Title: 10 Makanan Paling Jijik di Dunia! [Print this page] Author: novelloverzz Time: 2-1-2013 11:29 AM Title: 10 Makanan Paling Jijik di Dunia! Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah ular, kucing dan katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara luar lebih dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar makanan eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu membuatkan mereka kecur liur.
Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.
1. Burger “Cindil” – China.
Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.
2. Otak Monyet Hidup – China.
Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.
3. Daging Tikus Goreng – China.
Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di negara China. Daging tikus yang telah disembelih dan diperap akan digoreng dan dijadikan santapan. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang baik untuk kesihatan.
4. Ulat Rebus – Botswana.
Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap ulat-ulat Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi.
5. Soya Busuk – China.
Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan kering akan diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya terdapat di negara China sahaja.
6. Telur Rebus Mengandungi Janin Itik – Filipina.
Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus lalu dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.
Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan di restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang sangat mahal.
8. Sos dari Sperma Ikan Emas – Hungaria.
Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.
9. Steak Daging Buaya di – Singapura.
Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak buaya akan diproses menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama bahagian paha tangan dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama seperti steak daging lembu yang kita biasa lihat. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.
10. Bola Mata Ikan Tuna – Jepun.
Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedak melakukan aktiviti lasak lebih kurang seperti minuman isotonik.
Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.
Author: Artemesiaa Time: 2-1-2013 11:35 AM
Exotic foods Author: asher Time: 2-1-2013 11:39 AM
giler jijik nak mampos..Author: cikatilia Time: 2-1-2013 11:48 AM
huwaa
dah mcm rupa donat big apple plak
Author: cikatilia Time: 2-1-2013 12:15 PM
tapi bagi jantan vodow ni
makan exotic ok
durian lagi jijik.. huhuhuAuthor: johnazizul Time: 2-1-2013 12:15 PM
Makan otak monyet hidup adalah sgt kejam!!!! Author: ctaz Time: 2-1-2013 12:29 PM
mata ikan tuna mahal wooooo....
jgn memain...Author: amyainsamad Time: 2-1-2013 12:38 PM
xdela jijik sgt....Author: jonlabu Time: 2-1-2013 12:54 PM
mata ikan tu biasa jer. biasa makan mata ikan esp tenggiri, jenahak buat sup kelapa ikan sodapAuthor: MissSchiffer Time: 2-1-2013 02:18 PM
nak muntah I tengok... paling kesian monyet tu... Author: yusryimran Time: 2-1-2013 02:36 PM
muntah Author: skeezotone Time: 2-1-2013 02:45 PM
Sperma Ikan Cod n mata ikan tuna.. jijik ker?... aku rs tak.. kalo ada aku nk try.. eeerrmmm.. mata ikan aku selalu jer makan.. Sperma Ikan Cod.. apa yg jijik sgt?Author: DeHanna Time: 2-1-2013 02:58 PM
Banyak lagi makanan yg elok untuk di makan... Author: carlis Time: 2-1-2013 03:05 PM
ini jijik! Author: nsmy Time: 2-1-2013 03:09 PM
oh no!!!!!!!!!!! Author: amizul Time: 2-1-2013 03:19 PM
perghhh...ilang selera trus neh...Author: TJ2 Time: 2-1-2013 04:00 PM
aku nak muntah...Author: juliesha Time: 2-1-2013 04:42 PM
euuuuwwwwww geli weehhhhAuthor: chinatsu Time: 2-1-2013 04:52 PM
mata ikan antara bahagian ikan yang paling sedap dimakan..Author: leon_mclaren78 Time: 2-1-2013 06:03 PM
Penggemar makanan2 mcm ni semuanya akal x betul hokeh!
Inilah contoh fikiran dlm dunia org yg berotak mereng! Author: charliestcloud Time: 2-1-2013 06:29 PM
Kesiannya monyet tu...ulat rebus wekkkk!! : Last edited by charliestcloud on 2-1-2013 06:30 PM
Author: BeasT Time: 2-1-2013 06:40 PM
tak der benda lain dah ke kat dunia nie yang bleh di makan???Author: pensilmaya Time: 2-1-2013 07:32 PM
yucksss eewAuthor: MissNigga Time: 2-1-2013 08:52 PM
yuckkk.... so digusting especially burger anak tikus
otak monyet yang makan mentah2 .... ntah apa bakteria... virus bertapak kat otak monyet tue Author: jarikuku Time: 2-1-2013 11:06 PM
Yg 1st pic Tu sangat meloyakan Author: fitzrieiskandar Time: 3-1-2013 02:47 AM
menggelikan..jijik..
tapi itulah yang dicari bagi penggemar makanan eksotik kat sana, kononnya menambahkan tenaga dalaman la Author: akughi Time: 3-1-2013 08:35 AM
mak oiiiiii tertelan tekak diaorg ni Author: shuk_one Time: 3-1-2013 01:14 PM
jijik...
kesian monyet tu... Author: qasehmaria Time: 3-1-2013 01:25 PM
yuikkss..nak muntah Author: shernazz Time: 3-1-2013 01:43 PM
jonlabu posted on 2-1-2013 12:54 PM
mata ikan tu biasa jer. biasa makan mata ikan esp tenggiri, jenahak buat sup kelapa ikan sodap
sup kelapa dara ada x? Author: bianglala Time: 3-1-2013 01:43 PM
euwww... geli tapi nak tengok jugak. makanya, scroll laju-laju. Author: atreyu05 Time: 3-1-2013 01:57 PM
geli geleman aku tgk Author: serigalakumerah Time: 3-1-2013 02:03 PM
makan otak monyet yg masih hidup...itu sangat KEJAM...kesiannya
makan steak buaya siap ada kuku lagi camtu...itu sangat scary & geli
makan anak tikus x kisahla wat donut ke burger ke goreng ke....itu sangat JIJIKS...erkkkkkkAuthor: Gadis_sarawak Time: 3-1-2013 02:53 PM
Aku paling kesian dgn monyet tu...Kenapa berlaku kejam terhadap binatang..Binatang punya worang...Xde perasaan ke ape? Author: mute Time: 3-1-2013 03:46 PM
tuiii........patutu la memacam penyakit muncul...Author: anees~nuhara Time: 7-1-2013 02:33 PM
ala...nape la ade menu bege anak tikus tu...geli nyeeeeAuthor: farr1z Time: 8-1-2013 12:49 AM
tengok pun dah mual. achanerr tuh ?? Author: merry01 Time: 8-1-2013 06:42 PM
cikatilia posted on 2-1-2013 12:15 PM
tapi bagi jantan vodow ni
makan exotic ok
wei menyampah betol aku tengok dia nih..serba serbi nak dimakannya tapi bila bagi makan durian boleh pulak dia kata jijik busuk cam bau stoking Author: rospinki Time: 9-1-2013 11:11 AM
ikan pekasam pun exotic jgak per..
Welcome to CariDotMy (https://mforum2.cari.com.my/)