CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coway_daddy

2014-2020: Berapa Usia Jin Tertua Yang Anda Pernah Jumpa?

  [Copy link]
 Author| Post time 25-7-2014 11:43 PM | Show all posts
magpie5672 posted on 25-7-2014 06:07 AM
Apa ada pada kelantan?

"apa yg sy tengok. kalu di kelantan penggunaan loan/riba kurang disana, kebayakkan benda dibeli secara cash/hanya mampu milik. terdetik juga dihati riba tu boleh mengelapkan panca indera ke? selain tu kehidupan disana walaupun x mewah harta, tapi hati selalu dekat dengan tuhan".

Saya pinjam pandangan seorang sahabat. Ini mengikut pengamatan beliau sebagai anak Kelantan. Last edited by coway_daddy on 25-7-2014 11:44 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2014 11:47 PM | Show all posts
WawaRaRa posted on 25-7-2014 08:16 AM
a'ah kenapa kelantan tp x kl??? aku pelik la bila kuar statement cam ni... klu kt mekah tu aku pah ...

Rujuk jawapan di atas. Sebenarnya ada banyak lagi sebab. Cadangan saya, sama-sama kita bongkar rahsia tersebut. Setuju?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 05:56 AM | Show all posts
coway_daddy posted on 25-7-2014 11:47 PM
Rujuk jawapan di atas. Sebenarnya ada banyak lagi sebab. Cadangan saya, sama-sama kita bongkar rah ...

Terima kasih ..
Erm satu persoalan, apakah yang akan berlaku pada jin apabila dia membuat sumpah mubahalah? Dan sekiranya mereka melanggar sumpah, adakah hukuman itu benar2terjadi pada mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2014 06:03 AM | Show all posts
magpie5672 posted on 26-7-2014 05:56 AM
Terima kasih ..
Erm satu persoalan, apakah yang akan berlaku pada jin apabila dia membuat sumpah ...

Ya, jika dia jin Muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:58 AM | Show all posts
coway_daddy posted on 26-7-2014 06:03 AM
Ya, jika dia jin Muslim.

Kenapa ya jin islam,  jin bukan muslim tak leh buat muhabalah ker?  seandainya jin bbukan islam merasuki seseorang, dan perawat nak buat deal dgn jin tersebut, dgn sumpah mubahalah, mcm mana caranya?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 06:29 AM | Show all posts
tuan, bunuh jin yg ganggu manusia ni boleh ke dalam islam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2014 07:04 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 27-7-2014 06:29 AM
tuan, bunuh jin yg ganggu manusia ni boleh ke dalam islam?

Sekadar ganggu, belum boleh bunuh dia. Melainkan dia sudah bunuh manusia, maka dia boleh dibunuh setelah melalui proses pengadilan dan penghakiman yang adil. Bukan ustaz tu yang jatuhkan dan laksana hukumannya, tapi oleh seorang hakim yang saksama arahkan algojo menjalankan hukuman tersebut. Bukan mudah mahu mengambil nyawa makhluk-Nya. Dia ciptaan Allah, bukan buatan tangan kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 07:23 AM | Show all posts
magpie5672 posted on 26-7-2014 11:58 AM
Kenapa ya jin islam,  jin bukan muslim tak leh buat muhabalah ker?  seandainya jin bbukan islam me ...

Boleh, tapi sumpah mubahalah ini mempunyai kaedah dan syarat tertentu. Sebutan "wallahi, wabillahi, watallahi" mesti benar-benar difahami dan dihayati pengertiannya oleh jin kafir, jin atheis atau jin belum beragama tersebut. Satu lagi tentang laknat Allah, tercapaikah dek akal dan 'iman' jin bukan Muslim itu akan maksud dan kesannya? Persoalan paling utama di sini, siapa "Allah" pada mereka, sama seperti kita jugakah?

Pandangan peribadi saya, dalam kes ini sumpah mubahalah bukan cara terbaik untuk mencari kebenaran dan keadilan apabila perawat berdepan dengan dengan jin kafir, jin atheis dan jin belum beragama. Pasti ada jalan lain sebagai penyelesaiannya, mari sama-sama kita bincangkan di sini. Last edited by coway_daddy on 27-7-2014 07:28 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 01:04 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 27-7-2014 07:04 AM
Sekadar ganggu, belum boleh bunuh dia. Melainkan dia sudah bunuh manusia, maka dia boleh dibunuh s ...


kenapa ye kalau jin yg mengganggu dan mengacau manusia belum boleh dibunuh? Sedangkan haiwan berbisa spt ular, kala, lipan, anjing hitam, Rasulullah kata boleh dibunuh? Kalau nak ikutkan, gangguan drpd jin lebih dahsyat dan berbisa sehingga mangsa yg kena gangguan atau rasukan, boleh shj membawa kpd gila atau maut kalau tak dirawati? Cth lain spt nyamuk, lalat, semut dan lipas, boleh aje manusia bunuh tanpa ada pengadilan utk makhluk2 Allah tersebut? Boleh jelaskan...

Tksh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 02:01 PM | Show all posts
Suehaiza posted on 27-7-2014 01:04 PM
kenapa ye kalau jin yg mengganggu dan mengacau manusia belum boleh dibunuh? Sedangkan haiwan ber ...

Jin dan manusia adalah makhluk mukallaf yang ada taklif untuk melaksanakan perintah Allah di atas muka bumi-Nya ini. Haiwan tidak. Last edited by coway_daddy on 27-7-2014 02:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa jin lawa ke huduh? Byk dgr cerita buruk2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jd penumpang mh370 mg da mati la? Mayat tak bole dijumpai?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 07:50 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 27-7-2014 04:05 PM
Rupa jin lawa ke huduh? Byk dgr cerita buruk2..

Jin Muslim kacak dan cantik kerana adanya nur iman pada wajah mereka. Jin kafir, jin atheis dan jin belum beragama pula sebaliknya. Mungkin yang hodoh dan jelek inilah yang selalu ditemukan oleh manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 07:54 PM | Show all posts
poison_paradise posted on 27-7-2014 04:19 PM
Jd penumpang mh370 mg da mati la? Mayat tak bole dijumpai?

Wallahu'alam. Usaha pencarian dengan kaedah advance perlu disegerakan. Masalahnya, tiada pemerintah yang beriman dengan kewujudan perkara ghaib; jin, iblis dan syaitan ini. Jika adapun seorang, beliau pasti diketawa dan dipersendakan oleh rakan-rakan separti dan sekongkol.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 12:47 AM | Show all posts
menarik...teruskan berkongsi info berkaitan jin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2014 12:02 AM | Show all posts
pr3ttytw33ty posted on 28-7-2014 12:47 AM
menarik...teruskan berkongsi info berkaitan jin

Terima kasih sudi berkunjung ke thread ini. Insya-Allah, selagi termampu saya akan kongsikannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2014 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
nak cari sticker ghost buster...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 06:47 PM | Show all posts
  1. "apa yg sy tengok. kalu di kelantan penggunaan loan/riba kurang disana, kebayakkan benda dibeli secara cash/hanya mampu milik. terdetik juga dihati riba tu boleh mengelapkan panca indera ke? selain tu kehidupan disana walaupun x mewah harta, tapi hati selalu dekat dengan tuhan".

  2. Saya pinjam pandangan seorang sahabat. Ini mengikut pengamatan beliau sebagai anak Kelantan.
Copy the Code
ooooo....kata anak kelantan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
salam TT, boleh huraikan tak kalau wanita yang sering bermimpi melakukan  intimasi.Adakah kemungkinan dia telah berkahwin dengan jin atau gangguan jin.  Kalau ya  apa punca dan kaedah merawatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 05:01 PM | Show all posts
tak tau lah sesuai ke tak saya post kat dalam thread ni...

begini kisahnya..

saya ada jiran yang menyewa rumah dikawasan rumah saya di cheras ni..
erm, sebelum ni mmg dah ada dengar cerita dari emak saya (sbb jiran2 sebelum ni rajin berbual dengan mak saya sebab rumah mak saya dengan rumah yang disewakan oleh penyewa2 ni jaraknya selang sebuah rumah aje dari rumah mak saya)

nak dijadikan cerita, inilah pertama kali saya berkenalan dengan jiran baru yang berpindah masuk (sebelum ni saya tak pernah pula terlebih ramah nak pergi rumah sewa tersebut kerana saya ni pemalu orgnya.. hehehe)

petang hari raya semalam, kebetulan anak saya minta kebenaran nak beraya sebentar di rumah tersebut (memandangkan kl ni senyap sunyi jer hr raya pertama dan kedua ni dan saya pula kesian tengok anak saya mati kutu takde kawan, jadi benarkan dia pi beraya di rumah tersebut)

dalam agak2 dah 15 min tu saya pun pergi menjengah dan bermula lah sessi suai kenal dengan penyewa baru tersebut.. berbual2 kosong sehinggalah terbuka kesah seram yang sedang dia dan keluarga dia alami dirumah tersebut.

mengikut katanya :
1. pertama kali yang notis akan adanya makhluk lain didalam rumah tersebut adalah anak cucu perempuan beliau yang berumur dlm 3 thn gitu.. dia kata, umi... rumah ni ada hantu....... (penyewa tersebut tak percaya dan membuat kesimpulan itu adalah kata2 biasa dari seorg anak kecil)
2. kejadian yang dialami sendiri :
- sedang beliau duduk seorang diri diruang tamu, beliau ternampak seperti bayangan budak perempuan dlam lingkungan umur 9-10 thn keluar dari bilik air dan berjalan ke dapur
- sedang beliau memasak didapur (membelakangkan tandas), meliau sangat2 terasa ada org yang sibuk lalu lalang belakang beliau
- kedengaran tapak kaki turun dan naik ketingkat atas sedangkan anak2 tiada dirumah @ bersekolah
- sedang beliau memasak, betul2 disebelah beliau ada kanak2 yang beliau biasa kelihatan itu seolah2 meninjau atau berjengket disebelah beliau untuk melihat apa yang sedang beliau masak.... dan skrg, dapur telah dialihkan hampir dengan ruang tamu kerana beliau tak sanggup lagi menghadapi keadaan yang meremangkan dan membuat kepala beliau terasa kembang semacam..
- suami beliau adalah seorang tentera, jadi bila suami tiada dirumah.. beliau akan membuka pintu bilik kerana selesa berbuat demikian, tetapi ada beberapa kejadian dimana budak2 @ ntah tak tau nak gelar apa tu akan ulang alik dari meja makan beliau ke dapur dan kadang2 berdiri tak bergerak di meja makan tersebut..
- dan pernah dimana anak beliau terkejut kerana dlm keadaan tidur dan beliau terjaga, betul2 penampakan tersebut betul2 berdiri diatas hujung kepala..

dan kesimpulannya.... beliau malas nak berubat sebab lepas raya ni beliau nak pindah tempat lain dan tak sanggup lagi duduk di rumah tersebut......

hurm soalan saya............ adakah itu jin/syaitan/penunggu/belaan org2 sebelum ini...
(sebelum penyewa ni masuk rumah, penyewa terdahulu juga sering mengalami penampakan kelibat tersebut diatas siling, loteng, dan kelibat tersebut dikatakan suka mencuri garam dan gula.... maksudnya, bila penyewa sebelum ni membeli garam atau gula, mesti tak lama selepas itu barang2 tersebut akan hilang walaupun penyewa terdahulu pasti yang dia letak 2 benda tersebut di rak penyimpanan makanan/barang kering)

mungkin TT ada pendapat tentang kelibat yang menjadi kemuskilan ini.................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:20 AM GMT+8 , Processed in 0.586314 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list