CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acun

[Penulis] Novelis Noor Suraya

[Copy link]
Post time 12-9-2010 02:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by cinta_ungu at 12-9-2010 21:19

Assalamualaikum wbt.

Saya baru selesai menelusuri kisah Jaja & Din..Maaf ulasan saya sedikit panjang.

Sebak, sedih, terharu, gembira semua bercampur aduk. Betapa saya rasa dengan izin Allah swt kisah Jaja & Din ini telah membuka pintu hati saya untuk menilai kembali peribadi, amal serta ilmu yang saya miliki setakat hari ini. Sayangnya Allah swt kepada saya kerana masih mengingati saya dalam lumpur dosa saya dan memberi peluang untuk saya berubah. !~

Betapa saya terkesan dengan watak Jaja yang begitu tulus menerima dengan hati yang terbuka untuk dibentuk menjadi muslimah sejati oleh suaminya, Din. Betapa terkesan saya dengan watak Din yang begitu tabah & sabar membimbing wanita yang kurang serba serbi bukan dari aspek gaya hidupnya tetapi dari aspek peribadi, amal & ibadahnya. Dan betapa mereka mensyukuri nikmat dunia yang diberikan oleh Allah swt. Alhamdulillah.

Berkali-kali air mata saya meluncur laju bagai air terjun (berlaku tanpa saya sedari) apabila membaca tentang kasih sayang mereka yang tulus ikhlas kerana Allah swt.

Ketika Din menasihati Jaja supaya bersolat di awal waktu. Dan ketika Jaja menangis teresak-esak mengenangkan solat yang perlu diqadha' , saya terus sebak kerana saya juga sering lalai dalam menunaikan perintah Allah yang satu ini.  Sering solat di akhir waktu. Semoga Allah swt mengampuni dosa & kelemahan saya ini. Sekarang ini sudah bersemangat untuk bersolat di awal waktu. Azan di masjid pun boleh dengar sehingga ke rumah. Cuma saya yang selalu melengah-lengahkannya. Takut sungguh kiranya nyawa saya diambil ketika belum sempurnakan solat yang sudah masuk waktunya. Nauzubillah.

Apabila saya membaca kisah Jaja & Din ini, terus saya terfikir. Dengan keadaan saya yang serba serbi kekurangan & masih berlumpur dosa ini berpeluangkah saya untuk ditemukan oleh Allah swt dengan lelaki beriman, budiman & berpekerti luhur seperti Din? Yang dapat membimbing saya didunia dan akhirat tanpa jemu dan amarah, dengan lemah lembut dan berhikmah? Terlalu banyak yang perlu saya perbaiki. Yang selama ini saya hanya memandang enteng saja akannya.

Terlalu banyak yang boleh dicernakan dan diambil sebagai pengajaran & iktibar untuk diguna pakai bagi memperbaiki personaliti, amal & ilmu kita. Kisah-kisah para nabi, sahabat-sahabat nabi dan pejuang2 di zaman Rasulullah saw. yang diselitkan juga sangat bagus untuk mendidik masyarakat kini yang saya kira telah melupakan atau tidak mengendahkannya.  Terlalu banyak yang ingin saya ceritakan tentang rasa hati saya terhadap kisah Jaja & Din ini tetapi bak kata Noor Suraya - saya jadi kehilangan kosa kata untuk berbica lebih lanjut tentang karya bagus ini.

Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penulis Noor Suraya di atas karya beliau yang saya kira telah berjaya menggerakkan sedikit hati saya untuk berubah ke arah yang lebih baik.Saya tidak tahu bagaimana kesan kisah Jaja & Din ini kepada orang lain. Tetapi naskah yang kecil ini memberi kesan yang besar terhadap saya. Benar-benar berjaya mengharukan saya. Jazakillahu khairan!~


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2010 12:25 PM | Show all posts
jaja dan din mmg paling meninggalkan kesan kt hati...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 10:43 PM | Show all posts
upkan thread ni...

bile ye kak su nak kuarkan novel baru  ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 04:08 PM | Show all posts
lola suka sangat dengan jaja & din, cerita dia penuh pengisian
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2010 08:56 PM | Show all posts
aku pun...sangat sayangkan jaja n din..bilela ade peluang nak ulang bace..NTS pon best..syahdu sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2010 10:53 PM | Show all posts
Buku Noor Suraya sememangnya tidak menghampakan
saya sudah baca kesemua karya beliau .....
bermula dari Creative Enterprise .....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2010 11:09 PM | Show all posts
nyanyian tanjung sepi paling berkesan di hati..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 11:35 PM | Show all posts
Reply 581# cinta_ungu


...sangat setuju...dari e-novel lagi naskhah ni sudah menawan jiwa saya...

insyaallah, berdoa lah sentiasa pada-Nya moga ditemukan dengan"din" CU nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2011 01:56 PM | Show all posts
salam, saya baru habis membaca Nyanyian Tanjung Sepi  (NTS) semalam, sungguh menyentuh perasaan, terasa semua wataknya hidup...khalida, dr aqmar aziz, zainur arief, tunku dara dll...
selama ini saya x pernah terpanggil nk membaca novel noor suraya, dulu my fav. penulis sekitar aisya sofea & anis ayuni je,  sejak cuba2 beli novel JS secara online hujung thn 2011 (diskaun 30% ma..), jaja & din, saya dah menyukai gaya tulisan noor suraya, bila dh baca NTS, lagilah mengesankan...
betulla...begitulah kehidupan...mungkin sebagai peminat novel, mesti kita nak happy ending nya mengikut kehendak kita....tapi realiti kehidupan memang berbeza...
untuk noor suraya...selamat terus berkarya...lepas ni nk kumpul semua novel karya kak su...all the best
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 04:59 PM | Show all posts
Alhamdulillah..rasenye dah tkumpul semua hasil tangan kak su...sayang dia...kisah2nya penuh makna..bile baca,,saya hanyut tbuai..syok sgt..terima kasih kak su..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 12:30 AM | Show all posts
apa karya terbaru kak su yekk?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 02:24 PM | Show all posts
top 3 ranking novel noor suraya dari saya:
1. nyanyian tanjung sepi (rasa watak2 dlm novel ni hidup...sangat syahdu & mengesankan)
2. jaja & din
3. surat ungu untuk nuha
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2011 12:54 PM | Show all posts
Reply 592# nur_suria

salam semua,

sy pon peminat noor suraya....
novel2 dia mmg best sgt!
skang ni tgh kumpul sume novel2 dia dr CESB smpi la JS..
yg terbaru utk bookfair ni bertajuk  "Langsir Biji Remia"
jom kite dptkan copy buku ni...
best!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 11:26 AM | Show all posts
pesta buku april ni kaksu ada novel baru tak?dah skodeng kat blog kaksu tapi tak dapat jawapan...tak sabar nak baca buku baru..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 01:03 PM | Show all posts
Reply 581# cinta_ungu


   Pada akak, Jaja&Din the best from kak su. Sangat menyentuh hati dan perasaan akak, sungguhpun akak dah kawin, akak admire lelaki macam Din, dan harap dapat menantu macam Din... Cuma tajuk novel ni je yang nampak macam tak dapat nak tarik pembaca novel, kecuali yang tegar dgn kak su.
Best bila Jaja sedaya upaya segala usaha p cari Din sampai sanggup balik kampung dan lalu jalan dalam, tepi kubur, nak tengok kot-kot Din ada lagi kat tepi kuburan tu... (Jodoh pertemuan di tangan tuhan, tapi kita usaha).
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 01:07 PM | Show all posts
casay siap promote buku Jaja&Din dekat kakak, adik pompuan & adik lelaki casay lg..
hasilnye kami s ...
casay Post at 25-8-2010 14:18


Mintak kak su buat filem Jaja&Din, mana tau boleh top macam Ayat-ayat Cinta - HES tu... best! pastu buat yang x ada bab pegang2 peluk2... dah tak larat nak tengok diorang blakon peluk cium pipi (walaupun ada selendang tutup pipi)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2012 03:23 PM | Show all posts
Reply 596# liya71a

saya tak setuju la kak liya jika penerbit filem/drama malaysia nak adaptasi novel kak su.. biar karya kak su ekslusif dalam minda pembaca novelnya sahaja
watak Din yg wajahnya digambarkan sangat mendamaikan itu sangat susah nak cari pelakon yg layak..hehe biarlah saya saja berangan2 dalam fantasi wajah Din tanpa perlu dilayar perakkan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 03:33 PM | Show all posts
Reply 597# lowgil


    lowgil saya pun berpendapat sebegitu, bukan apa takut penerbit dan pengarah filem tak dapat sampaikan apa yang nak kak ku sampaikan...apatah ni filem dakwah...tak ada lagi filem dakwah kat malaysia yang begitu mengesankan seperti karya dari Indonesia..antaranya spt ayat-ayat cinta dan terbaru filem hafalan sholat delisia, saya menangis menonton, terasa insaf dan amat menyentuh hati...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2012 04:23 PM | Show all posts
Reply 598# sapp73

tentang filem Ayat-ayat Cinta, penulisnya habiburrahman sendiri tidak berkenan dgn cara karya beliau diangkat ke layar perak. ada bahagian yang keterlaluan dalam filem itu, tidak menggambarkan mesej seperti dalam novel yg sebenar.

sebab itu novel kedua yg difilemkan iaitu Ketika Cinta Bertasbih, penulisnya yg menentukan sendiri dari pelakon sehingga bagaimana KCB selayaknya di pentaskan. Hasilnya mesej dalam novel KCB berjaya disampaikan dalam filem berbanding AAC.

jika Jaja&Din nak difilem/drama, kak su perlu dilantik menjadi 'bos besar' utk memantau, bukan diserahkan 100% kepada penerbit.

hero KCB mcm layak sipi2 pegang watak Din
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2012 09:54 AM | Show all posts
Hikayat Hang Tuah ~ Noor Suraya



ISBN: 978-967-0201-74-6

Harga: RM79.00 (SEM. MALAYSIA) / RM85.00 (SABAH & SARAWAK)

EKSKLUSIF DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR, PWTC 2012


“Melalui Hikayat Hang Tuah, kita dibawa masuk ke dalam jiwa dan perlakuan Hang Tuah, Raja Melaka dan Hang Jebat, dan dengan itu mengenal sudut dan sosok kehidupan mereka yang melambang watak-watak bangsanya.

Karya ini memperlihatkan suatu genius sastera yang tiada tolok bandingnya. Genius ini terbayang pada jalan ceritanya konflik nilai dan kata hati, dan juga pada tema yang melihat bahawa bangsa Melayu itu terbelah jiwanya - di sebelah pihak sebagai hamba atau penurut setia, dan di sebelah pihak lainnya sebagai pemberontak yang melawan raja yang zalim.”~ SN Muhammad Haji Salleh

Hikayat Hang Tuah terbitan JS Adiwarna dengan 200 ilustrasi berwarna-warni ini dapat mengembalikan keinginan anak-anak muda membaca hikayat Melayu yang kian dilupakan. Buku cerita ini sesuai untuk rujukan siapa sahaja tanpa mengira usia.

JS Adiwarna Publications & Distributors menerbitkan Hikayat Hang Tuah dengan gaya bahasa yang lebih kontemporari tetapi tetap mengekalkan akar bahasa, cerita dan tradisi Melayunya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.077153 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list