CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zarulnazmi

Siti Saleha Malu Dengan Aksi Berahi - updated : bosan ngan watak tipikal pg.9

[Copy link]
Post time 4-3-2013 04:32 PM | Show all posts
hazab nya solekan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2013 03:16 PM | Show all posts
SHE HAVE A BEAUTIFUL SMILE
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:19 AM | Show all posts
cantik je aku nengok...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2013 10:25 AM | Show all posts
Makeup tu menjadikan dia nampak tua...muka jadi panjang.... badan tu memang laa cantik.... tapi, xsesuaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 09:25 AM | Show all posts

Siti Saleha bosan pikul watak tipikal

WATAK hubu­ngan songsang memang tidak asing di Hollywood. Namun, tidak ramai pelakon tempatan yang berani me­lakonkan watak hubungan terlarang itu kerana ia belum di terima secara terbuka di kalangan masyarakat di sini.


Ia sebaliknya bagi bintang muda meningkat naik, Siti Saleha yang bersedia menggalas cabaran bawa watak lesbian menerusi filem terbarunya yang juga genre aksi, seram dan thril­ler berjudul Tujuh arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.



Bagi pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris dan pemilik nama sebenar, Siti Saleha Mohd Baharum, 23 ini, dia terima tawaran bawa watak songsang itu kerana inginkan variasi dalam lakonannya.

“Tidak terlintas untuk mencetuskan kontroversi atau cerita sensasi apabila saya terima tawaran watak sebegitu. Sebelum ini saya sering disogokkan watak baik, sebab itu saya tertarik dengan watak Tina yang dominan ini kerana ia menarik.

“Saya tidak takut dengan tanggapan orang pada saya kerana berani melakonkan karakter sedemikian. Sebagai pelakon, saya perlu menyahut cabaran apa saja watak diserahkan kerana pengarah beri kepercayaan bawa watak itu kerana percaya saya mampu merealisasikannya mengikut skrip.



“Watak yang di luar kotak kebiasaan seperti ini adalah peluang terbaik untuk saya mengukuhkan lagi nama dalam lakonan. Kalau ada pihak mengkritik, saya akan beritahu ia sekadar lakonan dan watak dalam filem semata-mata,” kata­nya.

Bukan saja watak, Saleha terima tawaran berlakon dalam filem itu kerana barisan pelakonnya yang mantap.

“Barisan pelakon yang mewarnai filem ini rata-rata bintang muda meningkat naik dalam bidang hiburan seperti Johan A’sari, Aeril Zafrel dan Cristina Cempaka.

“Selain itu, saya juga ingin menimba pengalaman bekerja dengan pengarah sinematografi terkenal seperti Raja Mukhriz menerusi sentuhan filem pertamanya ini. Saya tidak dapat mengulas lanjut pengalaman berlakon dalam filem ini kerana penggambaran belum dimulakan lagi,” katanya.

Selain filem Tujuh, Saleha baru selesai penggambaran filem pertamanya tahun ini iaitu Bikin Filem yang diterajui Bront Palarae dan Iedil Putra.

Bagaimanapun, Saleha yang turut tercalon sebagai finalis Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 mengakui dia juga lebih selektif dengan karakter, skrip, pengarah dan produksi terbabit.

“Misi saya ingin pergi lebih jauh dalam bidang lakonan. Maklumlah, ada banyak lagi filem lakonan saya yang belum ditayang­kan lagi kerana saya berlakon tidak putus menerima tawaran berlakon filem sebelum ini.

“Baru satu saja filem lakonan saya yang sudah ditayangkan di pawagam iaitu Kerat 14 arahan Arjin Uppal bergandingan dengan aktor popular Aaron Aziz.

“Ramai juga peminat suka lakonan saya dalam drama Ruby bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad terbitan MIG sebelum ini.

Kini, saya juga berlakon sepenuh masa selepas menamatkan pengajian Diploma Komunikasi Massa di Kolej Inti, Subang Jaya pada November tahun lalu,” katanya.

Walaupun sudah enam tahun membina nama dalam bidang lakonan, Saleha tidak kisah pergi uji bakat untuk watak ditawarkan.

“Saya bermula dengan drama sebelum berlakon filem. Saya percaya tidak salah untuk saya buat uji bakat sebelum berlakon dan ia untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Filem lakonannya yang belum ditayangkan ialah Balada Pencinta, Mamat Cupcake, KL Zombie. Selain itu, dia juga baru habis penggambaran Memberku Hawa untuk Red Coms.

Tidak ketinggalan, Saleha turut terbabit sebagai pengacara dalam program travelog sebanyak lapan episod Projek Gila untuk TV9. Seorang lagi hos untuk program ini ialah Elfira Loy.

Apa yang menarik, Saleha berpeluang melakukan kerja yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini iaitu menjadi nelayan, menangkap ayam dan sebagainya lagi.


Saleha selesa solo

Sudah setahun Saleha memegang status solo selepas putus cinta buat kali kedua de­ngan jejaka Inggeris. Sebelum ini, adik kepada vokalis Sam Bunkface ini putus cinta dengan penjaga Gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein, tiga tahun lalu.

Namun, sampai hari ini, pelakon jelita ini masih belum bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hatinya. Mungkinkah Saleha sangat selektif memilih teman hidup sebagaimana pemilihan karakternya dalam lakonan?

“Memang saya agak selektif dalam mencari teman istimewa. Kalau saya tak minat dengan seseorang, saya akan putuskan begitu saja hubu­ngan itu.

“Buat masa ini, saya lebih selesa bergelar solo. Kawan-kawan memang adalah tapi hubungan itu tidak ada komitmen pun,” katanya yang berasal dari Klang, Selangor.

Apapun, kata Saleha, dia ingin fokus pada karier seninya yang semakin sebati dalam dirinya.

“Biarlah fokus utama saya pada karier seni dulu kerana perjalanan saya pun masih jauh lagi,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 09:38 AM | Show all posts
watak dalam kerat 14 paling bangang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2013 09:42 AM | Show all posts
dia ni kayu gak
dalam citer nora elena pun kayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 09:55 AM | Show all posts
outcast posted on 13-5-2013 09:42 AM
dia ni kayu gak
dalam citer nora elena pun kayu

kau jerit la lari la satu k ampung and jerit...retis retis ni kayu...tetap pengarah akan ambik....
sbb RUPA!! cth nya LS kayu, DD pun kayu cuma bezanya lontaran suara DD ok...yang ini pun kayu....even maya karin..

artis yg tak kayu p limited watak yg mampu d pegang adalah SH.amani, liyana jasmay....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 10:21 AM | Show all posts
ogata posted on 13-5-2013 09:55 AM
kau jerit la lari la satu k ampung and jerit...retis retis ni kayu...tetap pengarah akan ambik.... ...

mohtip aku nk lari satu kg  ?
hahahah  kesian lemak aku ternak occay ..
x pernah layan pun citer minah ni berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 10:47 AM | Show all posts
outcast posted on 13-5-2013 10:21 AM
mohtip aku nk lari satu kg  ?
hahahah  kesian lemak aku ternak occay ..
x pernah layan pun cite ...

kan..motip??

motip kau sayang dgn lemak... kelakar la kau ni!
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 10:51 AM | Show all posts
ogata posted on 13-5-2013 10:47 AM
kan..motip??

motip kau sayang dgn lemak... kelakar la kau ni!

giler x sayang
lama giler aku ternak occay ?
makan cekelat laaa... makan nasik malam
tuh semua perlukan komitmen aaa

emma , LS , Hanis Zalikha
erra ... bla.. bla..  byk kayu aaa....  
ko tgk ke kerat 14 belas ?
baidawei  dia ni  dh ok  x speech  ?
last time tgk pelat je



Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 10:54 AM | Show all posts
mancung btol gigi die
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 10:58 AM | Show all posts
outcast posted on 13-5-2013 10:51 AM
giler x sayang
lama giler aku ternak occay ?
makan cekelat laaa... makan nasik malam

salute la..memng gigih kau noks..

xda tengok cerita tu..cuma pernah tengok mereka shooting kat rmh uncle aku d taman melawati.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 11:01 AM | Show all posts
ogata posted on 13-5-2013 10:58 AM
salute la..memng gigih kau noks..

xda tengok cerita tu..cuma pernah tengok mereka shooting kat  ...

owh lagik satu  kerat 14 belas
sekali ngan haron aziz
tuh pun kayu balak  gak  
setakat ni  aktor dr singapore yg aku  rasa ok  
shahrizal tuh (eh btol kot nama dia  , yg gelap2  tuh )
nag faezaulhaq  (kawan hawa dlm citer adamhawa)



Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 11:06 AM | Show all posts
outcast posted on 13-5-2013 11:01 AM
owh lagik satu  kerat 14 belas
sekali ngan haron aziz
tuh pun kayu balak  gak  

actor singapore aku banyak tak cam sanagt yang aku kenal la erk...dengan poyo nyer.... shariff rembes rembesan SLEEQ je aku kenal..... and ady putra...

kerat 14 ni tak besh kot..maybe mereka mabik aaron an saleha belakon tu sebab nak kekalkan momentum dr nora elina..but well...failed..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 11:11 AM | Show all posts
dia ni belakon kayu..harap rupa jahhh
better la sambung je stadi, pastu dah grad sok, pi lah join corporate sector..bleh la akwen dgn org kaya *tetibe*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2013 11:14 AM | Show all posts
ogata posted on 13-5-2013 11:06 AM
actor singapore aku banyak tak cam sanagt yang aku kenal la erk...dengan poyo nyer.... shariff rem ...

aku  x tau last time aku tg k a great malay film  
skang asik2 citer gengstar2  
Langgar  "mmg aku gila tp ko yg nk mati " ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.485016 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list