hawaq Publish time 9-1-2013 10:34 AM

yg lain2 sibuk kerja kot...

apa kata ko start dulu...nnt ada la org join :D

gede-bab Publish time 9-1-2013 10:39 AM

semoga penduduk gombak /kl dan sewaktu dengannya sabar dengan dugaan ini.....

zaujahzauji Publish time 9-1-2013 10:45 AM

Please lah kerajaan negeri buat back up plan.tunjukkan yg korang x bergantung sangat ngan SYABAS ni..selangor masih banyak sumber air lagi..kalau saat kritikal macam ni kerajaan negeri guna segala sumber yg ada, introduce sumber air baru, aku rasa dah xde jalan lagi BN nak kelentong rakyat...come on Khalid, reserved tasik ada 9 x silap..groundwater pun ada..biar orang nampak kenapa Langat 2 (kalau transfer air dari Pahang) ni sangat2 mengarut...

melia_star Publish time 9-1-2013 10:47 AM

hawaq posted on 8-1-2013 09:17 PM static/image/common/back.gif
Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menafikan wujud unsur sabotaj berhubung gangguan bekalan air...

Mengulas lanjut, Lee berkata, walaupun dua pam air yang sebelum ini rosak telah dibaiki, bekalan air masih tidak mencukupi kerana tidak mampu untuk menampung permintaan penduduk yang semakin meningkat.

Katanya lagi, kekurangan masalah air hanya boleh diatasi sekiranya loji Langat 2 dibina.

"Jika loji Langat 2 dibina, kita boleh ambil air dari sana bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

"Walaupun pam dah pulih tapi tak boleh beroperasi dengan maksimum dan perlukan masa kerana permintaan semakin tinggi," katanya lagi.


-----------------------------------------------

haah...yelahh...tetiba jer jumlah penduduk mencanak2 naik tak cukup air nk salur ekkk....so, penyelesaain Loji Langat ekk....klise sgt jawpan ko....copy paste dr saper ekkk.........

gaara_X Publish time 9-1-2013 10:48 AM

kesiannya kat korang.....SYABAS nie suah nak callenge laa...CEOnya kuat woo!!

melia_star Publish time 9-1-2013 10:55 AM

aku tumpang simpati hangpa2 yg duduk kawasan terlibat....mmg jahanam betui la Syabas neh....buat penaya org ajer....hangpa sabaq naaa....:(

brownstone Publish time 9-1-2013 11:05 AM

kalau bina langat 2, inagt boleh siap dlm sehari 2? so why janji up to Chinese New Year? Nampak sgt byk alasan.

Syabas : Sya = Syaitan, Ba = Babi, S = Sial

chaintea Publish time 9-1-2013 11:20 AM

cam hampeh la tetiba alasan x cukup air lak
nk jugak langat 2 tuh..pdhal empangan penuh siap berlebih sampai banjir
wei..sblm ni x pernh jd cmni pon
eii bangang sungguh alasan..

siap la korang..aku tggu PRU je nih

mjla Publish time 9-1-2013 11:23 AM

Cuba korunk pakat ramai2 pergi serbu kat SYABAS tu.....

Diaorg ni nak kena hajor sket...

putehh Publish time 9-1-2013 11:31 AM

xde orng ke keje syabas...nak tau je sbb sebenar2nya...

tebabo Publish time 9-1-2013 11:34 AM

Kalu sampai CNY maksudnya sampai PRU la kut.. lepas PRU sebelum ayam berkokok air terus mencurah curah..

slayerknight Publish time 9-1-2013 11:40 AM

bole gile aku lama mcm ni air takde... tengokla, moga dapat balasan mastermind dan orang2 yang terlibat!!

linamys Publish time 9-1-2013 12:02 PM

chaintea posted on 9-1-2013 11:20 AM static/image/common/back.gif
cam hampeh la tetiba alasan x cukup air lak
nk jugak langat 2 tuh..pdhal empangan penuh siap berleb ...

tipu la x cukup bekalan air... tetiba je.... masalah pokok pun pasal pam rosak....

x kn x cukup air kat kl/sel ni... hujan hari2 tahun lps smp banjir2... x kn airx cukup... lain la musim kemarau

tebuanharimau Publish time 9-1-2013 12:04 PM

oni313 posted on 8-1-2013 09:47 PM static/image/common/back.gif
"Ini bukan kali pertama kami membuat penggambaran untuk iklan," kata Cheong lagi.

s ...

Iklan ini utk modal PRU 13 {:handsomeo

melia_star Publish time 9-1-2013 12:09 PM

kalu buat demo pun masuk ker tv3suku dan suku sakatnya?? kejenyer asyik memjaja kerajaan negeri selangor hamjad katanya.....:curse:

honeybee80 Publish time 9-1-2013 02:41 PM

petola posted on 6-1-2013 09:16 PM static/image/common/back.gif
inilah bangangnya gomen umno dulu
air nak dibuat niaga... dipecah2 ikut kepala bangang diorg



{:1_132:}{:1_132:}{:1_132:}

hawaq Publish time 9-1-2013 02:51 PM

ni aku ambik kronologi dari forum sebelah

Pendekkan Cerita:
Berlakunya sekatan air oleh SYABAS sebab pam bocor.

SYABAS kata tidak boleh repair sbb tiada alat ganti.

Kerajaan Selangor PR tampil untuk mengambilalih SYABAS sebab ketidakbolehan SYABAS repair pam bocor.

SYABAS spin kata depa dah tukar pam bocor tu. Seminggu lebih je boleh penuhkan air di tangki tu balik.

Sohaimi Shahadan kata Kerajaan PR Reject Projek Mega Umno Pusat Langat 2 punya pasal.

Sohaimi kata ni salah Kerajaan PR yg gagal selenggara kerosakan sistem rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru dan bukannye SYABAS.

Kerajaan Selangor PR tubuhkan jawatankuasa dan mendapati 4 daripada 5 pam x repair lagi:
Pam 1 sedang diselenggara dan x beroperasipon
Pam 2 rosak sejak setahun dulu sebab x ada alat ganti
Pam 3 rosak pada malam 28 Disember 2012
Pam 4 rosak pada malam 28 Disember 2012
Pam 5 Ok
So kata SYABAS Pam dah ditukar tu adalah B U L L S H I T ! ! !

credit to yinbyungheon

putehh Publish time 9-1-2013 03:03 PM

hawaq posted on 9-1-2013 02:51 PM static/image/common/back.gif
ni aku ambik kronologi dari forum sebelah

Pendekkan Cerita:


forum apa? nk link..nk baca gak..pm leh taK...:)

hawaq Publish time 10-1-2013 07:40 AM

Kuala Lumpur: UMNO mahu masalah bekalan air yang membabitkan penduduk di sekitar Cheras, termasuk kawasan perumahan pangsapuri Sri Melaka dapat diselesaikan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, berkata pihaknya akan meminta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) supaya menyelesaikan segera masalah itu daripada terus membelenggu rakyat.
Beliau berkata, tangki simpanan air yang disediakan syarikat konsesi air juga didapati tidak mampu untuk menampung keperluan pengguna dan perkara itu perlu diatasi dengan menyediakan lebih banyak tangki.

Bagi saya apa yang rakyat hendak tahu adalah masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Kita tahu kesalahan kerajaan negeri dan kita juga sudah tahu masalah SYABAS. Tetapi apa rakyat ingin tahu masalah ini diselesaikan dengan segera.

Masalah air adalah masalah besar kerana air tidak ada bahan ganti, tidak ada elektrik tidak mengapa, telefon tidak ada pun tiada masalah, tapi masalah air ini adalah masalah rakyat yang perlu diselesaikan segera.

Kalau ikutkan saya boleh pergi ke tempat lain jika mahu mengelak daripada menjawab isu ini kepada rakyat, tetapi kita berdepan dengan rakyat kerana ingin menjuarai masalah rakyat, katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum itu mengadakan lawatan mesra ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sri Melaka dan Sri Johor bagi meninjau persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Sementara itu beliau berkata, bilik gerakan serta PDM seluruh negara diarahkan supaya beroperasi serta mengadakan pelbagai program bagi membolehkan usaha untuk mendampingi pengundi dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Katanya, PDM perlu memainkan peranan lebih aktif dengan pendekatan Setiap Hari Ada Program (SHAP) di PDM untuk membolehkan rakyat dapat berurusan secara terus.

Radzor Publish time 10-1-2013 07:57 AM

bla...bla...bla...

Sementara itu beliau berkata, bilik gerakan serta PDM seluruh negara diarahkan supaya beroperasi serta mengadakan pelbagai program bagi membolehkan usaha untuk mendampingi pengundi dapat dilakukan dengan lebih berkesan. {:1_152:}
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9
View full version: Gangguan Air Di KL Dan S;gor. Gangguan sekitar Hulu Langat 30 & 31 Jan


ADVERTISEMENT