crossfire Publish time 11-4-2013 12:53 PM

PRU-13: Guan Eng minta Anwar, Hadi selesai kes rebut kerusi PKR, Pas

PULAU PINANG 11 April - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelesaikan masalah perebutan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh antara PKR dan Pas.      

Guan Eng berkata, DAP tidak terlibat dalam perbincangan antara kedua-dua parti berkenaan tentang perkara itu sebelum ini yang menemui jalan buntu.

...............................................................................................................................................................


PRU-13: Chegubard terpaksa jelas isu perebutan kerusi Sungai Acheh

           Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR


KUALA LUMPUR 11 April - Dalam usaha meredakan masalah perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Pas, calon PKR bagi kawasan itu, Badrul Hisham Shaharin terpaksa dijangka membuat kenyataan penuh berhubung perkara itu.
Dalam satu mesej Twitternya, Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard memberitahu, kenyataan penuh itu akan disiarkan di blognya (http://chegubard.blogspot.com/) mulai pukul 2 petang ini.
Perebutan kerusi Sungai Acheh antara dua parti pembangkang berkenaan terserlah apabila Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman semalam mengumumkan pencalonan Chegubard sementara Pesuruhjaya Pas negeri itu, Datuk Mohd. Salleh Man malam tadi pula mengumumkan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Yusni Md. Piah sebagai calon Pas di kawasan sama.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula dilaporkan telah meminta Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang bagi menyelesaikan perkara tersebut.



* Bertikamlah sampai MAMPUS, yg untung ialah BN.....:lol:


Last edited by crossfire on 11-4-2013 02:10 PM

nei69 Publish time 11-4-2013 01:02 PM

mcm mana nk selesaikan..diri dia xblh disetelkan sehingga hari ini
Pages: [1]
View full version: PRU-13: Guan Eng minta Anwar, Hadi selesai kes rebut kerusi PKR, Pas


ADVERTISEMENT