|
menangis ayaq mata darah macam pontianak sundal malam, orang kata sebabnya, dulu cara kematian dia sangat menyedihkan, maybe bunuh diri, kena bunuh dan tak dak pembelaan, so tu yg dia pilu sangat, menyesali kisah lampau yang tak dapat di repair balik...entahlah... |
|
|
|
|
|
|
|
BAHAGIAN DUA
Malam itu, satu family tidak dapat melelapkan mata kerana risau akan keadaan Edi. Masing2 berjaga hingga ke siang. Alhamdullillah, Edi tidur lena sampai la ke petang. Bila dia sedar, keadaannya nampak seperti normal. Dia ke toilet, makan, tgk tv dan sebagainya. Sehinggalah masuk waktu maghrib. Edi mula meracau2.
Bagi keluarga angkat aku, perkara2 mistik mcm ni sudah biasa. Dah memang sah salah Edi. Jalan waktu senja. Mungkin terkena sampok atau apa. Abis kuat pun demam sehari dua. Lepas minum air penawar, selalunya semua akan ok semula. Tapi menangis air mata darah itu agak mengejutkan. Sebelum Edi meracau, mak angkat aku sempat bawa Edi ke klinik. Mereka semua ingat mungkin ada kaca termasuk ke dalam mata Edi. Setelah diperiksa, ternyata Edi tidak mempunyai masalah mata.
Lepas Isyak, bapak angkat aku menjemput seorang ustaz. Setelah di baca2, ustaz ini pun berceritalah tentang sesuatu yang amat menakutkan sehingga menyebabkan hampir kesemua yg ada disitu lari bertempiaran. Kuntilanak minta Edi berkahwin dgn anaknya yg juga seekor kuntilanak.
Semasa malam kejadian pada pandangan mata kasar Edi dan Mira, mereka berdua tidak nampak apa yg di langgar oleh Edi kecuali terdengar suatu bunyi hentakan yg agak kuat. Walau berasa kurang enak, mereka tetap meneruskan perjalanan mereka. Yang sebenarnya apa yg berlaku ialah Edi telah melanggar seekor kuntilanak remaja. Akibatnya, kaki kuntilanak remaja ini patah. Ibunya amatlah marah dgn apa yg berlaku dan mahu Edi bertanggungjawab dgn mengahwini anaknya. Bagaimana? Dengan mengambil nyawa Edi.
Ustaz juga sempat bertanya kepada kuntilanak itu dari mana asal mereka dan bagaimana boleh berada di sini. Menurut ibu kuntilanak itu, mereka berasal dari seberang. Di bawa oleh orang seberang itu sendiri sebelum menetap di Pangkor. Perjanjiannya ialah menjaga keselamatan tuannya dalam perjalanan dari tanah seberang ke Pangkor. Malangnya setelah menetap di Pangkor, tuannya telah membuang mereka di kawasan yg terpencil di Pulau Pangkor itu sendiri. Tinggallah mereka anak beranak di situ. Menurut ibu kuntilanak itu lagi, bukan mereka sahaja yg menetap di situ. Ada bermacam2 lagi.
Puas lah ustaz itu memujuk ibu kuntilanak itu melepaskan Edi. Namun semua pujukan tidak di endahkan. Tambahan anaknya itu sudah mula jatuh hati pada Edi. Dan mati2 mahu bersuamikan Edi. Menangislah mak angkat aku dan yg lain2. Semuanya risau akan keselamatan Edi.
Setelah tidak mampu lagi utk memujuk ibu kuntilanak itu, ustaz meminta diri untuk pulang. Ustaz meminta keluarga angkat aku supaya jgn berhenti berdoa kpd Allah. Katanya, esok dia akan dtg lagi melihat Edi. Dan keluarga angkat aku pula telah berbincang untuk bergilir2 menjaga Edi.
Jam 3am. Giliran Black menjaga Edi. Black melihat Edi tidur nyenyak di sebalah Yana. Hubungan Black dgn Edi tidak lah begitu baik. Mungkin kerana Edi anak bongsu, mak selalu melebih2kan Edi. Black tenung wajah adiknya itu dalam2. Kesian. Sayang. Menitik airmata Black tak sanggup kehilangan adik bongsunya itu. Black kemudiannya ke dapur membacuh kopi. Sambil menghembus asap rokok, dia ternampak sosok tubuh wanita sedang berjalan terhencut2. Dia membelakangi wanita itu. Rambut perempuan itu sgt panjang. Bukan sahaja mencecah lantai tetapi sudah menyapu lantai. Wanita itu berjalan terhencot2 lalu menaiki tangga. Setelah itu wanita itu hilang. Black menggosok2 matanya. Tetiba….Edi. Dan sekali lagi Edi bertenggek di atas palang. Kali ini Edi tepat memandang ke arah Black. Bola mata Edi sudah tidak kelihatan kerana disaluti darah dan kemudiannya mengalir jatuh menitis membasahi pipi. Black panic. Dia teringat kata2 ustaz. Dalam hatinya, Black geram dan marah. Dia tidak mahu adiknya mati krn kuntilanak. Ya, Black tahu semua org akan mati. Tapi bukan begini. Dan bukan malam ini. Dengan lafaz Bismillah, Black menjerit….MAKKKKKKKKK!!!!!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adoi mak..cepat ler bersambung.
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi laaa TT.. pembaca setia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
berdebar2 aku baca kisah ni |
|
|
|
|
|
|
|
sorry la korang. aku rush for the meeting jam 3pm ni.
if sempat after meeting aku post lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabor rasenye nk bace smbungan
|
|
|
|
|
|
|
|
haihhh....berdebar2 ni nk tunggu sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
hazz11 posted on 26-8-2014 08:25 AM
Pangkor Beach Resort tempat haz mengajar scuba diving situ ada satu, kul 5pm ke atas dia start tengg ...
keje situ ke?
kami selalu lepak situ kalau ke sana
pangkor beach resort
|
|
|
|
|
|
|
|
Komen dulu seblom baca..... Seram siot baca tajuk
ok back to backlogging... |
|
|
|
|
|
|
|
leenaz posted on 26-8-2014 08:59 PM
keje situ ke?
kami selalu lepak situ kalau ke sana
pangkor beach resort
tak kerja situ pun
hanya conduct class scuba diving dari navy lumut
tapi selalu juga ler "makcik tu" tenggek kalau dah after 5pm...
scary juga rupa dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
leenaz posted on 25-8-2014 11:32 PM
aku bole sahkan
sebab aritu aku pegi
mmg lalu satu kawasan kat pangkor
aku jenuh nak recall.
tapi umah tu tak nampak dari jalan kan.
pendek kata, kalo ko naik van merah tu, tak nampak kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
hazz11 posted on 27-8-2014 04:29 PM
tak kerja situ pun
hanya conduct class scuba diving dari navy lumut
tapi selalu juga ler "makcik ...
tenggek je kan...tak ada ngilai2?
|
|
|
|
|
|
|
|
anne_boleyn posted on 27-8-2014 02:43 PM
sorry la korang. aku rush for the meeting jam 3pm ni.
if sempat after meeting aku post lagi.
edi masa tu berapa umurnya? kut nak dikawinkan dgn kuntilanak.
kalau remaja, tak mungkin le kut...
|
|
|
|
|
|
|
|
best best semua citer ang best2 belaka |
|
|
|
|
|
|
|
iznanaziz posted on 27-8-2014 04:56 PM
edi masa tu berapa umurnya? kut nak dikawinkan dgn kuntilanak.
kalau remaja, tak mungkin le kut.. ...
Edi sekolah menengah lagi time tu. Form brp aku tak ingat.
|
|
|
|
|
|
|
|
az4620 posted on 27-8-2014 04:59 PM
best best semua citer ang best2 belaka
ni baru intro je ni....belom masuk dugaan2 masa berubat dan permintaan ibu kuntilanak tu
mmg merapu. tapi demi utk menyelamatkan edi, semua ikut kan jugak la
aku pun tak tahu nak klasifikasikan syirik ke tak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|