TAK sudah-sudah dugaan melanda kehidupan seorang personaliti ini. Kalau Cik Normah ada di tempat dia, tak mungkin Cik Normah sekuat dirinya. Rasanya sepanjang tahun lalu kisah wanita berhati waja ini kerap menghiasi dada akhbar, pula tu dikaitkan dengan cerita yang memanjang negatif namun macam tak memberi kesan langsung pada kehidupannya.
Terbaru, namanya naik semula meskipun hanya diperbualkan insan terdekat seseorang yang sering berdampingan dengannya. Mana ada dia, di situ ada kamu. Eh! macam nak buat lirik lagu pula. Dek rasa prihatin yang teramat, segala-gala perkara mengenai lelaki yang kononnya dianggap sebagai saudara sendiri itu dijaga dengan sempurna. Maklumlah suami sendiri sibuk dengan bisnes. Beruntung wanita itu sebab ada teman yang cukup sporting dan teman tapi mesra yang sudi diheret ke mana saja.Berbalik kepada kisahnya, dikhabarkan dia cuba cocok jarum lagi dalam kehidupan teman tapi mesranya yang sudah menemui cinta hati baru. Entahlah, yang ini Cik Normah pening sebab masing-masing menafikan punya perasaan antara satu sama lain tetapi dari pengamatan hubungan mereka jauh lebih intim.
Dengarnya si wanita ini masih lagi mengirimkan mesej berbaur rindu terhadap jejaka bergelar suami orang itu. Iskh! Akhirnya mahligai yang baru dibina mula berkocak, cuma tidaklah sampai berantakan. Alahai, tak serik ke abang? Atau kuasa cinta antara kamu sudah tak mampu ditahan-tahan?
RA dgn RH le ni....aku xpelik RA suka anak ikan...of coz power lebih dr bapak ikan sedia ada....
tp yg pelik RH tu apa kes gigih cerai berai ngikut kata mak ikan tua ni...