Malam tadi mimpi pasal resort ni.
Aku dikejar hantu-hantu tu semua.
Baca ayat kursi pun tak jalan.
Last last, ambik quran hempuk hantu tak guna tu!
Bertempiaran lari hantu tu semua.
Lepas tu, mula rasa seram sejuk. Dah tak lena tidur. Dahlah pagi lagi kena buat online training. Mata pun sembab macam garfield
Post time 6-4-2021 08:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Resort ni kat kampung aku... kg pulau kerengga. Ms sek men dulu aku pernah masuk resort ni sbb nak interview utk kerja kursus sejarah ms tu.. aku pegi dgn kwn2...ayah aku baik dgn staf dkt sini dan pernah keje dlm ni... aku tahu tmpt ni berhantu tp kisah hantu nya tak pasti lah mcm mn. Dpn resort ni dulu ada kilang dan kilang ni jg berhantu dan dah lama tutup... tempat ternak ayam telur sebelah kilang ni pun dah tutup...
Pernah satu hari, masa tu dah pukul dalam10mlm , saya keluar rumah and pergi ke tempat parking kereta resort, sebab disitu je ade public phone. ye zaman ni pakai public phone lagi. Dari rumah untukke public phone tu akan lalu bawah pokok-pokok ketapang yang besor. Mmg tinggidan besar kalau nak di anggarkan maybe tinggi apartment 3 tingkat. Kalau laluwaktu siang mmg cun je tgk atas sebab cantik mcm payung besar gitu.
Pokok-pokok ni besar dan lebar smpai dahan antara pokok ni bersilang-silang.Bila waktu malam lak, mmg sangat2 menyeramkan, sebab dahan tinggi dan besar. Selaluorg nampak ade kakpon bertenggek di dahan2 yang ade.
berbalik kepada cerita, saya ke public phone, sebab nak telepon membe nakbagitau esok pagi sekolah nak tumpang kereta dia. Jadi, masa kuar rumah tu, mmgseram je, nak-nak masa tu cuaca mmg sedang nak hujan, dengan angin bertiupnya,akan dengar dahan-dahan pokok bergesel. Dalam hati terdekit jgn la kak ponfollow aku..
buat keras je smpai phone. lepas dah tepon, gatal tgn nya gi suluh kat ataspokok, sebab dengar mcm ada kera or binatang melompat di dahan, habis jatuhdaun ketapang besar dua tapak tgn. Jadi suluh la kat atas.. tapi xde nampakpape pun. Dalam masa jalan menuju kerumah , dengar lagi bunyi dahanbergongcang. Lepas tu dengar lagi, sampai la dhan yang betul-betul atas kepala.Sah!!! Kakpon ikut dari atas. Sebabnya tau tu kak pon, kali ni bukan bunyidahan je, tapi bunyi seperti burung kowak. Tau tak burung kowak bunyi, nantigoogle
dah sah-sah burung tu dekat-dekat dgn sungai je ade, ni tgh2 atas pokokketapang mmg 100 kali tak mungkin la..
terus makin laju melangkah. Siot tol la dia ikut. Smpai la depan rumah. Depan rumahada pokok ketapang yg paling besar. 3 pemeluk la kiranya betul-betul sebelum naksampai tangga rumah, ada auning. Prak... sekali dengar mmg ade yang sepertilanding atas auning tu. Masa tu la den ckp, jgn kacau, jgn ikut.. nama aku adedlm buku besar.... Lepas tu terus dengarbunyi mcm kain bekibar-kibar hilang di semakin tinggi.
Masuk je rumah, g jumpe ayah. Ayah ckp padan muka, berani sgt nak g sendiri,sebbek kak pon tak turun tunjuk depan muka.
Lepas malam tu, mmg tak la kuar sorang2. Even nak g rumah jiran pun ajak abg.
mcm-mcm bunyi dia boleh buat gamaknya, tapi mungkin sebab persekitaran mmg byk burung tu tepi-tepi sungai, paya bakau, so dia buat yg kite familiar dengar agaknya. wallaua'lam la bunyi tu tanda dia ke pe, tapi mlm tu mmg itu la bunyi dia kuarkan. sebbek tak mengilai
kmbg replied at 5-4-2021 09:37 AM
Masa dok ganu selalu lalu jalan Marang tu nampak signboard resort ni tapi tak pernah nak explore sbb ...
aku masih igt lagi kayu singboard tu dipahat, di cat, di ikat dgn tali jerami, dinaikkan ditepi jalan. sob.sob..
dulu masa kecik, suka sgt lepak depan guard kat signboard sbb suka main bukak tutup palang gate
terima kasih la penah jadi guess kat situ. best kan. luas dan cantik. kalau amik rever side maknanya dekat dgn jambatan no 1, yg ade sampan merak tgh2 air
(Semua carekter bukan name sebenar-sekadar nak bg paham ...
Sambungan Marang Resort & Safari(PART-4)
(Semua carekter bukan name sebenar-sekadar nakbg paham cerita.)
Terima kasih kerana membaca kisah sebelumnya.Kisah itu adalah salah satu cerita yang benar-benar terjadi ketika itu. KEPADASESIAPA YANG TAK PERCAYA, SAYA JEMPUT KAMU SINGGAH.. KALAU TAK BOLEH MASUK KOTDEPAN, MASUK KOT PANTAI.MASUK LA WALAU SEKEJAP...(tapi saya xnak jejak lagidisitu.. takot sang ratu carik)
Kisah-kisah yang akan saya tulis ini adalahPengalaman Peribadi saya sekeluarga serta staff/jiran terdekat selepas kamisemua yang ambil alih untuk guard resort ini.
Ada satu petang,ketika saya dan staff-staff lain bersukan(main takraw) maklum lah dah tak adekerja lain.
Pada ketika ini dah hampir setahun kami guard resort ni. Semuabot-bot mewah, kereta-kereta rasmi telah pun diambil oleh pihak bank. Yangtinggal hanya barang-barang elektrik dan perabot dari bilik resort yang kamipindahkan ke dewan. Sedang kami seronok bermain takraw, Imran (anak staff /jiran saya) kelihatan bermain di kolam ikan berdekatan dengan dewan.
Waktu tudah hampir magrib, selalunya waktu begini ayah imran, akan datang untuk bgikan-ikan makan. Yang peliknya, si imran ni mcm sedang bersembang di tepi kolamikan tu, igt kan dia ada bersama ayah dia, tapi rupa-rupanya dia cakap sorang2sebab saya nampak ayah dia baru sahaja nak turun dari rumah (rumah staff semuadekat2) . Saya pergi ke imran dan terus tarik tgn dia sbb dia nampak macam nakterjun dalam kolam tu. Tiba-Tiba dengan mata cerlang dia pandang tepat ke matasaya kemudian tolak saya . Pelik sebab imran ni baru 5 tahun, tapi daya yangdie tolak saya td tu mcm org dewasa.
Sayabangun dan terus jerit staff-staff yang lain ckp imran kene rasuk. Kebetulanayah dia dah sampai , terus bawak dia pulang. Ayah dia ckp imran mmg mcm tubukan kene rasuk ke ape ke. Tapi yang menakutkan tu, masa ayah dia dukung diabawak balik, mata die masih lagi memandang tepat pada saya.. Malam tu selepasisyak, masa kami sedang makan malam, staf datang rumah bagitahu imran tak adakat rumah.
Ayah dia dah pergi carik dulu, so staf yang lain ajak kami pergiskali, saya dan ayah terus keluar cari imran. Puas cari dekat Dewan, kawasanrumah staff, sampai ke guard house tak jumpa. Lalu ayah ajak staf pergi carikat jambatan-jambatan.disebabkan agak jauh dan gelap, kami naik kereta ke sana.Dari dewan kejambatan no3 tu kene lalu jalan gelap dan sunyi , kiri dan kanan jalan hanyaada hutan paya nipah. Kami bawa pelahan-pelahan dan suluh ke arah tepi payamelalui tingkap. Tapi x nampak pun imran. Sampai la jambatan no.2, bermaknasudah separuh jalan. Staff ckp tak mungkin imran ni lalu jalan ni kedepan,sebab lepas jambatan no.2 kami dah tak bersihkan jalan, mmg jalan tu dah macamjalan lama yang tak digunakan. Dari situ kami terpaksa berjalan kaki. Masasedang jalan kaki tu, kami semua senyap dan tidak berjauhan. Bukan apa, kamimmg dapat rasa ada sesuatu ikut dari atas. Bunyi dahan-dahan pokok seperti adasesuatu melompat dari dahan ke dahan, saya tak syak lain, melain kan si kak ponratu tu tp disebabkan dah biasa, kami semua buat tak tahu.Tiba-tiba saya dapatrasa ada org menepuk bahu saya .
secara spontan saya terus berpaling, rupanyaayah imran ada dibelakang, sya tegur la, dari mane keluar? Dari jambatan 2 tdke?tapi ayah imran ni diam membisu sahaja ikut dari belakang. Kami mmg semuatak fikir apa-apa dan terus kan berjalan sambil menyuluh ditepi kiri dan kananjalan.
Tiba-tiba saya terdengar bunyi di dalam payasebelah kanan jalan , staff yang lain pun dengar, staff yang ada didepan terussuluh ke arah tersebut, alangkah seriau dan seramnnya kami nampak ayah imrantercegat berdiri disitu sambil senyum menyeringai.. X semena-mena meremangtengkuk saya. Pandang je belakang mmg xada pun ayah imran tuh.. saya terus ke kedepan rapat bersama yang lain..
yangtukang suluh tadi tu dah terduduk2 sebab terlalu terkejut dan cuak.. yang kamiigt ayah imran dibelakang td tapi rupanya bukan.. dan tiba-tiba kelibat nyahilang dalam paya td yang terdengar hanya hilaian sang ratu..bertambah terkejutdan takot kerana yang ini juga bukan ayah imran!! Ayah terus suruh semua baca apa yang patut dan azan. Staff yang terduduk tadi terus bgndan berlari kedepan, kami semua pun secara spontan lari sama... ketika itu terdengar lirikkan menngilai yangpanjang atas kami seperti mengekori dari belakang.. Staff sorang tuh terusmenerus melaungkan azan Dan Ketikahampir sampai di jambatan no 3, baru la kami nampak imran kayuh basikal ke arahkami. Terus ayah dakap imran dan tanya imran pergi mana, semua orang risau.
Imrancakap, die pergi rumah kawan dia dekat pokok buluh depan tu.. kami semua terkedu dan tanpa membuang masaterus patah balik ke kereta. Dalam jalan nak patah balik ni, imran sempatlambai ke belakang ckp nanti die datang balik.. kami semua ni diam membisu dankeras je lari anak tak nak pandang belakang,tepi atau atas. Suluh pun tak, kamiterus lari je. Kami rasa setiap penjuru ada bende memerhatikan kami. Selang 2atau 3 hari tu, imran tu buat hal lagi. Oleh kerana nampak mcm dah teruk,lagipun risau atas keselamatan imran, ayah panggil ustaz untuk ubatkan imranni. Dalam Pukul 8mlm selepas magrib,ustaz smpai. Masa tgh ubat kan imran ni,tiba-tiba mata dia cerlang dan memandang tepat kat ustaz tu.
Ustaz ckp dia nimcm dah kene damping. Bende tu tak rasuk die, Cuma tak nak berjauhan je. Macamsaka lebih kurang. Ustaz ckp kene buang kelaut bende tu nanti. Lepas tu ustazngadapkan imran ke tingkap rumah(tingkap mcam iklan adabi tu) . Saya pun bukakdaun tingkap tu luas-luas. Tetiba tingkap tertutup balik, ayah ikat terus dauntingkap tu supaya tak tertutup, dan ustaz tu mula ‘pukul’ budak tu dgn kainserban dia, mula dari blakang badan, kepala dan akhirnya kaki, akhir sekaliustaz tu lurut kan kain tu dan tarik hujung jari kaki. Masa hampir nak tarikhujung jari kaki tu, tingkap rumah saya tu bergegar sebab tak dapat ditutup.Memang Seram giler masa tu sebab nampak tingkap tu mcm orang sepak-sepak naktutup tapi tak boleh.
Tiba-tiba mak imranni terjerit2 tunjuk ke arah tingkap sampai pengsan. Ustaz tu bangun dan ke tingkap dan ludah padakain tadi . baru la diam seketika rumah saya tu. Selesai Dengan kain, ustazmandikan dan air limau. Lepas tu semua barang2 tadi ustaz letak dalam kainbatik dan diikat. Ustaz pesan suruh buang ke laut. Masa itu hanya saya dan ayahimran sahaja yang pergi buang bende tu. Ustaz bagi seketul garam kasar suruhkemam dalam mulut buat pendinding. Kami lalu jambatan no1 untuk ke pantai. Bilamakin dekat dengan pantai, bungkusan td tu jadi berat gile, smpaikan kamiberdua kene usung. Berat mcm angkat org.. Tapi kami berjaya buang kat lautbende tu, bila nak patah balik, kaki ayh imran td kaku, die kate mcm ada orgpegang kaki tak boleh gerak. Saya amik garam dalam mulut dan baling dekat kakiayah imran. Baru die boleh gerak. Masa nak balik tu, atas jambatan n01. Taksemena-mena berdiri bulu tengkok.
Mmg dengar ada org folow belakang. Ayah imran ckp jgntgk, kami laju kan langkah.. Sampai dirumah saya, masa nak panjat tangga rumah,tiba-tiba kaki saya ada org pegang, hampir terjatuh dibuatnya. Saya terus tgkbawah tangga, nampak bende tgh mencakung, pegang kaki saya, dengan mata putihje nampak, yang lain semua hitam gelap. Ape lagi, terus jerit panggil ustaz tu.Pastu hilang bende tu. Ustaz suruh basuh kaki dan ludah 3 kali baru naik rumahbalik. Berbalik pada mak imran yang pengsan td, die cerita masa dia pandangpada tingkap tu, die nampak ada perempuan berjubah hitam, mulanya senyum katdia, lepas tu die nampak mende tu berubah, tiba-tiba rambut semakin pangjangdan mengerbang, diikuti dengan mata semakin merah dan lidah semakin panjangsmpai termasuk dalam rumah melalui tingkap tu, tu yang die jerit lalu pengsan.
Ustaz nasihatkan mereka berpindah keluar atas sebab keselamatan anaknya. Laluselang 3 hari tu, keluarga imran pindah dan balik ke kampung mereka. Selepasbeberapa bulan berlalu, rumah imran yang ditinggal kosong itu terjadi sesuatuyang menakutkan. Jiran sebelah rumah,En.zul ckp selalu nampak ada Perempuan duduk ditanggasambil menangis sayu. Dan anak nya selalu sahaja diganggu, sehinggakan kamisetiap hari sebelum magrib dah barada dirumah masing-masing. Lepas keluarga imran pindah, keluarga en.zuljuga pindah, dan diikuti dengan keluarga saudara saya kerana semuanya dah takmampu bertahan dek gangguan yang dulu hanya diluar rumah, kini sampai didalamrumah pun ada.
Kini yang tinggal hanyakeluarga saya dan keluarga jaafar(kami tinggal bersebelahan). Kami punsebenarnya sayang untuk tinggalkan resort itu, maklum lah dari ia dibina kamidisitu, umpama kampung halaman kami sendiri..Pada ketika ini, kami sudah putusharapan dan tidak lagi bersungguh-sungguh menjaga resort tersubut sehingga menjadi sarang maksiat dankegiatan-kegiatan x bermoral.. Keadaan resort pada ketika itu mmg sepertitempat terbiar . penuh daun pokok dan rumput panjang. Hilang segala serinya.Sesiapa yang lalu pun tak nk masuk . lihat saja pintu gerbang hadapan pun dahmcm masuk rumah hantu..