CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JurnalMistik

[KOLEKSI PENGALAMAN SERAM ] by JurnalMistik *updated 18 JAN 2013**

[Copy link]
 Author| Post time 13-1-2013 01:53 AM | Show all posts
oklah..

masa untuk tidor..ngantok weh..

kita sambung esok pulak..insyaAllah..

selamat malam smua..

nite-nite..switdrims uols !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2013 10:34 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan Salam Hari Minggu untuk semua.

Pagi yang nyaman dan sejuk hari ini..maklum le hujan...

InsyaAllah saya akan cuba update thread ni hari ni..

Tunggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 01:01 PM | Show all posts
theflash posted on 13-1-2013 11:32 AM
check in

thnx theflash

saya mmg follow thread "Penampakkan Tokong Siam" dan "Aserama" awak.

mmg angker !
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 01:06 PM | Show all posts
JurnalMistik posted on 13-1-2013 01:50 AM
thanx..

thread kedua dah update..

ok2...nak g baca ni...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 01:09 PM | Show all posts
JurnalMistik posted on 13-1-2013 01:01 PM
thnx theflash

saya mmg follow thread "Penampakkan Tokong Siam" dan "Aserama" awak.

ohhhhhhhhhhhhh


yeke ? tak sangka
terima ksaih sudi baacaa

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 02:21 PM | Show all posts
Kenapa tak tanya kat kakak tu apa yang dia nampak? Huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2013 02:34 PM | Show all posts
mujur la akak tu x pengsan kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 02:36 PM | Show all posts
nak check in jugak
sya suka nga jln penceritaan n penulisan TT..sangat cantik!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2013 02:42 PM | Show all posts
AlienGurlz posted on 13-1-2013 02:21 PM
Kenapa tak tanya kat kakak tu apa yang dia nampak? Huhu



Dalam keadaan cuak mcm tuh..tak terpikir pulak nak tanya Kakak tol tuh.. tambah pulak lepas dia memalingkan muke dia ke depan..terus tak bergerak-gerak Kakak tol tuh.. takot sungguh gamaknyer.. hee..!! seriau..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 02:43 PM | Show all posts
adel7 posted on 13-1-2013 02:34 PM
mujur la akak tu x pengsan kat situ.

tuh la pasal...kalau le pengsan..lagi naya...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 02:44 PM | Show all posts
ikastacia posted on 13-1-2013 02:36 PM
nak check in jugak  
sya suka nga jln penceritaan n penulisan TT..sangat cantik! {:1_551: ...

terima kasih ikastacia sebab sudi membaca..



Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 02:45 PM | Show all posts
JurnalMistik posted on 13-1-2013 02:43 PM
tuh la pasal...kalau le pengsan..lagi naya...

hehe. akak tu kuat smngt. mungkin dia dah byk kali berdepan benda2 mcm ni kot.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 02:52 PM | Show all posts
sama2..nak sambungan lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 05:22 PM | Show all posts
Sorry sebab lambat update ..maklum le..hari minggu...lepak-lepak ngn isteri and anak-anak..
Ok..di sini ade satu lagi kisah..


[ KISAH 2 ]

[ Wan...Setan...Wan.. ]
berlaku pada awal tahun 1995.


  Kisah ni memang sudah lama. Tapi ianya adalah antara pengalaman yang pasti aku tidak akan lupa. Ia berlaku di sebuah restoren American C****'s ( sekarang di kenali sebagai C****'s sahaja) di Bangunan Shahzan Tower , Jalan Sultan Ismail (aku tak pasti sama ada bangunan ini sudah bertukar nama sekarang). Restoren inilah yang memulakan kerjaya aku sebagai CHEF. Yep, aku seorang CHEF . Aku mula bekerja di situ sejurus selepas aku menghabiskan SPM (tahun 1994) lebih kurang pada bulan Disember. Aku di terima kerja di situ bersama rakan-rakan sekolah yang lain; termasuk aku 5 orang semuanyer. Nak cari duit poket, tambah lagi lepas exam SPM, BEBAS beb ! Nak pakai duit lebih sikit! Kami di terima bekerja di situ di sebabkan restoren itu baru di buka. Alhamdulillah, syukur.

  Jadi, bermulalah pengalaman kami sebagai PEKERJA - wahh..rasa macam sudah jadi GROWN UPS ! Kami berlima, (aku, Aril, Emy, Amad dan Wan Specky) di tugaskan di dapur. Tercapailah cita-cita aku untuk kerja di dapur.

  Dua bulan pertama bekerja di situ tidak mendedahkan apa-apa peristiwa seram atau sebagainya baik pada aku mahupun rakan-rakanku yang lain. Kejadian ini adalah yang pertama berlaku pada diriku pada bulan ketiga aku bekerja di situ. Memang aku tidak pernah menjangkakan hal sebegitu akan berlaku.

  Hari itu aku bekerja shift  petang, maksudnya sampai restoren tutup. Memang shift favourite aku dan kawan-kawan lain. Malam itu restoren busy , kami berada di dapur dari jam 6.30 sehingga jam 10.30 malam. Usahkan hendak hisap rokok, hendak ke toilet pun tidak boleh. Section masing-masing perlu di jaga.

Humangaii..busy giler weh malam nih ! Cam s**l !  Jem aku..  rungut Wan Specky sambil mengelap cermin matanya yang kabur - berminyak agaknya.

  Aku senyum. Lah..biasa la Wan..hujung bulan ..orang nak makan kat luar, kan..macam kita jugak.. jawab aku sambil mengemas section aku yang bersepah.

Li (aku, penulis) , jom isap rokok. "Bateri " dah nak kong nih . Wan Specky mengajak.
Arr..Orait ! Bagi aku 5 minit ..aku nak kemas kejap, malas le..kang Abg Man masuk dapur, tengok bersepah..masak kita weh.. 5 minit orait?  ujar aku.
Wokeyy.. aku tunggu kat belakang..  jawab Wan Specky sambil berjalan ke belakang.

Okeh..dah siap.. kata aku sambil berjalan menuju ke office Encik Abdul Rahman ( General Manager ).
Abang Man.. aku ketuk cermin pintu office , saya pergi isap rokok jap ! pintaku. Dia mengangguk.
Thank You.. jawab aku sambil terus ke pintu belakang tempat Wan Specky menunggu aku.

Lamanye "dol"..! marah Wan Specky.
Hek eleh..rilek arr.. jawab aku selamba. Aku bagitau Abang Man tadi..kita gi isap rokok..ko tau le dia .. sambung aku.

Smoking area  terletak di tempat letak kereta. Jarak untuk ke sana lebih kurang 50 meter dari pintu belakang restoren. Jalannya juga sedikit berliku dan berselekoh. Di antara jarak ke tempat letak kereta itu, terdapat sebuah tandas untuk kegunaan pekerja. Di saat aku keluar dari liku atau selekoh yang pertama, aku dapat melihat satu bayangan hitam melintas laju keluar dari selekoh kedua dan menghilang ke dalam tandas. Memang laju. Aku tersentak. Berderau darah aku serta-merta.

Amender tuh ?  soal aku dalam hati.
Wan..ko nampak tak..ade bende melintas depan kita tadi..? soal aku.
Tak nampak pon..  jawabnya sambil mengelap lagi cermin matanya.
Cheh..! Mana nak nampak..ko tak pakai "spek" !  kataku. Perasaan ko kot..dah la..  balasnya.
Ye kot..perasaan aku kot..  bisikku, nak menyedapkan hati.

  Kami berdua sampai di smoking area. Gelap. Tidak ada kereta di situ sebab kebanyakan kereta di situ adalah milik pekerja-pekerja pejabat di bangunan itu.

Li..bak rokok sebatang..  minta Wan Specky.
Chett! Asik nak menge"pow" je le ko nih ! Kami gelak.

  Lebih kurang 10 minit kami di situ, sambil mendengar ngomelan Wan Specky, fikiran aku masih lagi kepada bayangan hitam tadi.

"Dol" ..! Jom masuk.. Closing time..! aku tersentak dari lamunan.
Jom !  jawabku sambil menghembuskan beberapa sisa sedutan asap rokok.. Fuhh..fuhh..

Eh..aku nak kencing le..  kata Wan setibanya kami di tandas.
Orait.  jawabku ringkas.

  Kami masuk ke dalam tandas. Wan menuju ke sinki. Aku nampak dia menanggalkan cermin matanya dan dia meletakkannya di tepi sinki. Dia mula membasuh mukanya. Aku pula terus ke urinal bowl di tepi dinding. Ada 3 urinal bowl semuanya yang betul-betul menghadap cermin tingkap gelap tandas itu.Pelik, selalunyer aku akan memilih untuk membuang air kecil di tandas yang berpintu, tapi malam itu spontan aku memilih untuk ke bowl  pula. Wan Specky menyertai aku sejurus selepas itu.

Eh..mana "spek" ko Wan ?  tanya aku.
Tuh.. dia memuncungkan bibirnya.

  Jarang dia meninggalkan cermin matanya. Maklumlah Wan Specky ni memang rabun dia, tahap super. Super Rabun ! Nyawa aku weh ! Teringat aku jawapannya bila di tanya pasal "spek" dia.

  Dalam pada waktu kami "melepaskan hajat" , tiba-tiba perasaan aku tertarik pada sesuatu yang aku rasakan asyik memerhatikan kami sejak dari kami masuk ke dalam tandas lagi. Aku dapat rasakan yang kami seperti di perhatikan. Aku melihat ke depan. Ke arah tingkap cermin gelap dan besar di depan kami. Nampak refleksi kami dalam cermin gelap itu. Namun, aku tersentak apabila aku terpandang pada sepasang mata yang kemerah-merahan, yang betul-betul berada di depan aku. Aku cuba fokus. Aku perhatikan semula cermin itu. Ya ! Benar ! Sekujur tubuh besar dan hitam sedang bertenggek di luar tingkap cermin itu. Matanya merah menyala. Lidahnya terjelir keluar. Dan yang pastinya aku nampak tanduk! Ya, TANDUK. Sepasang tanduk yang runcing tajam. Ya Allah ! Apa tu ?!

Ya Allah Wan !!  Ape tuhhh.. ?!  nada aku seakan lemah dan longlai.Aku dapat rasakan darah aku mengalir, menyirap dari hujung kaki menuju ke kepala dengan pantas. Aku dapat rasa seolah-olah kepala aku membesar sebesar bakul. Aku rasa lemah.

Mana..?! Mana..??  jerit Wan Specky.
Tuhh..kat depan tuh..!! jerit aku pula.

Wan..! Setan..Wan..!! Setan.. Lari ...lari !!!  aku menoleh ke belakang dan terus berlari keluar dari tandas. Aku sendiri tidak pasti sama ada "hajat" aku tadi sudah lepas ataupun belum. Yang pastinya aku mahu segera keluar dari situ. Dalam aku berlari keluar, telinga aku dapat mendengar jeritan Wan Specky di dalam tandas.

Ali..!! Weii..Ali..!!  Mana kau.. Jangan tinggal aku weii.. Aku tak nampak nih..! Aliiii...!! Sejurus selepas itu aku sempat juga mendengar Wan meng'azan' di dalam tandas.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar !!

  Aku terus berlari de dalam dapur.

Ko pahal Li..?  tanya Aril. Aku tercungap-cungap, seperti kehabisan nafas.
Wan..Wan..Setan..setan..toilet..  aku tergagap-gagap sambil tangan ini menunjuk ke belakang.
Rilek..rilek.. kata Aril sambil mengurut-ngurut belakang aku.
Okeh..okeh.. aku cuba untuk tenang.

  Selang beberapa minit kemudian, selepas aku kembali tenang, ak ceritakan apa yang berlaku tadi. Semua rakan-rakan kerja aku lihat mula menggerumi aku, termasuk Abang Man. Maklumlah keadaan menjadi kecoh tiba-tiba.

  Abih..Wan mana?  soal Abang Man setelah aku selesai menerangkan apa yang berlaku.
Dalam toilet lagi kot..  jawab aku perlahan. Aku lihat Abang Man tersengih. Dah..dah..pergi tengok kawan ko tuh..mana tau pengsan ke..K.O ke ?  arah Abang Man sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Cheh! Sempat lagi tuh perli.  Itulah Abang Man, kekadang tu sarkastik sungguh tapi dia memang baik. Seorang BOS yang terbaik.

Dah Li...jom carik Wan..  ajak Aril. Aku mengangguk.

  Aku mengikut dari belakang.

  Sesampai sahaja kami di pintu tandas, kami dapat mendengar dengan jelas suara Wan Specky di dalam. Menangis dan merintih. Di selang-seli dengan bacaan Surah al-Fatihah.

Ali..mana ko Li.. kenapa ko tinggalkan aku Li..aaaa...!  rintih Wan.
Bismillah hirrahman nirrahim.. Alhamdulillahi robbil 'a lamin..  suara Wan membaca al-Fatihah.

  Serta-merta ketika itu aku dengan Aril tergelak. Ketawa terbahak-bahak. Kelakar pun ada. Kalau korang  ada pada waktu itu. pasti korang pun akan tergelak. Aku berani jamin. Aku nak buka pintu, Aril melarang.

Tunggu kejap..bior dia abihkan Fatihah tu..  pinta Aril. Cheh!!

  Aku membuka pintu tandas sebaik sahaja Wan menghabiskan bacaan Fatihah. Kami lihat dia merangkak di atas lantai tandas sambil meraba-raba mencari sesuatu. Yep! Cermin matanya.

  Wan..! Ko OK ke ?  tanya Aril sambil menolongnya untuk bangun. Aku pula pergi mengambil cermin matanya yang jatuh ke bawah sinki. Patutlah Wan tak jumpa.

  B**i la ko Li.. Ko larik macam tuh je..Ko bukan taktau..aku bukannye boleh nampak kalau tak pakai spek..  rintih Wan Specky sambil membetulkan kedudukan cermin matanya.

Sori la Wan.. aku panik la "dol"..  Aku memandang ke arah cermin tingkap gelap itu. Tidak ada apa-apa.
Dah aku nampak bende tuh..kan aku cakap kat ko suruh lari.. aku pun lari le..aku ingat ko ade kat belakang.. kataku sambil tergelak kecil kerana teringat kembali reaksi Wan sebentar tadi.

Kat situ la aku nampak bende tuh tadi..  aku tuding jari. Besar Ril...mata merah..siap ade tanduk lagi..lidah terjelir.. huiiih...tengok..meremang bulu roma aku......

  Kami beredar.

  Dalam perjalanan pulang malam itu,

Ko nampak tak tadi Wan ?  tanya aku.
Aku tak nampak ape.. yang aku tau..aku dengar macam suara mendengus kasar..kuat..betul-betul lepas ko jerit suruh lari.. Tuh yang aku 'bang' tuh.. Dua tiga kali jugak la aku azan...
Ko nampak ape Li... SETAN ke..??
  
  Aku senyum.


         SEKIAN.

nantikan seterusnya.

  





  




  




  




  



Last edited by JurnalMistik on 13-1-2013 05:28 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 05:29 PM | Show all posts
adel7 posted on 13-1-2013 02:45 PM
hehe. akak tu kuat smngt. mungkin dia dah byk kali berdepan benda2 mcm ni kot.

haah...saya pon rasa macam tuh jugak..

*btw thread dah update.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2013 05:31 PM | Show all posts
ikastacia posted on 13-1-2013 02:52 PM
sama2..nak sambungan lagi

ok..

thread dah update.

sila-sila le baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2013 05:54 PM | Show all posts
insyaAllah saya akan sambung malam nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 11:33 PM | Show all posts
JurnalMistik posted on 13-1-2013 05:29 PM
haah...saya pon rasa macam tuh jugak..

*btw thread dah update.

hehe. dah bace. x sbr nk bace cite strusnye

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2013 11:24 AM | Show all posts
adel7 posted on 13-1-2013 11:33 PM
hehe. dah bace. x sbr nk bace cite strusnye

sori..smlm x dpt update thread.. tertido awal...

insyaAllah ader kisah lain hari nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2013 11:26 AM | Show all posts
theflash posted on 13-1-2013 01:09 PM
ohhhhhhhhhhhhh

uihh...saya mesti baca...

semakin angker... terbaek TT  !!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.557105 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list