nichiyoubi Publish time 12-4-2012 10:22 AM

Ingat mati

Sesungguhnya kematian itu adalah hadiah buat orang-orang mukmin. Permulaan waktu rehat yang panjang di liang lahad, setelah bersusah payah mengharung ujian di dunia dalam mengejar redha Allah. Sebaliknya bagi orang-orang musyrik, kematian adalah permulaan azab dan derita. Rehat dan keseronokan di dunia yang sementara sudah berakhir, di liang lahad adalah pengenalan akan azab dan derita yang bakal ditanggung di neraka jahannam kelak atas segala perbuatan kufur dan menidakkan suruhan Allah di dunia.

Mengingati mati atau sakaratul maut sebenarnya adalah ubat untuk segala permasalahan dunia. Bila kita rasa buntu dan pening dengan segala permasalahan dunia, cubalah untuk mengingat mati, mendengar kuliah mengenai sakaratul maut, dan mengambil iktibar darinya. Barulah kita rasa masalah kita di dunia tidak lah apa-apa melainkan hanya mainan kehidupan, ujian yang Allah turunkan untuk menguji keimanan kita. InsyaAllah, semoga Allah leraikan hati kita dari terikat kuat dengan hal-hal keduniaan, membenamkan nafsu nafsi kita pada keinginan duniawi yang tidak membawa kebaikan kepada kita. Tidaklah bermakna kita tidak boleh menginginkan hal keduniaan, tapi segalanya hendaklah secara besederhana dan apa jua keutamaan kita letakkan pada dunia selepas mati. Kerana mati itu pasti, seperti bom jangka yang bakal meletup yang berdetik setiap masa tapi tidak dapat kita ketahui bilakah bom jangka akan meletup. MasyaAllah.

Hati manusia, kalau ikatannya dengan hal keduniaan terlalu kuat, akan jadi benak. Segalanya yang difikirkan adalah keseronokan dunia, dunia dan dunia. Makalalai lah kita jadinya. Kuranglah masa kita peruntukkan untuk merenung hakikat diri yang bakal menghadapi mati bila masa yang diberi 24 sehari banyak dihabiskan dengan perkara lagho lagi melalaikan. Sehari suntuk kita bekerja, kurang lebih 8 jam, kemudian waktu tidur kita 6 jam, waktu mandi, bersesakkan dalam keadaan lalulintas, dan sebagainya.. sebenarnya berapa detik kah cuma kita bertafakur mengingati hakikat diri yang sebenar? Khusyukkah solat kita. Apakah benar solat kita berkualiti, hingga boleh menghidarkan kita dari melakukan perbuatan mungkar.. kenapa kita masih lagi melakukan dosa walaupun kita bersolat, berpuasa dan sebagainya? Apakah kita merasakan kita "okay" sebab kehidupan kita baik..

Yang menyedihkan bila ramai beranggapan nikmat dan kesenangan yang Allah kurniakan di dunia ini adalah tanda rahmat dariNya. Cuba periksa kembali, apa mungkin Allah sayang pada kita dengan keadaan kita yang ingkar? Adakah diri kita berusaha sedaya upaya mengikut perintah Allah. MasyaAllah.. tahukah kita sebenarnya rezeki yg didatangkan kepada kita dalam keadaan kita ingkar padaNya adalah merupakan rezeki istidraj?

Rezeki istidraj, membuatkan kita tenggelam dalam nikmat dunia yanng manisnya hanyalah palsu. Dan nikmat palsu ini menyebabkan ramai manusia kufur merasa hidup di dunia membahagiakan dan tidak mahu mati. Menolak jauh-jauh sakaratul maut yang pasti suatu hari nanti akan dihadapi. Jangankan kata nak menolak. nak berkata "ah" pun kita tidak terdaya bila saat malaikat izrail datang menjemput. Apakah bila hijab kita di buka Allah, kita akan melihat hamparan seputih salju, atau hanya keadaan hitam pekat yang menyesakkan nafas pada saat itu?

Maka janganlah kita tertipu dengan umur, mulalah dari sekarang. Jangan kita bertangguh-tangguh bila terdetik walau sezarah pun rasa ingin berbuat amal kebaikan. Tidak lain dan tidak bukan syaitan yang membisikkan pada kita .."rileksla, muda lagi, enjoy dulu, nanti esok lusa baru pakai tudung/solat/ etc.. jangan takut, Allah maha pengampun, nanti kita bertaubat bila sampai seru".

Masalahnya, bukan kita tahu, bilakah saatnya kita bakal menghadapi sakaratul maut.

Marilah kita sama-sama beringat. Hakikat sebenar diri kita ini adalah hamba. Hamba pada yang Esa. Sifat hamba adalah menurut perintah Tuannya. Tidak ada kompromi dan tidak boleh tidak. Itulah hamba. Siapa kita untuk menidakkan dan melawan segala suruhanNya.. Kita hidup di bumi Allah, menerima segala rezeki serta nikmat hidup lainnya dari Allah pun secara percuma, tapi kita tidak mahu mengikut undang-undang yang sudah Allah tetapkan sementara kita hidup di bumiNya ini? Kurang ajar lah kita..

Semoga kita diberi hidayah oleh Allah sahabatku, duduk sejenak dan fikir mana lagi ruang-ruang pada diri yang perlu kita kemas kini dan perbaiki. Dari segi auratkah? Dari segi amal ibadahkah? Pergaulan dan sebagainya...Semoga kita sama-sama berlari mengejar rahmat Ilahi dan mendapat keredhaanNya.
InsyaAllah.


- copy article. semoga same2 kita mendapat manfaat hari ini...........

Munnalicious Publish time 12-4-2012 11:57 AM

Thank for the info~

manganini Publish time 13-4-2012 02:12 AM

Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapai mati.

Jadilah orang yang cerdik..

maz_mk Publish time 13-4-2012 11:52 AM

Banyakkan membaca surah al-mulk...Ianya menjadi penangkal/teman kita di dalam kubur.

intan_smsb Publish time 13-4-2012 12:09 PM

Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk ...
manganini Post at 13-4-2012 02:12 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    {:thumbo

orangbesi Publish time 14-4-2012 09:33 AM

kalau org tu rasa dia dah mati
walau masih hidup
camna???
bodoh ke dia tu???
gila kotttttttttt:)

kismis Publish time 14-4-2012 09:47 AM

kalau org tu rasa dia dah mati
walau masih hidup
camna???
bodoh ke dia tu???
gila kotttttttttt
orangbesi Post at 14-4-2012 09:33 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

ada je ayat mencuit cuit dari hang no orangbesi hehe

orangbesi Publish time 14-4-2012 06:32 PM

rasa aku laaa
mati tu pun
makhluk gak kan
maklumlah yg dicipta
sama je cam kita ni kottttt

so........be hapy
walaupun
si MALAIKATULMAUT tak pernah senyum pun:(:(:(:(:(:(:(

sehLemahAbang Publish time 14-4-2012 06:38 PM

Reply 8# orangbesi


    ang tak mandi junob kot tu dia tak penah senyum haha...
dia selalu senyum kat aku wooo....jgn jelessssahaha....gurau je kahkah....:lol:

orangbesi Publish time 15-4-2012 03:59 PM

Reply 9# sehLemahAbang


    cisss hang ni
baru aku nak ngayat kat sini
nak kasitau
agar jangan la takut kat mati
atau takut kat DIA tuuuuu

walaupun dia tak senyum
tapi kan ada masa dia akan senyum tuuuuu
sengih terus
sebab sampai masa dia buat kerja leeeeeeee:)

girlphg Publish time 21-6-2012 06:41 PM

thanks for sharing... bukan takut mati, tapi kena selalu ingat mati..
Pages: [1]
View full version: Ingat mati


ADVERTISEMENT