CARI-MAMS Publish time 25-3-2016 04:00 PM

Fakta Menarik Tentang Lelaki Berjambang

Oleh Adib ZA

Memang trend berjambang kini menjadi ikutan ramai jejaka di luar sana. Namun, tahukah sebenarnya ia kini bukan sekadar gaya atau imej semata-mata, janggut atau jambang turut memiliki fakta menarik.


Jom semak apakah fakta menarik tentang jambang:




1. Nama Jolokan


Mereka yang memiliki jambang memiliki karakter atau personaliti yang lebih mudah dikenali. Sekali jumpa pasti tak lupa.


Tak hairanlah mereka ini ada nickname tersendiri yang diberikan oleh rakan-rakan. Wak Doyok, Pak Janggut, Jambang Comel dan sebagainya, sekadar contoh.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/25/155903hx3psraxqnhh06r3.jpg







2. Tumbuh dengan sangat panjang


Janggut terpanjang yang pernah dicatatkan adalah sepanjang 5.3 meter milik seorang lelaki berasal dari Norway.


Ia dicatatkan pada tahun 1920-an. Terkini rekod dipegang oleh Shamsher Singh dari India dengan janggut sepanjang 1.8 meter.




3. Lebih sihat


Adanya kajian mendapati mereka yang berjambang memiliki kesihatan yang lebih baik. Ini kerana janggut itu dapat menyaring kotoran dan partikel berbahaya daripada masuk ke mulut atau hidung.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/25/155903dbvwbpwzuvlvpyy8.jpg





4. Awet muda


Pandangan tentang mereka yang berjambang tampak lebih tua adalah salah. Ini kerana jambang mampu berfungsi melindungi kulit daripada pancaran sinar matahari secara terus.


Ia bukan sahaja mencegah tanda penuaan, malah kanser kulit.




5. Simbol kejantanan


Sebuah survey mendapati lelaki berjambang dilihat lebih dewasa, dihormati dan status sosialnya lebih tinggi. Ia juga dilihat sebagai simbol kejantanan sejak berzaman lama. - CARI Infonet





http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201603/25/155903r80dd8n6k288unh8.jpg
(Sumber foto: Carian google)

devilito2 Publish time 28-3-2016 11:22 AM

baru la hensem ada jambang

FARRAZOOL Publish time 28-5-2016 06:26 PM

Wahhhhhhhhhhhh :-)

Jerambut Publish time 29-5-2016 01:54 AM

yang janggut terpanjang tu... hoh 5.3 meter...lebih dari tinggi manusia biasa....

yg singh tu.. 1.83 m panjang jugak... tapi ada orang tinggi gitu.. so setinggi orang masih..

sonic-bertaik Publish time 10-4-2024 06:24 AM

karuttszz
Pages: [1]
View full version: Fakta Menarik Tentang Lelaki Berjambang


ADVERTISEMENT