Maka sampailah ke dalam kurung air bersemburan, habislah basah kuyup.
Maka masing-masing dengan halnya, tiadalah lain lagi
dalam fikiran melainkan mati.

Maka hilang-hilanglah kapal sebesar itu dihempaskan gelombang.
Maka rasanya gelombang itu terlebih tinggi daripada pucuk tiang kapal.
Maka sembahyang sampai duduk berpegang. Maka jikalau dalam kurung itu tiadalah boleh dikhabarkan bunyi muntah dan kencing, melainkan segala kelasi selalu memegang bomba.


Maka air pun selalu masuk juga ke dalam
kapal. (…) Maka pada ketika itu hendak menangis pun tiadalah berair mata,
melainkan masing-masing keringlah bibir. Maka berbagailah berteriak akan nama
Allah dan rasul kerana Kep Gamri itu, kata mualimnya, sudah termasyhur ditakuti
orang: ‘Kamu sekalian pintalah doa kepada Allah, karena tiap-tiap tahun di
sinilah beberapa kapal yang hilang, tiadalah mendapat namanya lagi, tiada hidup
bagi seorang, ah, ah, ah!’.

bluezink Publish time 9-11-2011 12:17 PM

http://4.bp.blogspot.com/_cx1dvQw0Gqk/TK7jqn4J5TI/AAAAAAAAAgg/ATUeXsYIYwg/s400/kualalumpur+scrapped+in+1971.jpg
Kapal Haji Kuala Lumpur (Nama asal Dilwara Troopship)

History

The "Kuala Lumpur" was launched on 17th October 1935, and delivered on 16th January 1936, as the troopship "Dilwara" under British India management. She is the first purpose built troopship of the Twentieth Century, all previous ships having been converted after charter by the Government. In 1937 she took part in the King George V Coronation Review. When not trooping she becomes one of the first ships to do educational cruises to Scandinavia.

She served throughout the Second World War in the role she was built for, trooping. In the early years of the war, up to 1941, she was trooping between South Africa and the Middle East. In 1941 she was at Kalmat for the evacuation of Greece and in 1942 as a LSI equipped with landing craft she takes part in the landings on Madagascar against the French forces. 1943 found her in the Burma landings, where she was damaged by mines. After repair she continues her trooping duties until in 1949 she undergoes a re-fit back at her builders, during which the well deck is built in. 1956 sees her in action again at Suez, and in November 1960 she is sold to the China Navigation Co. for use on the Malaysia - Jeddah pilgrim run. She undergoes a comprehensive re-fit at Taikoo Dockyard in Hong Kong, which also sees the installation of a mosque, and emerges under the name "Kuala Lumpur" with a capacity for over 2,000 pilgrims.

Out of season, "Kuala Lumpur" is employed cruising between Australia / New Zealand - the south Pacific - Japan.

The China Navigation Co. withdrew from the pilgrim service in 1970, and the "Kuala Lumpur" was scrapped at Kaohsiung in 1971.


SEJARAH HAJI DI MALAYSIA :

sos:tenet
Catatan awal menyatakan Sultan Mansur Shah berhasrat ke Tanah Suci tetapi mangkat sebelum dapat menunaikannya IBADAT haji di negara ini dipercayai bermula sejak kedatangan Islam ke gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke 13. Namun, catatan sejarah yang jelas mengenai perkembangan haji di negara ini sukar diperoleh secara terperinci kerana tidak banyak maklumat mengenainya. Dipercayai orang Melayu yang berkemampuan dan terbabit dalam aktiviti pelayaran ialah kelompok terawal menunaikan haji, namun tiada catatan atau apa-apa penunjuk aras mengenainya ditemui.Beberapa manuskrip bertulisan jawi ditemui di Kepulauan Melayu menyentuh pelbagai aspek berkaitan haji, termasuk catatan peribadi dan maklumat mengenai haji bersifat keagamaan. Cendikiawan Melayu Harun Aminurashid menulis pengembaraannya ke Makkah dengan kapal laut pada 1960 Masihi (1379 Hijrah) dalam bukunya bertajuk Chatetan ka-Tanah Suchi. Harun menceritakan perit getirnya sepanjang perjalanan dengan kapal diberi nama Anshun. Antara petikan berkenaan ialah: “susah menjadi penumpang di dalam bahagian tengah kapal...orang yang ingin menunaikan haji mestilah sabar... di sini tiada keseronokan atau kebebasan seperti kebiasaannya ketika di darat...kamu terpaksa menanggung kesusahan ini di sepanjang pelayaran pergi dan balik daripada menunaikan haji, sabar ialah satu-satunya jalan penyelesaian terbaik.”
Sejak 1900 hingga 1969, jemaah haji negara ini hanya menggunakan kapal laut untuk ke Makkah. Mulai 1970 hingga 1976, sebilangan kecil daripada mereka menaiki kapal terbang tetapi kapal laut masih terus digunakan. Sejak 1977 kapal laut tidak lagi digunakan, sebaliknya semua jemaah haji Malaysia menaiki kapal terbang untuk ke Makkah. Pada zaman kapal laut, pelayaran dari negara ini ke Makkah mengambil masa di antara dua dan tiga bulan, selain dilihat berisiko lebih tinggi. Kebanyakan jemaah yang menaiki kapal laut pernah mengalami pelbagai pengalaman pahit, termasuk dilanda ribut taufan. Malah, ada kapal laut yang terbakar ketika dalam pelayaran di tengah samudera. Namun, semua itu dianggap sebagai dugaan dan ujian Allah. Dalam perjalanan selama berbulan-bulan ke Makkah, ada jemaah yang uzur atau meninggal dunia di atas kapal.
Bagaimanapun, rekod sebenar mengenai kematian itu sukar diperoleh.Peristiwa 1947, 670 jemaah haji Malaya berangkat ke Makkah melalui Singapura dan 1,326 melalui Pulau Pinang. Daripada jumlah itu, 1,729 pulang ke Malaya, manakala 200 lagi terus tinggal di Makkah; 67 meninggal dunia iaitu 31 ketika dalam pelayaran, manakala 36 di Makkah.Sebelum Perang Dunia Kedua hingga negara mencapai kemerdekaan, Singapura dan Pulau Pinang menjadi dua pelabuhan penting bagi jemaah haji Malaya.Kebanyakan jemaah sebelum merdeka dibawa ke pelabuhan dengan lori dan cara itu sering dikritik orang ramai menerusi akhbar. Satu peristiwa pernah menimpa jemaah di Pelabuhan Klang pada 8 Julai 1962 iaitu tragedi tangga patah menyebabkan 20 cedera ketika menyambut ketibaan jemaah haji di atas kapal `Kuala Lumpur'.Menjelang awal 60-an, kesulitan itu semakin reda apabila pakar ekonomi negara, Prof Diraja Ungku Aziz mengesyorkan supaya Tabung Haji diwujudkan. Dalam memorandumnya berjudul `Pilgrims Economy Improvement Plan' kepada kerajaan, Ungku Aziz mengesyorkan penubuhan sebuah perbadanan untuk mengurus dan mengendalikan urusan umat Islam negara ini yang hendak menunaikan haji dan umrah.Tabung Haji ditubuhkan pada 1969 dan menguruskan pergi balik jemaah haji ke Makkah dengan licin dan teratur. Tradisi dan amalan menjual harta benda untuk ke Makkah hingga menyebabkan `kepapaan' selepas jemaah haji kembali ke tanah air, juga semakin pupus.

akubaik3 Publish time 9-11-2011 08:41 PM

tokki dan tok aku mesti naik salah satu kapal ni dulu

lonso Publish time 9-11-2011 09:08 PM

betullah sabda nabi

ibnur Publish time 9-11-2011 09:25 PM

dolu doluu timepegi haji naek kapal laut. berbulan-bulan baru sampei. bergolok bergadai nt ...
bluezink Post at 8-11-2011 23:47 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Saya masih ingat masa arwah nenek saya pergi Mekah naik kapal Malaysia Raya di Pulau Pinang.Tiap kali musim haji, penuh ler orang berkhemah di padang esplanade.Di Pulau Pinang masa tu kalau bisnes homestay memang laku masa musim haji.Rumah kayu sebelah bawah tu di modifykan untuk sewa orang-orang yang menghantar orang pergi haji termasuk yang pergi haji.Masa tu bulan Ramadhan jemaah haji dah bertolak dah.

Malang sekali bila Tabung Haji mula guna kapalterbang untuk musim haji.kesan dari tu, dua-dua kapal Malaysia Raya dan Kita tu dapat masaalah sebab kurang dapat bisnes.Ada yang kata kapal tu sengaja dibakar untuk claim insuran.Dan satu lagi tu pun sengaja di tersadaikan sampai tenggelam.

bluezink Publish time 9-11-2011 09:51 PM

Saya masih ingat masa arwah nenek saya pergi Mekah naik kapal Malaysia Raya di Pulau Pinang.Ti ...
ibnur Post at 9-11-2011 21:25 http://mforum6.cari.com.my/images/common/back.gif

baca pengalaman jemaah2 menunaikan haji dengan menaeki kapal laut sebelum wujudnyae perkhidmatan udara memberi perasaan berbeza terhadap sosah payah dan kesungguhan jemaah dahulu menyahut panggilan.. syukurlaaaa kini ngan segala kemudahan yang ada, jemaah bleh mengerjakan umrah dan hajisebanyak2nya, agak nyaekira perkhidmatan kapal laut disediakan kembali, da tak yang maw sudi jadik jemaah di lautan?"

alphawolf Publish time 10-11-2011 09:05 AM

Dulu kat dokumentari pasal pameran kapal haji ni...orang tu kata pelayaran sebenarnya dalam seminggu atau lebih sikit, bukan berbulan2. Tapi sebab kapal ada dua aje dan kena ambik lagi jemaah, tu yang first batch kena pergi awal2...jadi nampak macam pergi haji ni makan masa berbulan

forselab Publish time 10-11-2011 02:25 PM

saya ada buku Kapal Haji dlm Kenangan tu...hehe...beli masa pesta buku....

kaptenkecik Publish time 10-11-2011 03:30 PM

best bace pengalaman org pergi haji... bila lah kapten nak pergi... :'(

JFK Publish time 10-11-2011 03:51 PM

xlama lagi kapal terbang pon jd sejarah. nnti org gi haji naik jet peribadi..sbb pd masa depan rakyat dh mampu milik jet dan bahan penggeraknya mampu beli mcm petrol skrg

madamsue Publish time 11-11-2011 06:05 PM

ha perit sungguh kan org dolu dolu nak p haji..Syukur sekarang dh mudah tp tula selagi Dia belum menjemput.ke tanah suci..orang yg ada banyak duit tu pun belum tentu sampai dgn izinNYA..mudah mudhan saya pun akan ke sana suatu hari nanti sekeluarga krana Arwah BOnda bersemadi disana..Al Fatihah :'(

donut_1752 Publish time 11-11-2011 06:40 PM

menarik cerita ni..lanjutkn la..
nk taw lebih byk lg cite cm ni

Rhyno Publish time 11-11-2011 06:41 PM

Org2 zaman 40-an, 50-an naik kapal ape plak gi haji?

sevenoctober Publish time 11-11-2011 08:15 PM

mcm best je pegi haji dgn kapal..

fai541 Publish time 12-11-2011 01:51 AM

sentiasa lah bersyukur kita
Pages: [1] 2
View full version: Kapal Haji :A Nostalgic Journey of the Past


ADVERTISEMENT