CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
Post time 27-1-2010 05:14 PM | Show all posts
syabas mere bette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2010 06:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by azredclaw66 at 26-1-2010 15:34

Perarakan mayat-mayat hidup itu semakin hampir dan bau busuk semakin tengit jadinya.Berbagai bunyi rintihan, rengekan dan raungan membingitkan lagi  ...
azredclaw66 Post at 26-1-2010 15:32


nak lagi :pompom:..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 06:27 PM | Show all posts
gamabr tu ..yg mcm ulat tu...mybe mask je...huhu...
pu3_fiona Post at 25-1-2010 15:17


macam terbayang2 monters dalam 30days nights..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2010 08:09 PM | Show all posts
Memori

Hadi membuat renungan makrifat untuk cuba melihat keadaan persekitaran pulau itu. Ketika berada dalam penghayatan frekuensi Alpha lapis ketiga, Hadi terlihat seorang lelaki kurus dan tinggi muncul di hadapannya. Dengan berpakaian ala Arab Badui, dia merenung tajam ke arah Hadi. Mukanya yang cengkung pucat dengan mata yang terbeliak kelihatan lebih menggerunkan daripada wajah hantu syaitan yang digempur Hadi dan teman-temannya tadi. Cahaya kemerah-merahan memancar keluar daripada matanya yang terperosok jauh ke dalam. Tangannya memegang sebatang tongkat hitam berkilat dengan berkepala syaitan merah.

“Assalamualaikumwarahmatullah.” Kata Hadi secara telephati, sengaja hendak menduga situasi.
Lembaga itu tidak menjawab malah wajahnya kelihatan semakin bengis. Urat-urat besar timbul di permukaan mukanya, tambah menggerunkan sekali. Kepala tongkatnya seperti mengeluarkan asap kemerah-merahan. Seketika kemudian dia terus menghilangkan dirinya di dalam asap kemerahan itu.
“Siapa pula dia ni? Lain macam je pandang aku?” kata hati Hadi. Dia kembali mengheningkan diri dan memusatkan fikiran di lapis ketiga Alpha. Pandangan makrifatnya memperlihatkan masih banyak sekali makhluk-makhluk halus yang berkeliaran di sekitar pulau itu. Mereka seperti meraikan atau menantikan sesuatu. Sesuatu yang hebat bakal muncul……
“Mungkin mereka sedang tunggu kemunculan Jin Bertiga itu. Bilalah agaknya akan muncul makhluk laknat itu.”
Malam semakin kelam dan suasana menjadi sunyi tanpa sebarang bunyi waima cengkerik sekalipun. Suasana sepi begitu amat meresahkan seperti menanti satu peristiwa besar yang bakal meletus bila-bila masa sahaja. Angin dingin menyapa tubuh mereka . Dingin yang luarbiasa. Tambah meresahkan.
Setelah mengambil wuduk dengan bertayammum dan melaksanakan solat Isya’ , mereka duduk berzikir sambil menantikan serangan-serangan lain. Masing-masing mempertingkatkan kekuatan fizikal dan mental melalui zikrullah dan olahan pernafasan. Pemusatan fikiran amat penting bagi menghadapai sebarang perkara yang memerlukan tenaga luaran dan dalaman yang banyak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2010 02:14 PM | Show all posts
babysha....yhanx for the tacang
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 02:43 PM | Show all posts
dongki le tuu hehehhehe...................
pu3_fiona Post at 26-1-2010 17:04


X DONGKI LA...
MENYOKONG NI... :pompom: :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2010 02:44 PM | Show all posts
babysha....yhanx for the tacang
azredclaw66 Post at 28-1-2010 14:14


nk cter baru....:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 03:17 PM | Show all posts
ahhhh... lega dapat baca citer pakcik  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2010 08:16 PM | Show all posts
Salam semua, terimakasih sudi menunggu dan tak biarkan MENDAP he he
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2010 08:36 PM | Show all posts
Kekuatan dalaman semakin kukuh dengan kesihatan fizikal yang baik, pemikiran yang tenang, jiwa yang sentiasa dibajai dengan kalimah Allah dan keikhlasan dalam setiap tindakan. Bukannya mudah untuk menggabungkan kesemua fakulti itu menjadi satu titik yang jitu. Hati yang goyah perlu ditenangkan dahulu. Segala ibadah yang dibuat jangan dicabangkan matlamat, kembalikan sahaja sebagai tanggungjawab sebagai hambaNYA.
Setelah itu, Hadi merebahkan dirinya berbaring di atas tanah berlapik daun-daun kering. Badannya sedikit lesu. Mereka telah berpakat mengambil giliran berjaga. Memang sukar untuk melelapkan mata dalam situasi setegang itu.
Fikiran Hadi menerawang teringatkan kepada kejadian histeria yang melanda kampusnya tidak lama dahulu. Ketika itu, mereka di dalam suasana sibuk menghadapi peperiksaan. Perpustakaan sering menjadi tumpuan untuk mereka menelaah pelajaran, terutama bagi golongan 'last  minute'. Sekumpulan pelajar perempuan sedang mengulangkaji pelajaran mereka di kawasan 'red spot' di hujung meja panjang berhampiran tingkap besar. Kawasan itu sedikit lengang dan sememangnya menjadi pilihan bagi mereka yang sukakan kesunyian. Salah seorang daripada mereka bernama Haryati bangun menuju ke tingkap besar berhampiran tempat duduknya untuk merehatkan matanya yang terlampau penat. Sedang dia mengeliat membetulkan urat sarafnya, tiba-tiba dia berdiri kaku seperti ada sesuatu di luar sana yang menarik perhatiannya.
“Yati, tolong ajarkan aku bab sepuluh ni, tak fahamlah,” kata teman semejanya, Marina.
Sunyi.
Haryati tidak memberi apa-apa respon.
“Hei Yati, aku cakap dengan kamulah! Tolong aku ni ha!” kata Marina lagi. Dia bingkas bangun menuju kepada Haryati yang masih tercegat kaku.
“Heh! Apa yang........,” kata-kata Marina terhenti di situ. Haryati telah menoleh kepadanya dan mata Haryati yang merah menyala mengejutkan Marina. Tiba-tiba Haryati mengilai panjang.
Eeeeeeeeeeeeeeeeee..........................
Marnia jatuh tersepuk di lantai. Mei Hwa, Indira dan Siti Jamilah yang duduk berselang meja hampir panik dengan apa yang berlaku. Seperti satu jangkitan, mereka juga turut mengilai sahut menyahut. Suasana hingar bingar di seksyen itu menarik perhatian pelajar-pelajar lain yang turut berada di perpustakaan. Suhu tiba-tiba jatuh mendadak tanpa sebab menyebabkan pelajar-pelajar itu menggigil kesejukan. Pelajar-pelajar yang kerasukan itu kini kelihatan menari-nari sambil menolak jatuh buku-buku yang ada di rak-rak. Rambut mereka digerbangkan dan bagi yang bertudung, semuanya hilang entah ke mana.
Eeeeeeeeeeeeeeee..........Eeeeeeeeeeeeeeee.........
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 09:22 PM | Show all posts
...Pelajar-pelajar yang kerasukan itu kini kelihatan menari-nari sambilmenolak jatuh buku-buku yang ada di rak-rak. Rambut mereka digerbangkandan bagi yang bertudung, semuanya hilang entah ke mana.
azredclaw66 Post at 29-1-2010 20:36


yeah .. buat tarian api..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2010 10:13 PM | Show all posts
neceolite...tarian api? ape tuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2010 04:19 PM | Show all posts
Dengan tiba-tiba sahaja, terdengar pekikan dan raungan di sana sini di dalam bangunan perpustakaan itu. Keadaan semakin kelam kabut bila hampir kesemua pelajar perempuan di dalam perpustakaan itu turut dijangkiti. Lebih malang lagi bila pintu-pintu perpustakaan itu terkunci dengan sendirinya ketika cuba dibuka oleh pelajar-pelajar lelaki yang ingin keluar mendapatkan bantuan. Pintu tetap kukuh walau berbagai usaha dilakukan untuk membukanya. Mujurlah ada yang membawa telefon bimbit. Mereka segera menghubungi pondok pengawal meminta bantuan.
Kesemuanya terdapat tiga belas orang pelajar perempuan dan enam orang pelajar lelaki yang terkurung di perpustakaan itu. Pelajar-pelajar lelaki begitu cemas melihatkan kelakuan pelajar-pelajar perempuan yang tanpa segan silu menari-nari sambil mengilai panjang. Ada yang merangkak persis haiwan liar dan ada juga yang seperti bersilat.
Yang paling menakutkan bagi pelajar-pelajar lelaki itu ialah kadang-kadang wajah pelajar yang kerasukan itu kelihatan sangat mengerikan. Wajah mereka berubah dengan muka yang merekah di sana-sini dan mata yang keluar tergantung di pipi, sungguh mengerikan. Habis kerusi meja diterbalikkan. Beberapa buah komputer yang ada turut dihempas ke lantai. Beberapa orang pelajar lelaki cuba untuk mententeramkan rakan perempuan mereka tetapi dengan kudrat yang entah dari mana, mereka terpelanting dihumban pelajar-pelajar perempuan itu. Pada ketika itu, ayat-ayat suci yang dihafal pun seperti telah hilang dari ingatan. Mujur juga para pelajar lelaki itu tidak diapa-apakan mereka.
Ketika pengawal keselamatan tiba, suasana sudah menjadi sangat genting. Beberapa orang pelajar yang kerasukan mencakar-cakar diri mereka dan ada yang menghantukkan kepala di dinding sehingga darah terpercik di merata-rata.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 04:52 PM | Show all posts

takuttt............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2010 03:19 PM | Show all posts
Maaf baru balik outstation. Malam ni sambung yekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 04:39 PM | Show all posts
uuuUUUUUuuuuuUUUUuuUUUUUuuuuuUUUUUuu
serams nyer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2010 04:43 PM | Show all posts
ni dah petang..uuuUUUuuuUUUu
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 08:02 PM | Show all posts
:pompom::pompom: menarik semakin menarik :pompom::pompom: tak sabar nk baca selanjut yerrrrrr
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2010 10:46 PM | Show all posts
Kunci simpanan digunakan untuk membuka pintu perpustakaan tetapi masih gagal. Kunci yang digunakan tidak dapat dipulas seperti ada kuasa hebat yang menahannya. Bertambah aneh apabila ketua pengawal, Pak Jamal mengarahkan orang-orangnya untuk memecahkan pintu cermin itu. Bermacam-macam cara digunakan tetapi pintu cermin nipis itu tetap utuh, tidak sedikitpun terjejas.
Seorang rakan Hadi, Kamal yang kebetulan turut sama membantu pengawal-pengawal itu berlari mencari Hadi. Dia tahu ketika itu Hadi selalunya mengulangkaji di surau asrama. Kamal tahu mengenai kebolehan rakannya itu. Dia pernah beberapa kali bercuti di rumah Hadi.
“Hadi!” jerit kamal sejurus tiba di surau itu. Dia tidak dapat meneruskan kata-kata kerana termengah-mengah kepenatan.
“Apahal Kamal? Kalau apapun, bagilah salam dulu. Kamu ni macam dikejar hantu je?” usik Hadi.
“Perpustakaan! Mengamuk!” itulah sahaja yang keluar dari mulut Kamal yang kini tersandar di pintu surau.
“Siapa yang mengamuk? Cakaplah betul-betul.” Kata Hadi. Hatinya berasa sedikit cemas.
“Budak perempuan. Ramai. Histeria!” jerit Kamal. Tubuhnya yang gempal itu terhinjut-hinjut mencari nafas. Dia terus meluru dan menarik tangan Hadi.
“Heh! Ye lah! Aku ikut kaulah ni!” pekik Hadi sambil bingkas bangun.
“Cepat Hadi, habis berdarah budak-budak tu. Pintu dan tingkap tak boleh dibuka.” Kata Kamal setelah reda sedikit kepenatannya.
Hadi tidak berkata apa-apa lagi dan turut sama berlari dengan Kamal ke arah perpustakaan.
Setibanya mereka di sana, telah ramai orang berkumpul dan turut sama berusaha untuk masuk ke bangunan perpustakaan tetapi usaha mereka sia-sia sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 09:31 AM | Show all posts
Maaf baru balik outstation. Malam ni sambung yekkk...
azredclaw66 Post at 1-2-2010 15:19


azred, ko outstation cawangan kampeni ke cawangan sendiri nih?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.086630 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list