along3746 posted on 29-1-2012 09:41 PM

Pelumba basikal lebuh raya wanita negara cedera parah dilanggar ketika sesi lat

Pelumba basikal Mariana cedera parah ketika sesi latihan

29/01/2012
7:06pm


KUALA LUMPUR 29 Jan. ĘC Pelumba basikal lebuh raya wanita negara, Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.

Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat.
Jurucakap polis Putrajaya ketika dihubungi di sini mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.

Akibat kemalangan, Mariana menerima rawatan segera di unit rawatan kecemasan Hospital Putrajaya sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Damansara pada sebelah petang bagi menjalani pembedahan.

Tiga pelumba lain yang cedera ringan itu dirawat sebagai pesakit luar. ĘC BERNAMA

along3746 posted on 29-1-2012 09:44 PM

Pelumba basikal lebuh raya cedera parah ketika sesi latihan dilanggar .

Pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.
Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.  - Lanjut di Hmetro .
http://lh3.ggpht.com/-iHmkkWQRRco/TyVCfKW5pOI/AAAAAAAAYCs/SW_23yw9qmo/image_thumb%25255B4%25255D.png?imgmax=800http://lh3.ggpht.com/-XndfcXgB7i8/TyVCivn_ewI/AAAAAAAAYC8/HjMJpxZji1E/image_thumb%25255B9%25255D.png?imgmax=800http://lh3.ggpht.com/-RAjH-8fOUrc/TyVClNj5IcI/AAAAAAAAYDM/6pH9_N-Dqbs/image_thumb%25255B13%25255D.png?imgmax=800 BA : Mereka yang ingin datang ke Putrajaya pada hujung minggu ( bermula Jumaat malam ) , kena berhati-hati kerana ramai orang berbasikal tak kira masa .. Serius wooo .. Ada yg tak titik beratkan mengenai soal keselamatan terutama bila di lampu isyarat ! Main redah jeee .. Bila kena , sapa salah ??  Haaa .. pemandu kereta gaak kan ?
Kawasan feveret adalah Masjid Putra , Presint 2 dan banyak lagi .. Jadi , berhati-hatilah yer .. Aku sendiri tak berani nak keluar waktu-waktu ni .. Kalau keluar pon , mmg pandu perlahan punya ..
*http://www.benashaari.com/2012/01/pelumba-basikal-lebuh-raya-cedera-parah.html

awek_ganu posted on 29-1-2012 09:45 PM

time latihan jalanraya tutup tak?

along3746 posted on 29-1-2012 09:45 PM

Pelumba basikal lebuh raya wanita Mariana Mohamed cedera parah ketika sesi latihan

KUALA LUMPUR: Pelumba basikal lebuh raya wanita negara Mariana Mohamed cedera parah di tangan dan kaki kanan akibat terlibat dalam kemalangan melibatkan kereta di Presint 2, Putrajaya hari ini, ketika sesi latihan.

Tiga pelumba lain dilaporkan cedera ringan dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi itu di satu kawasan berhampiran simpang empat.

Jurucakap polis Putrajaya ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kumpulan pelumba basikal itu gagal mengelak sebuah kereta yang telah memasuki laluan dikhaskan untuk sesi latihan itu.

Kenderaan berkenaan dipercayai memasuki laluan pelumba selepas cuba memintas sebuah kenderaan lain yang berhenti di hadapan setelah diarahkan polis memberi laluan kepada kumpulan berbasikal yang berlatih itu.

Jurucakap itu berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbangrasa namun tiada tangkapan dibuat.

Akibat kemalangan, Mariana menerima rawatan segera di unit rawatan kecemasan Hospital Putrajaya sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Damansara pada sebelah petang bagi menjalani pembedahan.

Tiga pelumba lain yang cedera ringan itu dirawat sebagai pesakit luar.

Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abd Wahab ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya untuk sesi latihan tersebut.

"Kami mengambil langkah kawalan yang cukup termasuk mendapatkan khidmat 10 anggota polis dan 'marshall'," katanya. -- BERNAMA

along3746 posted on 29-1-2012 09:46 PM

tgk kat berita sukan tv3 td..
melambung pelumba basikal ni kena rempuh dgn kancil..:funk:

toki_rompin posted on 29-1-2012 09:47 PM

pemandu kereta jugak yg salah... beskal bayar roadtax tak? :)

reddots posted on 29-1-2012 09:47 PM

td tengok kat tb3, ada yg terhumban keatas bumbung keta tu sblm jatuh ke jalan..

along3746 posted on 29-1-2012 10:03 PM

Pelumba Basikal Lebuhraya Cedera Dilanggar oleh Kereta Kancil...

Salam....

korg ada tgk berita tghari td x? pasal pelumba basikal dirempuh kereta kancil yang dipandu laju oleh seorg wanita.... melambung budak tu...huhuhuh.

tghari td x sempat snap pic, tgk Buletin sat td aku snap pic ni skit... mmg laju kete kancil tu....

aku pon x paham, padahal laluan tu mmg dikhaskan kpd pelumba basikal, siap ada polis bagai.... yang si kancil ni tah mana2 dtg, menononggggg je, laju plak tu....


http://1.bp.blogspot.com/-Rnl8ROd_S7k/TyVC74fao2I/AAAAAAAACes/LyxT1t8QDRs/s320/IMG_3764.JPG

http://1.bp.blogspot.com/-t66z9cRIur0/TyVDD-62amI/AAAAAAAACe0/UbMOUNg4i3I/s320/IMG_3765.JPG

http://3.bp.blogspot.com/-GCYfJG54oZ8/TyVDJgjFjDI/AAAAAAAACe8/pERIR5xmMx8/s320/IMG_3766.JPG

x berapa jelas sgt, maklumla amatur :D esok ada la kuor berita bergambar...

http://4.bp.blogspot.com/-EL5XATuKUmk/TyVDoRvRFdI/AAAAAAAACfE/Cz2kmZ9Z_dc/s320/IMG_3761.JPG


hah, tu kemain ramai polis dok eskot, aku tak tau napa si kancil tu x nampak ......


*http://melatiqistyna.blogspot.co ... buhraya-cedera.html

dainese posted on 29-1-2012 10:04 PM

dah tentu la salah kereta tuh...polis dah siap escort lagi...gini la dia..jenih pemandu degil yg kiasu..nampak org bawak motor, beskal..nak langgar je kejenye..kekdahnya sebab dia bayar roadtax mahai...:L

cicicumel posted on 29-1-2012 10:06 PM

wanita?xde teteck pon?

stryder_cats posted on 29-1-2012 10:08 PM

kebiasaan kalu ada simpang polis akan tunggu kt simpang tp yg ni polis ddk di depan n belakang.. TETAPI xkan la pemandu kete tu x nampak kelompok pelumba yg besar tu ngah lalu.. tgk xde break kete tu main terus je.. x pasal2 org lain jd mangsa..

alzan posted on 29-1-2012 10:08 PM

dok putrajaya pun bodoh lagi memandu...
aku rasa org putrajaya juga tu...

ajis_kg posted on 29-1-2012 10:11 PM

pemandu2 putrajaya kebanyakkan memandu cam sialan.. :D

myoujin posted on 29-1-2012 10:15 PM

nampak macam bahagian depan je yang kene tu.. jauh sangat ke eskot dengan yang naik beskal nih..

aku rasa mesti keter tu tekan minyak tengok lampu ijau tup2 ada orang berbasikal kat depan

dah lah simpang kat persint 2 ni luas wooo  


silap la takde orang jaga simpang

komag posted on 29-1-2012 10:15 PM

http://www.chicagonow.com/urban-cyclist/files/2011/09/car-accident-cyclists-mexico1.jpg
R1a3A6q05f8

sekadar hiasan

didactic posted on 29-1-2012 10:15 PM

buta ke apa si driver tu?? b*d*h! aku tgk kat tibitigasuku tadi, punya la laju dia drive, pompuan ka??!

HangPC2 posted on 29-1-2012 10:17 PM

Pemandu Wanita bawak kancil jadi tak heran lah.... macam kat luar negara walaupun ada polis jaga tapi panik pergi tekan minyak .....



R1a3A6q05f8


http://www.youtube.com/watch?v=R1a3A6q05f8

satriastendet posted on 29-1-2012 10:18 PM

yg bw kancil tu mmg boddowww........

MengkuduMasam posted on 29-1-2012 10:32 PM

siap escort pon di langgar nya...

mmg bodo la driver tuh...

aku nak je tau diver tu laki ke pompuan......

lemak_masin posted on 29-1-2012 10:36 PM

Sian bebudak tu melambung tinggi kene hentam dengan kancil.. Nasib ler takde yang maut...

al-asil posted on 29-1-2012 10:39 PM

aik, korang yg tengok berita ni xtau ke driver tu laki ke pompuan? kat tv al hijrah tadi kata driver tu pompuan pertengahan umur...

penyo posted on 29-1-2012 10:42 PM

Tak kira kat persimpangan lampu isyarat mana sekali pun walaupun tgh hijau memang kena berhati2, sebab sekarang ni ramai betul yg suka langgar lampu merah

xcalibur07 posted on 29-1-2012 10:46 PM

Reply 8# along3746

aku tgk berita tgh hari tadi
memang ada tunjuk wanita2 bertudung duk tepi kancil tu
rasanye slh sorg tu driver kancil tu

CharlieDale posted on 29-1-2012 10:47 PM

daripada pengamatan saya berdasarkan paparan di Buletin Utama jam 8 malam tadi, ada kemungkinan kesilapan juga terletak kepada marshall. sebab dilihat seolah-olah tiada pengiring atau marshall yang halang dipersimpangan berkenaan. biasanya kalau kita lihat polis pengiring pun mereka akan halang persimpangan terlebih dahulu sebelum yang diiringi lalu. jadi dalam situasi ini saya beranggapan pemandu kancil memecut sama da utk kejar lampu isyarat atau lambat masuk kerja atau nak terkucil sampai tak perasan ada kelompok basikal akan lalu. kalau kita perhatikan pun ada kelompok pendahulu di hadapan dan yang dilanggar adalah kelompok utama. dan kita tahu yang berbasikal ni pun bukan bawa dengan kelajuan santai...apa pun ketiadaan marshal atau pengiring di persimpangan adalah hal utama dalam situasi sedemikian. andai kata ada marshall /pengiring yang halang persimpangan tu ia boleh dielakkan..kalu dah ada pengiring blok pun kancil tu dok langgar lagi..tak tau kata apa la....

myoujin posted on 29-1-2012 10:53 PM

Reply 24# CharlieDale


   tu lah aku macam nampak dia hentam orang yang kelompok kedua yang depan.. ... memang dia nampak jalan kosong
kot


tapi pompuan tu mesti panik tuh... nak tekan brek tertekan minyak lagi

kababoommmmm
Page: [1] 2 3 4 5
View full: Pelumba basikal lebuh raya wanita negara cedera parah dilanggar ketika sesi lat