freekey posted on 7-4-2012 07:23 PM

Noreen Noor Muncul Selepas 20 Tahun Menjadi Ibu Tunggal


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon era 80-an, Noreen Noor yang menyepikan diri selama 12 tahun meluahkan hasrat untuk kembali aktif dalam bidang hiburan tanah air pada tahun ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu ini berkata selama tempoh itu dia terpaksa mengetepikan bidang seni demi memberi tumpuan kepada keluarga.

"Sejak menjadi ibu tunggal pada 1992, keutamaan saya adalah kepada dua anak yang sedang membesar, masalah kesihatan sendiri dan menjaga ibu bapa yang sakit.

http://mstar.com.my/archives/2012/4/7/mstar_hiburan/noreen%20nor.jpg

"Kini orang tua sudah tiada, saya mahu aktif semula dalam bidang seni kerana minat itu tidak pernah lenyap," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Penyanyi yang kali terakhir muncul dengan album pada 1999 ini berkata, perancangan untuk mengeluarkan album sering tertangguh sebelum ini kerana dia berdepan kesukaran untuk mendapatkan lagu yang sesuai.

"Kini saya sedang mencari lagu-lagu daripada beberapa komposer. Susah sebenarnya untuk mendapatkan lagu yang saya berkenan dan sesuai dengan selera pendengar hari ini.

"Saya perlu ikut trend muzik semasa. Kalau diikutkan saya sudah ada sebuah lagu tetapi perlu digubah oleh komposer yang sesuai agar ia menjadi lagu yang menarik," katanya.

Diusik mengenai status janda yang digalasnya hampir 20 tahun itu, Noreen berkata dia selesa bersendirian tanpa kekasih atau suami baru.

"Sejak jadi ibu tunggal saya jarang keluar atau berjumpa orang lain. Hidup saya hanya untuk keluarga sahaja.

"Memang ada juga yang cuba mendekati tetapi saya tidak mahu layan kerana lebih selesa dengan kehidupan begini. Walaupun sunyi tapi saya ada anak-anak," katanya.

http://imgboot.com/images/freekey/sigline.gif

http://signavatar.com/17311_s.gif

apikwaeh posted on 7-4-2012 07:27 PM

amboii.. amboi.. amboi... noreen gaya lentok dia nak jugekkk cam jaman 80 an dulu.

dah tua2 nih tak payah lah posing camtu.. tak nampak seksi pung..{:mlbigsmile:}

Nina9 posted on 7-4-2012 07:31 PM

Tak tau pulak dia menjanda.. Sheols ni umur dah berapa?

AnakJantan1987 posted on 7-4-2012 07:34 PM

muka very the botox:curse:

ihtisyam posted on 7-4-2012 07:38 PM

patut spend mase tuk beribadat dah ni.... xyah la nak nyanyi2 lagi...

stryder_cats posted on 7-4-2012 07:54 PM

aku tgk dlm raya tak jadi gedix

subee posted on 7-4-2012 07:55 PM

Dia ni pon janda Tok K kan?

wookiehoney posted on 7-4-2012 07:59 PM

igt sheols nk ikut jejak rakan seangkatan spt ziela jalil

cikkamus posted on 7-4-2012 07:59 PM

Erkkk. .awat cam pelik je muka dia

darly posted on 7-4-2012 08:03 PM

Dia ni pon janda Tok K kan?
subee Post at 7-4-2012 19:55 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
nama tok k jgak yang kena tempias....

mangkok posted on 7-4-2012 08:13 PM

Tak yah le nak buat 'come-back'. Your time is over. What works in the 80's is now history. Kalau nak watak heroine tu sure dah tak leh dah. Kot nak bawa watak makcik ke, ibu ke, nenek ke ramai pelakun lain dah ada.

sue_liah posted on 7-4-2012 08:26 PM

masih cantik mcm dulu...wapon dh berumur

nizar2604 posted on 7-4-2012 08:29 PM

Haish...sampai ke sudah tak keluor gambar...huhu. Teringin nak tengok lentok2 Noreen...

cmf_blingblings posted on 7-4-2012 08:54 PM

Suami pertama Tengku Intan, Ex azreen, suami kedua , manager MAS...Baharuddin namanya, lama gak dia di London, balik ke M'sia tut-tut cerai...sian betol..

gossip dia dgn arwah suami Ziela Jalilpun hangat gak, sampai Tan Si kena buat press conference

alfrina posted on 7-4-2012 09:10 PM

menten lentok uols :$

tomet05 posted on 7-4-2012 09:32 PM

dia ada gambar seksi ke ?

jazaa posted on 7-4-2012 10:00 PM

Suami pertama Tengku Intan, Ex azreen, suami kedua , manager MAS...Baharuddin namanya, lama gak dia  ...
cmf_blingblings Post at 7-4-2012 20:54 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Tengku Intan tu dah jadi ex azreen ke bling bing?......{:1_273:}

cmf_blingblings posted on 7-4-2012 10:03 PM

Tengku Intan tu dah jadi ex azreen ke bling bing?......
jazaa Post at 7-4-2012 22:00 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
adehhh.....berkurun lamanya azreen menjanda, dah kahwin lain dah Ku Intan tu, Chinese ke serani, macam gitulah

UnaHusna posted on 7-4-2012 10:05 PM

siang terbayang malam merindu ;P

cmf_blingblings posted on 7-4-2012 10:10 PM

masa bujang dulu ngetop betul Noreen Nor ni , ala-ala Zizie Ezzete tu kot, dulu dia kerja TNB kan?

jazaa posted on 7-4-2012 10:17 PM

adehhh.....berkurun lamanya azreen menjanda, dah kahwin lain dah Ku Intan tu, Chinese ke serani, m ...
cmf_blingblings Post at 7-4-2012 22:03 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   OOOoo....tak tau le pulak....
masa azreen nak kawin dulu, wartawan interbieu Noreen....noreen tak cakap byk cuma ketawa je....

satu yang ai tak boleh lupa kat noreen ni....masa tu dia kuar majalah URTV kot...dia kata dia pakai skin care clarins....
ai tengok kulit dia gebuz....start hari tu, tertanam dalam hati, kalau dah kerja nanti, nak pakai skin care clarins gak mcm noreen...masa tu ai sekolah lagi, nak beli krim zaitun pun tak pandai...pakai bedak sejuk je.....:laugh3:  tapi bila dah ada duit, tak teringin pun nak beli produk clarins tu.....:mad:

cmf_blingblings posted on 7-4-2012 10:22 PM

OOOoo....tak tau le pulak....
masa azreen nak kawin dulu, wartawan interbieu Noreen....nor ...
jazaa Post at 7-4-2012 22:17 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
lahhhh, gitu ke ceritanya...lately, sejak 3 ke 4 tahun ni aku mmg pakai clarins, salah satu dr skincare ajalah..

bolat-bolat posted on 7-4-2012 11:45 PM

sexy makcik ni....

BATUAPI8888 posted on 8-4-2012 12:21 AM

dah gemuk macam belon dah aku tengok perut tu boroi abih;P

posing nak menyeksi pun tak guna sebab dah jadik belon:lol:

BATUAPI8888 posted on 8-4-2012 12:22 AM

korang tengokla dlm raya tak jadik....adeh.......;P
Page: [1] 2 3 4
View full: Noreen Noor Muncul Selepas 20 Tahun Menjadi Ibu Tunggal