rosemary70 Publish time 21-4-2013 03:19 PM

Lelaki Angin Pasang

ANGIN pasang juga dikenali sebagai inguinal hernia. Ini adalahkeadaan di mana berlakunya bengkak pada bahagian ingunal, iaitu kawasansebelah ari-ari dan pada setengah lelaki, bengkak ini boleh berterusanhingga ke dalam kerandut zakar.

Keadaan ini terjadi akibat kelemahan di sepanjang saluran inguinal.Keadaan ini juga kerap melanda lelaki berbanding wanita. Ini keranaketika tumbesaran bayi lelaki di dalam rahim, pada mulanya, buah zakarberada dalam rongga abdomen.


Di peringkat akhir tumbesaran, kedua dua buah zakar akan turun melaluisaluran inguinal ke dalam kerandut zakar. Sebaik saja lahir, saluraninguinal akan mengecil dan hanya mengandungi saluran air mani danpembuluh darah saja.


Bagaimanapun, ada berlaku keadaan di mana penutupan ini tidak terjadi.Akibatnya, omentum atau sebahagian dari usus kecil boleh masuk ke dalamsaluran ini dan kadang kala boleh masuk hingga ke dalam kerandut zakar.


http://2.bp.blogspot.com/_qDSnGETXEKM/TS-2Rb3DO_I/AAAAAAAAAUk/oT8yDVkhKtw/s400/inguinal%2Bhernia.jpg
Inilah yang dapat dilihat sebagai bengkak. Kebengkakan ini selalunyaboleh ditolak masuk balik oleh pesakit ke dalam rongga abdomen. Padabayi, ia menjadi lebih jelas apabila bayi menangis. Pada orang dewasa,ia kelihatan lebih jelas ketika seseorang itu batuk, meneran atauberdiri.


Pada peringkat umur dewasa pula, kelemahan saluran inguinal bolehberlaku kesan dari peningkatan tekanan di dalam rongga abdomen yangberulang-ulang dan berterusan. Ini boleh terjadi dalam keadaan sepertiberikut:


   * Batuk yang kronik dan berpanjangan
   * Selalu meneran ketika membuang air kecil atau air besar
   * Selalu mengangkat barang-barang yang berat
   * Berat badan yang meningkat


Ada lelaki yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat masalahinguinal hernia. Mereka adalah:
   * Individu yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidapi masalahinguinal hernia
   * Mempunyai masalah batuk berpanjangan
   * Mempunyai masalah sembelit
   * Mempunyai masalah pembesaran kelenjar prostat
   * Mempunyai pekerjaan yang membabitkan aktiviti barang-barang beratatau berdiri untuk jangka masa lama


Jika saudara mengalami masalah hernia yang kecil dan tidak menimbulkankesakitan serta boleh ditolak masuk tanpa rasa sakit, tiada rawatanperlu dilakukan. Cara merawat hernia adalah melalui pembedahan .Teknikpembedahan terbaru adalah menggunakkan teknik laparosopik. Untukmakluman saudara, hernia tidak dapat disembuhkan dengan teknik urutan.


Selalunya, doktor menyarankan pesakit menjalani pembedahan jika herniamenimbulkan ketidak selesaan; kesakitan atau apabila ia tidak bolehditolak masuk balik ke dalam rongga abdomen.


Jika hernia tidak dibedah, ada kemungkinan akan terjadi keadaan di manasecara tiba-tiba hernia tidak dapat ditolak masuk dan seseorang pesakitakan merasa sakit pada bahagian yang bengkak. Ini disertai dengan rasaloya, muntah dan perut yang kembung serta membesar.


Jika berlaku masalah seperti ini, seseorang pesakit harus dibawa kehospital serta-merta. Ini kerana kemungkinan terjadi masalah ususberpintal dan tersumbat pengaliran darahnya. Ini memerlukan pembedahandengan segera.


Oleh itu sesiapa yang mengalami angin pasang disarankanberjumpa dengandoktor untuk berbincang cara terbaik merawat hernia.

Pages: [1]
View full version: Lelaki Angin Pasang


ADVERTISEMENT