MengkuduMasam Publish time 10-1-2013 08:02 AM

pakat tubuhkan gabungan ka apa ka...

saman SYABAS ramai2.. saman sampai xmampu bayar... pastu SYABAS tutup... pastu amik alih laa sapa nak amik pun

kenarikelabu Publish time 10-1-2013 09:02 AM

mjla posted on 9-1-2013 11:23 AM static/image/common/back.gif
Cuba korunk pakat ramai2 pergi serbu kat SYABAS tu.....

Diaorg ni nak kena hajor sket...

tak yah serbu kat Syabas.....penduduk serbu tempat pam air tu nk tgk betul rosak atau tak pon diorg tak bagi masuk. siap polis jaga lagi ngn pump gun. motif sampai polis kena jaga rumah pam??? sblm nih kawasan cm tu mat pet je yg lepak... :$

hyie Publish time 10-1-2013 09:29 AM

berani kerana benar, takut kerana salah

mahmoode Publish time 10-1-2013 09:41 AM

"Bagi saya apa yang rakyat hendak tahu adalah masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Kita tahu kesalahan kerajaan negeri dan kita juga sudah tahu masalah SYABAS. Tetapi apa rakyat ingin tahu masalah ini diselesaikan dengan segera."

macam celaka jer ahmad maslan ni.....so kat sini syabas tak bersalah la....cuma ada masalah jer.....

chaintea Publish time 10-1-2013 10:26 AM

dalam FB ada org pi melawat ramai ke rumah pam SYABAS di wangsa maju nun
org xleh masuk pong..
security pakai senjata api woo..jgn main2..
rumah pam yg rosak depa jaga with senjata api
apatah lagi rumah CEO Syabas nun

chaintea Publish time 10-1-2013 10:27 AM

mahmoode posted on 10-1-2013 09:41 AM static/image/common/back.gif
"Bagi saya apa yang rakyat hendak tahu adalah masalah ini dapat diselesaikan dengan segera. Kita tah ...

macam siot je statement beliau si ahmad maslan nih
aku doakan rumah beliau xde air for sebulan..nope xde air until PRU..

mahmoode Publish time 10-1-2013 10:42 AM

chaintea posted on 10-1-2013 10:26 AM static/image/common/back.gif
dalam FB ada org pi melawat ramai ke rumah pam SYABAS di wangsa maju nun
org xleh masuk pong..
sec ...

orang ramai yang tak bersenjata dan jadi mangsa air takde ni boleh pulak polis tu bersenjata api...
bawak banduan kes2 berat boleh pulak tak bawak senjata....
aptb la polis ni....:mad:

ell768 Publish time 10-1-2013 10:48 AM

aiyoh...kalau gitu pakat p berak depan umah CEO SYABAS tu laaaa..since korang yg rumah takde air ni nak berak flush pun x boleh..bek korang berak lam pastik p campak depan pagar umah dia..so imagine laa kalau berapa ramai org yg efek pasal takde air ni berak and campak depan umah dia..hahahah..kasik preasure sikit laaa...hahahahahhahah

snowflakes Publish time 10-1-2013 10:57 AM

aku harap org selangor dapat buat pilihan yg tepat dlm pru13 nanti... nampak tak? nampak tak? dan kpd kerajaan selangor buatlah apa2 yg patut kat syabas tu walaupun aku rasa kerajaan negeri mmg tak boleh buat apa2 sbb air selangor syabas yg pegang... rakyat selangor patut buat solat hajat....

putehh Publish time 10-1-2013 11:38 AM

aku x yakin tempt2 problem skang ni akan pulih by CNY.......
maybe kene pindah umh kot....suffer nye..

lavendermiz Publish time 10-1-2013 11:51 AM

seksanya hidup kalau tak de air..bertabah la korang2 semua :'(

ratuiphone Publish time 10-1-2013 11:58 AM

konspirasi sangat la benda nie...hujan turun hari2..ckp rosak sana sini la...

hawaq Publish time 10-1-2013 12:16 PM

Krisis air: Dakwaan Syabas tak berasas, kata MB

SHAH ALAM - Siasatan Kerajaan negeri menunjukkan dakwaan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengenai kegagalan rumah pam di Wangsa Maju berpunca dari sistem VSD (variable speed drives) adalah tidak berasas.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana sistem VSD memerlukan penyelenggaraan berkala sedangkan Syabas tidak mempunyai sebarang kontrak penyelenggaraan berkala dengan pembekal VSD.

Sebelum ini katanya, Syabas hanya memanggil pembekal untuk penyelenggaraan apabila ada masalah timbul.

Menurutnya, siasatan tersebut dijalankan oleh kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor dengan memanggil semua pihak terlibat dengan pembinaan rumah pam di Wangsa Maju.

“Pihak terbabit termasuk jurutera perunding yang mereka bentuk rumah pam tersebut, kontraktor dipertanggungjawabkan untuk membina, subkontraktor yang dipertanggungjawabkan dalam hal berkaitan Mechanical & Electrical dan pembekal utama VSD kepada pam-pam tersebut,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini, semalam.

Abdul Khalid berkata, menurut pembekal VSD tersebut, insiden ‘pump tripped’ bukan disebabkan kegagalan VSD kerana ia merupakan sistem pintar yang menerima maklumat dari luar seperti keadaan motor, pam, getaran, suhu dan lain-lain.

“Sekiranya parameter melebihi had yang ditetapkan dalam sistem VSD, maka barulah pam tersebut akan terhenti (tripped). Syabas sepatutnya mengenal pasti punca sebenar berlakunya kekerapan ‘pump tripped’ hingga menjejaskan operasi Rumah Pam Wangsa Maju.

“Pembekal mengesahkan mereka dipanggil oleh Syabas pada 29 Disember 2012 jam 3 petang dan pada 2 Januari 2013 pembekal mengganti semua VSD di pam-pam berkenaan. Sehingga 8 Januari 2013, pembekal menukar dua set peralatan VSD,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga mendapati dakwaan Syabas bahawa alat gantian yang terlibat perlu diimport dari Finland tidak benar kerana pembekal mengesahkan alat ganti boleh didapati dari China dengan menggunakan perkhidmatan ‘courier’ sahaja.

Dalam pada itu katanya, terdapat percanggahan kenyataan Syabas menerusi media masa di mana 8 Januari 2012, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Halim Mat Som menyatakan masalah gangguan air di Lembah Klang boleh diatasi dalam tempoh tujuh hari tetapi semalam, Pengerusi Syabas Tan Sri Rozali Ismail menyatakan masalah ini berpanjangan sehingga Tahun Baru Cina.

“Kenyataan tidak konsisten ini menunjukkan seolah-olah adalah agenda tersembunyi untuk menimbulkan suasana panik dan seterusnya membangkitkan rasa marah dalam kalangan pengguna di Lembah Klang kepada kerajaan negeri yang difitnah dan ditohmah sebagai punca masalah,” katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri kesal Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) tidak menjalankan peranan di bawah undang-undang dan hanya berdiam diri sepanjang krisis bekalan air berlaku.

Beliau berkata, SPAN sepatutnya menjalankan siasatan terperinci dan bukan hanya menerima apa sahaja yang dikatakan Syabas.

“Kita menganggap masalah gangguan air ini sebagai masalah yang perlu diberi perhatian segera oleh Kerajaan Pusat kerana ia membuktikan kegagalan projek penswastaan air yang diberi kepada syarikat tidak berkelayakan dan kompeten.

“Kita yakin masalah ini hanya dapat diatasi jika Kerajaan Pusat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengambil alih perkhidmatan air sepertimana yang dihasratkan oleh Akta Perkhidmatan Industri Air atau WSIA 2006,” katanya. Last edited by hawaq on 10-1-2013 12:17 PM

hawaq Publish time 10-1-2013 01:01 PM

http://imageshack.us/photo/my-images/850/spaneaduan1.png/ Last edited by hawaq on 10-1-2013 01:04 PM

an2toncit Publish time 10-1-2013 01:06 PM

https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/385194_330242740421787_1574344634_n.jpg

Parit.Hilton Publish time 10-1-2013 01:21 PM

ell768 posted on 10-1-2013 10:48 AM static/image/common/back.gif
aiyoh...kalau gitu pakat p berak depan umah CEO SYABAS tu laaaa..since korang yg rumah takde air ni...

aiyoh...kalau gitu pakat p berak depan umah CEO SYABAS tu laaaa..since korang yg rumah takde air ni nak berak flush pun x boleh..bek korang berak lam pastik p campak depan pagar umah dia..so imagine laa kalau berapa ramai org yg efek pasal takde air ni berak and campak depan umah dia..hahahah..kasik preasure sikit laaa...hahahahahhahah

aku sokong cara ni! kalau ada polis yg halang, baling je kat diorang. kalau nak rasa taik, sila halang. kalau taknak kena, sila ke tepi.

Parit.Hilton Publish time 10-1-2013 01:22 PM

zaman aku belajar dulu, ada dlm seminggu takde air. siap dapat cuti darurat 3 - 4 hari. balik kampung dan berdoa agar krisis tu sambung lagi seminggu hahahaha.

airfilterkotor Publish time 10-1-2013 01:39 PM

Motip ada muka Suhaimi Tablet...?

seb_baik Publish time 10-1-2013 01:49 PM

Parit.Hilton posted on 10-1-2013 01:21 PM static/image/common/back.gif
aku sokong cara ni! kalau ada polis yg halang, baling je kat diorang. kalau nak rasa taik, sil ...

aku setuju. mana rumah dia wei. dh xtahn aku. msk 2 mggu rumah aku kering kontang. aku heret sekali pampers berak ank aku campak depan rumah dia

Parit.Hilton Publish time 10-1-2013 01:55 PM

airfilterkotor posted on 10-1-2013 01:39 PM static/image/common/back.gif
Motip ada muka Suhaimi Tablet...?

ohhh mamat sohaimi tu gak ke yg buat 1malaysia pad tu?

laluan pejalan kaki berbumbung kat Maha pun projek dia jugak.

hmm mmg stok ngecek projek gomen mamat ni.

Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9
View full version: Gangguan Air Di KL Dan S;gor. Gangguan sekitar Hulu Langat 30 & 31 Jan


ADVERTISEMENT