CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14638|Reply: 86

'Aku Tak Mahu' Bukan Mengenai Zul Ariffin - Abby Abadi Has 'Moved On'..

[Copy link]
Post time 31-1-2012 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by freekey at 31-1-2012 15:25

SHAH ALAM: Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menolak dakwaan lagu single terbarunya berjudul Aku Tak Mahu berkisar mengenai hubungan cintanya dengan pelakon muda, Zul Ariffin.

Abby ketika ditemui berkata, perkara itu adalah secara kebetulan dan dia memilih untuk merakamkan lagu tersebut kerana menyukai melodinya tetapi bukan liriknya.



"Tidak benar lagu berkenaan mengenai hubungan saya dengan Zul dan ia hanyalah kebetulan. Tambahan pula liriknya bukan dicipta oleh saya tetapi Edry.

"Sebelum merakamkan lagu tersebut, saya telah diberikan lima buah lagu dengan lirik bertemakan serupa tetapi memilih Aku Tak Mahu kerana sukakan melodinya yang berbeza daripada lagu yang sedia ada," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hubungannya dengan bekas suami, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza, Abby berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pasangan itu.

Abby berkata, dia sudah melupakan semua perkara yang telah berlaku di antara mereka tambahan pula dia langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan lagi terhadap Norman.

"Itu semua cerita lama dan hubungan kami kini berada di tahap baik, semuanya demi anak-anak yang sedang membesar," ujarnya ringkas.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Memey, Abby memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan wanita itu tetapi mereka tidak berkomunikasi antara satu sama lain.

"Rasanya adalah lebih baik begitu kerana tidak mahu menimbulkan apa-apa masalah," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangannya pada malam Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/12 menerusi anugerah Artis Paling Cekal, Abby menjelaskan ia adalah sebuah penghargaan buat dirinya daripada peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepadanya.

Ujarnya, walaupun dirinya tidak secekal yang disangka tetapi dia tidak mahu menyerah kalah dan ingin terus berjuang demi masa depannya dan anak-anak.

"Pemilihan saya adalah mungkin berdasarkan daripada apa yang mereka lihat mengenai apa juga kejadian menimpa diri saya.

"Sejujurnya saya adalah manusia biasa dan ada ketikanya akan tumpas juga walau sekuat mana pun saya tetapi kelemahan itu tidak akan ditunjukkan kepada masyarakat," ujarnya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 11:19 AM | Show all posts
{:4_182:}........So, Abby has move on. Jangan ada pulak yang nuduh SHE IS
AN ATTENTION SEEKER.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:29 AM | Show all posts
........So, Abby has move on. Jangan ada pulak yang nuduh SHE IS
AN ATTENTION SEEKER.
NAT_11 Post at 31-1-2012 11:19



   agreed. Chayok2 abby..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:33 AM | Show all posts
Berdoalah lagu 'AKU TAK MAHU' ni naik top 10 so dat adala
benda yang boleh menaikkan semangat dia...........{:4_189:}
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:37 AM | Show all posts
die boleh nyanyi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:37 AM | Show all posts
Alhamdulillah, semoga terus berjaya and terus cekal!!Go Abby!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2012 11:43 AM | Show all posts
die boleh nyanyi ker?
cascutes Post at 31-1-2012 11:37



    Apa pulak tak boleh nyanyi. Diakan dulu kumpulan ELIT dengan
    Sasha Saidin.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:50 AM | Show all posts
banyaknye la tread psl abby adabi nih.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 11:53 AM | Show all posts
banyaknye la tread psl abby adabi nih.....
mamamica Post at 31-1-2012 11:50



    Tak ler sebanyak tread about Memek..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:56 AM | Show all posts
semoga terus berjaya Abby abadi
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:58 AM | Show all posts
banyaknye la tread psl abby adabi nih.....
mamamica Post at 31-1-2012 11:50


mek sam dah tepek kat thread abby tu..priki ni seboleh2nya semua nak bkk thread baru
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:58 AM | Show all posts
Peh ni for sure reputz pegi mintak komen zul pasal lagu nie.. kot2 kalau dia terasa ker hape ker.. then,it goes on and on and on..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:01 PM | Show all posts
dia nih kena buat make over sket la... pesen tak up to date langsung....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:03 PM | Show all posts
Peh ni for sure reputz pegi mintak komen zul pasal lagu nie.. kot2 kalau dia terasa ker hape ker.. t ...
DayangKirana Post at 31-1-2012 11:58



    Abby akan jawab Zole is a ting of the past, no longer
    an item in her life............
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:44 PM | Show all posts
die boleh nyanyi ker?
cascutes Post at 31-1-2012 11:37



dalam banyak2 anggota elite dulu dia laa yg paling boleh nyanyi pun.sayangnya kelam kabut nak jadi pelakon, so nyanyian pun tak improve.
last last kelaut. nyanyi ni kalau tak practice memang susah nak bagus. tambah2 dah tua..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 01:03 PM | Show all posts
Reply 12# DayangKirana


    ni kes press yg saje ngade2 la ni klu kuar cite cmtu..biaq p la abby nk mulekan hdup bru..tutup cite lame, bukak cite baru..abby pun xdela kemaruk sgt dgn zul tu..dah xde jodoh, biar jela..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 01:05 PM | Show all posts
mek sam dah tepek kat thread abby tu..priki ni seboleh2nya semua nak bkk thread baru
maxim Post at 31-1-2012 11:58


khen. kalo nubi buka thread, laharan tak hingat.
kalau friki? hurm....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 01:05 PM | Show all posts
Reply 15# MissLibra


    dah lame xnyanyi, kenela abby siapkan diri dgn kelas vokal smue..xbley nk tros nyanyi..nyanyi time anak dara dulu lain..nak2 plak da bertaun2 tglkan dunie nyanyian..mesti kene asah kat mane2 yg da tumpul dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 01:32 PM | Show all posts
gud luck abby....
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 01:49 PM | Show all posts
perempuan2 yang di kasihani dan teraniaya
abby dan nora danish
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.106481 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list