CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kiahbosan

Hotlovers Adiputra pertikai pengiraan undi ABPBH : adi bakal tarik diri?

[Copy link]
Post time 17-4-2013 11:05 PM | Show all posts
Mizlyn posted on 17-4-2013 11:02 PM
Tah2 mmg 24k kot hotlover tu beli paper..berbino2 mata dok memangkah byk sgt kann... dr angka 24k  ...

Melebihi > 42K katanya, bermakna Hotlovers ada figure yg mereka catitkan itu. Those papers came from all over states, mereka kumpul dan delivered it personally
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2013 11:13 PM | Show all posts
Owh .. Rajinnya dorg ni yer. Sanggup betul.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 11:14 PM | Show all posts
kakakmanis posted on 17-4-2013 08:30 PM
itulah, i pun tergelak gak bila tgk Zizan nombor dua. padahal dia dok rs ada chance jd BPP.

Muka mengharap je tu.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:36 AM | Show all posts
maxim posted on 16-4-2013 04:04 PM
bukan uols pn salah sorg manusia yg gigih gak ke

tak gigih mana pun uols...

kalau bab mengundi aiols biasa2 je.. itu pun dpt supplier percuma dr org terdekat

nk beli puluh ribu mcm org lain , tak lah kot

ikut kemampuan hokkay
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:38 AM | Show all posts
maxim posted on 17-4-2013 11:20 AM
iols paham mmg puas bila tgk artis kesayangan mereka berjaya..tp ada juga yg gila sampai macam ni  ...

noks... nk undi 30 keping borak pun lenguh tangan noks

cmne la yg undi byk lagu ni yer
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 06:37 AM | Show all posts
ini pulak dari mstar

PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra nekad tidak mahu dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) pada tahun hadapan demi menjaga hati para peminatnya.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, penarikan diri itu dibuat bagi meredakan keresahan peminat yang curiga terhadap keputusan pengundian anugerah tersebut kononnya tidak telus.

"Saya tarik diri kerana enggan peminat tidak berpuas hati dengan keputusan pengundian itu lebih-lebih lagi selepas membaca pelbagai respons yang tidak menyenangkan daripada mereka di Twitter.

"Harap-harap selepas ini tiada lagi rasa tidak puas hati berlaku. Jujurnya, saya mahu menjaga hati peminat-peminat dan masyarakat kerana saya bekerja untuk mereka.

"Memandangkan mereka tidak senang tentang hal ini, saya tarik diri dengan ikhlas," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Baru-baru ini peminat Adi Putra yang menggelar diri mereka ‘1HotLovers’ mempersoalkan cara pengiraan undi pemenang ABPBH 2012 selepas akhbar Berita Harian (BH) melaporkan pelakon itu hanya menerima undi sekitar 24,000.

‘1HotLovers’ mendakwa mereka menghantar 42,000 borang pengundian.


Berdasarkan jumlah 24,000 undian itu, Adi tersenarai di tempat keempat dan tewas di tangan Neelofa yang mendapat undian sebanyak 45,981, Zizan Razak (55,036 undi), Aaron Aziz (68,205 undi) dan Shaheizy Sam (79,656 undi).

ABPBH 2012 diadakan pada 7 April lalu di Stadium Putra Bukit Jalil dekat sini yang mengangkat pelakon Shaheizy Sam sebagai Bintang Paling Popular.

Menerusi acara itu, Adi dicalonkan dalam beberapa kategori antaranya Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular, Artis Lelaki Stailo, Gandingan Di Layar Serasi, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.

Bagaimanapun tambah Adi, dia berharap keputusan menarik diri itu tidak akan dipandang serong oleh sesetengah pihak yang mungkin menganggap dia sengaja mewujudkan alasan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Beritahu Adi, walaupun tidak menyertai ABPBH 2013, dia percaya hal tersebut tidak akan mengganggu kariernya sebagai seorang pelakon.

"Sudah 11 tahun saya dalam industri seni dan saya dikenali bukan kerana anugerah yang diraih.

"Ini semua terpulang kepada rezeki masing-masing. Bagaimanapun, penarikan saya dalam ABPBH tahun hadapan bukan untuk selama-lamanya. Mungkin pada tahun-tahun yang akan datang, saya akan menyertainya semula," ujarnya.


Sementara itu, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012, Hanizam Abdullah yang dihubungi terkilan dengan segelintir pihak yang mempertikaikan keputusan anugerah itu selain menuduh BH mempunyai agenda untuk menaikkan nama artis-artis tertentu.

"Tiada sebab kenapa pihak kami mahu menipu peminat-peminat yang mengundi. Undian yang diterima telah diaudit secara telus dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan.

"Dalam hal Adi Putra, jika peminat memilih namanya ke anugerah ini, dia tetap akan dicalonkan walaupun pada dasarnya dia mahu menarik diri. Melainkan peminat-peminat tidak meletakkan namanya.

"Sepanjang 26 tahun sejarah ABPBH, belum pernah lagi artis yang menyatakan hasrat untuk mengundur diri kecuali Datuk Siti Nurhaliza atas sebab-sebab tertentu.

"Ini kerana pemilihan artis bukan pihak kami yang tentukan, tetapi peminat," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2013 07:19 AM | Show all posts
pulakkkkkkkkkkkkk tp apa2 pun iols mmg minat ADI putra
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 08:09 AM | Show all posts
lotionmilo posted on 18-4-2013 06:37 AM
ini pulak dari mstar

PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra nekad tidak mahu dicalonkan dalam Anugerah  ...

Kesian  jugak tak pernah menang...tahun depan takyah pening pening kepala fikir....gud decision adi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 09:19 AM | Show all posts
jellyjelly posted on 15-4-2013 06:22 PM
sepanjang analisis iols, apa yg iols nmpk, pencalonan abpbh pun tidak telus.

1) artis itu suda  ...

setuju..
hanez suraya tu dh berkurun berlakon tp tercalon artis baru..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 09:23 AM | Show all posts
eloklah Adi wlppun x menang x bermakna x popular
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 09:29 AM | Show all posts
lotionmilo posted on 18-4-2013 06:37 AM
ini pulak dari mstar

PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra nekad tidak mahu dicalonkan dalam Anugerah  ...

zizan pn sepatutnya tarik diri, demi menjaga hati peminatnya, kononnya..but i guess x mungkin berlaku..sebab beliau terlalu hadapkan anugerah itu..

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 11:54 AM | Show all posts
tara_tara posted on 18-4-2013 09:23 AM
eloklah Adi wlppun x menang x bermakna x popular

setuju... lagipun anugerah ABPBH ni dah hilang prestigenya...

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 12:57 PM | Show all posts
Imel posted on 17-4-2013 09:19 PM
iols dh ckp dah mmg BH main kotor...sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh

MIG mmg tak bay ...

Tapi hadiah untuk BPP sangat lumayan. Apa kata hadiah untuk ABPPBH akan datang hanya diberi trofi jek?
Tapi untuk setiap kategori, hadiah RM 10K.  Jimat duit bagi pihak penganjur  
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 01:17 PM | Show all posts
aku neh tiap2 thn hantar...
tp x pernah dpt..hadoiiiiii
aku undi dari segi bakat semulajadi..bkn sebab aku suka sgt ka dekat retis neh...
tp kalau nama ABPBH jgn harap la anugerah dpt kat org yg betoi2 brbakat..
selalu dpt kat pon sbb undi bnyk..
thn dpn ku cuba lg....smpai aku menang kereta....aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 01:52 PM | Show all posts
Kalau ikutkan bakat beto pun patut menang sbab dia pun mabeles
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 05:04 PM | Show all posts
macam tak logik jugak..undian tertinggi 80k...fara yang menang dapat 9k...dalam group fara 5 orang....maknanya kalau ikut logik aku la dengan 80k bahagi dengan 5 dapat 16k...maknanya fara kena menang lebih dari 16k (ini dengan andaian undian dibuat untuk semua group la) melainkan group fara tak semua org undi..org biarkan kosong undian utk group farah.....tapi tak mungkin diorang mesti nak menag hadiah kereta almeera tu kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 10:58 PM | Show all posts
diana007 posted on 17-4-2013 11:05 PM
Melebihi > 42K katanya, bermakna Hotlovers ada figure yg mereka catitkan itu. Those papers came fr ...

itu belum masuk undian peminat yg tak dikira hotlovers.. so kalau lojik, jumlah undian kena lebih dari yg hotlovers kirala kan?

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 11:22 PM | Show all posts
jellyjelly posted on 15-4-2013 06:22 PM
sepanjang analisis iols, apa yg iols nmpk, pencalonan abpbh pun tidak telus.

1) artis itu suda  ...

tula... diorg patut buat kriteria pemarkahan utk pencalonan awal.. kalau pelakon drama contohnya..rankla populariti pelakon tu berdasarkan bilangan drama dia tahun tu plus rating plus trending kt twitter ke google search ke, kalau penyanyi..berapa single dia keluar.. ranking lagu2 penyanyi tuh dalam carta radio, juara lagu, media sosial.. bukan pakai bedal jer senarai artis ikut mane yang diorang suka..

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 01:45 AM | Show all posts
perlu diingat ni ukur populariti berdasarkan undian SOKKABAR BH...kebanyakkan retis kat mukabumi melaysia ni akan dicalonkan terutama yg hada fanbase kuat supaya undian masuk tuh tinggi...

kalau nak buat satu anugerah yg ukur populariti melalui undian penggiat seni belakang tabir, pemerhati hiburan, reporter, tengok rating dan sales, populariti kat laman sosial pelbagai tuh apa kata buat jer satu anugerah baru...yg tu tak boleh pertikai kot sebab semua aspek dah siambil kira...tp kalau nak suruh ABP ni tukar format jangan harap la...agak2 tak berkenan sistem ABPBH ni boikot je...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Politik sgtla dorg ni... Hmm buat tuh biarla tulus dan ikhlas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.099042 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list