CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54520|Reply: 295

Nora Danish ke Umrah di hari perkahwinan FS-JJ

  [Copy link]
Post time 25-4-2012 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Nora Danish Doakan Perkahwinan Jejai & Fasha Kekal



Pelakon cantik, Nora Danish ketika ditemui GUA petang tadi mengesahkan yang beliau tidak akan hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya, Jejai dengan pelakon, Fasha Sandha yang bakal berlangsung pada 27 April ini. Menurut pelakon Tentang Dhia ini selain tidak menerima kad jemputan, beliau juga memberitahu tidak akan berada di tanah air ketika hari majlis perkahwinan tersebut berlangsung.
"Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari," ujar Nora ketika ditemui pada majlis pra pelancaran filem 'Mencari Cinta', di Perak Techno-Trade Centre, Ipoh, petang tadi.
"Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama."
Ditanya sama ada anaknya Putera Rayqal Ramli akan berada di majlis perkahwinan ayahnya dan adakah Nora menerima Fasha untuk menjadi ibu kepada Rayqal, Nora memberitahu, "Saya tak tahu anak akan pergi atau tidak, terpulang, sebab bila saya pergi umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai.


"Mengenai hubungan Fasha dengan anak saya pula, biarlah dia menggelarkan dirinya 'aunty' saja kerana bagi saya, ibu biarlah seorang."
Nora yang masih berhubung baik dengan bekas suaminya itu turut mengharapkan dengan perkahwinan Jejai dan Fasha, hubungan mereka semua akan kembali jernih.
Diusik bila pula giliran Nora untuk mengikut jejak seperti bekas suaminya itu mendirikan rumahtangga, Nora memberitahu, "Selalunya lelaki yang cepat kahwin. Nora tak fikir lagi kerana ingin fokus terhadap kerjaya dan anak dulu. Soal jodoh pertemuan, Nora serahkan pada Allah."
Sebelum mengakhiri perbualan, Nora sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada bakal pasangan suami isteri itu.
"Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 12:52 PM | Show all posts
apa la sengal wartawan bodoh...ibu dia just nora la..nape plak si FF jadik ibu...lagi satu..dah sah2 la mak si rayqal ni idup...

bodoh tahap dungu wartawan ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 12:53 PM | Show all posts
You go girl...!
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 12:55 PM | Show all posts
Reply 1# kerill


    tiba2 rasa sebak pulak baca artikel nie...  Apa-apa pun baguslan nora boleh terima kenyataan seadanya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 12:56 PM | Show all posts
haha..kesian Nora Danish... tahniah FS and JJ
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 12:57 PM | Show all posts
bgus...baik g Umrah 2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2012 12:57 PM | Show all posts
tak pe  le nora oii...forever alone lagi baek dari mengadap laki rope itu...

kt mekah nnt doa le mintak dpt yang lebih baek dr jejai tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 12:58 PM | Show all posts
tak pe moga ND doakan kebahagian dia pulak kat Jabbal Rahmah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 12:58 PM | Show all posts
nak g umrah tayah la pkai skirt lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:03 PM | Show all posts
statement dari keluarga jejai mmg xda kan...sbb selalu baca cuma cerita dari fs & sekali sekala jejai...
ke.. aku termiss ni?
fs byk cakap yg jejai melamar...jejai dh jumpa keluarga... mana keluarga jejai ek?
berharap sgt jgn end-up cm rita-aidil....
tahniah fs
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:11 PM | Show all posts
Pada Nora tak de tinggalkan kudis pun tapi blh gelak guling-guling sbb jejai dapat orang mcm FS.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:13 PM | Show all posts
Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah. Setelah apa yang terjadi selama ini, akhirnya jodoh mereka tak ke mana. Nora harap perkahwinan mereka akan kekal hingga ke akhir hayat."


sian ND dlm hati sape tau hati menangis

diluar senyum ucap taniah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:13 PM | Show all posts
tabahnyer nora... mmm.... apapun... bagus juga dia bawak diri ke sana... kalo dekat2 neh... mcm ke genting je mcm kak abby kiter aritue... laen plak jadinyer... smpai nk close2 akaun FB sebab peminat dok asak2 pasal si nomek ngan memek tue nikah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2012 01:16 PM | Show all posts
FS senyap jer kt twitter sejak 2 hari lps, mmg dia x crita apa2 psl majlis kawin dia, mmg x nak kecoh2 la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:16 PM | Show all posts
elok la ND pong da oke..gpong, die pong mengharapkan lepas ni hubungan dorg kembali jernih..menampakkan die da matang..xyh la ade sape2 nk lagakan dorg..biarkan dorg bahagie..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:17 PM | Show all posts
Nora Danish Doakan Perkahwinan Jejai & Fasha Kekal
Pelakon cantik, Nora Danish ketika ditemui ...
kerill Post at 25-4-2012 12:49
Elok ler jawapan nora camtu tu ...
jgan bagi ruang kat wartawan nak cucuk jarum ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2012 01:20 PM | Show all posts
Bagusla kalau semua saling menghormati.. yg reputz mcm nak laga2 kan diaorg ni kenapa??
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:22 PM | Show all posts
"Nora ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Fasha, tapi Jejai tak berapa nak barulah.

mmg tak berapa nak baru sbb dah digunakan..huhuhu....pandai nora melawak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:22 PM | Show all posts
semoga ND akan bertemu jodoh dengan seorang yang mampu membawa beliau ke syurga..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 01:23 PM | Show all posts
jgn frust okay ND..u go girl..biarlah derang tu..semoga kebahagian dihadapan menanti,dpt lelaki yg lebih baik & hensem dr jejai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.074751 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list