Owen Wilson Tolak Permintaan Fahrin Ahmad Untuk Bergambar
KUALA LUMPUR: Hasrat pelakon Fahrin Ahmad untuk bergambar dengan aktor Hollywood Owen Wilson ketika di majlis Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012 tidak kesampaian apabila permintaan itu ditolak mentah-mentah. Insiden memalukan itu berlaku sejurus selepas Owen bertemu dengan pihak media di sebuah tempat khas yang disediakan. Bagaimanapun Fahrin yang merupakan salah seorang selebriti tempatan yang dijemput ke majlis itu menganggap perkara tersebut bukanlah satu hal yang serius. "Saya memang mahu bertemu dengan aktor tersebut serta selebriti Hollywood yang lain. Harap-harap saya ada peluang lagu untuk bertemu dengannya pada masa akan datang nanti," katanya yang dipetik daripada portal Daily Chilli.
Aduhainye pun kan... |