CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28984|Reply: 186

Isu Gay: Soo Winchi tolong cover...Tak Ada Makna Saya Nak Bayar Dia – Iqram

[Copy link]
Post time 27-5-2014 06:25 AM | Show all posts |Read mode
Iqram Dinzley Terkejut Dituduh Jalin Hubungan Songsang Lagi
Iqram Dinzly sudah lali dengan gosip-gosip mengenai dirinya.


PETALING JAYA: Pelakon Iqram Dinzly menganggap ada pihak cuba mensabotaj dirinya apabila dituduh  menjalinkan hubungan songsang, selain berfoya-foya di sebuah kelab malam di London, November tahun lalu.

Iqram, 33, yang terkejut apabila isu hubungan songsang membabitkan dirinya sekali lagi menjadi isu, sedangkan dia langsung tidak terlibat dengan perilaku tersebut bagaimanapun mengakui berkunjung ke kelab malam di United Kingdom itu sekadar untuk melihat suasananya.

"Mungkin ada pihak yang mahu sabotaj saya. Kenapa orang nak kaitkan saya dengan hubungan songsang hanya kerana melihat saya bergambar dengan lelaki. Salah ke saya nak bergambar dengan kawan saya sendiri?

"Bagaimanapun saya mengakui ada berkunjung ke sebuah kelab malam di London tetapi bukan berfoya-foya, sebaliknya sekadar mahu melihat suasananya sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Sebuah laman blog pada Isnin mendedahkan seorang pelakon lelaki (dituju kepada Iqram) dikatakan mengunjungi beberapa kelab malam di London.

Iqram Dinzly

Iqram yang ketika itu ditemani seorang pelajar lelaki rakyat Malaysia didakwa menjalin hubungan songsang.

Malah laman blog itu turut mendedahkan mesej daripada aplikasi Whatsapp berbau lucah kononnya ia adalah mesej perbualan antara Iqram dan pelajar tersebut.

Sementara itu, Iqram menyifatkan ia sebagai satu gosip lucu dan enggan mengambil serius mengenai perkara itu.

"Apa yang saya tak faham, kawan dengan perempuan salah, dengan lelaki salah. Habis saya nak berkawan dengan siapa?

"Berkenaan mesej Whatsapp itu, saya pun tak pasti itu mesej saya atau tidak. Tetapi kalau dengan rakan-rakan lelaki saya memang suka bercakap kasar.

"Rasa lucu pula bila isu ini berbangkit lagi. Sebelum ini bila rapat dengan Soo Wincci, saya dikatakan cuba mengurat dia, sekarang cerita lain pula.

"Apa-apapun, yang penting keluarga faham siapa saya yang sebenar," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Iqram baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama di bawah produksi Shawana Productions iaitu Kalau Hati Ini Rama-Rama dan Cinta Meniti Starimost. Selain itu lakonan Iqram juga bakal muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 yang akan ditayangkan pada September depan.

Last edited by maxim on 2-6-2014 11:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2014 11:44 AM | Show all posts
Tak Ada Makna Saya Nak Bayar Dia – Iqram

Menerusi laporan Melodi, semalam, Iqram menolak dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa Soo Wincci sendiri yang ingin berbuat demikian.

Takde makna saya nak bayar dia, cukuplah dengan apa yang dia ada kat dalam bank tu,  mungkin berjuta-juta kot duit yang dia ada. Dia yang kata, i’m the one who started the game first , bagi saya tak suka nak ganggu reputasi dia, sebab saya rasa benda ni it just a small thing.

Malah, Iqram menambah, gurauan sebegitu tidak pelik buat dirinya kerana dia turut bergurau perkara yang sama dengan rakan-rakannya yang lain.

Tak pelik pun sebab saya rasa diorang semua ada yang dah kahwin pun, untuk coverline tu tak kot. Saya rasa dari zaman saya berkawan dengan kawan saya yang lama pun dah ada cerita macam saya cover line untuk dia, bila saya kawan dengan Soo Winci pon ramai yang bercakap pasal saya dekat dia belakang-belakang.
Nak kata saya peluk cium, tak ada pun. Sekarang ni masa saya untuk jadi diri saya sebenar, dimana saya bergurau pun, kalau orang boleh terima, terima, kalau tak boleh, saya tak boleh nak cakap apa sebab masing-masing punya pemahaman dan tafsiran.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 06:29 AM | Show all posts
malas nak komen psl ID...cerita basi
tapi av TT sgt kiut
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 06:34 AM | Show all posts
lina21 posted on 27-5-2014 06:29 AM
malas nak komen psl ID...cerita basi
tapi av TT sgt kiut


motipp i membelek avatar @maxim, siapakah perempuan di dalam pic tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 06:35 AM | Show all posts

Anyways iqram ni, last year gigih mengtarbiah my friend dkt ig. Mujur my friend jenis malas nak panjang cerita. Kami pula yg menggeletar jari jemari nak menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 06:40 AM | Show all posts
juliez posted on 27-5-2014 06:34 AM
motipp i membelek avatar @maxim, siapakah perempuan di dalam pic tersebut?

perempuan?knp iosl tgk mcm jantan jambu buncit jah kat av TT
ada kat satu benang gelar dia datuk naning
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2014 06:41 AM | Show all posts
juliez posted on 27-5-2014 06:35 AM
Anyways iqram ni, last year gigih mengtarbiah my friend dkt ig. Mujur my friend jenis malas nak pa ...

mamat ID ni msti jenis tak nak kalah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 06:49 AM | Show all posts
lina21 posted on 27-5-2014 06:40 AM
perempuan?knp iosl tgk mcm jantan jambu buncit jah kat av TT
ada kat satu benang gelar dia da ...



Avatar lama pic perempuan.. bila i refresh baru keluar yg baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 06:50 AM | Show all posts
lina21 posted on 27-5-2014 06:41 AM
mamat ID ni msti jenis tak nak kalah kan?


tak tahu la jenis tak nak kalah tu

but for us yg tahu his background, tak payah la kut nak preach other about agamakan

kau pun songsang
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 06:58 AM | Show all posts
juliez posted on 27-5-2014 06:50 AM
tak tahu la jenis tak nak kalah tu

but for us yg tahu his background, tak payah la kut nak pr ...

konsepnya orang mcm ID ni mengamalkan prinsip minyak dgn air,
sekejap jadi setazah, sekejap jadi mak nyah
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke nih? ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Msk kelab malam hnye nk tgk suasana?? Kah3..bt lawak la ko..kahak ramai2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:28 AM | Show all posts
juliez posted on 27-5-2014 06:34 AM
motipp i membelek avatar @maxim, siapakah perempuan di dalam pic tersebut?

bukankah itu dato ayahanda 3 line boy?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:49 AM | Show all posts
Berkenaan mesej Whatsapp itu, saya pun tak pasti itu mesej saya atau tidak. Tetapi kalau dengan rakan-rakan lelaki saya memang suka bercakap kasar

takkan la mesej sendri pun tak tahu..
Kot iye pun suka berckp kasar dgn kwn2 pun, takkan tak boleh nak bezakan antara mesej kasar dgn mesej lucah?
kalau itu bukan mesej ko, ckp je la "itu bukan mesej sy"
ni duk belit2 ckp tak pasti laa, pastu suka ckp kasar2 dgn kawan2 laa...

plis eh?
jgn nak putar alam sgt la!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:54 AM | Show all posts
""Apa-apapun, yang penting keluarga faham siapa saya yang sebenar," tegasnya."

serius kelakar..memula kau melatah, pastu cakap keluarga yang faham...kemong ah, dorg faham yang kau buat depan dorang je..blakang...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:54 AM | Show all posts
dan2 aje ko lilit sarban tu kan? nk tunjuk warak ke? pastuh saje bangkit kan nama soo wincci..nk coverina lah tu kengkonon  heols ada gosip dengan pompuan..nk tutup gosip sebenarnye ke keram oi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2014 07:54 AM | Show all posts
Iqram hanya bergurau

Oleh MOHD. IZUAN ROSELI


IQRAM mengakui, perbualannya dengan pelajar tersebut hanya sekadar gurauan dan menganggap pelajar tersebut seperti rakannya yang lain.


SEMALAM, kecoh dalam sebuah portal hiburan memuat naik gambar seorang pelakon dan pengacara, Iqram Dinzly yang dipercayai memasuki kelab malam dan melakukan hubungan songsang dengan seorang pelajar Malaysia di London.

Menurut kenyataan tersebut, Iqram juga dipercayai sering berbalas mesej menerusi aplikasi Whatsapp dengan pelajar tersebut apabila pelakon itu pulang ke Malaysia dan antara mesej tersebut berbaur lucah.

Tambah memburukkan keadaan lagi, pelakon tersebut juga didakwa turut mengirim sekeping gambar alat sulit lelaki untuk tatapan pelajar tersebut.

Difahamkan, pelajar lelaki terbabit terserempak dengan Iqram di London pada bulan November tahun lepas sewaktu pelakon tersebut sedang menikmati makan malam.

Selepas bertegur sapa, si pelakon dikatakan mempelawa pelajar berkenaan menemaninya bersiar-siar sepanjang berada di sana dan seterusnya terbawa hingga ke bilik pula.

Iqram yang terkejut dengan kontroversi yang melanda dirinya itu bagaimanapun mengatakan ia hanya merupakan gurauan biasa dirnya dan rakan-rakan. Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelakon yang pernah membintangi filem Apokalips X itu.

Kosmo!: Benarkah dakwaan yang mengatakan anda pergi ke kelab malam dan melakukan hubungan songsang dengan seorang pelajar Malaysia di London?

IQRAM DINZLY: Ya, saya mengakui saya hanya pergi ke kelab malam tersebut hanya sekadar ingin melihat suasana dan meluangkan masa bersama rakan-rakan. Namun, saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya melakukan hubungan songsang kerana ia tidak mempunyai bukti.

Boleh anda komen sedikit mengenai perbualan anda dengan seorang pelajar tersebut menerusi aplikasi Whatsapp, Pada pandangan anda adakah ia agak keterlaluan?

Dia merupakan teman saya. Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja. Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga. Bagi saya, ia tidak menjadi masalah.

Menerusi gambar tersebut anda kelihatan intim dengan pelajar tersebut, bolehkan anda jelaskan hubungan sebenar antara kalian berdua?

Saya merupakan seorang yang mudah mesra walaupun dengan orang yang saya baru kenali. Tidak mungkin untuk saya melakukan hubungan songsang kerana kami hanya berkawan seperti biasa. Saya menafikan spekulasi tersebut kerana tiada sebarang bukti yang mengaitkan kami berdua melakukan hubungan songsang walaupun di dalam gambar tersebut.

Apakah tujuan anda berada di London?

Saya berada di sana selama lima hari disebabkan urusan kerja. Saya ke sana bagi mempromosikan kelab bola sepak Cardiff City dan pulang setelah urusan kerja tersebut selesai.

Menerusi gambar tersebut, anda memakai baju yang tertera jenama Rafflesia. Adakah ia sedikit sebanyak akan menjejaskan jenama itu?

Dalam gambar tersebut saya hanya duduk bersebelahan dengan dia, tidak ada sebarang aksi lucah di dalam gambar tersebut. Saya rasa, ia tidak patut dijadikan permasalahan besar.

Apakah perkembangan terbaharu anda?

Saya baru sahaja selesai daripada penggambaran drama Kalau Hati Ini Rama-Rama di Bosnia dan sebuah telemovie Meniti Cinta di Stari Most terbitan RTM. Saya juga akan terlibat dalam filem terbaharu Upin-Ipin yang dijangka akan bermula pada Jun ini. Selain itu, saya juga akan bercuti di Sepanyol pada September depan.



Credits: kosmo.com.my


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:55 AM | Show all posts
ada gambar bebird jgk ke?...

@mixed

@skymania

@juliez


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 07:58 AM | Show all posts
gbr2 dia kat instagram sgt sesuatu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 08:02 AM | Show all posts
achik2009 posted on 27-5-2014 07:55 AM
ada gambar bebird jgk ke?...

@mixed


minta dkt @Syd
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2014 08:16 AM | Show all posts
Nauzubilah..
I hope benda ni sekadar gosip..
InsyaAllah..
Bahaya fitnah memfitnah ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.465547 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list