xray Publish time 7-7-2012 10:53 AM

Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah

Post Last Edit by mbhcsf at 7-7-2012 14:42

KEAJAIBAN DUNIA BERSEMPENA KELAHIRAN RASULULLAH Oleh Anisah Bahyah Hj. Ahmad Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga: 1] Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda. 2] Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya. 3] Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. ## Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya. ## Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya. ## Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari *******?? ( notaWHY CENSORED??gunakan istilah yang sesuai dan appropriatemay be tak censored kot ???) bersambung

mbhcsf Publish time 7-7-2012 11:34 AM

hmm... kelaur dari ape? kenapa censored?

petikan dari mane ye , interesting.

darkchoc Publish time 7-7-2012 11:37 AM

tulisan kecik sgt la..ssh nak baca :shakehead3:

Nazrulism Publish time 7-7-2012 01:04 PM

## Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

## Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah .....

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari ******* ?? ( notaWHY CENSORED??gunakan istilah yang sesuai dan appropriatemay be tak censored kot ???) bersambung
xray Post at 7-7-2012 10:53 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Sebahagian fahaman yang terambil dari Kitab Bezanji tentang konsep 'Nur Muhammad'

“Dan lagi aku memohon kepada-Nya moga-moga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu daripada segala makhluk yang lainnya. Iaitu nur yang berpindah-pindah daripada satu dahi kepada satu dahi yang mulia keadaannya, iaitu moyang-moyang Nabi s.a.w. yang mulia sehingga dahi ‘Abdullah ayahandanya”. (Rujuk: Terjemahan Maulid Berzanji Daibai’i. Zulkifli Mat Isa, Perniagaan Jahabersa)

“Aku (Allah) ciptakan (cahaya terpelihara – Nur Muhammad) itu sebelum adanya sebarang benda dan sebelum terbentuknya langit dan bumi, malam ini dengan sukacitanya Aku pindahkan dia ke dalam perut ibunya.” (Rujuk: Terjemahan Maulid Berzanji Daibai’i. Zulkifli Mat Isa, Perniagaan Jahabersa. m/s. 93)

Ia juga mendekatkan kepada konsep Nur Panjthan (Nabi Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain) yang dikatakan berlegar-legar mengelilingi arasy sebelum kejadian alam semesta selama 50,000 tahun mengikut ajaran Syiah. Ia juga merupakan punca kesesatan golongan Barelwi yang mempercayai bahawa Nabi Muhammad bukannya seorang manusia biasa dari segi kejadian asalnya tetapi kejadiannya berbeza dari yang lain kerana ia adalah Nur yang terpancar daripada nur Allah. Untuk ini banyak sekali ayat-ayat Al-Quran ditakwilkan dengan sewenang-wenangnya dan banyak pula hadis-hadis yang sahih diketepikan atau diabaikan langsung.

mbhcsf Publish time 7-7-2012 02:47 PM

Sebahagian fahaman yang terambil dari Kitab Bezanji tentang konsep 'Nur Muhammad'

“Dan lagi ak ...
Nazrulism Post at 7-7-2012 13:04 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   ygpenulis kitab ni semua - apa credential depa , dan apa cabang ilmu ni ?

    sebab yg i tahu Nabi our prophets Muhammad SAW ajaqumat islam apa yg ada dalam quran dan sunnahso bila tulis dan ada macam ni..i wonder sapa yg dok ajaq?

is it ada asas keor ???

i am asking .

Nazrulism Publish time 7-7-2012 04:19 PM

ygpenulis kitab ni semua - apa credential depa , dan apa cabang ilmu ni ?

    sebab...
mbhcsf Post at 7-7-2012 14:47 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Banyak terdapat dalam kitab-kitab tasauf, sirah dan maulid kenyataan yang menunjukkan bahawa kejadian pertama alam semesta ini adalah Nur Muhammad. Walaupun pengarang kitab-kitab sirah dan maulid dan juga pengarang-pengarang kitab-kitab tasauf itu mengemukakan riwayat tentang Nur Muhammad tetapi tidak pula mereka menyatakan sanadnya, di samping tidak diketahui langsung punca-puncanya yang boleh dipertanggungjawabkan.

Credential mereka sukar ditentukan, cabang ilmunya sukar dipastikan kerana ianya terbit dari fahaman anutan lain, falsafah dan fahaman kepada literal ayat Al Qur'an semata2 seperti Barelwi, Ilmu Isi, Bathiniah dan lain-lain .
Pages: [1]
View full version: Keajaiban Dunia Sempena Kelahiran Rasulullah


ADVERTISEMENT