CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
Post time 2-2-2010 02:26 PM | Show all posts
copek pakcik azred.. tgh menunggu-nunggu nie.. hehehe.. tgh menarik cerita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2010 02:32 PM | Show all posts
turut termengah2..terasa kepenatan kamal berlariann adehhh huhhh..

pokcikk sambungannnnn:pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2010 03:21 PM | Show all posts
yenil95, den tak dayo nak buko cawangan lagi dah...
thoyol, pokcik dah tuo, polan-polan le sikek
thanx naqitira, adzyla n pu3fiona...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 03:58 PM | Show all posts
..came2....pelan2 kayuh pokcikkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2010 11:17 PM | Show all posts
“Pak Jamal, belum boleh pecahkan cermin-cermin tu lagi ke?” kata Hadi menegur ketua pengawal yang merupakan bekas seorang sarjan komando 69. Hadi sukakan lelaki separuh umur itu kerana sering berbual tentang pengalaman hidupnya. Banyak juga kaedah 'survival' di hutan yang diajarkannya.
“Aku rasa ni kerja syaitan. Cermin  nipis tu pun tak boleh pecah. Kamu tengok dalam tu, dah jadi macam medan perang. Mati budak-budak tu nanti.” Katanya dengan nada cemas.
Hadi meninjau melalui pintu cermin dan kelihatan beberapa pelajar perempuan telah pengsan di lantai manakala yang lain meneruskan amukan mereka.
“Pak Kamal, ini memang kerja syaitan. Boleh tak saya cuba ikhtiarkan sesuatu?” tanya Hadi. Dia tidak mau dilihat seperti memandai-mandai disamping hormatnya kepada orang tua itu.
“Kalau boleh ikhtiarkan, buatlah cepat. Kami dah tenggelam punca dan nak telefon bomba ni.” Ujar Pak Jamal. Di wajahnya terlihat pengharapan tinggi terhadap bantuan anak muda itu.
“Kalau begitu, saya minta Pak Jamal suruh semua orang menjauhi bangunan ini. Tinggalkan saya seorang sahaja di sini.” Pinta Hadi.
“Ye lah. Tapi cepat sikit ye.” Balas Pak Jamal dan terus memberi arahan kepada anak-anak buahnya dan pelajar-pelajar lain untuk bersurai atau pergi jauh dari situ.
Hadi berdiri tegak di hadapan pintu bangunan perpustakaan itu. Dia membuat renungan makrifat. Dalam renungannya, terdapat satu tenaga negatif yang mengelilingi bangunan perpustakaan itu. Hadi tidak membuang masa dan terus membuat jurus ‘Bima Sakti’. Dikerah tenaga dalamnya keluar dan berpecah seperti bintang-bintang menghentam tembok ghaib itu. Bukan sahaja tembok ghaib itu hilang tetapi pintu-pintu dan tingkap kaca turut pecah berderai. Suasana menjadi gamat seketika. Mereka yang di luar terpinga-pinga dengan kejadian itu. Masing- masing terpaku sambil teriakan mangsa histeria membingitkan kesunyian malam. Jelas terdengar melalui tingkap-tingkap yang pecah itu.
“Alhamdulillah” kata Hadi. Pak Jamal dan orang-orangnya meluru masuk ke dalam perpustakaan dan cuba menenangkan pelajar-pelajar di dalamnya. Susah juga bagi mereka mengawal pelajar-pelajar yang sudah hilang kewarasannya. Pelajar-pelajar yang memerhatikan sahaja dari luar kini mula masuk menghulurkan bantuan.
“Kamu tolong sama pulihkan budak-budak ini ye,” kata Pak Jamal kepada Hadi. Anak muda itu mengangguk setuju. Dia mengamati pelajar-pelajar perempuan itu satu persatu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 08:39 AM | Show all posts
saspen!..saspen!..tapi best...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2010 04:11 PM | Show all posts
laa mendap lak, malam ni baru nak posting kalau sompek lo
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 04:37 PM | Show all posts
meh nak tepek sikit huhu



pokcikk sambungannn plzzz...:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2010 11:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by azredclaw66 at 3-2-2010 23:27

“Ada sesuatu yang menguasai mereka,” fikir Hadi. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.
Dia cuba mengesan punca sebenar kejadian itu. Hadi keluar dari bangunan itu dan mengelilinginya. Dia berasa hairan kerana tidak dapat mengesan punca tenaga negatif itu di sekitaran bangunan sedangkan getaran tenaga negatif sangat kuat.
“Pelik, mesti lakukan semadi Kalamullah.” Fikir Hadi.
Semadi Kalamullah digunakan apabila timbul kebuntuan dalam pengesanan. Hadi bersila di halaman belakang bangunan itu. Telunjuk kanannya diletakkan di dahi. Seketika kemudian telunjuk itu bergerak sendiri mengarah ke atas bumbung bangunan perpustakaan. Kini Hadi mengerah cakra ajnanya untuk melihat apa yang ada di situ. Satu lembaga besar seumpama seekor beruk berbulu lebat kelihatan duduk mencangkung di puncak bumbung. Lembaga itu menyeringai menunjukkan taringnya yang panjang kepada Hadi.
“Oooo.... kamu rupanya Hanuman!” tempik Hadi. Dia terlupa kepada pelajar-pelajar dan pengawal keselamatan yang masih berada di kawasan itu. Tetapi Hadi tidak ada masa memikirkan semua itu.
Hanuman adalah sejenis jin yang selalunya dibela untuk tujuan jahat. Dalam bahasa biasa, kita selalu sebut sebagai Hantu Raya.
“Lepaskan budak-budak itu kalau kamu tak mahu binasa!” tempik Hadi lagi. Hantu itu melompat-lompat di atas bumbung seperti mempersenda-sendakan Hadi.
“Celaka kamu! Tunggu!”
Hadi beristighfar beberapa kali bagi mengurangkan amarahnya kerana dia tahu perasaan marah akan melemahkannya. Ketika dia mula menapak untuk membuka jurus ‘Kilat Akbar’, lembaga itu menghilangkan diri ke dimensi lain.
“Kamu takkan dapat melarikan diri, InsyaAllah.” Kata Hadi dan terus mebuka langkahnya. Pukulan ‘Kilat Akbar’ sememangnya dikhaskan untuk menghancurkan makhluk halus yang jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 11:05 AM | Show all posts
seram tp best.....semangat semangat :pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 12:31 PM | Show all posts
aiyyaii..lagi lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 03:19 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2010 05:46 PM | Show all posts
Pu3fiouna, thanx for menyerikan thread ini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2010 10:18 PM | Show all posts
“Allahhu Haq!” tempik Hadi dan seketika kemudian, satu letupan berbunyi kuat di atas pokok beringin besar berhampiran pagar perpustakaan itu dengan diiringi satu raungan yang mengerikan. Jurus jitu Hadi telah mengenai sasaran dan makhluk Hanuman itu telah binasa dengan izin Allah.
“Rasanya Hanuman ini bukan belaan orang. Mungkin tidak bertuan lagi. Siapalah yang hendak mengganggu pelajar-pelajar pula.” Fikir Hadi.
Di dalam bangunan itu pula, pengawal-pengawal yang berhempas pulas mengekang keganasan pelajar-pelajar perempuan itu hampir-hampir berputus asa. Mereka juga dicakar, ditendang dan ditumbuk. Tetapi dengan tiba-tiba sahaja kesemua pelajar yang terasuk itu jatuh tersepuk di lantai. Kesemuanya seperti sedang  nyenyak tidur. Setelah dikejutkan, mereka semua terpinga-pinga kehairanan. Perasaan malu menyelubungi melihatkan keadaaan masing=masing yang tidak terurus lagi.
“Nasib baik, kalau tidak, aku pun histeria.” Kata salah seorang pengawal yang jelas kepenatan dan tersandar di tiang batu.
Pak Jamal menghampiri Hadi dan memeluknya.
“Terimakasih nak. Mujurlah ada kamu, kalau tidak entah apalah nak jadi.” Katanya.
“Kerja Tuhan Pak Jamal, saya cuma berikhtiar sahaja.” Kata Hadi merendah diri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 01:38 AM | Show all posts
yea yea dah bersambung citer...

pakcik, saya nih  budak baru belajar nak tanya... nama2 jurus dan perbuatan tu mmg wujud dalam seni mempertahankan diri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2010 02:05 PM | Show all posts
Salam Eyealong....kan tajuk cerita ni merapau? kalau adapun kebetulan je he he
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2010 04:07 PM | Show all posts
pergh meletup hanuman tu ... best betui membaca sambil tangan medodoi baby dalam buaian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2010 07:47 PM | Show all posts
neceolite, hati-hati takut baby siap merayau sana-sini, kamu masih berendoi he he
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 01:24 PM | Show all posts
up umah pokcikkk...........
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 01:26 PM | Show all posts
wahh dh selamat dah bebudakk tu..
per kes berkenaan jin-jin yg mengganggu alam bunian yg memerlukan bantuan hadi tu??
n ape kejadian seterusnya??..
:pompom:...pu3 tunggu kemunculannyaa:pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.352023 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list