CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14271|Reply: 73

Si cantik yang pengotor

[Copy link]
Post time 23-1-2012 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 23-1-2012 13:04

TERKESIMA seketika SS dibuatnya apabila satu sumber menyampaikan cerita ini. Nak kata tak percaya pun, tak boleh juga kerana SS dah kerap kali juga berjumpa spesies orang macam ini. Wajah memang cantik kalau wanita dan jika lelakinya macho habis.

Bagaimanapun kalau dah sikap pengotor dan tiada sivik berada dalam diri sejak azali, memang tak boleh kata apalah kerana selalunya benda ini berada dalam diri kita dan dimulakan sejak kecil lagi.

SS tak nafikan sekali pandang, ramai akan tertarik dengan pucuk muda ini yang sedang meniti populariti dalam seni. Wajahnya pun comel dan nampak tenang walaupun SS nampak perangainya dah agak berubah sikit berbanding mula-mula jadi artis dan didedahkan kepada media.

Kata penyampai cerita, siapa sangka artis ini sangat pengotor dan tak pandai jaga kebersihan tempat yang didiaminya ketika bekerja. Perangai ini memang agak kontra dengan wajahnya yang boleh dianggap boleh mencairkan hati lelaki.

Malah perangainya juga boleh tahan berangan apabila mula mengidamkan barangan mewah dan berjenama sedangkan lakonan masih di tahap ‘sedang-sedang’. Memang tak salah berangan tapi agak-agaklah kerana yang penting dia perlu menunjukkan kebolehannya terlebih dahulu di mata peminat.

Ini tidak, apabila rakan-rakan atau orang kampungnya menelefon bertanyakan khabar, dia mula propa (mereka cerita) mengatakan seronok jadi artis kerana dilayan bak permaisuri serta dapat makan sedap-sedap setiap hari, sedangkan agak-agaklah apabila berada di lokasi, makanan yang disediakan taklah melampau sangat mewahnya.

Tambah sumber ini lagi, perangai dia nampaknya mula ke arah ‘ berangan diva’ apabila tunjukkan sikap mengada-ngada dengan kru penggambaran. Dia ingat dengan wajahnya yang cantik itu, semua orang boleh telan bulat-bulat dan terima saja perangainya sedangkan dia tak tahu di belakangnya mereka meluat dan rasa nak muntah mengenangkan gelagatnya.

SS yang dengar cerita ini pun rasa macam nak ketawa berguling-guling. Memang artis ini terlalu muda untuk belajar mengenal kehidupan dan sepak terajang dunia seni. Dia kena ingat banyak faktor perlu ada jika nak mencipta nama dan terus kekal dalam dunia seni.

Ingat, sekali dia buat hal perkara ini akan tersebar di kalangan pihak dalam industri, justeru, dia perlu ingat risiko yang perlu dihadapinya. Jadi, SS harap dia segera berpijak di bumi nyata sebelum namanya jatuh merudum dek kesilapan sendiri.



Credits: hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2012 01:04 PM | Show all posts
sape ni?????
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:16 PM | Show all posts
sape plak...?x de klue nk speku...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:19 PM | Show all posts
tajuk artis pengotor, tp cerita lbh ke arah lupa diri n berangn diva..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:19 PM | Show all posts
Xdok klue lak..rmai skang pucuk muda tgh naik..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:20 PM | Show all posts
clue cume pelakon....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2012 01:21 PM | Show all posts
tah apa2 nyer gosip..
rekaan ker?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:27 PM | Show all posts
itu pun boleh jadi gosip.ade2 je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2012 01:28 PM | Show all posts
ramainya pucuk muda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:30 PM | Show all posts
lopak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 01:32 PM | Show all posts
harap2 bukan lopah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 02:35 PM | Show all posts
sara ali kot.....
pernah terbaca ruangan zubir katanya sara malas mandi dan pengotor.....
sbb tu dulu family sam reject sheols......esp mummy khaty, sombong katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 02:41 PM | Show all posts
TERKESIMA seketika SS dibuatnya apabila satu sumber menyampaikan cerita ini. Nak kata tak percaya pu ...
achik2009 Post at 23-1-2012 13:02



    sape yg termakan dgn cerita bangsat nih aku x tau lah nk kategorikan sbg apa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 03:17 PM | Show all posts
ade2 jew nak semak kan Bebenang tau.....ermmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 04:33 PM | Show all posts
dah pulokkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 04:42 PM | Show all posts
makan kat location shooting sedap2..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2012 05:02 PM | Show all posts
ramai ja yg cantik tp pengotor.....
tak patut dijadikan isu pon.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 05:04 PM | Show all posts
sume org tak mampu nak speku kot....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 05:46 PM | Show all posts
sara ali?
ixara aisyah?
tasha shiela?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2012 06:15 PM | Show all posts
Huhu... hari tu jantan pengotor.. busuk
Ni pompuan pulak pengoto habat...

Sapa retis pompuan baru nak naik?
Aku speku Sara Ali.

Lopak tak mungkin. Takkan org ada-ada nak jadi culture shock cakap brg2 mewah tetiba?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 03:01 AM GMT+8 , Processed in 0.079008 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list