CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14254|Reply: 39

Yantzen Sudah Terbiasa Hidup Menduda

[Copy link]
Post time 24-1-2012 09:02 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Penyanyi rock yang pernah popular dengan lagu Insan, Yantzen berkata dia sudah terbiasa hidup bersendirian selepas hampir 8 tahun bercerai dengan pelakon Sharifah Noor Haslinda (Lynn).


Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 54, berkata pada usia begini mencari isteri baru bukan lagi menjadi keutamaannya, sekalipun dia mengakui adakalanya berasa sunyi apabila bersendirian di rumah.

“Saya sudah terbiasa hidup menduda. Jadi saya tidak kisah pun apabila hidup bersendirian.

“Pada usia begini, soal jodoh bukan lagi menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah mencari rezeki bagi meneruskan hidup,” katanya yang ditemui, baru-baru ini.

Yantzen dan Lynn berkahwin pada 9 Julai 1994 dan bercerai pada 2004. Hasil perkahwinan pasangan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Aliff Ronan yang kini berusia 13 tahun.

Ketika diusik pertanyaan tidakkah dia berasa sunyi apabila bersendirian di rumah, Yantzen berkata: “Saya ada ramai kawan. Selalunya, saya akan bersama dengan mereka.

“Kalau bersendirian di rumah, memanglah perasaan sunyi dan sepi itu datang tapi ia bukan masalah besar bagi saya,” katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, Yantzen berkata dia masih aktif menyanyi dan memenuhi pelbagai undangan nyanyian di seluruh negara.

“Saya masih aktif menyanyi sehingga kini. Kalau hendak tahu, jadual jemputan nyanyian saya penuh sepanjang Disember tahun lalu.

“Pada bulan ini pun saya sudah dipanggil untuk mengadakan persembahan di beberapa acara dan majlis korporat,” katanya yang tidak merancang untuk mengeluarkan lagu atau album baru.

Penyanyi yang berasal dari Singapura ini pernah menjadi vokalis kumpulan Rusty Blade (1986 hingga 1989) dan May (1992 hingga 1995).

Menerusi album solonya Impian yang diterbitkan pada 1994, Yantzen menempa populariti menerusi lagu Insan, ciptaan Datuk M. Nasir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2012 09:20 AM | Show all posts
Asal reputz tanya jer... Semua mengaku byl buat private performances laaa... Persembahan korporat laaa... Walau pon nan hado!
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 09:26 AM | Show all posts
“Pada bulan ini pun saya sudah dipanggil untuk mengadakan persembahan di beberapa acara dan majlis korporat,” katanya yang tidak merancang untuk mengeluarkan lagu atau album baru


ayat stendert market value dah tak de... susut nilai  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 09:29 AM | Show all posts
Reply 3# sya_sugar_sugar


    Sian dia kan bini curang lari ikut laki kaya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 09:33 AM | Show all posts
Reply  sya_sugar_sugar


    Sian dia kan bini curang lari ikut laki kaya....
faisyah Post at 24/1/2012 09:29 AM

curang kew? ker di bayar (trade in)?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 09:43 AM | Show all posts
dia ngan shira sama2 amek org singapore ek dulu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2012 09:50 AM | Show all posts
dia ngan shira sama2 amek org singapore ek dulu...
el-ain Post at 24-1-2012 09:43



hahaha...bru aku perasan la 1st hubby diorg ni dr s'pore...
yg 2nd bru tempatan punya...dh jodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 10:11 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Penyanyi rock yang pernah popular dengan lagu Insan, Yantzen berkata dia sudah t ...
faisyah Post at 24-1-2012 09:02



   die ni dok ligat kt forum plu...tgk gambar dah tau....dgn rambut kerinting nye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2012 10:15 AM | Show all posts
die ni dok ligat kt forum plu...tgk gambar dah tau....dgn rambut kerinting nye
AppropriateNick Post at 24-1-2012 10:11



    mcm pernah dgr tentang ni......
forum apa tu nok....
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 10:29 AM | Show all posts
tak silap dia asal indonesia tapi membesar or sekolah kat singapore.. lebih kurang camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 10:59 AM | Show all posts
suka lagu insan......insaf sekejap kalau dengar lagu tu.
suara dia pun boleh tahan.....mcm rahim maarof sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 11:28 AM | Show all posts
die ni dok ligat kt forum plu...tgk gambar dah tau....dgn rambut kerinting nye
AppropriateNick Post at 24-1-2012 10:11



    You mean, dia ni gay?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 01:25 PM | Show all posts
jarang dgr cite yantzen neh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 01:25 PM | Show all posts
dulu2 pernah kuar dlm rcgn NONA (tv3 suku) tu, psl kisah syarifah mesti kawen syed
so, utk mengupas isu ni dgn lebih lanjut, so host nona (tak ingat sapa tah masa tuh jd host) gi interbiu family lynn ngan shira ni sbb depa ni kan stok2 syarifah syed

so ms tu, lynn pernah ckp, mmg ms tu family sheols nak jodohkan sheols dgn kezen diorang yg mmg duk belah arab sana tu (dgr citer, kaya kekdahnya)
so, lynn mmg nk sgt kawen dgn yantzen ni ms tu (cinta maut kut)
pehtu lynn ckp, sedara mara dia sume ckp "alahaiiiii ruginyaaaa"
camtulah kesahnyaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 01:49 PM | Show all posts
apa yg rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 01:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by aina_shaira at 24-1-2012 17:59

Reply 12# cik.panda


   maaf terpaksa edit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2012 02:07 PM | Show all posts
sian pkcik ni bini dia pandang harta,last reput dn masak layu mcm tu je smpai skrg
dump dia dn kwin dgn ke ling marikan tu

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 02:30 PM | Show all posts
Reply  cik.panda


    yup, dia memang gay. ini kisah benar yea. yantzen penah bayar member aku  ...
aina_shaira Post at 24-1-2012 13:50



    ayyo, muka ganas camtu pon geyes ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 02:33 PM | Show all posts
Reply 18# KumbangPolkaDot


    ko boleh tak edit post ko yg quote aku punya post sbb aku tak mahu kena saman. nanti aku nak edit
    balik post aku nie.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 02:33 PM | Show all posts
Reply  cik.panda


    yup, dia memang gay. ini kisah benar yea. yantzen penah bayar member aku  ...
aina_shaira Post at 24-1-2012 13:50



    Biar betul??? Anak dia dgn lynn tu duk dgn saper skrg?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048252 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list