5 Tips Mudah Untuk Kekal Muda
5 Tips Mudah Untuk Kekal Muda1. Tidur Yang Cukup
Kehidupan seharian yang sibuk kadang-kala mengakibatkan seseorang individu mengabaikan waktu tidur mereka. Mungkin ramai yang tidak tahu mempunyai waktu tidur yang konsisten setiap hari dapat menjana semula tenaga yang hilang akibat keletihan seharian bekerja. Maka penting untuk seseorang mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Ini kerana badan manusia akan berehat sepenuhnya ketika mereka tidur.
2. Minum Air Kosong
Air kosong adalah cara termudah dan termurah untuk kekal awet muda. Di mana anda perlu tahu sekitar 80% tubuh manusia terdiri daripada air. Apa guna menggunakan produk kecantikan yang mahal untuk penjagaan wajah namun kurang minum air yang anda sedia maklum mempunyai banyak kelebihan semulajadi. Minum sebanyak mana air putih yang anda mampu. Elakkan alasan malas nak buang air kecil banyak kali dan sebagainya. Tiada alasan jika kita mampu mendisiplinkan diri sendiri.
3. Hindari Tekanan
Hanya orang gila sahaja tidak tertekan! Itu ungkapan yang sering didengari namun anda silap kerana tekanan jugalah mampu mengakibatkan seseorang itu hilang kewarasan. Tahukah anda tekanan mampu menjadikan seseorang itu kelihatan tua sebelum usia. Walaupun tekanan dan manusia tidak dapat dipisahkan. Namun pokok pangkalnya, anda sendirimampu mengawal setiap tekanan yang mendatang. Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menanganinya.
4. Senyum
Nampak mudah bukan? Hanya perlu senyum untuk kelihatan lebih muda. Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman berbanding 43 otot digunakan apabila seseorang itu tengah marah atau bermasam muka. Senyum itu bukan sahaja sedekah, mudah malah percuma. Malah sebuah senyuman juga dapat mengubah keadaan emosi anda menjadi lebih ceria dan positif. Jadi jangan lupa untuk lengkapkan hari anda dengan senyuman.
5. Bersenam
Senaman adalah aktiviti paling sukar dan paling malas untuk dilakukan secara konsisten oleh kebanyakan individu. Senaman juga bukan hanya tertumpu pada “jogging” atau pergi ke gym semata. Namun sebagai permulaan anda hanya perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemas rumah, menaiki tangga dan sebagainya. Sudah memadai jika anda meluangkan masa 3 kali seminggu, tetapi bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja. Selamat mencuba!
minum air kosong tiap kli bgun pagi..tapi jangan berus gigi sebelum minum air tu..:P mmg elok amal minum air kosong pagi2 tu..sblm mkn apa2 funtasy posted on 12-6-2014 08:39 PM static/image/common/back.gif
minum air kosong tiap kli bgun pagi..tapi jangan berus gigi sebelum minum air tu..
Ya. Itu petua orang tua-tua tapi susah untuk kita konsisten buat begitu :)
matahari8011 posted on 12-6-2014 09:22 PM static/image/common/back.gif
mmg elok amal minum air kosong pagi2 tu..sblm mkn apa2
Sangat setuju. Teruskan amalan itu.
sebenarnya badan kita ni banyak dh masuk radikal bebas. radikal bebas ni yang buatkan penuaan tu pantas sebelum masanya.
saya amalkan suplemen juga. kena ambik suplemen yang bersifat antioksida. azzahra83 posted on 13-6-2014 10:13 AM static/image/common/back.gif
sebenarnya badan kita ni banyak dh masuk radikal bebas. radikal bebas ni yang buatkan penuaan tu pan ...
Benar. Makanan tambahan juga penting kerana tak semua hidangan yang kita ambil seharian cukup vitamin untuk tubuh badan kita. Namun untuk mendapatkan makanan tambahan atau supplement memerlukan kos tambahan. Jadi kepada yang mampu lebih bagus makan supplement tetapi buat yang kurang mampu sudah memadai melakukan perkara asas seperti di atas. Apapun terima kasih atas pandangan anda.
easicircle posted on 13-6-2014 10:59 AM static/image/common/back.gif
Benar. Makanan tambahan juga penting kerana tak semua hidangan yang kita ambil seharian cukup vita ...
Haa sis. If untuk yang kurang kos ni kena guna kaedah alamilah. Banyak juga sebenarnya, seingat saya pastikan tidur yang cukup pun penting juga u. :)
no 5 tu la paling tak rajinnnn :lol:
tapi kena usaha gak ni..nak kekal muda :2lol: CikE posted on 13-6-2014 02:50 PM static/image/common/back.gif
no 5 tu la paling tak rajinnnn
tapi kena usaha gak ni..nak kekal muda
Betul. Tapi bersukan tidak semestinya berjogging. Jalan di shopping mall juga sudah dikategorikan bersenam. Jika minat bersukan badminton adalah cara terbaik untuk merajinkan diri untuk bersenam.
azzahra83 posted on 13-6-2014 02:06 PM static/image/common/back.gif
Haa sis. If untuk yang kurang kos ni kena guna kaedah alamilah. Banyak juga sebenarnya, seingat sa ...
Ya seperti tips yang pertama di atas. Cara semulajadi lebih berkesan selain dapat menjimatkan kos.
tips mudah, tapi susah nak buat ;P I memang Amal 1-4 , 5 tu memang payah nak buat hehehe funtasy posted on 12-6-2014 08:39 PM static/image/common/back.gif
minum air kosong tiap kli bgun pagi..tapi jangan berus gigi sebelum minum air tu..
mmg ramai yg ckp petua ni..
owna posted on 13-6-2014 08:52 PM
mmg ramai yg ckp petua ni..
yer..tpi ak sendiri pun mls amalkan..hihi funtasy posted on 13-6-2014 09:20 PM static/image/common/back.gif
yer..tpi ak sendiri pun mls amalkan..hihi
i asyik terlupa.. huhu
owna posted on 13-6-2014 09:27 PM
i asyik terlupa.. huhu
awk slalu amalkan ke? jrg2... time ingt buat la.. time xingt, xbuat... Saya teringat ada sorag doktor perubatan bg taklimat kat ofis saya psl senaman ni.
Kata beliau, klu berpeluhje belum dikira exercise mcm berpeluh sbb mengemas rumah.
Senaman yg betul ialah apabila kita berpeluh dan termengah-mengah.
So, klu jln kaki kat shopping complex blum dikira senaman..
So, senaman yg ringkas mcm buat skipping ke, lompat bintang tu ke..boleh je buat dlm umah, x semestinya jogging kat luar. CikE posted on 13-6-2014 02:50 PM static/image/common/back.gif
no 5 tu la paling tak rajinnnn
tapi kena usaha gak ni..nak kekal muda
Cuba jangan tak cuba. Selamat merajinkan diri :)