bro_kr Publish time 26-2-2012 12:14 AM

umur kete dh 11 tahun.. camne nk check gasket bocor ni ? air lam radiator mmg ada kurang. tapi belom kering lagi.. topup dlm sebotol mineral kecik
h0lysh1t Post at 25-2-2012 22:44 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


Masalah sama dengan my Iswara (year 1999). Gasket bocor.

Pergi workshop, check radiator system. Kalau semuanya ok, maknanya gasket yang problem. Kebiasaannya, pomen akan rekomen top overhaul. Kos, kalau keteMalaysia,dalam rm350 - rm500.


Camner nak check gasket? Tengok bahagian engine. Banyak kesan rembesan minyak hitam melekat kat situ. Satu lagi, minyak hitam cepat berkurangan dari kadar kebiasaannya.

kupia Publish time 26-2-2012 03:26 PM

overheat ni ada banyak punca, tapi kalau air dah menyembur keluar balik tu tanda gasket bocor.Kalau tak cukup bajet untuk top overhaul mintak dia tukar gasket dengan oil seal je, upah bukak blok memang mahal...

antara punca lain mungkin:

air tak cukup
hose air dah tiris
radiator bocor
kipas radiator tak berpusing
thermostat dah rosak
minyak itam kurang
waterpump tak berfungsi

tapi kes ni rasanya gasket bocor ni...

zorrro_03 Publish time 26-2-2012 03:52 PM

Post Last Edit by zorrro_03 at 26-2-2012 16:42

minta pomen pastikan dulu sebelum buat top overhaul. ada kes selepas top overhaul masih bermasalah. puncanya ialah head yang crack.utk itu dicadangkan tukar enjin terus.

sportapex Publish time 26-2-2012 04:35 PM

penah tukar motor kipas ?? kerata saya (myvi) overheated kerana motor kipas lampat

zulka Publish time 27-2-2012 12:14 PM

bagusla..ramai pakar2 kete dlm ni.. aku tak tau nak ckp apa kalau kete takde depan mato ni..

zulka Publish time 27-2-2012 12:16 PM

ada yg siap suruh buat overhaul..... ;P
ntah2 sensor je problem.. :loveliness:

bro_kr Publish time 27-2-2012 06:35 PM

ada yg siap suruh buat overhaul.....
ntah2 sensor je problem..

zulka Post at 27-2-2012 12:16 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif

Kereta ni dah 11 tahun. I would say 90% ini masalah gasket. Yang bertanya pun dah kasitau, engine start dan kereta duk diam pun temperature dah naik nak cecah merah. Setiap kali jalan kena top up sebotol air mineral kecik. Kalau air asyik kurang jer takkan sensor kut. To confirm, kena la pergi workshop. Minta pomen check. At least sebelum pergi tu, yang bertanya ada la sikit idea apa dia punya problem. Bukan pakar pun. Cuma belajar dari pengalaman.


Masa kereta Iswara (year 1999) aku dulu, problem overheating dalam tahun 2009, dah jumpa 2 - 3 pomen, ada yang suruh ganti cap radiator. Dah ganti pun sama gak. Ada yang suruh cuci radiator, takut bocor katanya, dah cuci pun sama gak. Apa punya pomen ni. Ganti cap rm10. Cuci radiator dah rm60 terbang.Semua suruh aku jimat duit, tapi masalah tak selesai gak.   

Nak dijadikan cerita, kereta ayah accident, total loss, jadi kereta Iswara tu, kasi kat ayah. Takkan nak kasi kete yang ada problem. Singgah la kat workshop Bukit Anggerik, Cheras, tanya pendapat dia. Dia check radiator system. System semua ok. Dia check lagi, terus pomen cina tu cakap gasket problem. Dia suruh wat top overhaul. Dia kira kos dalam rm350- termasuk upah. Dah wat top overhaul, sampai sekarang kereta ni ok. Dari sini la aku tau pasal punca-punca overheating.

Kos-kos lain, air-cond system dia check free, tapi dah check berkulat la pulak. Mendatangkan toxic katanya. Pun ganti gak sebab ayah yang nak pakai. Alang-alang duk workshop 3 hari, terus la ganti sekali timing belt dan ganti tayar baru dan semua sekali la yang pomen tu fikirkan perlu. Tapi dia akan inform (call hp) sekali dengan kos sebelum tukar mana-mana yang perlu. Terbang la semua dalam rm2k camtu. Tapi memang puas hati. Pomen tu pun cakap, pasni 5 tahun lu tak payah risau apa-apa....
Pages: 1 [2]
View full version: kereta overheating.


ADVERTISEMENT