hawaq posted on 2-1-2013 09:29 AM

Gangguan Air Di KL Dan S;gor. Gangguan sekitar Hulu Langat 30 & 31 Jan

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang dijangka berlarutan dan melibatkan lebih banyak kawasan susulan kegagalan sistem pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu hari Selasa.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred dalam kenyataan malam ini, berkata kegagalan di rumah pam Wangsa Maju adalah kali kedua selepas dibaik pulih, manakala Pudu Hulu pula kerosakan yang baru berlaku.

"Syabas menganggarkan pada kali ini terdapat pertambahan kawasan terlibat di Kuala Lumpur disebabkan kerosakan pam di rumah pam Pudu Hulu Baru berbanding gangguan sebelum ini yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 107,760 akaun pengguna yang melibatkan setengah juta isi rumah," katanya.

Di Kuala Lumpur, lokasi terlibat ialah Flat DBKL Dato' Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, UTM, FELDA, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya.

Turut terlibat Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Sri Permaisuri, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Melur, Taman Saga, Taman Mega Jaya, Taman Teratai, Taman Muda, Taman Seraya, Taman Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru.

-- BERNAMA
Last edited by hawaq on 15-1-2013 12:22 PM

Elle_mujigae posted on 2-1-2013 09:35 AM

Dah kali kedua rosak....ermmm {:1_550:}

perang_saudara posted on 2-1-2013 09:37 AM

Elle_mujigae posted on 2-1-2013 09:35 AM static/image/common/back.gif
Dah kali kedua rosak....ermmm
elleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ni lah semalam rumah aku tak de air...... hari ini baru keluar berita notis dalam sotkhabar


selamat mengedrill

little_sis posted on 2-1-2013 09:37 AM

area umah aku.... tp pagi td ada je lg air...
kalo balik keje petang ni xde air.. iskkk... :sweat3:

maja07 posted on 2-1-2013 09:39 AM

system pam ni tak der backup plan ke?

Elle_mujigae posted on 2-1-2013 09:40 AM

perang_saudara posted on 2-1-2013 09:37 AM static/image/common/back.gif
elleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ni lah semalam rumah aku tak de air...... hari ini baru keluar berita n ...

Sekarang dah okay kan? Still kena simpan air, u will never know when they managed to repair the pump house...:sweat3:

perang_saudara posted on 2-1-2013 09:42 AM

Elle_mujigae posted on 2-1-2013 09:40 AM static/image/common/back.gif
Sekarang dah okay kan? Still kena simpan air, u will never know when they managed to repair the pu ...

Yup, sekarang dah okay dan juga perlu simpan air takut-takut hari ni pun kena.

Nesta13 posted on 2-1-2013 09:44 AM

title tulis gombak.. tp content kata wangsa maju.. mana satu nih...

kazaraf posted on 2-1-2013 09:45 AM

dulu aku duk ukay perdana, apartment -air paip mencurah mcm pili bomba..
tp bila skrg duk keramat, air dekat meter - nak tersembur 3-4 meter pn takboleh rasanya..
baru aku faham rupanya psl rmh pam yg berkongsi bnyk tempat..
area ukay perdana xde mslh ni

posted on 1-1-1970 08:00 AM

Bateesta posted on 2-1-2013 09:47 AM

:lol:

ada lg kat sini....

perang_saudara posted on 2-1-2013 09:47 AM

Nesta13 posted on 2-1-2013 09:44 AM static/image/common/back.gif
title tulis gombak.. tp content kata wangsa maju.. mana satu nih...

Gombak dengan Wangsa Maju tu lebih kurang jer nok.
Cam kawan aku, sekolah rendah Gombak sekolah menengah Wangsa Maju.

Sebegitu rupa juga tak tahu Gombak tu KL ke Selangor.

kecimpret posted on 2-1-2013 09:49 AM

SYABAS suckssss!!!!


{:3_95:}

citulla3 posted on 2-1-2013 10:04 AM

area umah aku start ahad dah xde air...tapi at least ada la jugak datang kejap masa pg isnin tu...sempat la nak mandi sblm pi keje...walaupun keruh, aku redah jugak....

pastu isnin dlm kul 7 ada air kejap....sampai kul 9...mujur masa tu air agak besar walaupun keruh...sempat la aku tadah dlm washing machine....semalam cuti, so penggunaan air blh banyak dr biasa sbb duk umah.....tapi setitik air pun xde....

semalam call syabas, mmg hampeh....diaorg x angkat....komplen kat fb, lagi la hampeh...xde reply apa2....sumpah tu rasanya dah berbakul2 dah dapat...

pg ni terpaksalah aku datang opis awal sbb nak mandi punya pasal....lega skit badan aku nie....alhamdulillah....

chekshu posted on 2-1-2013 10:06 AM

start hari ahad dah tak de air kekdahnya...
pesal berita baru hari ni keluar???

hawaq posted on 2-1-2013 10:09 AM

KUALA LUMPUR ¨C Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diminta tampil menjelaskan mengapa ia memerlukan sehingga 7 hari untuk memulihkan sepenuhnya bekalan air di beberapa kawasan di ibunegara yang terjejas berikutan kegagalan stesen pam penggalak Wangsa Maju Sabtu lalu.

Gabungan Persatuan Penguna-Penguna Malaysia (Fomca) merasakan tempoh itu sebagai terlalu lama untuk berlaku di bandar terbesar di negara ini.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman memberitahu Mynewshub, kerosakan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan dalam apa jua bidang tetapi tempoh pemulihan terutama untuk bahan penting seperti air tidak boleh mencapai tempoh yang keterlaluan.

¡°Syabas perlu tampil menjelaskan mengapa begitu lama baru bekalan akan pulih sepenuhnya? Apakah rancangan luar jangka atau alternatif yang dimiliki Syabas untuk memastikan bekalan dipulihkan dalam tempoh yang terpantas bila berlaku kerosakan.

¡°Dalam kes terbaru ini, kita hendak tahu apa yang sebenarnya berlaku, apakah bila dah rosak baru nak mula buat tempahan barangan, kita perlukan penjelasan,¡± katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau sehubungan itu mahukan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) agar tampil menyiasat dan meminta penjelasan daripada Syabas terhadap isu pemulihan semula bekalan air di kawasan-kawasan tertentu ibu negara yang memakan masa sehingga 7 hari.

Kata Mohd Yusof, apa yang berlaku adalah tanggungjawab SPAN juga dan suruhanjaya itu diminta agar tidak berdiam diri semata-mata.

Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) memalui Twitter mereka memaklumkan bahawa bekalan air permasalahan di Wangsa Maju akan hanya pulih dalam tempoh satu minggu.



Facebook dan Twitter Puspel dibanjiri persoalan pengguna yang risau memandangkan esok hari pertama persekolahan dan ramai warga kota yang bercuti Tahun Baru hari ini akan mula berkerja.

Ramai yang marah dan mendakwa tempoh bekalan air terputus itu sebagai terlalu lama.

acuz posted on 2-1-2013 10:19 AM

rumah aku sejak jumaat dah xde air :huffy hari mggu tpkse blk kg.. baju kne antar dobi..& pg ni aku mandi kt opis:'(

baghal_bortuqal posted on 2-1-2013 10:22 AM

gila babi musim ujan camnih buleh takde air.

mmg nak kene bitch slap la neh.

iscol_klang posted on 2-1-2013 10:28 AM

syabas memang mangkuk
air start takde hari ahad
takde notis apa pun, which is weird
sedangkan sebelum ni kalau air takde 3 jam pun dia hantar notis
call syabas, sekor pun tak angkat (takut kena maki kot)
dahlah tak hantar notis, lori syabas datang pun tak bagitau
kot nasib baik ternampak lori syabas tu, sempatla tadah..
hari2 seterusnya air ada sebelah siang je, ikut moodlah..
kita tak marah air takde tu
tapi marah sebab syabas lepas tangan

hanibee posted on 2-1-2013 10:34 AM

pam kat wangsa maju rosak.. tp area wangsa maju takde dlm senarai yg affected?

brownstone posted on 2-1-2013 10:47 AM

penswasataan bagus?

falsampah madey jelas salah...

airfilterkotor posted on 2-1-2013 10:53 AM

Mari ramai-ramai labur duit sket guna rain water harvesting system.
Kalo ada banyak masa, DIY pun boleh...lagi jimat berganda.

lizaliza posted on 2-1-2013 11:04 AM

CEO syabas kate" ade aku keeesahhhh, janji aku masyukkkk"

ad_hoc79 posted on 2-1-2013 02:45 PM

risau btol air xde... merana

hawaq posted on 2-1-2013 03:12 PM

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang dijangka berlarutan dan melibatkan lebih banyak kawasan susulan kegagalan sistem pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu semalam.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred dalam kenyataan malam tadi, berkata kegagalan di rumah pam Wangsa Maju adalah kali kedua selepas dibaik pulih, manakala Pudu Hulu pula kerosakan yang baru berlaku.

"SYABAS menganggarkan pada kali ini terdapat pertambahan kawasan terlibat di Kuala Lumpur disebabkan kerosakan pam di rumah pam Pudu Hulu Baru berbanding gangguan sebelum ini yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 107,760
akaun pengguna yang melibatkan setengah juta isi rumah," katanya.

Di Kuala Lumpur, lokasi terlibat ialah Flat DBKL Dato¡¯ Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, UTM, FELDA, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant, Jalan Ampang Hilir,
Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya.

Turut terlibat Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Sri Permaisuri, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Melur, Taman Saga, Taman Mega Jaya, Taman Teratai, Taman Muda,
Taman Seraya, Taman Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru.

Kawasan Gombak pula meliputi Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman TAR, Kampung Tasek Permai, Ukay Heights, Ampang Jaya, Dataran Ukay, Pinggiran Ukay, Sri Ukay, Beverly Heights, Ampang Indah, Ampang Saujana, Ampang Water Front, Bandar Baru Ampang, Bukit Ampang Permai, Bukit Indah, Desa Lembah Permai, Desa Setapak, Jalan Ampang, Kampung Bukit Sungai Puteh, Keramat AU 1 hingga AU 5, Kampung Ampang Campuran, Kampung Indah Mulia, Kampung Kemensah dan Kampung
Lembah Jaya.

Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Tengah Lembah Jaya, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Sri Rampai, Taman Ampang, Taman Dagang Permai, Taman Pandan Ria, Taman Permai Jaya, Taman Permata, Taman Saujana, Ampang Tasek Tambahan, Taman Ampang Mewah, Taman Ampang Utama, Taman Bukit Ampang, Taman Cahaya Ampang, Taman Dagang Jaya, Taman Halaman, Taman Kesuma Ampang, Taman Kosas, Taman Mulia Jaya, Taman Rasmi Jaya, Taman Sri Ampang, Taman Watan, Wangsa Melawati.

Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada pagi hari ini, katanya menambah SYABAS memantau secara berterusan keadaan tersebut.

SYABAS menyediakan 40 buah lori tangki untuk membantu membekalkan air ke kawasan terlibat, selain menggerakkan lori tangki daripada pihak swasta sebagai tambahan kepada jumlah sedia ada.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

- Bernama
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full: Gangguan Air Di KL Dan S;gor. Gangguan sekitar Hulu Langat 30 & 31 Jan