WIFEY_KETIAK Publish time 16-7-2013 04:26 PM

Kencing tak lawas bagi lelaki

http://1.bp.blogspot.com/-6oewkj-9x8A/T9LqHblYACI/AAAAAAAABpE/98_JscxeQ7A/s400/64898330_1-Pictures-of-PENYELESAIAN-UNTUK-MASALAH-PERUT-BUNCIT-KEPADA-LELAKI-DAN-WANITA-HUBUNGI-KAMI-SEGERA+gam+utama.jpg

Pernahkah anda mengalami titisan air kencing yang keluar secara tidak sengaja walaupun sudah kencing? Atau anda terasa mahu kencing walaupun sudah beberapa kali ke tandas dalam tempoh waktu yang terdekat? Sebenarnya hampir semua kaum lelaki, pernah mengalami situasi sedemikian. Situasi ini dipanggil sebagai kencing tak lawas.


http://4.bp.blogspot.com/-0lhqMrv-h50/T9LqSKmH0zI/AAAAAAAABpM/iK7W9THDlMY/s400/urinary-problem-e1284703454139+gam+2.jpg


Kencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan situasi tanda penyakit yang dihadapi oleh kaum lelaki. Namun, kencing tak lawas ini bukanlah satu penyakit.


Jenis-jenis


1.Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil.


2. Kencing tak lawas atau menitis ketika meneran.


3. Kencing tak lawas dengan keinginan yang kuat untuk membuang air kecil.


4. Kencing tak lawas akibat terlalu banyak air kencing.


Punca-punca

http://2.bp.blogspot.com/-JFWhDZr-0Fw/T9LqcQNRLDI/AAAAAAAABpU/gaLotOh_oos/s400/benign-prostate+gam+3.jpg

Pembesaran kelenjar prostat


Kencing tak lawas boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai penyakit pembesaran kelenjar prostat ( Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH ). Kebiasaannya berlaku kepada golongan lelaki yang usianya menjangkau 50 tahun.


Pembesaran kelenjar prostat merupakan satu penyakit yangmenyerang golongan lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas dan ia bukanlah penyakit barah. Pembesaran kelenjar prostat akan menimbulkan masalah gejala urinari, mengganggu serta menjejaskan gaya hidup dan corak tidur. Komplikasi kerosakkan buah pinggang akan berlaku, sekiranya penyakit ini tidak dirawat.


http://3.bp.blogspot.com/-aACM0-G3lsg/T9LqmI2JPlI/AAAAAAAABpc/ZA0OM_kTTn0/s400/CASE8F-3+gam+4.JPG
Urinary bladder carcinoma

Barah pundi kencing


Barah pundi kencing turut menyebabkan berlakunya kencing tak lawas. Dalam situasi ini, pesakit biasanya menghidapi gejala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan juga mengalami sakit di bawah bahagian abdomen.


http://4.bp.blogspot.com/-0u_W6lD2DsM/T9Lq1XTJIFI/AAAAAAAABpk/_QT_mLvPwHY/s400/diabetesComplications+gam+5.jpg



Kencing manis ( diabetes )


Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi. Manakala gejala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah seksual, tekanan darah rendah dan juga pitam.

Langkah-langkah pengawalan
http://1.bp.blogspot.com/-tmM-HJcvZoA/T9LrAyZfDsI/AAAAAAAABps/o75-wkolyrA/s400/water_pouring+gam+6.jpg

Hadkan air minuman dalam sehari


Walaupun kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari, tetapi sebenarnya lebih banyak anda minum lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Oleh itu, bagi mereka yangmenghidapi gejala kencing tak lawas, minum air hanya apabila anda haus.


http://4.bp.blogspot.com/-8O7EIzrjEJ8/T9LrOmQvc5I/AAAAAAAABp0/KwGX-snwkaA/s400/wine_cheese+gam+7.jpg

Elakkan minuman keras


Ini penting kerana alkohol adalah stimulus yangkuat untuk menggalakkan anda membuang air kecil ( diuretik ). Selain itu, alkohol juga dapat mengganggu kesedaran anda apabila perlunya anda ke atas.


http://2.bp.blogspot.com/-StWjKrnnphc/T9LrZw3YcBI/AAAAAAAABp8/FMDW82ub2d0/s400/1-1226265697kzA8+gam+8.jpg
Elak pengambilan kopi


Elakkan pengambilan kopi kerana ia mengandungi kafein yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafein juga dapat membantu. Tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini yang mengakibatkan iritasi kepada pundi kencing.


Elakkan pengambilan makanan atau minuman ytang menyebabkan pH air kencing lebih rendah ( asidik ).


http://3.bp.blogspot.com/-3OYq-dYVmAc/T9LrmNez-HI/AAAAAAAABqE/4uvqZfW8sQ8/s400/824199-fruit-set-from-pineapple-an-orange--grapes--quince-and-lemon-on-white-background+gam+9.jpg

Antara makanan tersebut adalah buah-buahan sitrus seperti anggur, tomato, oren dan juga lemon. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.


http://4.bp.blogspot.com/-9pKocOamZHc/T9LrvrW1goI/AAAAAAAABqM/Vn61HO4-tX8/s400/spinach+Antiaging+gam+10.JPG


Hindari makanan yang mengandungi asid oxalik


Antara makanan yang mengandungi asid oxalik adalah sayur bayam, rhubarb, dan coklat. Selain itu, asid oxalik juga boleh ditemui dalam kandungan rokok. Jadi, ini merupakan alasan yang baik bagi lelaki yang ingin berhenti rokok.


http://2.bp.blogspot.com/-aG4vdhaGZkY/T9Lr8WJJfMI/AAAAAAAABqU/0ClkABMUlJk/s320/yogurt_large+gam+11.jpg
Amalkan yogurt atau minuman yogurt


Pengambilan yogurt penting untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik
( lactobaccilus acidophilus ) dalam sistem urinari manusia dan bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini penting jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.


http://3.bp.blogspot.com/-w55elH8AYrg/T9LsLt7e7eI/AAAAAAAABqc/JPQGK-67wbA/s400/incontinence-comic+gam+12.jpg
Amal teknik buang air kecil dua kali


Selain daripada pengawalan makanan, anda juga boleh mencuba untuk mengamalkan teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai membuang air kecil, berdiri dan duduk semula. Kemudian cuba untuk membuang air kecil sekali lagi. Teknik ini dipanggil sebagai ‘ double voiding’.


Selamat mencuba ya! peliharahara kesihatan anda!:bye:

froggy982 Publish time 15-8-2013 02:08 PM

Info yang bagus.
Pages: [1]
View full version: Kencing tak lawas bagi lelaki


ADVERTISEMENT