brownstone Publish time 2-1-2013 10:47 AM

penswasataan bagus?

falsampah madey jelas salah...

airfilterkotor Publish time 2-1-2013 10:53 AM

Mari ramai-ramai labur duit sket guna rain water harvesting system.
Kalo ada banyak masa, DIY pun boleh...lagi jimat berganda.

lizaliza Publish time 2-1-2013 11:04 AM

CEO syabas kate" ade aku keeesahhhh, janji aku masyukkkk"

ad_hoc79 Publish time 2-1-2013 02:45 PM

risau btol air xde... merana

hawaq Publish time 2-1-2013 03:12 PM

Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang dijangka berlarutan dan melibatkan lebih banyak kawasan susulan kegagalan sistem pam di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu semalam.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred dalam kenyataan malam tadi, berkata kegagalan di rumah pam Wangsa Maju adalah kali kedua selepas dibaik pulih, manakala Pudu Hulu pula kerosakan yang baru berlaku.

"SYABAS menganggarkan pada kali ini terdapat pertambahan kawasan terlibat di Kuala Lumpur disebabkan kerosakan pam di rumah pam Pudu Hulu Baru berbanding gangguan sebelum ini yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 107,760
akaun pengguna yang melibatkan setengah juta isi rumah," katanya.

Di Kuala Lumpur, lokasi terlibat ialah Flat DBKL Dato’ Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, UTM, FELDA, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant, Jalan Ampang Hilir,
Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya.

Turut terlibat Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Sri Permaisuri, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Melur, Taman Saga, Taman Mega Jaya, Taman Teratai, Taman Muda,
Taman Seraya, Taman Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru.

Kawasan Gombak pula meliputi Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman TAR, Kampung Tasek Permai, Ukay Heights, Ampang Jaya, Dataran Ukay, Pinggiran Ukay, Sri Ukay, Beverly Heights, Ampang Indah, Ampang Saujana, Ampang Water Front, Bandar Baru Ampang, Bukit Ampang Permai, Bukit Indah, Desa Lembah Permai, Desa Setapak, Jalan Ampang, Kampung Bukit Sungai Puteh, Keramat AU 1 hingga AU 5, Kampung Ampang Campuran, Kampung Indah Mulia, Kampung Kemensah dan Kampung
Lembah Jaya.

Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Tengah Lembah Jaya, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Sri Rampai, Taman Ampang, Taman Dagang Permai, Taman Pandan Ria, Taman Permai Jaya, Taman Permata, Taman Saujana, Ampang Tasek Tambahan, Taman Ampang Mewah, Taman Ampang Utama, Taman Bukit Ampang, Taman Cahaya Ampang, Taman Dagang Jaya, Taman Halaman, Taman Kesuma Ampang, Taman Kosas, Taman Mulia Jaya, Taman Rasmi Jaya, Taman Sri Ampang, Taman Watan, Wangsa Melawati.

Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada pagi hari ini, katanya menambah SYABAS memantau secara berterusan keadaan tersebut.

SYABAS menyediakan 40 buah lori tangki untuk membantu membekalkan air ke kawasan terlibat, selain menggerakkan lori tangki daripada pihak swasta sebagai tambahan kepada jumlah sedia ada.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222.

Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

- Bernama

chaintea Publish time 2-1-2013 04:10 PM

rumah aku pon sama..
my fren rumahnya di seksyen 2 wangsa maju pon terjejas
dlm FB depa pesan suruh komplen ni twitter..
dkt twitter mahupon FB haram xde notis apa2
tahu2 air xde..cam hampeh..nasib baik la air dh tadah siap2..
nak maki hamun pon cam menyalak bukit..xde kesan apa2
tup tup today kasik notis katanya recovery amik masa 7 hari..cam damn!!
SYABAS leh melingkup la lepas ni

Zep Publish time 2-1-2013 04:16 PM

Area rumah aku. tapi semalam Keramat ada air lagi. taktau la kalau balik karang tup2 takde air dah.
Betul orang cakap, biar takde letrik, jangan takde air. seksa.

jfq Publish time 2-1-2013 04:20 PM

Dah brapa hari xda air baru nak announce ke

PICes_Boy Publish time 2-1-2013 04:20 PM

ayarkkk..lama giler tu tak der air...sakit jiwa la klu nak kena cebok memalam@ pagi2 buta..:dizzy:

hazmireen Publish time 2-1-2013 04:54 PM

Ibu saya di keramat, memang takde air today pagi.

gede-bab Publish time 2-1-2013 04:57 PM

kesian kat selangor ni..negeri kaya air pun air tarak cukup...kami kat penang ni walau negeri kecik dan air songlap dari sungai muda kedah...air tak pernah putus..air pun bersih tak berkelodak macam kelantan...;P

kazaraf Publish time 2-1-2013 04:57 PM

hazmireen posted on 2-1-2013 04:54 PM static/image/common/back.gif
Ibu saya di keramat, memang takde air today pagi.

keramat AU dah ada air..

kazaraf Publish time 2-1-2013 05:00 PM

hanibee posted on 2-1-2013 10:34 AM static/image/common/back.gif
pam kat wangsa maju rosak.. tp area wangsa maju takde dlm senarai yg affected?

aku rasa yg beralamat Wangsa Maju guna rumah pam lain kot. hehe..

hazmireen Publish time 2-1-2013 05:01 PM

kazaraf posted on 2-1-2013 04:57 PM static/image/common/back.gif
keramat AU dah ada air..

Yeaa.. alhamdulillah, tq for the update.

kazaraf Publish time 2-1-2013 05:04 PM

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memberi penjelasan kepada para pengguna berikutan gangguan bekalan air yang dihadapi oleh sejumlah 89,760 akaun sejak 29 Disember 2012 lalu dan bilangan akaun tersebut telah meningkat kepada 107,760 sejak 1 Januari 2013. Pihak SYABAS telah memaklumkan kepada para pengguna dari semasa ke semasa termasuk memberi taklimat dan penerangan secara terus serta menerusi pihak media massa berkaitan masalah tersebut.

Gangguan bekalan air ini berlaku disebabkan oleh dua (2) kejadian. Kejadian yang pertama melibatkan Rumah Pam Wangsa Maju manakala kejadian kedua melibatkan Rumah Pam Pudu Hulu Baru. Kedua-dua kejadian ini berlaku secara berturut-turut.

Sebagai makluman, Rumah pam Wangsa Maju dengan kapasiti rekabentuk 136 JLH (Juta Liter Sehari) beroperasi semenjak era pengurusan Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) pada tahun 2004. Rumah pam ini yang mengepam bekalan air ke kawasan bekalan seperti di LAMPIRAN 1 menerima sumber air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3 dan LRA Wangsa Maju.

Bagi menampung keperluan permintaan bekalan air yang meningkat sejak tahun 2004 di kawasan berkenaan, kadar pengepaman rumah pam ini ditingkat dari tahun demi tahun dan terpaksa beroperasi dalam keadaan ”overload” sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga mencecah 200 JLH berbanding kapasiti asal rekabentuk sebanyak 136 JLH. Oleh kerana rumah pam tersebut telah beroperasi melebihi kapasiti rekabentuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rumah pam tersebut kini sudah tidak berupaya untuk beroperasi dalam tahap yang sedemikian menyebabkan berlakunya masalah teknikal termasuk kegagalan untuk berfungsi sepertimana dikehendaki walaupun ianya telah disenggarakan secara berterusan dan mengikut jadual. Rumah pam ini telah mengalami kegagalan sebelum ini tetapi ianya dapat ditangani tanpa melibatkan sebarang gangguan bekalan air kepada kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini kegagalan rumah pam Wangsa Maju bertambah kerap menyebabkan kerosakan yang memerlukan masa untuk dibaiki dan mengakibatkan gangguan bekalan air di kawasan berkenaan.

Kegagalan terkini yang pertama di Rumah Pam Wangsa Maju berlaku pada 29 Disember 2012 dan kerosakan yang dialami selesai dibaiki sepenuhnya pada jam 3.46 am pagi 30 Disember 2012. Gangguan bekalan air tidak berjadual disebabkan kejadian ini telah dimaklumkan kepada pengguna melalui kenyataan akhbar bertarikh 29 Disember 2012 dan 1 Januari 2013. Namun pada sekitar jam 3.15 petang, 1 Januari 2013, rumah pam ini telah mengalami kerosakan buat kali kedua walaupun gangguan bekalan air di kawasan berkenaan yang masih belum pulih. Bagi kerosakan kedua ini, pihak SYABAS sedang melakukan kerja-kerja pembaikan dan dijangka siap pada petang 2 Januari 2013 dan SYABAS akan mengemaskini situasi kerja pembaikan apabila siap kelak. Memandangkan kawasan yang terlibat dengan gangguan kali ini adalah besar, bekalan air dijangka akan pulih secara berperingkat mulai esok dan pihak SYABAS menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya dalam tempoh tujuh (7) hari

Manakala bagi kejadian yang kedua melibatkan kegagalan di Rumah Pam Pudu Hulu Baru yang berlaku sekitar jam 1:30 petang 1 Januari 2013, ianya berlaku disebabkan kerosakan pada papan switch utama 11kV di rumah pam Pudu Hulu Baru selepas kerja-kerja penyenggaraan dilakukan oleh TNB di pencawang elektrik berdekatan dengan rumah pam tersebut. Kerosakan tersebut mungkin berkaitan dengan kerja-kerja TNB yang dijalankan sebelumnya. Bagaimanapun, perkara ini masih sedang disiasat.

Berikutan kedua-dua kejadian tersebut, Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) KodHijau yang telah diaktifkan pada jam 8.00 pagi, 29 Disember 2012 di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak telah di tukar kepada Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning bermula pada jam 6.00 petang 1 Januari 2013. Pertukaran kod warna Pelan Tindakan Kecemasan ini bagi mempertingkatkan lagi usaha SYABAS dalam memantau keadaan ini secara berterusan dan mengurus kawasan-kawasan terlibat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air bagi mengurangkan impak ke tahap yang paling minima disamping memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa. Pada masa ini, SYABAS telah menyediakan sebanyak empat puluh (40) buah lori tangki untuk membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat dan pihak SYABAS juga sedang menggerakkan lori-lori tangki daripada pihak swasta sebagai tambahan kepada jumlah sedia ada. Manakala sejumlah seratus sepuluh (110) tangki statik telah ditempatkan di lokasi- lokasi yang strategik di sekitar kawasan yang terlibat. Pihak SYABAS juga akan meletakkan lebih banyak tangki statik yang ada bagi membolehkan para pengguna yang terlibat mendapat bekalan air untuk waktu sementara. Selain itu, SYABAS akan turut memohon daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi bantuan dari segi logistik khususnya dalam menyediakan lori-lori tangki untuk menghantar bekalan air.

Pihak SYABAS ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa dari awal lagi SYABAS menjangkakan akan timbul masalah memandangkan operasi pam ini melepasi tahap rekabentuk untuk masa yang berlarutan. Berikutan itu, seawal 2009 lagi SYABAS telah membawa isu ini kepada pihak Kerajaan dan memajukan cadangan supaya satu sistem pengepaman tambahan yang baru dibangunkan supaya tidak ’overload’ sistem yang sedia ada. Walaupun telah disusuli beberapa kali oleh pihak SYABAS, hanya pada bulan Mac 2012 pihak Kerajaan telah meluluskan pembangunan sistem pengepaman tambahan ini yang mana akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor menggunakan pinjaman dari pihak Kerajaan Persekutuan. Pada masa ini, pihak SYABAS masih belum dapat kepastian bila projek ini akan siap kerana ia masih lagi di peringkat rekabentuk oleh juruperunding yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ini bermakna, sehingga projek ini siap, sistem pengepaman ini akan terpaksa diuruskan di peringkat melebihi tahap rekabentuknya.

SYABAS juga ingin memaklumkan bahawa setelah siap kerja memperbaiki pam yang rosak ini, dijangkakan tempoh baikpulih penyaluran air ke kawasan-kawasan yang terlibat akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu (1) minggu lagi. Ini memandangkan kekurangan bekalan rezab sedia ada (reserve supply) telah hampir di paras kosong dengan permintaan harian sebanyak 4,400 JLH berbanding bekalan sebanyak 4,436 JLH.

Oleh itu, amatlah kritikal projek membangunkan sistem pengepaman tambahan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini dapat disiapkan dengan kadar ’fast track’.

Penyelesaian jangkamasa panjang pula memerlukan sumber bekalan air baru seperti Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Persekutuan atau projek lain yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Pihak SYABAS berharap kenyataan ini dapat membantu orang ramai khususnya pengguna di kawasan berkenaan mendapatkan gambaran sebenar masalah yang berlaku dan tindakan–tindakan yang diambil oleh pihak SYABAS. Oleh yang demikian dalam keadaan sekarang, pihak SYABAS mengharapkan agar para pengguna dapat menggunakan air sebaik-baik mungkin dan dengan cara yang paling berhemah bagi mengelakkan sebarang pembaziran dari berlaku.

Bagi para pengguna yang memerlukan maklumat lanjut disarankan agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800- 88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL<jarak>aduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222. Pengguna juga boleh membuat aduan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’. Walau bagaimanapun, pihak SYABAS menyarankan para pengguna untuk melayari laman web SYABAS di www.syabas.com.my untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan bekalan air ini.


nitezen Publish time 2-1-2013 05:14 PM

patutla pagi tadi nak cebok air pili yg keluar halus2 belaka..

shamsadis Publish time 2-1-2013 05:21 PM

aku nak air paip taknak air tasik....sesaper nak air tasik kalo bukak paip kuar ikan toman, ikan puyu boleh pasang paip terus ke tasik. :lol:

Elle_mujigae Publish time 2-1-2013 09:03 PM

So salah kerajaan pakatan rakyat la ye...then pihak puas yg cipta rekaan rumah pam pada tahun 2004 tak bersalah? :dizzy:

bobo_haha Publish time 2-1-2013 09:15 PM


kalau bobo, antara takde air ngan takde letrek, tak letrek still ok lagi.....

owh... tak juga... nanti laptop abis bateri, tak leh nak bercari forum bagai............ {:mlface:}

Cuai Publish time 2-1-2013 09:16 PM

gede-bab posted on 2-1-2013 04:57 PM static/image/common/back.gif
kesian kat selangor ni..negeri kaya air pun air tarak cukup...kami kat penang ni walau negeri kecik...

Ape bangang la statement ko nih..jgn jadi bodoh sgt lah nak libat kan state kat sinih..ko tau ker x current isu nih? :doh3:
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9
View full version: Gangguan Air Di KL Dan S;gor. Gangguan sekitar Hulu Langat 30 & 31 Jan


ADVERTISEMENT