CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: redmoskito

NEW UPDATE : ADIRA & ALIFF AZIZ DAH PUTUS CINTA PG 7/8

[Copy link]
Post time 17-4-2013 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alip... Alip... Ini yg dikatakan berakhir sebelum bermula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2013 08:24 PM | Show all posts
Eloklah berpisah kalau dah x sherasi bersama
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 08:48 PM | Show all posts
mungkin Aliff ni ada perangai yang kureng sket sebab bila dah lama kenal, baru keluar true kaler dia. so ex ex dia blah kot????
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 09:00 PM | Show all posts
hahahaha...tggu 2,3 bln lg.... dari nk fokus kerjaya tros jadi "cinta bputik di lokasi penggambaran bla bla bla"
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 09:06 PM | Show all posts
Elokla korang berdua,dhla retis sendu,adiralak xlawapun bg aku..pucat semcm je bknnye putih lama
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 09:55 PM | Show all posts
hahaha couple ngan najip ali je la pasni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2013 09:03 AM | Show all posts
Adira nafi luahan kecewa Aliff Aziz ditujukan kepadanya

Oleh GARRET DAWUM



KUALA LUMPUR 17 April. - Penyanyi kelahiran Sabah, Siti Adira Suhaimi atau Adira menafikan pernah menolak cinta Aliff Aziz.

Lebih selesa untuk tidak membicarakan soal cinta buat masa ini, Adira juga menafikan, dia adalah wanita yang dimaksudkan dalam beberapa luahan perasaan kecewa Aliff di laman sosial Twitternya sejak akhir-akhir ini.

"Usah berprasangka negatif, mungkin dia (Aliff) tujukan benda itu kepada orang lain, bukan saya," kata Adira kepada Utusan Online.

Semenjak awal April lalu, status laman sosial Aliff Aziz dilihat menjurus kepada luahan rasa kecewa.

Antaranya menyebut nama seorang wanita yang hanya ditulis sebagai a***a sahaja sebagai insan yang membuatkan dirinya berada dalam keadaan sedih.

Ini membuatkan timbul spekulasi mengaitkan Adira sebagai orang yang ditujukan mesej kecewa berkenaan memandangkan dua artis ini pernah dilihat rapat dan mesra, selain Aliff pernah menghadiahkan sebentuk cincin untuk dipakai di jari manis Adira.

Bagaimanapun menurut Adira lagi, sekiranya perkara itu ditujukan kepada dirinya, maka dia akan menerima dengan sebaik mungkin.

"Kalau memang benar saya adalah insan yang dimaksudkan Aliff, saya perlu menerimanya. Tetapi saya ingin katakan di sini, saya tidak akan memusuhi serta bergaduh dengan Aliff atas segala yang berlaku ini.

"Dan selepas ini, saya harap orang tidak terus mengaitkan kami lagi. Cukuplah sampai sini sahaja kerana kami sama-sama serius dalam kerjaya masing-masing," jelasnya.

Adira dan Aliff dikatakan mula rapat beberapa bulan lalu, selepas penyanyi lelaki itu kecewa dengan berita pernikahan bekas kekasihnya, pelakon Ann Ngasri. - UTUSAN ONLINE



p/s: sudah terang lagi mau pasang spotlight ke?...ada ke snow white yg lain?...




Last edited by achik2009 on 18-4-2013 09:05 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.079853 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list