CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

Betul ke roh balik rumah??

  [Copy link]
Post time 3-1-2011 12:03 AM | Show all posts
Reply 1# Fieza-mira

hari je 7 pas mak saya meninggal, saya ngan adik tinggal kat family home... ayah rasanya tido kat rumah lag satu.. da over 10 tahun da bende ni berlaku so ingat2 lupa la... anyway... malam tu... pas aku ngan adik ( tido satu bilik bab adik penakut sket ) ... dalam kul 12 tengah malam - aku leh agak bab jiran sebelah meniaga so tiap2 malam akan balik tepat 11.30 pm...rasa nya baru 30 minit dengar lori dia masuk porch rumah ... tetiba anjing2 jiran semua start berkorus... .... tak lama pas tu... aku terdengar bunyi cam ada orang tengah alih2 kan periuk kat dapur... sebijik cam style arwah mak aku masa tengah masak...tak lama pas tu dia senyap balik... aku nak turun adik aku tak bagi... nak suruh dia ikut tak nak so tak dapat la nak gi tengok apa yg buat bunyi kat dapur tu...

ayah meninggal tak lama pas tu.... dalam seminggu gak lah pas dia tak de... aku ada mimpi dia balik rumah... duduk kat sebelah katil sambil perhati aku tido... sempat tanya " Hilo, how are you?" aku terus terbangun... tengok2 da takde...

Hubby pulak ada mimpi arwah ayah dia balik rumah tak lama pas dia meninggal... tapi time tu derang satu famili da pindah rumah lain ... so dalam mimpi dia tu.. ayah dia balik rumah lama... tapi tak masuk... lalu depan gate jer.... cam saja nak tengok2 rumah tu ...

Tak lama pas arwah nenek hubby meninggal, aku plak mimpi dia... Aku mimpi jumpa dia kat bus stop tak jauh dari rumah dia... sempat lagi aku tanya "Tok, nak ke mana tu tok?"... " Tok nak pegi tempat jauh, awak tak bole ikut" dia sempat jawab... pas tu dia kuar kan gula2 dari bag dia lalu bagi kat aku... "HA, ni ada gula2 ... ambik  lah"... pastu aku pun terbangun...

Sorang lagi aku mimpi... arwah kawan aku... meninggal bab komplikasi diabetes... muda lagi... dalam umur 30+... dia da koma seminggu sebelum meninggal... 2 hari sebelum dia meninggal aku mimpi aku pergi jumpa dia kat hospital... tapi yg peliknya dia da tukar hospital... hospital ni...kat tanah agak tinggi..cam pergunungan atau bukit... sejuk n tenang jer keadaan kat situ... Dia sempat cakap ngan aku " Hilo... aku da nak sembuh ni... tak lama lagi... da tak sakit pun"...
"a'ah la", aku jawab... aku pun heran bab time last week dia tu.. kaki dia mmg da kena gangrene... da hitam bernanah n busuk... tapi aku tengok dia tu... sihat jer... sempurna... aku pun cakap ngan dia " aku pun harap ko dapat kuar hospital tak lama lagi... da lama ko sakit".... dia senyum jer...2 hari pas tu... dia meninggal....

Roh or not... aku pun tak pasti... apa apa pun... aku sedekah kan Al-fatihah kat mereka semua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 02:05 AM | Show all posts
Setau saya,roh dan jasad takkan dibangkitkan sebelum tibanya hari kiamat.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 09:35 AM | Show all posts
dua minggu lepas Princess aku takde, satu malam tu aku tercium bau wangi sangat dalam bilik tidor aku. Aku tak rasa takut. Aku rasa happy sebab aku rasa cam dia ada kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 10:43 AM | Show all posts
Ayah aku meningal kat hospital pada waktu mlm, dan mlm tu juga jiran aku ada nampak mcm bayang2 org balik kat rmh.kami semua takda kat rmh masa tu sebab kat spital.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 11:40 AM | Show all posts
Roh akan terus dibawa keluar dri alam dunia selepas kematiannya. Kalau ada yg nampak si mati secara nyata (bukan dalam mimpi) selepas kematiannya itu adalah Qarin. Tapi Qarin pun hanya aktif dalam tempoh 6 hari selepas kematian seseorang. Tapi roh adalah urusan Allah swt. Mungkin ada perkara berkaitan roh yg kita x tahu tapi Dia tahu. Boleh jadi ada orh2 tertentu yg Dia izinkan utk menjenguk keluarganya di dunia ini sekejap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 11:49 AM | Show all posts
untuk pengetahuan...tiada istilah roh akan blk ke rumah selepas meninggal dunia..tu semua adalah ckp2 org tua dulu2..tiada ada pun...semua tu adalah permainan setan utk menyesatkn kite dgn mempercayai benda tahyul seperti tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2011 12:45 PM | Show all posts
ape kata ko timbulkan...bikin pns blk...huhu
fifie_olin Post at 2-1-2011 23:09



    tu la pasal....

cer cerita! cer cerita!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 12:57 PM | Show all posts
salam TT..
lama tak nampak TT lepas thread malaikat tu dulu..
menarik cite awk ni..
waktu tu kat dapur mmg pinggan banyak yg tak berbasuh ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 01:28 PM | Show all posts
Salam semua, aruah tok aku dulu (masa aruah tok wan baru meninggal)  bagi tau kami yg orang mati akan dtg balik tgk rumah dan anak cucunya dalam 7 hari, sebab tu dia pesan kat kami tak boleh buat jahat, nanti roh tok wan menangis tgk anak cucu dia jahat. bila dah besar ni aku rasa dia sengaja ckp macm tu sebagai nak cakap jangan buat perangai jahat kot.
X-bos aku yg cina mmg percaya roh orang yg mati akan dtg balik ke rumah selepas mati. Jadi keluarga dia kena bersedia menerima roh yg akan dtg dgn sediakan hidangan yg best2. Pas tu dia jugak citer roh yg ngamok bila cari family dia tak jumpa sebab family dia pindah rumah sebaik saja dia mati. Kelako gak. nanti aku citer bila2 free
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 02:57 PM | Show all posts
Arwah mak aku meninggal tahun lepas. Pada hari pertama, anak aku yg berusia 2 tahun lebih ketika tu tanya kat aku satu soalan, "Mama, apa yg mak (panggilan anak aku kt neneknya) buat kat situ?". Anak aku kata dia nampak arwah mak aku sedang duduk kt depan pintu bilik dia sambil tengok kat orang yang lalu lalang depan dia. (Wallahualam..)

Lepas habis majlis tahlil pada malam pertama, aku & anak aku pun masuk tidur. Lepas aku tidurkan anak aku, aku mula menangis sbb rasa kehilangan yg amat sngt. Masa tengah menangis tu, tiba2 aku rasa mcm ada 1 tgn menggenggam kuat jari2 aku. X tahu kenapa masa tu aku rasa mcm arwah mak yg tgh pegang tgn aku. Tiba2 aku rase cm jari2 aku dilepaskan & anak aku terus meraung sambil ckp, "Mak, jangan tinggalkan Adam". Masa tu aku tgk anak aku da terjaga n dia cakap mak da pergi.

Malam2 seterusnya, kitorang selalu tgk anak buah aku ckp sorg2. Bila tanya, dia kata ckp dgn mak. Ada sekali tu siap die ckp, "Mak, kaki Alif gatal la. Tolong garu." Pastu anak buah aku tersengih sensorang . Anak aku pulak, setiap kali bangun pagi mesti dia cerita yg dia jumpa arwah mak aku n dia ckp arwah mak aku pesan macam2 kt dia. Suh jadi budak baik la, sedekahkan doa la.. Secara logiknya, mcm mana anak aku taw pasal semua ni sedangkan kitorg x pnah pun ckp mcm tu kt dia sbb masing2 tgh sedih.

Malam ke-44, abah aku bermimpi. Dalam mimpi tu dia nampak arwah mak aku tgh duduk kt sisi dia. Masa tu abah tidur dgn sorg adik aku n dorg tdo kt hall. Abah kata mmg masa tu dia nampak adik aku tgh tdo. Dia tnya kt mak aku kenapa x tdo lagi tp mak aku diam je. Pastu dia tgk pipi mak aku bengkak (masa mak aku meninggal, pipi dia mmg bengkak). Abah tnya lagi, kenapa pipi bengkak sambil nak usap pipi mak aku. Tiba2 abah teringat yang mak da meninggal. Terus abah bangun ke dapur. Niat dia masa tu nak kejutkan adik aku yg tengah tdo n nak tnya kalau2 adik aku nampak tak arwah mak yg tgh duduk tu. Tak lama pastu abah mcm tersedar n tengok sekeliling mak da tade.

Keesokan harinya, anak aku pulak bercerita. Dia kata malam tu mak datang jumpa dia. Katanya lagi, mak suruh 'bye' kat mak sbb lepas ni mak da x dtg.. Dia ckp mak aku pesan suruh belajar solat n mengaji supaya dapat sedekahkan doa utk mak. Jangan tinggal sembahyang n mcm2 lg la. Setahu aku, x pnah lak kitorg ckp dgn dia benda2 cmtu.. Pastu anak aku kata mak aku suruh dia lambai kt mak aku n mak aku pun hilang.

Lepas malam ke-44 tu, anak aku totally berubah. Dia langsung tak nak makan, minum, ke toilet n main. Dia just terbaring. Tgh malam je dia meraung. Sampai subuh baru la berenti. Aku terpaksa amek cuti selama 2 bulan untuk pulihkan balik semangat dia. Masa tu sedara mara suruh bawak ke bomoh sbb mungkin terkena badi mayat. Tapi bagi aku, anak aku just rindukan nenek dia sbb dr kecik lagi arwah yg jaga dia masa aku g kerja. Klo nak kena badi, mungkin awal2 lg da kena. Tak perlu tunggu smpai sebulan lebih. Alhamdulillah lepas aku luangkan masa selama 2 bulan jaga anak aku, dia pun pulih cuma selalu sebut pasal arwah n kadang2 menangis sbb rindukan arwah.

Aku tak pasti betul atau tidak dalam masa 44 hari roh akan pulang. Tapi aku pernah la rujuk perkara ni pada seorang ustaz. Menurut ustaz ni, roh si mati aku pulang ke rumah selama 44 hari untuk menjenguk ahli keluarga dia. Sbb tu la ahli keluarga si mati x elok merapat. Betul ke tidak, Wallahualam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 03:15 PM | Show all posts
dulu kawan somi aku meningal kat spital.masa tu kami belum tau yg dia dah meningal.Aku dgn somi ada dgr mcm org berjalan kat pintu belakang, dgn iringan bunyi anjing jiran yg mendayu2.Kami tgh mkn mlm masa tu.Bila somi aku gi check ,tak da lak org,Selepas tu baru somi aku terima call yg menyatai kan kawan dia tu dah takda.FYI,kawan somi aku tu memang selalu dtg kat rmh kami tu.Ada org kata ,kadang2 si mati tu nak bagi tau kat kita yg dia dah takda .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 04:28 PM | Show all posts
Reply  Fieza-mira

hari je 7 pas mak saya meninggal, saya ngan adik tinggal kat family home... ay ...
hiloh2o Post at 3-1-2011 00:03



    Eh! Pengalaman kita nak dekat samalah pasal roh mak awak balik rumah tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 04:32 PM | Show all posts
dua minggu lepas Princess aku takde, satu malam tu aku tercium bau wangi sangat dalam bilik tidor ak ...
nurulcomfykid Post at 3-1-2011 09:35



    Dulu masa sepupu saya baru meninggal, makcik saya selalu terbau wangi kat bilik dia. Dia kata tu roh anak dia balik rumah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 04:38 PM | Show all posts
Roh akan terus dibawa keluar dri alam dunia selepas kematiannya. Kalauada yg nampak si mati secara nyata (bukan dalam mimpi) selepaskematiannya itu adalah Qarin. Tapi Qarin pun hanya aktif dalam tempoh 6hari selepas kematian seseorang. Tapi roh adalah urusan Allah swt.Mungkin ada perkara berkaitan roh yg kita x tahu tapi Dia tahu. Bolehjadi ada orh2 tertentu yg Dia izinkan utk menjenguk keluarganya didunia ini sekejap.
jazim Post at 3-1-2011 11:40


Ya...ada pendapat ulama kata qarin yang balik bukan roh. Tapi ada juga ulama kata roh. Ada satu pendapat tu kata roh manusia yang meninggal bukan semua sampai ke alam barzakh. Ada yang berkeliaran di bumi sebab tak lepas langit pertama. Yang ni kita panggil roh gentayangan....kalau tak silap saya.

Apa2 pun waullahualam...sebab kita tidak di beri ilmu tentang roh melainkan sedikit saja......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2011 04:40 PM | Show all posts
salam TT..
lama tak nampak TT lepas thread malaikat tu dulu..
menarik cite awk ni..
waktu tu kat  ...
melinda_gordon Post at 3-1-2011 12:57



    Tulah....seingat saya takde pinggan kotor kat sinki. Keadaan rumah seperti sediakala, takde bekas orang masuk rumah. Pintu pun berkunci macam biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 04:42 PM | Show all posts
Tulah....seingat saya takde pinggan kotor kat sinki. Keadaan rumah seperti sediakala, takd ...
Fieza-mira Post at 3-1-2011 16:40



    owh yeke??
pelik plak..dulu ade satu thread mana ntah cite pasal bunyi pinggan mangkuk tgh2 malam gak..
ish..skeri jugak kalo jadi mcm tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-1-2011 04:44 PM | Show all posts
Arwah mak aku meninggal tahun lepas. Pada hari pertama, anak aku yg berusia 2 tahun lebih ketika tu  ...
milera Post at 3-1-2011 14:57


Masa bapa saya meninggal, anak sedara saya cerita dia nampak atuknya balik. Tapi anak sedara saya dah besar umur 18 tahun masa tu....tapi dia nampak masa tengah mamai nak terlelap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 05:14 PM | Show all posts
Reply 32# Fieza-mira

a-ah... kat rumah aku time tu pun.. tak de pinggan kotor dalam sink... periuk semua tak terusik...pintu pun terkunci ... tapi mmg clear la ku dengar cam arwah mak aku tengah masak kat dapur...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 06:22 PM | Show all posts
wallahu alam....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 10:26 PM | Show all posts
tu la pasal....

cer cerita! cer cerita!
idakamaruddin Post at 3-1-2011 12:45



    Saya pun curious nih..citer la citer la..tak pun bagi link tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.078625 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list