Nusantara77 Publish time 28-9-2015 12:23 PM

Mencukur Punca Bulu Semakin Tebal?

http://nona.karangkraf.com/polopoly_fs/1.312146.1409282087%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_530/image.jpg        Anda sendiri mungkin pernah mendengar bahawa mencukur bulu kaki boleh menyebabkab bulu kaki tumbuh lebih gelap dan tebal. Sama ada ia mitos atau sebaliknya, entri ini akan merungkai kebenaran di sebalik dilema wanita yang mendambakan kaki yang licin bak sutera ini.

        Menurut pakar dermatologi dari Universiti Tulane iaitu Ron Davis, kenyataan ini tidaklah benar. Hakikatnya, pertumbuhan bulu bermula dari folikel bawah kulit dan ia tidak mempunyai kaitan dengan bulu di atas permukaan kulit atau jumlah folikel. Malah, mencukur bulu kaki tidak memberi kesan kepada tekstur bulu kaki.

        Apabila anda mencukur bulu kaki, sebenarnya anda mencukur permukaan kulit iaitu sehingga akhir bulu kaki di mana bulu kaki menjadi tumpul. Hasilnya, anda sendiri akan merasa seakan tajam setelah mencukur. Namun, apabila anda melakukan wax atau menggunakan produk penyahbulu, bulu kaki akan lebih lembut kerana ia tidak menjadi penyebab bulu kaki tumpul seperti anda mencukur.

        Jika anda merasakan bulu kaki anda semakin gelap setelah dicukur, jangan risau kerana ia tidak menjadi masalah kerana ia akan kembali seperti biasa setelah beberapa hari selepas terdedah dengan cahaya matahari.
-NONA-


ankei Publish time 4-7-2019 06:20 PM

Edited by ankei at 4-7-2019 06:22 PM

I can say this is really good for everyone
Pages: [1]
View full version: Mencukur Punca Bulu Semakin Tebal?


ADVERTISEMENT