adekhairz Publish time 29-1-2012 06:16 PM

Info berguna tentang penyakit batu karang

NAMA penyakit ini biasa didengar tetapi ramai yang masih tidak ambil endah mengenainya. Mungkin kerana ia tidak sekritikal penyakit jantung atau kanser yang diketahui umum boleh membawa maut.Namun, batu karang jangan diambil mudah kerana ia boleh menjejaskan aktiviti seharian. Batu karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan-akan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh.
Pembentukan batu biasanya bermula di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit berasa sakit yang teramat sangat.
Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Ryan Ponnudurai berkata, penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita.
Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi, bagaimanapun warga emas dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah.

“Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis. “Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan mag- nesium,” katanya ketika ditemui di PCMC, Kuala Lumpur.
Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan berterusan batu karang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah tetapi penyakit mereka dikesan secara tidak sengaja terutama apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.
Kajian sebelum ini menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetik. Malah, antara penyakit genetik yang dikaitkan dengan batu karang termasuk renal tubular, tubalar acidosis dan cystinuria.
Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.
Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama-kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk sebutir batu yang keras. Biasanya kes seperti ini memerlukan individu minum tiga liter air sehari.
Menurut Ryan, sesetengah orang biasanya mengalami penyakit batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan penyakit batu karang itu tidak berulang lagi. Bagaimanapun dalam banyak kes, penyakit batu karang adalah penyakit berpanjangan seumur hidup.
“Penyakit batu karang biasanya jarang menimbulkan masalah ketika ia mula terjadi. Tetapi bila batu karang itu beralih atau bergerak dalam ginjal atau dalam saluran kencing, akan timbul rasa sakit yang amat sangat dan pendarahan kebiasaannya boleh berlaku sehingga batu itu dikeluarkan.
“Ada juga kes yang mana batu karang tersekat dan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya apabila kuman mula merebak. Jika ini berlaku, biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk,” katanya.
Mengenai rawatan pula, ada secara moden mahupun tradisional.

Namun, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan pakar dengan segera kerana jika lewat boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah kematian seandainya ada jangkitan kuman yang merebak dan menyebabkan keracunan dalam darah.

otai_g Publish time 29-1-2012 08:42 PM

ada org kata minum air limau nipis bleh mengurangkan risiko batu karang ni.

btw aku ada gak dgr cerita yg ada bomoh bleh keluarkan batu karang ni dr badan. x yah buat operate ke apa. member aku yg cerita. bersungguh dia citer sbb dia la yg guna khidmat bomoh tu.

banapore Publish time 31-1-2012 05:24 PM

Ada seorang pakcik wa kena penyakit batu karang entah sejak berpuluh thn lepas...macam2 kaedah dia buat pernah sampai guna laser bagai puntak berkesan..last sekali semasa balik kg bulan lepas khabarnya penyakit baru karangnya dah reda dgn amal minum jus lobak putih campur gula batu...harap membantu.

AnakJantan1987 Publish time 31-1-2012 10:19 PM

senang terjadi kalau kurang minum air dan suka tahan kencing

Prince3019 Publish time 2-2-2012 01:44 AM

batu karang = renal colic

petua yg aku tau..klu xnk kne bnda ni ..klu terase nk trkencing jgn dok tahan lame2..:lol:

ketotmerah Publish time 3-2-2012 08:41 AM

ketot pernah ada pengalaman jugak..sakit masa nak kencing..bila kencing, air kencing kotor..refer kat hospital..dorang bagi ubat cecair yang tak sidapp tu:mad:

3 hari lepas tu kena datang hospital untuk xray....dua hari sebelum pegi hospital, hanya boleh makan bubur nasi berlaukkan ikan..masak tanpa garam, minum hanya air suam..errr gigil satu badan

esoknya kena minum ubat untuk kosongkan perut..terus cirit birit, muntah..sampai lah hari nak xray..nasib baik masa xray tu, tak nampak apa..continue makan ubat cecair tu..alhamdulillah, sampai sekarang dah ok..kena banyak minum air masak

girly.. Publish time 3-2-2012 05:43 PM

mak girly pon dah kene. risau lah. kesian dia. doc sengal tuh plak ckp depan2 dia. macam mana nih??? ada petua2 laen tak? sharelah. Virgin coconut oil OK x?
Pages: [1]
View full version: Info berguna tentang penyakit batu karang


ADVERTISEMENT