CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: supermod

Sakit Belakang

[Copy link]
Post time 27-8-2007 09:49 AM | Show all posts
Sakit belakang
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

APABILA sakit belakang, semua pergerakan terasa tidak kena, malah ada yang tidak dapat melakukan sebarang kerja kerana masalah ini.

Boleh dikatakan semua orang pernah merasai bagaimana peritnya apabila belakang badan, terutama pada bahagian bawah tulang belakang, terasa sakit.

Bahagian bawah tulang belakang menerima paling banyak tekanan, terutama ketika kita duduk berbanding apabila berdiri atau baring. Ini sebabnya kita berasa sakit belakang jika duduk terlalu lama dan masalah ini boleh diatasi dengan berehat, bangun dan berjalan-jalan seketika sebelum menyambung kerja.

Tulang belakang adalah struktur yang sangat unik. Ia membabitkan 33 tulang vertebra dan di antara setiap tulang mempunyai satu cakera mengandungi cecair yang berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan (supaya tulang belakang boleh dilentur ke sisi, depan dan belakang) serta mengagihkan berat badan dengan seimbang.

Cakera yang bertindak sebagai kusyen ini sebenarnya membabitkan kantung leper mengandungi cecair (nukleus pulposus) dan kantung cakera (annulus fibrosus).

Walaupun kantung cakera ini sangat kuat, ia boleh menjadi haus dan terkoyak dengan peningkatan usia, aktiviti lasak dan perlakuan yang menjejaskan kedudukan tulang belakang.

Pemeriksaan Imej Resonan Magnetik (MRI) mendapati, hampir 30 peratus individu dewasa berumur 30 tahun menunjukkan kemerosotan (kehausan) cakera tulang belakang tetapi tidak mengalami masalah atau kesakitan.

Banyak perkara menyebabkan sakit belakang dan punca paling lazim ialah membabitkan cakera ini kerana boleh tergelincir atau mengalami kemerosotan.

Cakera tergelincir (terkeluar sedikit dari kedudukan asalnya) berlaku akibat posisi badan tidak betul, otot terlalu lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang atau mengangkat benda berat dengan cara salah.

Semakin meningkat usia, cakera kehilangan kandungan cecairnya, mengecut dan menjadi kurang anjal. Ligamen yang memegang cakera juga menjadi lemah.

Pada keadaan ini, aktiviti yang memberi tekanan kepada cakera boleh menyebabkan ia membonjol ke satu arah dan menekan saraf dan membuatkan kita berasa sakit.



Masalah cakera tergelincir ini boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

Kemerosotan cakera.

Prolaps (pemindahan cecair cakera dari kedudukan asal ke bawah).

Cecair cakera tersembul keluar.

Sekuestrasi (cecair cakera terkeluar sepenuhnya daripada kantung).


Keadaan ini menyebabkan kita mengalami pelbagai kesakitan. Bahagian yang sakit bergantung kepada kedudukan saraf yang ditekan cakera yang tergelincir. Pada umumnya ia boleh menyebabkan gejala seperti:

Sakit belakang.

Sakit kaki (pada satu bahagian, atau keseluruhan sama ada pada sebelah atau kedua-dua belah kaki. Ini mengakibatkan pesakit berasa sakit untuk berjalan).

Berasa sangat sakit, hilang keupayaan mengawal kencing dan buang air besar.

Lumpuh sama ada sebelah atau kedua-dua belah kaki.

Hilang deria rasa.


Menurut Perunding Bedah Ortopedik dan Tulang Belakang, Dr David Wong, biasanya masalah sakit belakang berlaku pada golongan muda berumur antara 20 hingga 40 tahun yang aktif bersukan.

Bagi kebanyakan kes, kesakitan bermula pada umur 20-an dan menjadi semakin teruk apabila usia meningkat kesan aktiviti harian serta tidak mendapatkan rawatan.

揚esakit mengalami kesukaran untuk bangun dari katil atau kerusi dan ramai mengambil ubat tahan sakit. Bagaimanapun, ubat tahan sakit tidak mampu mengatasi masalah ini.

揗ereka masih berasa sakit walaupun mengambil ubat dan keadaan ini menjejaskan kualiti hidup pesakit. Kesakitan ini juga membuat ramai pesakit berasa rendah diri. Mereka tidak yakin untuk melakukan aktiviti fizikal kerana bimbang keadaan bertambah buruk.

揃ahkan 20 hingga 30 peratus pesakit mengadu tertekan dan murung. Gangguan emosi ini lebih dirasai individu yang terlantar kerana pada masa sama mereka mengalami masalah peningkatan berat badan,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2007 10:50 AM | Show all posts
kene minum susu anlenetu...sure tulang dorang dah reput..takpun dorang terlebih buat keje umah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 11:14 AM | Show all posts
mak aku slalu kata.. utk ilang kan sakit blakang makan telur ayam separuh masak.. disamping itu pantang sket makan makanan sejuk2 nih & lebihkan makan makanan berunsur panas..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2007 12:05 PM | Show all posts
adeihh...my whole body is aching...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 06:26 PM | Show all posts
kalo sakit berterusan, pegi buat MRI ler...:hug: :hug:
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2007 07:13 PM | Show all posts
...love making is supposed to be something that not only relaxes your mind...but your body too...untuk mengelakkan dari sakit badan nie semua...penjagaan tubuh badan kita sangatlah penting...selain daripada maintaining good posture kita jugak digalakkan untuk bersenam...memakan diet yang seimbang dan mengambil supplements such as calcium tablets...besides all these...maintaining our furnitures dan stuff like such are equally important...katil dan tilam yang baik memainkan peranan yang penting dalam usaha kita untuk mengecapi nikmat lovemaking nie...hard beds..tilam yang firm bley membuat our love making session more pleasurable and less painful to our back...

...selain daripada itu...knowledge of various sexual positions jugak bley kita manfaatkan to our good use...pandai2lah kita dan pasangan kita explore which is the best position that suits us...
Reply

Use magic Report

Follow Us
simple_n_casual This user has been deleted
Post time 3-9-2007 03:07 PM | Show all posts

Reply #1 supermod's post

kurang exercise tu, banyak sangat sexercise...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 04:15 PM | Show all posts
Saya mmg mengidap sakit belakang ni..mmg dah lama, lps jatuh motor, jatuh masa bersukan, lambat laun, selalu kena sakit dari punggung sebelah kiri hingga ke lutut..mmg sakit, klu kena tu nak jalan x larat nak baring pun x larat..g urut..x jln..lastly mintak pain killer dgn ubat utk otot.

Kata dr cecair dah lari dari tmpt asal & menekan otot,lg pulak duduk lama tu yg makin teruk tu..so kena turunkan berat badan & x boleh bersukan, once dah x boleh control air kecil & besar, cepat2 g emmergency, risikonya lumpuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.056103 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list