CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: iscol_klang

Kenali Sasterawan Negara Kita

[Copy link]
syrzreen This user has been deleted
Post time 15-6-2006 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by pessoa at 15-6-2006 11:37 AM


Apa yg betulnya? Anugerah SEA dengan Anugerah Sasterawan negara bukan sama


maaf ek... tesilap lak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2006 11:58 AM | Show all posts
LIM SWEE TIN memang sasterawan negara kita. Cuma belum dianugerahkan Sasterawan Negara tetapi dianugerah SEA Award. Jarang kita jumpa sasterawan Malaysia berbangsa cina.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2006 02:39 PM | Show all posts
Sebabnya hegemoni (ha ha ha) Melayu (yang ramai-ramainya rasis dan fasis)... yang akan dapat sasterawan negara (kalau berbangsa lain) cuma yang jinak-jinak sahaja...

Siapa yang rugi?
Reply

Use magic Report

ramlah7717 This user has been deleted
Post time 22-6-2006 09:25 AM | Show all posts
akak pun minta maaf. Rupanya, Lim Swee Tin pemenang SEA. terima kasih atas semua maklumat ini. Memang banyak membantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2006 07:03 PM | Show all posts
dalam semua sasterawan negara ni, cuma karya arena wati & noordin hassan je aku blom baca...ntah nape...

*keris mas - dah baca rimba harapan (jungle of hope) & saudagar besar dari kuala lumpur
*shahnon ahmad - dah baca ranjau sepanjang jalan (no harvest but a thorn), sengenge,seluang menodak baung, shit, muntah, nurul anak papaku & sutan baginda
*usman awang - novel tulang2 berserakan blom lagi...tapi sejumlah drama & puisi dia aku dah baca...macam tamu bukit kenny, matinya seorang pahlawan (paling best) & serunai malam (romantik)
*a.samad said - salina, hujan pagi, cinta fansuri, di hadapan pulau...looking foward to read lantai t.pinkie,wira bukit & bulan tak bermadu di fatehpur sikri..
*muhammad hj. salleh - penah baca syair si tanggang dia jek...
*abdullah hussain - imam & konserto terakhir...looking forward to read interlok
*s.othman kelantan - wajah seorang wanita, orang kota baru & juara...



# sepatutnya tahun lepas ada seorang lagi yg sepatutnya jadi sasterawan negara, tapi ntah kenapa sampai skang masih takde khabar berita...


[utusan malaysia 20/2/2005]
Shaharom Sasterawan Negara?
Oleh TALIB SAMAT

Tarikh tutup pencalonan Anugerah Sasterawan Negara yang dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditutup pada 15 Oktober lalu. Khabarnya DBP sedang sibuk melantik panel penilai untuk memilih Sasterawan Negara yang baru.

Sekiranya diteliti memang ramai pencalonan dikemukakan oleh persatuan penulis, institusi tertentu mahupun tokoh sastera terhadap calon-calon pilihan mereka. Jika diperhalusi dengan akal logik kesemua calon-calon Sasterawan Negara itu sememangnya layak berdasarkan karya, sumbangan pemikiran, kreativiti dan kesinambungan mereka dalam berkarya.

Bagaimanapun daripada sekian ramai calon itu, ada seorang calon Sasterawan Negara iaitu Shaharom Husain yang kini sudah berusia 86 tahun sering terlepas perhatian dan pandang daripada senario penelitian, kajian, sorotan dan penilaian anggota panel mahupun sarjana sastera tanah air. Sekiranya diteliti dengan akal jernih, bebas dan terbuka, calon-calon baru yang berusia lebih muda sewajarnya memberi laluan kepada tokoh veteran yang telah lama berkecimpung dalam dunia kesusasteraan sejak era 1940-an hingga sekarang. Begitu juga calon-calon berusia muda masih punya masa yang panjang lagi untuk berkarya berbanding tokoh veteran dan memenangi gelaran itu bila tiba masanya.

Hal ini dirasakan penting kerana dalam usianya yang sudah menjangkau 86 tahun, Shaharom Husain sewaktu beliau masih hidup lagi sewajarnya suatu anugerah sastera tertinggi negara dikurniakan kepada beliau. Janganlah hendaknya apabila seseorang itu telah tiada baru kita tercari-cari tokoh yang wajar untuk dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara.

Sehingga kini, Malaysia sudah memiliki sembilan orang Sasterawan Negara iaitu Allahyarham Keris Mas, Shahnon Ahmad, Allahyarham Usman Awang, A. Samad Said, Muhammad Haji Salleh, Noordin Hasan, Arena Wati, Abdullah Hussain dan S. Othman Kelantan.

Shaharom Husain dilahirkan pada 4 November 1919 di Kampung Peserai, Mukim Tiga, Batu Pahat, Johor. Sehingga kini, beliau telah dianugerahkan beberapa penghormatan negeri dan negara seperti Tokoh Guru Johor, Tokoh Guru Kebangsaan, Anugerah Budayawan Johor, Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan (UKM) dan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan (UPSI).

Seminar Pemikiran Shaharom Husain anjuran bersama DBP Wilayah Selatan, Yayasan Warisan Johor, Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor pada 4 Mei tahun lalu telah meluluskan suatu usul iaitu tentang perlunya Shaharom Husain dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara.

Sekiranya suatu seminar besar dan bersejarah di Hotel Eden Garden, Johor Bahru sempena pelancaran buku Shaharom Husain, Gapura Sastera Johor telah meluluskan usul penting itu mengapakah ia tidak dilaksanakan atau difikirkan semula oleh anggota panel Anugerah Sasterawan Negara?

Hal ini menjadi lebih penting lagi kerana Seminar Pemikiran Shaharom Husain ini dianjurkan oleh salah satu cawangan DBP yang menunjukkan ia salah satu cahaya di hujung terowong untuk penganugerahan Sasterawan Negara kepada Shaharom Husain.

Sekiranya diteliti dan diperdalami nama Shaharom Husain sering terlepas perhatian atau pandang para sarjana sastera. Bagaimanapun langkah drastik Yayasan Warisan Johor mengusahakan penerbitan buku Shaharom Husain, Gapura Sastera Johor (2003) yang menggabungkan penelitian pelbagai karya Shaharom Husain daripada pelbagai genre seperti drama pentas, novel, memoir, puisi, cerpen, buku kajian dan seumpamanya merupakan langkah penting menghimpunkan pandangan sarjana dan penulis tentang karya dan pemikiran Shaharom Husain.

Gabungan dan paduan tenaga sarjana veteran, penulis, peneliti dan peminat sastera telah menghasilkan buku penting tersebut dalam menilai karya-karya Shaharom Husain yang selama ini sering terlepas pandang. Saya yakin buku itu cukup berguna kepada para ahli Anugerah Sasterawan Negara untuk menelusuri pemikiran dan kreativiti Shaharom Husain dalam sebuah buku setebal hampir 1,000 halaman itu. Anehnya buku itu agak kurang beredar atau tidak kelihatan di pasaran menyebabkan sukar orang yang berminat mencarinya kecuali menghubungi Yayasan Warisan Johor di Johor Bahru, Johor menerusi talian 07-2263269.

Ketokohan Shaharom Husain sudah lama diakui di peringkat antarabangsa misalnya namanya dimasukkan dalam Dictionary of International Biography yang mengandungi keterangan 2,000 tokoh yang berjaya dalam bidang penulisan, pendidikan dan kegiatan lain. Nama Shaharom Husain telah lama tercatat sebagai penulis dan pendidik dalam The Thousand Man of Achievement 1969 dan menerima Certificate of Merit bagi tahun 1969.

Keunikan Shaharom Husain ialah beliau satu-satunya penulis dan sasterawan yang mendirikan Gapura Sastera di Lot 1736, Kampung Baharu Kempas, Johor Bahru, Johor yang menjadi tumpuan dan kunjungan pengkaji atau sarjana dari dalam dan luar negara yang memiliki koleksi buku, majalah dan akhbar sejak sebelum Perang Dunia Kedua hingga kini yang sebahagiannya sukar dicari di perpustakaan lain negara ini.

Sebahagian besar buku asal atau salinan karya-karya Shaharom Husain sejak era 1940-an hingga era 2004 sudah diserahkan dan berada dalam koleksi Shaharom Husain di Perpustakaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim sebagai sumbangan penting Shaharom Husain selaku anak kandung UPSI (dulu Maktab Perguruan Sultan Idris - MPSI). Beliau pernah menuntut di MPSI (1938-1940) dan mengajar di MPSI dari tahun 1946-1951 dan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru (1952-1974). Beliau pernah menjadi Karyawan Tamu di UKM.

Koleksi

Koleksi lengkap Shaharom Husain di Perpustakaan Baru UPSI tentunya memudahkan para pengkaji atau peneliti, anggota panel mahupun pihak urus setia Anugerah Sasterawan Negara mencari karya-karya asal atau terbaru Shaharom Husain yang sebahagian besarnya sukar ditemui di tempat lain di negara ini.

Shaharom Husain sememangnya akrab dan sinonim dengan penulisan novel sejarah khususnya sejarah Johor, Melaka dan Malaysia khususnya yang melibatkan era penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan pemerintahan Jepun. Ia digarap dalam sebahagian novelnya yang ditulis pada era 1940-an, 1950-an, 1960-an dan era 2000. Ini menunjukkan kreativiti dan sumbangsih tokoh ini adalah berterusan serta tidak terputus begitu sahaja seperti sangkaan kebanyakan orang. Hal ini disebabkan karyanya kurang disorot dan dikritik secara wajar oleh para sarjana atau penganalisis sastera.

Sekiranya diteliti pada era 1940-an, Shaharom Husain menghasilkan novel 10 Julai 1511 (1947), Hantu Laut (1948), Korban Sungai Muar atau Lelehan Darah di Pantai Bentan (1948), Tun Fatimah (1948), Bermandi Darah Di Sungai Johor atau Riwayat Hidup Hang Nadim Hulubalang Melayu (1949) dan Jiwa Melarat (1949).

Manakala pada era 1950-an, beliau menghasilkan novel Berpaling ke Akhirat (1950), Kecewa (1950), Keris Laksamana Bentan (1954), Korban Kuala Kubu Karam (1955) dan Lembing Awang Pulang ke Dayang (1959). Seterusnya pada era 1960-an, beliau terus gigih menghasilkan novel seperti Bendahara Tepok (1963), Seri Nara (1963), Bujang Jaya (1964) dan Siapa Gila? (1967). Novel bercorak satira Shaharom Husain iaitu Siapa Gila? dicetak semula oleh penerbit Dwi Imej, Johor Bahru pada tahun 2002.

Sesudah lama menyepikan diri dan sewaktu rakan seangkatannya tidak lagi menulis, Shaharom Husain kembali aktif menulis novel berlatarbelakangkan sejarah kekejaman pemerintahan Jepun di Johor menerusi dua buah novel terbarunya iaitu Di Bawah Hujan Peluru (2000) terbitan AFY Communications dan Di Bawah Sinar Matahari (penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia-2004). Malah dalam keadaan kesihatannya yang agak tidak menentu, beliau terus gigih menulis novel Di Bawah Tikaman Garpu berlatarkan zaman pemerintahan Inggeris dan menulis novel berasaskan legenda Gunung Kinabalu di Sabah yang memperlihatkan keseriusannya dalam berkarya.

Ketokohan Shaharom Husain lebih menonjol sebagai pelopor dalam bidang penulisan drama sejarah yang ulung di Malaysia. Hal ini ketara dengan penghasilan drama Si Bongkok Tanjung Puteri yang dianggap drama terbaik beliau. Drama pertamanya berjudul Lawyer Dahlan atau Kacang Lupakan Kulit.

Hal ini diikuti dengan penghasilan dramanya yang lain seperti Tun Sri Lanang (1959), Tonggak Kerajaan Johor (1957), Harimau Johor (1962), Tun Fatimah (1964), Wak Cantuk (1966), Seri Nara, Bendahara Tepok, Keris Laksamana Bentan, Balang Emas dan sebagainya yang sebahagian besarnya sudah dibukukan dalam Drama-drama Shaharom Husain terbitan DBP (1991). Drama-drama sejarah Shaharom Husain sering digunakan sebagai teks sastera di peringkat SPM dan STPM sejak era 1980-an hingga sekarang yang memperlihatkan kualiti tersendiri drama-drama Shaharom Husain dalam bidang pendidikan sastera.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2006 07:05 PM | Show all posts

sambungan...

Shaharom Husain juga aktif dalam penghasilan buku bercorak biografi dan memoir. Antaranya termasuklah Biografi Perjuangan Politik Datuk Onn Jaafar (1985) dan Memoir Shaharom Husain: Selingkar Kenangan Abadi terbitan penerbit UKM (1996). Beliau juga menghasilkan buku-buku kajian sastera seperti Antara Pengarang-Pengarang Novel Melayu dan Karyanya (1963) dan Kajian Novel Hantu Laut (1967).

Beliau juga aktif dan kreatif dalam penghasilan buku-buku umum seperti Melihat Australia 1 (1949), Melihat Australia II (1949), Berita Hiburan Dari Australia (bersama Ahmad Abdullah-1950), Tawarikh Johor (1950), Mutiara Dari Selatan (bersama Ahmad Abdullah-1952), Selamatkan Bendera Johor (1955), Sejarah Bahasa dan Pustaka Melayu 1 dan II (1957), Tonggak Kerajaan Johor (1958), Memaham dan Meringkaskan Karangan (1959) dan Kesan Sejarah Tanah air (1962).

Begitu juga pelbagai jenis karya Shaharom Husain yang sebahagiannya belum diterbitkan sama ada sedang mencari penerbit atau dalam proses untuk diterbitkan yang memperlihatkan keikhlasan, keseriusan dan kegigihannya dalam berkarya sejak era 1940-an hingga kini yang sukar dicari ganti tokoh sepertinya.

Puluhan malah ratusan rencananya dalam akhbar-akhbar tempatan sejak era belum merdeka lagi seperti termuat dalam majalah Cenderamata, Idaman, Lembaga Malaya, Warta Ahad, Warta Jenaka dan akhbar-akhbar yang terbit sesudah merdeka seperti Berita Harian, akhbar Merdeka (UMNO), Mingguan Malaysia, majalah Pesona dan jurnal-jurnal sejarah belum dikaji dan dianalisis secara wajar oleh para sarjana atau pengkaji Malaysia. Inilah antara tugas berat yang sedang menanti mereka.

Shaharom Husain juga sering menjadi pakar rujuk sejarah Johor oleh pelbagai pihak di Johor mahupun di luar Johor kerana pengetahuannya yang luas dalam bidang sejarah. Sumbangan terbesarnya dalam bidang sejarah ialah menulis semula buku Tawarikh Johor (1950) dengan penambahbaikkan di sana sini menerusi penghasilan buku Sejarah Johor dan Kaitannya Dengan Negeri-negeri Lain (1995) terbitan penerbit Fajar Bakti. Selaku peminat sejarah nombor satu di Johor, sebahagian bahan-bahan sejarah itu sudah diabadikan dalam pelbagai novel dan drama sejarah ciptaannya.

Keunikan, keistimewaan dan keikhlasan Shaharom Husain berkarya ibarat lilin membakar diri sewajarnya menjadi model dan sumber inspirasi berkarya generasi penulis muda kini. Beliau sudah sewajarnya dianugerahkan Sasterawan Negara yang kesepuluh sewaktu beliau masih hidup dan tiada salahnya sikap terlepas perhatian dan terlepas pandang anggota panel Sasterawan Negara mahupun birokrat sastera di DBP diperbaiki mahupun para sarjana sastera tanah air sebelum permata berharga hilang daripada pandangan.

Bakat kreatif dan kepengarangan Shaharom Husain menurun dan diwarisi oleh salah seorang anaknya iaitu Prof. Dr. Mohd. Hatta (pensyarah Fakulti Perubatan UKM) yang aktif menulis buku umum dan perubatan. Di antara karyanya termasuklah buku Mercy: Antara Peluru Dengan Air Mata terbitan DBP (2004) dan beberapa buah buku yang lain terbitan PTS Publications. Hal ini benarlah seperti kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi jua.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2006 02:45 AM | Show all posts
baca hujan pagi dua kali tapi still tak pahammm.. camno tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2006 06:38 PM | Show all posts

Reply #27 j_adore's post

aku pun dah 2 kali try baca hujan pagi...masalah utama novel ni, timeline takde, tak tau scene tu masa bile, flahback ke, ke depan ke...jadi aku postpone jap hujan pagi ni....bahasanya best, tu yg aku suke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.270113 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list