CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

JAIS Puas Hati Dengan Bukti Dokumen Nikah Datuk Ramli MS-Alyah #pg37

[Copy link]
Post time 28-8-2014 08:13 PM | Show all posts
toxicated posted on 28-8-2014 12:14 PM
umah dia kinrara mana?ade org kinrara tak sini?
dekat the majesty eh sebelah kelab golf tu.
iols  ...

macam kat area BK6, banglo2 tanah lot tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramli xde telur
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:17 PM | Show all posts
iena_jr posted on 28-8-2014 08:13 PM
macam kat area BK6, banglo2 tanah lot tu..


aku syak majestika tu..situ rumah lagi byk cantik2..agaknye dia ingat umah dia dah abis privacy lah tu
Last edited by toxicated on 28-8-2014 11:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul laporan akhbar yg pernikahan belum didaftarkan di Malaysia, sgt lah tak boleh diterima .. Dah berumur pun, nak buat perangai mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:23 PM | Show all posts
chekshu posted on 28-8-2014 09:48 AM
gossip tu betul lah nokkk

kesian sekai

pray reramai for sekai tu aper nokkss.....tak phm la korang tulis aper....kehkehkeh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:28 PM | Show all posts
guesswho09 posted on 28-8-2014 01:32 PM
i tak rasa alya sanggup buat mcm tu
mungkin wartawan atau sesiapa
yg mmg dah tau depa dah kawin
...

kan?   .... rasa ramai jer bengkek ngan si Ramli MS ... sebab xdpt "pengesahan" dr Alyah ... klo kejar Ramli plak dapat "kebiadapan" .... baik bagi mcm ni .... tu makan dia ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 08:33 PM | Show all posts
sapekah yg bertanggungjawab disebalik serbuan ini...bikin kantoi aja...kalau tidak mst depa berahsia lagi hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:46 PM | Show all posts
kenapa la perlu kawen sampai ke batam tu...
si lelaki duda
si perempuan anak dara
nikah kat malaysia kan senang
takut hilang peminat?
peminat skrg dah cerdik la... xde nye nak hilang bagai la...
last2 mcm ni dpt tahu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 08:46 PM | Show all posts


Diserbu JAIS, Suatu Rahmat Buat Alyah Sebenarnya!

Kredit Foto: Instagram Alyah


KL, 28 2014: Hari ni rakan-rakan Murai Batu di portal Murai tidak senang duduk. Terutamanya si Ketua Editornya iaitu Ellyna Ali.

Apa tidaknya dari pagi hingga ke saat ini, tak henti-henti dia menerima panggilan telefon daripada entah siapa entah yang ingin tahu lebih lanjut tentang isu perkahwinan pengarah muzik, Dato' Ramli MS dengan penyanyi Alyah.

Rata-rata bertanya mengapa Ramli MS perlu merahsiakan perkahwinan tersebut? Sedangkan, ramai yang tidak kisah pun dengan hubungan cinta yang terjalin di antara mereka berdua serta keputusan mereka untuk mendirikan rumahtangga.

Iyalah, kalau sudah suka sama suka, apa salahnya. Kalaupun ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan perkahwinan mereka memang betul-betul terpaksa dirahsiakan, tidak payahlah beriya-iya mengelak atau cuba menafikan perkara tersebut sebelum ini.

Sebab, bila kesahihan tentang berita perkahwinan mereka terlerai dan rahsia yang cuba disimpan kemas sebelum ini tiba-tiba pecah, siapa yang akan tanggung malu kalau bukan diri sendiri?

Ironinya, segalanya terlerai apabila mereka diserbu oleh pihak JAIS. Mahu tidak mahu, terpaksalah mereka membuat pengakuan bahawa mereka sudah pun berkahwin di Batam, Indonesia kira-kira setahun setengah yang lalu.

Agaknya kalaulah peristiwa tangkapan ini tidak terjadi, sampai bila agaknya rahsia hendak disimpan? Sampai bila agaknya Alyah terpaksa mendiamkan statusnya yang sudah pun bergelar isteri orang sejak sekian lama ini?

Rasanya inilah suatu  rahmat yang tidak terhingga buat Alyah. Walaupun diserbu JAIS adalah suatu perkara yang memalukan, tetapi akhirnya statusnya sebagai isteri Ramli MS telah pun terjawab akhirnya tanpa ianya keluar dari mulutnya sendiri.

Berkat kesabaran Alyah selama ini agaknya, akhirnya itulah hikmahnya yang diperolehi. Bak kata Pak Mustarjo dalam filem Pendekar Bujang Lapok: "Sabarlah,,, kerana Tuhan akan sentiasa membantu orang-orang yang sabar....".
Apapun, Murai Batu lihat ramai geng wartawan hiburan dan orang-orang industri yang tersenyum puas apabila mengetahui tentang berita perkahwinan mereka, hasil daripada susulan serbuan tersebut.

Seorang editor hiburan di Utusan turut meletakkan sebuah posting yang cukup menarik di laman facebooknya. Posting tersebut ditujukan kepada Ramli MS.

Posting tersebut berbunyi: Wartawan tanya dengan baik, kau nafi, kau mengelak. Wartawan tanya-tanya lagi, kau "maki", kau buat muka sinis tak berjenis. Mati-mati tak mengaku dah kahwin. Àkhirnya, kena libatkan pihak JAIS, tak boleh mengelak dah, terpaksa mengaku korang dah kahwin setahun lebih. Persoalannya, kenapa tak nak mengaku? Buruk sangat ke laki/bini tu sampai tak nak diakui statusnya? Malulah jadi perempuan kalau kahwin, laki tak mengaku bini. Macamanalah masyarakat nak hormat orang seni, kalau begini perangainya? Datuk ke tak Datuk, ada aku kisah?


Ha.. Murai Batu harap perkara ini akan dapat dijadikan iktibar oleh kita semua. Kalau betul kahwin, tak payah nak sorok-sorok dan tak payah nak cuba nafikan. Benda yang baik, harus diuar-uarkan. Kalau tidak diuar-uarkan, Allah SWT sendiri pun boleh 'kantoikan'. Siapa kita hendak tandingi kuasa Allahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:49 PM | Show all posts
JAIS Sahkan Ke Rumah Ramli MS, Dokumen Akan Diserah Selasa Ini



Sumber oleh Harian Metro

PUCHONG, 28 OGOS 2014: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengesahkan siasatan anggota penguatkuasa dibuat lebih kurang jam 7.50 pagi tadi di rumah pengarah muzik terkenal, Dato` Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong dan bekas pengetua Akademi Fantasia itu ketika kejadian turut berada bersama penyanyi Alyah atau nama sebenarnya Hasliah Abu Hassan.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah JAIS, Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataan menerusi SMS berkata, pasangan itu berjaya membuktikan mereka telah bernikah di Batam Indonesia.

"Dokumen asal perkahwinan yg didakwa benar akan diserah kepada jais pd 2/9 (Selasa) untuk penelitian lanjut dan membuat keputusan undang-undang dan hukum syarak.

"Siasatan berjalan lancar berikutan suspek memberi kerjasama yg baik kepada anggota penguatkuaaa yg menjalankan siasatan. Tiada apa2 rampasan dibuat di lokasi siasatan," katanya.

Segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu ketika rumah mereka didatangi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform bersama wartawan dari Berita Harian pagi tadi.



Credits: murai.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:00 PM | Show all posts
x selera tgok pasangan ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:01 PM | Show all posts
dah ko kenapa.... dah kahwin mengaku je la.... mohon @Syd basuh sikit abe romli nih....
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:05 PM | Show all posts
susah2 je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:06 PM | Show all posts
lepas ni bolehlah jihan muse buat lawatan ke rumah ramli ms pula..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 28-8-2014 08:46 PM
Diserbu JAIS, Suatu Rahmat Buat Alyah Sebenarnya!

Kredit Foto: Instagram Alyah

tah2 alyah sendiri yg menyamar report bg info kt Jais
sebab dia dah tak tahan tekanan org bertanya and geram kt laki dia dok buat diam
not impossible kan???? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyDepp posted on 28-8-2014 06:38 PM
Duck face ni saper noks??

Ramli ni naper nk rahsia2 kawen..bukan dua2 solo ke?? Bukan laki oran ...

nora danish & bossned la kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lemak_masin posted on 28-8-2014 05:51 PM
Aku speku...
Kawin kat batam sebab  family alya kat batam..
Taknak register kat malaysia sebab t ...

alyah ni asal org batam ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kamexkame posted on 28-8-2014 09:16 PM
nora danish & bossned la kot

Oh depa pun dah nikah senyap2 ka?

baguihlaaaa...drpd tambah dosa ber couple ke hulu ke hilir.

kesian si alyah ni sampai maduk spital sbb kes ni...kena gastrik katanya...strees dampai gastrik..kekeke

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyDepp posted on 28-8-2014 09:19 PM
Oh depa pun dah nikah senyap2 ka?

baguihlaaaa...drpd tambah dosa ber couple ke hulu ke hilir.

bukan la
nd belum nikah
sbb tu forumer suruh Jais buat kerja!
focus kt yang belum nikah
hewhewhew
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 09:26 PM | Show all posts
slamat pantin baru....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.730665 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list