CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Azhar Tidak Mahu Dikenali Kerana Berwajah 'Boyish'

[Copy link]
Post time 7-3-2012 07:52 PM | Show all posts
ABPBH 2011 : Keabadian Cinta Azhar

7 Mar 2012, 01:37pm   |   Dhiya



Tinggal lebih kurang sebulan lagi menjelang tarikh anugerah yang dinantikan peminat hiburan tanahair iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. Anugerah yang dianjurkan akhbar berbahasa Melayu terkenal itu bakal menggegarkan puncak keriangan Genting Highland pada 8 April ini. GUA pasti tenaga produksi dan para artis yang terlibat giat mengadakan persiapan bagi memastikan edisi ABPBH kali ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

GUA berkesempatan menemui Juara Bintang Idola Berita Harian 2010, Azhar ketika majlis makan malam khas Rafllesia bersama calon Anugerah Sri Perak baru-baru ini. Anak muda berusia 23 tahun ini berkongsi perasaan terujanya yang diberi amanah mengisi salah satu slot persembahan pada malam anugerah itu nanti.

“Sejujurnya, peluang mengadakan persembahan dalam ABPBH kali ini sememangnya menggembirakan syaa. Berkongsi pentas dengan nama-nama besar industri kita merupakan antara peluang yang berharga dalam kerjaya seni saya. Insya-Allah, saya akan mendendangkan lagu Keabadian Cinta pada malam kemuncak ABPBH nanti”, ujar Azhar atau nama sebenarnya Mohd Azhar Osman.

Pemuda kacak yang berasal dari Kuala Lumpur ini turut mengakui meminati karya-karya Datuk M Nasir dan banyak mendengar lagu-lagu beliau sejak dari kecil lagi. Menjadikan Bob Yusof sebagai idolanya, Azhar berharap kemampuan Bob dalam menyanyikan pelbagai genre lagu dapat dijadikan inspirasi dalam dirinya.

Bakal muncul dengan single yang masih belum diberi judulnya, Azhar kini berkerjasama dengan KRU Studios. Beliau memberitahu komposer berbakat Edry Abdul Halim kini dalam proses menghasilkan single pertama beliau.  Selain meminati genre Balada, pemegang Diploma Pengurusan dari Malaysian Science University (MSU) ini turut meminati irama Malaysia dan tradisional.

GUA yang berkesempatan mendengar alunan Azhar menerusi lagu Fatwa Pujangga dan Kenangan Terindah pada majlis makan malam itu yakin dengan bakat anak muda ini. Dengan pakej sebagai seorang penghibur yang lengkap, GUA tidak hairan jika anak muda ini tersenarai sebagai calon pada edisi ABPBH tahun hadapan.



Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2012 08:09 PM | Show all posts
tak kenal punnnn
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:11 PM | Show all posts
skarang nih era penyanyi ala2 potin tu...


kat utup banyak pengkaber lagu mcm sora derang2 ni...... muka jambu abis
mcm muka baru pecah halkum sume
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:16 PM | Show all posts
muko macam MKI pencinta anjing..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:30 PM | Show all posts
sape ni .. gayah snagat
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:35 PM | Show all posts
Geli laa, lelaki nyanyi lagu Tok Ti, meremang segala bulu gamak nyer... hahaha{:4_231:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2012 09:22 PM | Show all posts
x sedap lah dia nyanyi lagu ct.....suara average jah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 09:32 PM | Show all posts
nama glemer dia ard azhar la....cuba korg tgk2 utube......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2012 02:42 PM | Show all posts
iols ingat pakcik 50an tadi sebelum bukak thread ni.. sekali adik-adik baru lepas tamat spm ghupenye ...
darkzombie Post at 7-3-2012 07:44



   mcm kertas double A bulak...apa kate name triple A
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 03:01 PM | Show all posts
standard retis..
buat la kontroversi sikit..sure popular..
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 03:09 PM | Show all posts
sape retis ni?? x ensem pon...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 03:16 PM | Show all posts
dia ni bila nyanyi lagu ct, nampak mcm pondan. suara x la sedap tara mana sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 05:08 PM | Show all posts
Dah tengok live time datang perform kat Shah Alam. Dalam pic nampak jambu tapi tengok live, tak jambu mana pun. Biasa2 je:-)
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 05:09 PM | Show all posts
Suara dia plak.. erm.. dia boleh le menyanyi tapi suara kebanyakan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2012 05:09 PM | Show all posts
muko macam MKI pencinta anjing..
beta_carotene Post at 7-3-2012 20:16


ko sebut baru ingat..padan la muka cam penah tgk

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 07:37 PM | Show all posts
baju2 dia time perform ak rase agak hazab arr...







tp bile pakai biasa2 ok jgak muka heolss



kredit gmbar dri peminat tegar heolss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2012 10:12 PM | Show all posts
good luck dalam indutri hiburan
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 08:43 AM | Show all posts
jambu air
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 08:54 AM | Show all posts
fashionista................
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 10:13 AM | Show all posts
iols baca sekali lalu 'muka berwajah boyan'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.123795 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list