CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mengkudu2016

Fasa- fasa dalam perkahwinan -Nampak alam lain

  [Copy link]
 Author| Post time 16-5-2019 01:00 PM | Show all posts
Cara Zikir Guna Jari Tangan
Sebelum ni jika nak zikir, sy  guna tasbih, kemudian bertukar kepada counter digital yg kecik tu.. Tp akhirnya sy lebih selesa guna jari sj. Seolah-olah zikir kalimah tu diatur ke jari tangan.
Permulaaan zikir saya bermula dengan kalimah Allah.Saya akan buat dalam 100kali setiap hari selama 44 hari berturut-turut. Jika satu hari miss, kena ulang balik sampai 44hari.
Kaedahnya begini,
1.        Ibu jari tangan kanan akan kira keempat2 jari kanan yang lain termasuk ira jari sampai cukup bilangan 20.  
2.        Bila dah cukup 20kali, satu jari tangan kiri akan angkat tanda 20 sudah dicapai.
3.        Ulang balik kaedah no1 dan no2 sampai cukup bilangan 100.

Zikir seterusnya boleh cuba istighfar dan zikir-zikir lain yang bersesuaian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2019 03:03 PM | Show all posts
Usaha dapatkan anak part1. Sebelum sedar kata kami  kena sihir, ada juga pi berubat cara tradisional. Sy malas nak berurut2 ni tp kenangkan mak dah risau belum pregnant sy cuba la. Lg pun jgr2 balik kg.Sy pi berurut dgn sorg pencen nurse,dia belajar ilmu2 bidan jgk dgn mak dia. Masa berurut tu sy cam sy ada benda lain dgn dia. Sesekali nampak kelibat perempuan muda sebelah. Pas selesai berurut tu tny dia kut2 ada sape2 lg dlm rumah. Dia jwb ada suami dia di bilik depan. Dia syorkan ambil jamu dan beli minyak urut, kami pun beli sebelum balik.  Tak lama pasti kami pi ke sorng pakcik yg katanya pandai berubat nak dia tgk kut2 ada apa2 kat kami berdua. Dia buat agar2 guna air kelapa. Suruh makan 7 hr berturut2. Pastu dia tunjuk brg2 mcm cincin dan rantai. Dia kata semua brg ni dr alam bunian.kalo nak dia kata kena byr ikut harga sana. Waktu tu sy cam rasa nak try beli . Kami beli sorng satu. Bila pakai cincin tu sy rasa pening. Suami kata dia ok sj.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2019 11:08 AM | Show all posts
Berjumpa Orang alim

Jika ada masa cuti, sy akan ajak suami untuk pi berubat di tempat yang agak jauh sikit.  Kali ni kami ke suatu tempat tu. Di situ dengarnya ada orang alim . Dengan susah payah sebab tempat dia agak terpencil jugak la.  Orang alim tersebut tny sejarah sakit2 kami berdua.
Sy tanya dia sebab apa banyak benda pelik2 jadi pada sy dan suami.Dia maklumkan ada gangguan dan pertolongan  yang cuba hampiri kami. Dia mintak kami amal satu ayat dalam al-Quran iaitu Surah Al-Isra’ (81&82).Ayat ini berkenaan Haq(Benar) dan Batil(Palsu). Dia juga bagitau Iman Diluar Akal.

Bagi ikhtiar zuriat,saya dan suami  disarankan untuk berpuasa 7hari berturut-turut. Malam tersebut baca yasin dan lakukan solat taubat dan solat hajat. Lakukan secara berterusan setiap bulan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2019 01:29 PM | Show all posts
mengkudu2016 replied at 13-6-2019 11:08 AM
Berjumpa Orang alim

Jika ada masa cuti, sy akan ajak suami untuk pi berubat di tempat yang agak j ...

sis sila sambung lgi ye. nak2 berkenaan ikhtiar dptkan zuriat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2019 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas saya berkahwin dengan bekas suami, saya kerap mimpi pelik2 dan dia pon kerap jugak mimpi sampai meracau..

Dalam mimpi tu saya xde nampak hantu..hanya kucing...bukan kucing hitam tapi matanya kekuningan cair tapi cantik matanya..
Tapi kucing tu perhatikan saya dengan muka xpuas hati..tenung saya xlepas2..seakan2 marah dengan saya.. dan bekas suami turut ada dalam mimpi tu..

Mimpi yang sama berulang sehinggalah kucing tu mula bertindak attack saya dan beberapa mimpi lain..
Dan bekas suami saya mempertahankan saya dari seragam kucing tu..

Xpernahlah saya mimpi sehingga menggelupur..lepas berkahwin dengan dia tulah kali pertama saya mimpi sehingga menggelupur atas katil..

Dan semua mimpi2 pelik tu berakhir selepas saya mimpikam satu benda menakutkan..tulah mimpi pertama yang berdialog..sebelum2 ni xde dialog hanya mimpi bisu..
Bekas suami tetap berada di sisi saya dalam mimpi tu.. benda tu cakap kau ingat kau kuat, satu hari kau akan kena jugak..
lepas dari mimpi ni, saya dah xde mimpi apa2 lagi..

Dan lama lepas tu saya mula bermasalah dengan bekas suami..sehinggalah kami bcerai sebab dia ada perempuan lain..dah menikah pon dia still cari say cakap sayangkan saya tapi tulah sayang2 pon menikah jugak dengan perempuan tu..

Sehingga sekarang saya tertanya2...apa maksud mimpi saya..kenapa benda tu cakap macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Share lg sis. Berminat sgt nk tahu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-6-2019 08:31 PM | Show all posts
Setelah proses berubat saya dan suami berlangsung  hampir 4 tahun. Kami berubat dgn seorang pakcik nama pak din di area utara. Alhamdulillah badan rasa  ringan dan kami makin sihat, Kaedah yang pak din gunakan ialah tangkap benda2 tu masuk ke dlm botol.  Kami kena santau dah tak terbilang bny,waktu tu banyak kena minum air kelapa untuk buang racun. Dan kadang2 semasa proses rawatan sy boleh 'nampak 'mcm mana cara org tu sihir kami. Dlm bayangan tu sy nampak patung diterbalikkan  separuh badan direndam dlm air. Mmg masa tu separuh  badan ke bawah sejuk.paling ketara masa tg hari. Badan gigil sejuk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 09:42 PM | Show all posts
Alhamdullilah bny benda yg jd namun kami jumpa pertolongan yg baik. Ada ketika  ketika  kerja. Rasa hati mmg ada serangan pg tu. Saya  bny kan zikir lebih dr biasa. Masa tu batuk ters menerus tiba2 terasa sesuatu kat hujung lidah. Buluh2 kecil yg dibentu2. Jumpa 3.sy jumpa perawat bw  dan dia maklum buluh2 tu santau dibawa angin. Alhamdulillah tak masuk badan. Tp ada kesan . Mulut dan lidah bengkak, kumur2 guna air limau purut dan air bacaan yasin.alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2019 09:48 PM | Show all posts
Alhamdulillah melalui pak din & isteri dia,bny maklumkan apa zikir dan ayat yang kami perlu amalan. Bila sampai masa kami suami isteri dah mula untuk berubat diri masing2.  Tak perlu sgt berubat ke rumah dia. Bila keadaan dah semakin baik. Kerja pun dah ok. Kami mula pi berubat di klinik untuk rawatan kesuburan. Bermula la pulak episode yg lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 10:30 PM | Show all posts
Edited by mengkudu2016 at 23-6-2019 10:39 PM

Kami berdua ke klinik kesihatan berdekatan utk dapatkan surat ke hospital. Masa nk ke klinik tu pg tu sy ada dengar suara yg berulang2. Suara tu sebut' bukan ini caranya' . Sy maklumkan pd suami dan kami decide nak teruskan ke tujuan asal kami ke klinik. Suara ni bukan pertama kali sy dengar, dah selalu cuma ayat ja lain.jd suami tak pelik sgt, cuma yg beza kali ni. Sy tak dapat turun dr kereta. Rasa mengantuk dan berat kaki, hampir sejam di luar klinik. Sebabkan ambil masa kerja sy dan suami terpaksa batalkan dan pergi ke pejabat masing2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 10:38 PM | Show all posts
Edited by mengkudu2016 at 23-6-2019 10:59 PM

Minggu seterusnya kami nekad ambil cuti dan terus ke hospital untuk check tahapnya kesuburan msg2. Suara yg sama berulang dan sy tak dpt keluar dr kereta. Walaupun lewat kami dkt jgk ke sana, cuma bab ni bny kali ulang alik. Penat mmg penat tp kami nekad. Dipendekkan cerita mmg bny halangan rekod hilang, nama termiss dan mcm2 lg la. Result masing2 normal. Tak ada masalah siap doctor ckp kami sebenarnya sgt subur.  Cdgn doc kami nk mulakan proses iui.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 11:15 PM | Show all posts
Edited by mengkudu2016 at 23-6-2019 11:26 PM

Penerimaan keluarga terdekat tak berapa bgs. Mak sy tak setuju sy ikut rawatan hospital sebab dlm keluarga semua cepat dpt anak kut.. Entah la. Jd bab bab ni sy tak maklum sgt pd keluarga .  Bila mulakan proses iui badan mmg letih dan emosi, lepas take medical b4 proses iui sy demam teruk.  Sampai suara  tak ada.  Sy period cam biasa, sedih amat2. 3 hr nangis.   Waktu tu mmg emosi yg paling terkesan, sy tak sanggup jumpa org. RS sedih sgt, kemuncaknya sy nangis teruk dengar berita adik sy selamat lahirkan baby.   Waktu tu kak sulung sy ada, kami bergaduh teruk dia marahkan sy sebab tak boleh terima hakikat adik sy dah ada baby. Kak long cam naik hantu pulak dia kata sy busuk hati tak boleh tgk org senang, hati busuk. Sy  cuma nangis sj waktu tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 11:23 PM | Show all posts
Setelah kejadian gaduh tu sy rasakan semua org tak akan faham apa yg sy lalui. Sy putuskan dan telefon mak ayah sy untuk bg masa sy 1 tahun untuk sy selesaikan masalah sy ini dgn suami. Dlm masa stersebut sy tak nak terlibat dgn apa2 aktiviti keluarga. Sy left group.  Sy tak larat nk explain apa lg pd sapa2 pon. Mak ayah terkejut keputusan sy .  Cuma waktu tu saya pikir akan gila jika semua nk sy hadapi dgn tabah tak nangis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2019 11:31 PM | Show all posts
Proses iui ke2 diteruskan dan gagal jgk. Doctor pelik dgn result dan dia syorkan ivf. Sedih mmg sedih ingatkan akan berjaya . Sy Mintak rest dulu sebelum mula proses ivf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2019 09:17 AM | Show all posts
Edited by mengkudu2016 at 26-6-2019 09:28 AM

Jumpa Tabib cina

Ada kawan maklum sorang tabib cina ni pandai tgk sakit apa. Kami ke kedai dia, mmg ramai rupanya yg jumpa  dia kebanyakan melayu. Depan barisan kami ada dlm 6 org. Masa tunggu tu sempat la dgr  dia'dianogsis' penyakit guna buku . Dia tgk denyutan nadi, bawah kelopak  mata, dan lidah. Masa part sy dia ambil masa agak lama,ada buku tambahan yg dia keluarkan cheak.
Tabib tu tny sy ada kena kejutan elektrik ke? Kalau kejutan elektrik yg kecik sebab plug elektrik ke, ada jgk la.. Tp dia maklum kejutan elektrik yg teruk? (dlm hati sy pikir mungkin dia maksudkan sihir agaknya). Benda tu kan api. Lama dia diagnosis. Dia maklumkan  peranakan sy sejuk dan urat saraf tak berapa bagus. Mmg sy maklum saraf sy tak elok sgt. Sebabnya kalo pegang kuali panas pun tangan sy tak rasa. Dulu kalo badan bengkak dan urat tegang sy kena makan steroid.Dos agak tinggi.Tp waktu jumpa tabib tu keadaan badan tak seteruk dulu la..

Dipendekkan cerita dia suruh sy jgn pakai kasut tinggi, jgn minum nescafe , jgn mkn kucai. (sorry sebenarnya ada bny lg tp tak ingat ).. Dia bg ubat suruh makan utk 3bulan.

Suami pon dia diagnosis, tp tak begitu lama dan dia maklumkan saraf  tak lancar. Suami pun dapat ubat juga untuk 3 bulan. Ubat yg kmi ambil ni sekali untuk ikhtiar anak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2019 05:04 PM | Show all posts
Berurut

Saya dan suami cari tempat  untuk berurut lagi. Mula ke rumah kedai berurut dengan orang muslim siam. Masa berurut tu ok, tp selang sehari tu sy demam urat.  Rasanya tak sesuai kut dengan badan.
kami survey lg kali ni ke bidan moden, jumpa sj dia dan suami. Tp masa sembang2 dgn bidan tu, masa sy  'nampak' mata merah. Mcm laser merah menyala. Jadi kami batalkan untuk berurut.

Alhamdulillah pencarian kami tak lama, suami jumpa seorng   yg pandai urut dan bekam sekali.
Saya berurut dengan sorang makcik . Bny tip dan doa yg dia surau amalkan untuk iktiar anak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2019 11:55 AM | Show all posts
mengkudu2016 replied at 3-7-2019 05:04 PM
Berurut

Saya dan suami cari tempat  untuk berurut lagi. Mula ke rumah kedai berurut dengan orang  ...

sabar byk2 ye tt
proses ttc memg xleh stress
sy pun ttc da tiga tahun..masing2 xnak stress dan let follow the flow
kalau stress lg susah nak lekat

utk urut kesuburan, sis boleh try cari naqayla spa kat frim kepong
kak jue tu memg buat rawatan urut khas kesuburan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2019 03:31 PM | Show all posts
C1k_J4h replied at 4-7-2019 11:55 AM
sabar byk2 ye tt
proses ttc memg xleh stress
sy pun ttc da tiga tahun..masing2 xnak stress dan l ...

Terima kasih atas cadangan.. Insyallah jika berkelapangan sy akan ke sana.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 06:26 PM | Show all posts
Assalamualaikum.. Mohon maaf lama tak update..  Alhamdulillah setelah hampir 6thn menunggu. Sy selamat melahirkan seorang baby girl.. Alhamdulillah.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2019 06:28 PM | Show all posts
Terima kasih kepada semua yg sudi membaca kisah sy.. Dan jika ada yg senasib , sabar bny2.. Hanya itu sahaja jalannya. Insyallah ada hikmahnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.321460 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list