lianazaman Publish time 2-2-2015 06:29 PM

[Android]Dibangunkan oleh Orang Asing Menggunakan Wakie

Edited by lianazaman at 2-2-2015 06:29 PM

Apa yang anda gunakan untuk bangun pagi? Jam loceng 'smartphone' anda? Jam loceng biasa? Panggilan daripada orang tersayang?

Jika jawapan anda yang ketiga, anda mungkin berminat dengan aplikasi Wakie.Ia juga boleh didapati di Android, iOS, dan Windows Phone.


http://3.bp.blogspot.com/-Iw2hSjViG-M/VM8zfBnqi7I/AAAAAAAACgU/4YoZTUK9l-U/s1600/screenshot.02-02-2015%2B16.18.42.png



Wakie merupakan sebuah aplikasi sosial campur jam loceng, di mana anda tentukan pukul berapa anda ingin bangun, dan pada masa itu anda akan mendapat panggilan daripada orang lain di pelusuk dunia untuk bangun. Anda tidak perlu risaukan kos panggilan, kerana ia menggunakan talian internet ( oleh itu, jangan lupa pasang data atau wifi telefon sebelum tidur!).

http://2.bp.blogspot.com/-0ryQvNAcWwg/VM8zrY4BSnI/AAAAAAAACgc/35Er2bgrnKU/s1600/screenshot.02-02-2015%2B16.19.59.png

Apa yang menyeronokkan adalah anda dapat berkenalan dengan mereka daripada serata dunia. Ia tiada poin untuk menggunakannya, hanya keterujaan. Setiap panggilan tidak boleh melebihi 60 saat, jadi anda tidak akan tersangkut atau menggelabah untuk meneruskan perbualan.

Setakat ini ia masih dalam fasa percubaan, namun ramai mengatakan mereka bangun dengan lebih bertenaga kerana mereka perlu berbual di awal hari.

Anda mahu cuba?



Artikel ini boleh juga didapati di: namazanailstorybook
Pages: [1]
View full version: [Android]Dibangunkan oleh Orang Asing Menggunakan Wakie


ADVERTISEMENT