CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8441|Reply: 30

Siti Saleha elak cetus kontroversi

[Copy link]
Post time 9-6-2014 12:50 PM | Show all posts |Read mode



“SAYA tidak pernah berniat menyorokkan kekasih daripada pengetahuan umum, cuma teman lelaki saya lebih selesa jika hubungan kami tidak terlalu didedahkan memandangkan dia seorang yang pemalu dan ‘low profile’,” jelas pelakon cantik, Siti Saleha terhadap dakwaan dirinya menyembunyikan hubungan percintaannya daripada peminat.

Bertanya lebih lanjut mengenai perkara itu, Saleha bagaimanapun mendedahkan dirinya kini sedang bercinta dengan seorang jejaka yang berasal daripada Portugal.

“Sebenarnya kami banyak luangkan masa bersama, cuma kalau majlis-majlis tertentu yang turut dihadiri wartawan saya tidak bawa dia kerana dia sendiri enggan tampil di khalayak ramai.

“Buat masa ini, saya tidak mahu dedahkan namanya. Apa yang boleh saya katakan, dia berusia 27 tahun dan kini bekerja di dalam bidang kewangan,” katanya.

Saleha akui ciri-ciri 'sweet guy' yang dimiliki jejaka tersebut adalah antara salah satu sebab dia mula jatuh cinta dengan buat hatinya itu.

“Dia adalah antara lelaki yang paling sweet yang pernah saya kenal.

“Setakat ini kami masih lagi mengenali hati budi masing-masing,” ujarnya.

Bagaimanapun, Saleha akui sebagai seorang selebriti, dia juga mengawal perhubungan itu untuk mengelakkan timbulnya cerita yang kurang enak.

“Saya tidak mahu disebabkan hubungan ini, macam-macam cerita yang tidak elok timbul.

“Kontroversi adalah perkara yang saya mahu elakkan,” katanya.

Makin 'demand'?

Beralih pada karier lakonannya, Saleha turut menafikan kemenangannya bergelar Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular baru-baru ini, menjadi tiket percuma untuk dirinya menjadi lebih demand.

“Secara jujurnya, saya tidak pernah terfikir mengenai hal itu. Sejak dulu lagi saya bukan jenis yang suka berbuat seperti itu.

“Sebagai pelakon saya amat mementingkan kualiti dan agak selektif dengan skrip yang ditawarkan kerana saya mahu bawa watak yang berkesan.

“Tapi kalau tawaran itu memang datang dengan bayaran yang tinggi, saya tidak kisah dan saya anggap ia satu bonus,” jawabnya.

Selain itu, Saleha turut bersyukur atas sokongan yang diberikan oleh kelab peminatnya sehingga dia berjaya mencapai kejayaan itu.

“Saya memang tidak pernah menjangkakan kemenangan ini. Saya fikir ini adalah kerja keras yang dilakukan peminat setia saya.

“Bagi saya kemenangan ini juga adalah kejayaan peminat saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saleha bakal tampil dengan drama siri Astro, 13 episod Manis selain bakal terlibat dalam penggambaran filem Upin & Ipin terbitan KRU.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2014 12:55 PM | Show all posts
siti saleha ni best sangat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 01:08 PM | Show all posts
dia berlakon drama n filem apakah...sampai menang anugerah pelakon popular...

sorry la..iouls xtgk ABPH baru2 nih...



Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 01:25 PM | Show all posts
lelaki paling sweet.. jumpa yang baru, jugak paling sweet
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 01:29 PM | Show all posts
aku suka je si Saleha ni. Tp tu la...x de drama atau filem yg betul2 naikkan nama dia. Sampai skrg x boleh nak accept dia menang kat ABPBH hari tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 01:34 PM | Show all posts
aritu beriya2 sgt nak tunjuk..
pastu skrg xnak tunjuk plak. sbb bf low profile..

ntah apa2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2014 01:38 PM | Show all posts
aku suka sally nie.. so pretty!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2014 02:01 PM | Show all posts
semoga bertabah di dalam industri kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2014 02:24 PM | Show all posts
Kecantikan dia kadangkala jadik penghalang utk maju ....

Muka cam ni akan dpt watak yg super cliche... bayangkan kalau dia dpt watak gelandangan... jadi laritajuk .hihihih
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 12:35 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 9-6-2014 12:55 PM
siti saleha ni best sangat ke?

Alhamdulillah , best sangat. , baik, cantik, lakonan pun bagus

Cuba tgk lakonannya dalam drama-drama berikut:

Drama 2013:

1. Terlanjur Cinta (TV9)
2. Ruby (TV3)
3. Asmara Luna (TV3)
4. Memberku Hawa (Astro)

Drama 2014
1. Aku Ada Wali (TV Al-Hijrah) sedang diulang tayang tiap Ahad jam 12 tgh hari

Telefilem 2013
1. Dari Sinar Mata (TV3)
2. Kisah Sebenar Mengenai Bibah (TV9)

Telefilem 2014
1. Luth Mahfuz (TV3)
2. Cikgu Gangster (Astro)
3. Sekilas Cinta (TVi)
4. Cinta hati Suri (TV3)
5. Hati Untuk Siapa (Astro)

Akan datang:
1. Telefilem Ketupat Rendang Keju - Sempena Raya
2. SuperTele Tak Nak Balik Raya - Sempena Raya (Astro)
3. Telefilem Mat Gedebe TV9

Drama Ramadan Jangan Pergi - Ramadan TV3
Drama Manis - AstroMayaHD 11 Jun

Filem-filem ..dah nak masuk 10 tapi baru 3 masuk wayang.

1) Kerat 14 - 14 Februari 2013...
2) Pak Pong
3) KL Zombie - 29 Ogos 2013
4) Bravo
5) Balada Pencinta - 24 Oktober 2013
6) Mamak Cupcake - 28 Ogos 2014
7) Bikin Filem
8) 7
9) Rajawali Aku Abang Long
10) Upin Ipin Jeng Jeng Jeng  (Bakal Shoot)

Sebelum 2013 pun banyak lakonan Saleha yg best...Malar segar ialah Nora Elena la bagi Drama Rantaian
Bagi Telefilem sebelum 2013, Aku Dia Dan Tong Sampah












Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 12:37 AM | Show all posts
seri_mawr posted on 9-6-2014 01:08 PM
dia berlakon drama n filem apakah...sampai menang anugerah pelakon popular...

sorry la.. ...

Drama-drama & Filem lakonan Saleha dgn abg Jebat kat sebelah pun bakal berlakon tak lama lagi InsyaAllah

Drama 2013:

1. Terlanjur Cinta (TV9)
2. Ruby (TV3)
3. Asmara Luna (TV3)
4. Memberku Hawa (Astro)

Drama 2014
1. Aku Ada Wali (TV Al-Hijrah) sedang diulang tayang tiap Ahad jam 12 tgh hari

Telefilem 2013
1. Dari Sinar Mata (TV3)
2. Kisah Sebenar Mengenai Bibah (TV9)

Telefilem 2014
1. Luth Mahfuz (TV3)
2. Cikgu Gangster (Astro)
3. Sekilas Cinta (TVi)
4. Cinta hati Suri (TV3)
5. Hati Untuk Siapa (Astro)

Akan datang:
1. Telefilem Ketupat Rendang Keju - Sempena Raya
2. SuperTele Tak Nak Balik Raya - Sempena Raya (Astro)
3. Telefilem Mat Gedebe TV9

Drama Ramadan Jangan Pergi - Ramadan TV3
Drama Manis - AstroMayaHD 11 Jun

Filem-filem ..dah nak masuk 10 tapi baru 3 masuk wayang.

1) Kerat 14 - 14 Februari 2013...
2) Pak Pong
3) KL Zombie - 29 Ogos 2013
4) Bravo
5) Balada Pencinta - 24 Oktober 2013
6) Mamak Cupcake - 28 Ogos 2014
7) Bikin Filem
8) 7
9) Rajawali Aku Abang Long
10) Upin Ipin Jeng Jeng Jeng  (Bakal Shoot)

Sebelum 2013 pun banyak lakonan Saleha yg best...Malar segar ialah Nora Elena la bagi Drama Rantaian
Bagi Telefilem sebelum 2013, Aku Dia Dan Tong Sampah
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 12:44 AM | Show all posts
enchikfitz posted on 9-6-2014 01:29 PM
aku suka je si Saleha ni. Tp tu la...x de drama atau filem yg betul2 naikkan nama dia. Sampai skrg x ...

Untuk Thn 2013, Ruby, Asmara Luna dan Memberku Hawa memang menarik drama & lakonannya.

Bagi filem, lakonan dalam Balada Pencinta paling bagus setakat ni, walaupun wayang kutip sikit je.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 12:59 AM | Show all posts
usahaone posted on 10-6-2014 12:35 AM
Alhamdulillah , best sangat.  , baik, cantik, lakonan pun bagus

Cuba tgk lakonannya dalam  ...

she failed to make me want to watch tv
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 01:16 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 10-6-2014 12:59 AM
she failed to make me want to watch tv

Tak pe la jimat tenaga elektrik Elektrik pun dah mahal

Tapi alhamdulillah setakat ni lakonan dia tak menghampakan saya dan ramaiiii peminatnya yang lain sebab tu boleh menang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 01:18 AM | Show all posts
usahaone posted on 10-6-2014 01:16 AM
Tak pe la jimat tenaga elektrik  Elektrik pun dah mahal

Tapi alhamdulillah setakat ni lako ...

ok...meh...4/10
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 01:28 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 10-6-2014 01:18 AM
ok...meh...4/10

Pada saya 9/10 , saya dah tengok drama2 dan filemnya yg disiarkan tu so saya pilih dia
Tak pe try tengok drama & tele dia

Secara peribadi saya suka Luth Mahfuz, Sekilas Cinta, Aku Ada Wali, Ruby, Asmara Luna dan Hati Untuk Siapa, Balada Pencinta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2014 02:15 AM | Show all posts
ai tgok lakonan saleha ni xmenarik pon
tah la
xkena ngn jiwa ai gitew
lagi2 cerita kerat 14 tu Last edited by hasniey on 10-6-2014 02:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 03:42 AM | Show all posts
berlakon cerita KERAT 14 lepas tu ko kata ko selektif????
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 03:44 AM | Show all posts
x best bek tgk Jesmin Hamid yg vogue tue lg
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2014 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 9-6-2014 12:55 PM
siti saleha ni best sangat ke?

X best mana pun.. kalo wechqt ngan laki orang baru best pada ai saleha ni..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.090775 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list