CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: poknen

Beijing part 2

   Close [Copy link]
Post time 1-2-2011 12:23 PM | Show all posts
k.khaleeda, me arituh pun sorang2 ... walaupun ikut tour, tapi sebab pegi sorang so time shoppin ...
azradiza Post at 1-2-2011 08:20



makesure benda yg u nk beli tu u betol2 nak beli n u btol2 minat, kalau tak dont u ever ask or even touch...
hahah..mmg agak ganas..mmg hati kene btol kering...

i sempat beli luggage hard casing metalic silver..amoi tu bukak 650 yn - i mintak 150 yn (lebih dr 70% kot)
bejaya gak dpt..hahah! die amik duit terus layan customer lain...i mcm blur kejap....lantak ko la. janji dpt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2011 12:28 PM | Show all posts
makesure benda yg u nk beli tu u betol2 nak beli n u btol2 minat, kalau tak dont u ever ask o ...
kun.kun Post at 1-2-2011 12:23


ha'ah... yg kes aku tuh, beg tu mmg aku dah berkenan.. cume rega yg melampau mahal... pastu bargain2 tak dapat, aku nak cabut.. skali kene tarik2 ... mencik tul..... last2 beli gak walaupun hati dah tawar ...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 01:29 PM | Show all posts
Reply 2455# zul_khaleeda

kak khaleeda, jgn lupa shopping byk2 tau! heaven! hihihi
for me, xyah takut laaaa...just bwt muka bodek2 skit..puji2 dorang skit..cantik ke ape2 jela
hahhaa..tp hrga kene kasik rendah punye.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 01:31 PM | Show all posts
Reply 2461# kun.kun


murah giler kun.kun! aku dulu pegi x terpikir lak nk beli luggage hard casing cmtu. cam syiokkk je
alih2 beli LV je.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 01:42 PM | Show all posts
nak belek blakang dah jauh..cane la duit palsu tu ek??
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 01:57 PM | Show all posts
nak belek blakang dah jauh..cane la duit palsu tu ek??
zul_khaleeda Post at 1-2-2011 13:42


mengikut citer tour guide arituh, kalau duit palsu, gambar kat duit tu bukan gambar betul ( gambar mao zedong is the actual one )..
pastu ade jugak yg bagi change duit russia... camne rupe duit russia tu idak le i tau... tapi duit ni mmg tak laku laa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2011 02:43 PM | Show all posts
mengikut citer tour guide arituh, kalau duit palsu, gambar kat duit tu bukan gambar betul ( gamb ...
azradiza Post at 1-2-2011 13:57



    owh mcm tu..
nanti la saya belek2 kat umah.
my frend ckp sebelum bagi duit kat penjual/hotel kena tulis serial nbr duit tu...kalau tak..dorang akan tukar dgn duit pelesu.dah namanya negara putau alam..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 03:07 PM | Show all posts
akak tengok dalam gambar pintu masuk ke great wall melalui simantai lebih menarik la..lebih lama lagi..lebih misteri kekdahnya..tapi 120km dari beijing..susah nak buat target kalau 120km dari beijing ni..:cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2011 03:09 PM | Show all posts
owh mcm tu..
nanti la saya belek2 kat umah.
my frend ckp sebelum bagi duit kat penjual/h ...
zul_khaleeda Post at 31-1-2011 21:43


esok zul-khaleeda dah nak bertolak ye..
selamat pergi dan selamat kembali..
dengan kenangan yg indah2..
pastikan beg2 beranak kembar k..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 03:23 PM | Show all posts
maceh kak tim..
bawa je duit..rasa mcm bawak balik je ..hehe(rasa mcm tak besh nak soping)
Shenzen dah menunggu 16feb..kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 04:12 PM | Show all posts
maceh kak tim..
bawa je duit..rasa mcm bawak balik je ..hehe(rasa mcm tak besh nak soping)
Shenzen ...
zul_khaleeda Post at 31-1-2011 22:23


ish dik..mesti besh punya soping beijing..test dulu..
kalau tak besh..haa kita belasahlah shenzen..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 04:22 PM | Show all posts
Aok...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 04:34 PM | Show all posts
Aok...hehe
zul_khaleeda Post at 31-1-2011 23:22


a'aak lagi satu..tutup mulut jgn lupa..
jgn jd mcm kak tim..
mulut hampir2 beku sb sejuk sgt..hu hu
especially kat tiananmen sq. dgn summer palace..
tak tahannnnn..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 04:46 PM | Show all posts
Aok...hehe
zul_khaleeda Post at 1-2-2011 16:22


lame dah tak dengar perkataan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 05:28 PM | Show all posts
lame dah tak dengar perkataan nih...
azradiza Post at 1-2-2011 16:46



    asben org Sarawak..haha
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 07:01 PM | Show all posts
Salam,

Saya copy paste Panduan Melancong ke Beijing / Tianjin yang biasa saya hantar kepada guest  yang travel dengan Wenkt Vacation Sdn Bhd

Persediaan di Malaysia
1/ bawa baju sejuk, dan pakai setibanya di Tianjin. (untuk tour antara Oct-March)
2/ tukar duit ke RMB, jika tidak cukup, boleh withdraw di ATM (beritahu pihak bank di Malaysia terlebih dahulu) atau boleh tukar dgn guide
3/ Check in 2 jam lebih awal dari jadual penerbangan, seawal jam 6.40 pagi
4/ AirAsia hanya membenarkan 1 bagasi tangan (hand luggage), ini tidak termasuk beg tangan dan beg kamera

Semasa ketibaan
1/ Cari signboard yang bertandakan nama anda atau Wenkt Vacation
2/ Jika tidak jumpa, sila ke mana2 kedai, dan minta mereka hubungi guide atau agent
3/ Tour adalah secara private (tidak share dgn orang lain), maka sila berbincang dengan guide sewaktu ketibaan, mengenai jadual lawatan sepenuhnya dan jika ada spesifik untuk dibuat (mahu rasa peking duck, atau mahu ke zoo)
4/ Beritahu guide jika anda ada alergik, seperti seafood, supaya guide boleh atur jadual makan dengan lebih senang

Jadual lawatan
1/ Secara amnya, terdapat 5 tempat lawatan (Forbiden City, Tianmen Square, Great Wall, Olympic Stadium & Summer Palace) dan terdapat 7 tempat kedai kerajaan (jade, crystal, fresh water pearl, silk, tea house, foot massage, burning cream).
2/ Anda tidak diwajibkan shopping, tapi digalakkan shopping di kedai kerajaan. Harga mungkin lebih mahal sedikit, tapi kualiti adalah dijamin asli
3/ jadual lawatan mungkin tidak seperti dalam jadual asal (berlainan hari mengikut cuaca), tetapi tetap akan pergi ke kesemua tempat di atas

Shopping
1/ TIDAK DIGALAKAN beli barangan seperti jam tangan di tepi jalan, barangan permainan elektronik seperti PSP, HANDPHONES, iPad, dan sebagainya.  Kesemua barangan ini mungkin tidak mempunyai jaminan dan boleh rosak dalam masa seminggu.
2/ sila tawar lebih separuh. Bayar mengikut apa harga yang berbaloi. Katakan satu beg dibuka harga pada 800RMB, dan anda hanya sanggup bayar 100RMB, sila deal sehingga dapat 100RMB atau 150RMB.
3/ Jika anda tidak bersetuju dengna harga, sila teruskan berjalan, mereka tidak akan sentuh kita (sentuh pelanggan adalah satu kesalahan). mereka akan bising dalam bahasa yang tidak difahami

Elektrik
1/ China mengunakan barangan elektrik 2 pin, jika charger camera/phone/laptop anda bukan 2pin, boleh minta adapter dari pihak hotel
2/ sesetengah plug elektrik adalah 110V dan bukannya 240V seperti di malaysia

Sesat
1/ pastikan kad hotel dan nombor telefon guide sentiasa bersama anda
2/ jika sesat, sila berikan nombor telefon guide kepada mana2 kedai, mereka akan hubungi guide
3/ jika gagal, sila pulang ke hotel menggunakan teksi (tidak pernah terjadi)

Makanan
1/ Lunch dan dinner adalah di local restaurant yang dijamin halal
2/ Breakfast adalah di hotel, dan sila berhati2 jika mungkin terdapat daging. utamakan roti, telur masak separuh/keras, jam, kaya & minuman.
3/ Kami sedaya upaya akan variasikan makanan anda, dan berbincang dengan guide jika ada alergi.

Kenderaan
1/ Tour adalah secara private, dan anda tidak akan berkongsi dengan orang lain
2/ Driver tidak boleh bercakap bahasa enggeris, kalau perlukan apa2, perlu melalui guide
3/ Kenderaan tidak boleh menunggu, biasanya guide akan turun bersama, dan driver akan tunggu di tempat lain
4/ jika anda ingin memulakan tour lewat untuk keesokkan harinya, sila beritahu guide, beliau boleh atur balik jadual lawatan

Ski
1/ Sewa peralatan ski adalah tidak termasuk
2/ Kos sewaan untuk baton & slide ialah RM60, kos sewaan snowboard dan skuter adalah berdasarkan budi bicara
3/ masa yang diberikan untuk ski kebiasaannya cukup.

Tip
1/ tip untuk guide dan driver sudah termasuk
2/ tapi boleh beri tip lebih kalau mahu (duit RMB yg terlebih masa hari terakhir)

Jika ada apa2 persoalan, boleh hubungi saya dari sana.
www.wenkt.com
contact@wenkt.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2011 12:12 PM | Show all posts
zul_khaleeda bila balik ni?
sedang gigih beraksi dekat silk market agaknye ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157113 Replies : 3850
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 18945 Replies : 73
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4025 Replies : 67
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 1313 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 1717 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3737 Replies : 13
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187788 Replies : 1711
Dakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beberapa Kali Selepas Sudah Merasainya,Pelanggan Luah Serik Bantu Peniaga Kedai Makan Yang Lengang
YgBenarDakwa Lauk-Pauk itu telah Dipanaskan Beb
Views : 6261 Replies : 31
Mak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf selepas menonton Siksa Neraka
JoyahMengayahMak nyah nak jadi lelaki sejati, insaf s
Views : 11743 Replies : 12
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 8653 Replies : 152

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.258066 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list