CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: musang_pulut

[MERGED]Ayat Ruqyah Syariah by eastrun,zacko,musang,te_peng

[Copy link]
Post time 9-9-2008 08:47 PM | Show all posts
Originally posted by nazhidd at 9-9-2008 07:49 PM
wahh...lastly dapat gak ayt ni..
thankz tuan umah...


Cuba amalkan buat macam yang saya ajar haritu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2008 10:22 PM | Show all posts

Reply #22 eastrun's post

buat camne tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 11:25 PM | Show all posts

Balas #23 penkarat\ catat

Sori, sbnrya aku ajar kat org lain...seperti di bawah:

Langkah pertama jo_je boleh buat ialah perdengarkan kepada adik jo_je mp3 Ruqyah Syariah...saya ada uploadkan dalam savefile..dan ia ada dalam thread Ayat Ruqyah Syariah. Silakanlah download:

http://eforum4.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1

Caranya, letakkan mp3 dalam mp3 player atau handphone, pastu suruh adik jo_je dengar gunakan earphone...tinggikan volume mp3 tersebut supaya dia je yang dengar..berterusan...pastu adik jo_je akan mengalami simptom2 cam rasa panas,rasa ngantuk, rasa sakit dada (ia berdasarkan pengalaman saya)..buat hari2, kalau boleh, waktu nak tidur, pasangkan sahaja mp3 tersebut dengan volume yang rendah dan perlahan2 lagi berterusan

Sebagai tambahan, jo_je boleh hubungi ustaz Halim yang merupakan kenalan saya di no.tel: 0126625681

Ustaz ni di area Ampang, Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 04:50 PM | Show all posts

Balas #12 kupia&JUSTcircle \ catat

minta maaf kerana kenyataan aku tu menimbulkan kemarahan korang!..

Aku orang islam... (/jawapan/penjelasan kepada pertanyaan 'jenis kepercayaan' yang dimusykilkan oleh JUSTcircle ).

Ayaq ruqyah adalah dari ayat quran!... dan kini di'cd'kan, atau rakamkan ke dalam format audio samaada mp3, realaudio dsbnya.  Sekarang telah menjadi satu amalan baru iaitu ayat-ayat ini bukan dibaca dan difahami, tapi sekadar dimainkan melalui audio player, samada kaset atau cd player.   

Dan kebanyakan yang berkehendakan sangat ayat ini (beli CD atau download) hanya untuk simpanan dan dimainkan melalui kaset atau cd player saja.  Jika tuan2 mahu membaca dan memahami maksudnya, alhamdulillah.

Dalam posting aku di atas, aku bertanyakan apakah ada rakan forumer dapat menceritakan pengalaman sendiri pengalaman tentang kejayaan menghindar makhluk halus dengan ayat jampi ini.  Kerana dimaklumkan bahawa ayat ruqyah ini dapat menghindar dari makhluk halus.  Aku tanyakan bukti dari cerita kawan-kawan... jika ada..

Kemudian aku jelaskan bahawa satu kejadian di mana ayat ruqyah dibaca dalam 2 majlis yang berbeza (kalau tak silap di Singapore). Keterangan lanjut:  (Penceramah/ustaz yang membaca ayat ruqyah dalam 2 majlis tersebut juga ada menjual CD ayat ruqyah ini).  

Dalam majlis pertama ada seorang perserta yang dikatakan telah lama tubuhnya didiami oleh makhluk halus telah menjerit dan marah2 (mengikut fahaman makhluk halus itulah yang bersuara), ustaz tersebut berbual-bual dengan peserta yang kerasukan tersebut... kejadian ini mungkin terjadi kerana bacaan ayat ruqyah yang boleh menjadikan jin yang berada dalam tubuh peserta tersebut merasa panas, lantas jin tersebut marah, maka terjadilah perbualan ustaz tersebut dengan jin. Kejadian ini kemudian tamat begitu saja.  Semua peserta dalam majlis tersebut yakin akan ayat ruqyah yang dibaca telah dapat menghalau jin dari dalam tubuh orang tersebut.

Dalam satu lagi majlis majlis yang berasingan dan di masa yang berasingan, ustaz tersebut seperti biasa membaca ayat ruqyah.  Dan peristiwa berulang di mana seorang peserta telah kerasukan.  Apa yang menjadi tandat tanya ialah peserta tersebut adalah peserta yang sama di majlis yang pertama. Jin pun jin yang sama!.. Mengapa?.. apakah ayat ruqyah yang dibacakan dulu sekadar menimbulkan kemarahan jin/makhluk halus, bukan menghalau atau menghindarkan?.... inilah persoalannya.  

Maka apa yang aku nampak seolah peristiwa tersebut diatur bertujuan untuk membuktikan kejadian untuk melariskan jualan CD ayat ruqyah.

sila ke link  http://www.ceramahislam.com/audio.html

[ Last edited by  paler kembang at 10-9-2008 04:53 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 05:34 PM | Show all posts

Reply #25 paler kembang's post

Sebab itulah saya mencadangkan bahawa ayat-ayat tersebut dimainkan setiap hari...saudara tentu pernah dengar hadis Rasulullah yang mengatakan kalau sebuah rumah tu dimainkan dengan Surah Al-Baqarah, syaitan akan lari dan tidak masuk..saya kutip dari Utusan Malaysia:


Quote
Sesungguhnya syaitan akan lari daripada rumah yang di bacakan di dalamnya surah al-Baqarah. (Riwayat Muslim, Tarmizi, dan Ahmad).

Dalam hadis ini, Nabi s.a.w. menggalakkan umatnya supaya membaca al-Quran di rumah kerana ia boleh menghalau hantu syaitan. Baginda melarang umatnya daripada membiarkan rumah mereka sunyi sepi tanpa bacaan al-Quran kerana rumah yang tiada bacaan al-Quran itu sama seperti kawasan perkuburan yang juga sunyi sepi lantaran tiada orang membaca al-Quran di situ.

Analogi Nabawi ini membuktikan bahawa masyarakat Islam di zaman Nabi s.a.w. sememangnya tidak melakukan amalan membaca al-Quran di kubur, sebab itulah baginda menggambarkan rumah yang sunyi daripada bacaan al-Quran itu sama seperti kubur.
Unquote

Ia bertindak menghalau syaitan tersebut dan apabila kita lalai, syaitan tersebut akan kembali dan mengganggu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by paler kembang at 10-9-2008 04:50 PM
minta maaf kerana kenyataan aku tu menimbulkan kemarahan korang!..

Aku orang islam... (/jawapan/penjelasan kepada pertanyaan 'jenis kepercayaan' yang dimusykilkan oleh JUSTcircle ).

Ayaq ruqyah adalah dari ayat quran!... dan kini di'cd'kan, ataurakamkan ke dalam format audio samaada mp3, realaudio dsbnya.  Sekarangtelah menjadi satu amalan baru iaitu ayat-ayat ini bukan dibaca dandifahami, tapi sekadar dimainkan melalui audio player, samada kasetatau cd player.   

Dan kebanyakan yang berkehendakan sangat ayat ini (beli CD ataudownload) hanya untuk simpanan dan dimainkan melalui kaset atau cdplayer saja.  Jika tuan2 mahu membaca dan memahami maksudnya,alhamdulillah.


Aku tak bertujuan untuk mengemukakan dalil-dalil dari Quran atau hadis dalam thread ni.  Teknologi audio ni memanglah baru belum ada zaman Rasululullah saw dulu, zama para sahabat zaman tabiit tabiin.  Tetapi mendengarkan bacaan Quran itu bukanlah satu perkara yang baru, Rasulullah terima wahyu dia menyampaikan pada orang lain mestilah dengan cara membaca. Al Quran itu wajib didengar bacaannya, dalam solat jamaah tak boleh tidak mesti kita kena dengar bacaannya.  Memahami dan mengamalkannya tidak dinafikan adalah satu tuntutan ugama.  Bukanlah semata-mata bertujuan untuk menghalau hantu atau jin.

Dalam posting aku di atas, aku bertanyakan apakah ada rakan forumerdapat menceritakan pengalaman sendiri pengalaman tentang kejayaanmenghindar makhluk halus dengan ayat jampi ini.  Kerana dimaklumkanbahawa ayat ruqyah ini dapat menghindar dari makhluk halus.  Akutanyakan bukti dari cerita kawan-kawan... jika ada..


Zaman Rasululullah saw ada banyak riwayat orang zaman itu yang ditimpa masalah kerasukkan jin (banyak ada hadis sohihnya) di bawa berjumpa Rasulullah saw.  Sebagai Rasul dia tak membaca semua ayat2 ruqyah tu cukup dengan dia bercakap "aku adalah Pesuruh Allah, keluar kau wahi musuh Allah" sambil baginda menepuk nepuk belakang mangsa, lintang pukang jin tu terus lari keluar.  Banyak riwayat para sahabat membaca ruqyah untuk mengatasi masalah sihir sampai dapat hadiah beberapa ekor kambing dan Rasulullah saw tidak melarang untuk diambil.  Sampai ada yang terkena sengat kala jengking pun para sahabat baca ruqyah, alhamdulillah sembuh.  Merawat gangguan sihir dengan ruqyah syarii dan kaedah pukulan dengan rotan berkembang pesat dari zaman Imam Ahmad Ibnu Hambal lagi.

Kemudian aku jelaskan bahawa satu kejadian di mana ayat ruqyah dibacadalam 2 majlis yang berbeza (kalau tak silap di Singapore). Keteranganlanjut:  (Penceramah/ustaz yang membaca ayat ruqyah dalam 2 majlistersebut juga ada menjual CD ayat ruqyah ini).  

Dalam majlis pertama ada seorang perserta yang dikatakan telah lamatubuhnya didiami oleh makhluk halus telah menjerit dan marah2 (mengikutfahaman makhluk halus itulah yang bersuara), ustaz tersebutberbual-bual dengan peserta yang kerasukan tersebut... kejadian inimungkin terjadi kerana bacaan ayat ruqyah yang boleh menjadikan jinyang berada dalam tubuh peserta tersebut merasa panas, lantas jintersebut marah, maka terjadilah perbualan ustaz tersebut dengan jin.Kejadian ini kemudian tamat begitu saja.  Semua peserta dalam majlistersebut yakin akan ayat ruqyah yang dibaca telah dapat menghalau jindari dalam tubuh orang tersebut.

Dalam satu lagi majlis majlis yang berasingan dan di masa yangberasingan, ustaz tersebut seperti biasa membaca ayat ruqyah.  Danperistiwa berulang di mana seorang peserta telah kerasukan.  Apa yangmenjadi tandat tanya ialah peserta tersebut adalah peserta yang sama dimajlis yang pertama. Jin pun jin yang sama!.. Mengapa?.. apakah ayatruqyah yang dibacakan dulu sekadar menimbulkan kemarahan jin/makhlukhalus, bukan menghalau atau menghindarkan?.... inilah persoalannya.  

Maka apa yang aku nampak seolah peristiwa tersebut diatur bertujuanuntuk membuktikan kejadian untuk melariskan jualan CD ayat ruqyah.

sila ke link  http://www.ceramahislam.com/audio.html


Aku tidak bertujuan untuk mempertahankan Ustaz Dr. Jumadi ni tetapi aku menghormati kebolehan dia kerana aku sendiri menyaksikan dengan mata kepala aku sendiri cara rawatan dia.  Peristiwa yang disebut ini dirakam masa dia mengajar rawatan alQuran di masjid Sultan di Singapura dalam tahun 2004 dan tahun 2005, ada puluhan anak murid dia semasa rakaman dan kejadian, sekiranya ingin membuat kajian kesahihan mereka masih boleh dihubungi di Singapura.   

Bukti bagaimana ayat2 ruqyah syarii boleh mengeluarkan gangguan halus dari dalam badan orang tak dapat dibuktikan dalam forum ni, melainkan kita disaksikkan sendiri semasa sessi rawatan yang dijalankan, tidak semestinya oleh Ustaz Jumadi sahaja, ada banyak bilangan ustaz yang mengamalkan rawatan alQuran di daerah kita ini.  Saksikan sendiri bagaiman rupaya tindak balas dari pesakit dan tentukan sendiri samada lakunan atau benar2 kajadian.

Ustaz Dr. Jumadi bukan asal dari Singapura, dia masih menjalankan pusat rawatan alQuran Darul Illaj di Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor sampai ke hari ini (jam 1000 pagi hingga 1000 malam).  Semua orang boleh hadir di pusat rawatan dia untuk menyaksikan dan membuktikan sendiri sejauh mana betul atau tidaknya ayat2 ruqyah syarii yang dibacanya dapat atau tidak dapat menghalau keluar gangguan sihir, anda sendiri yang akan tentukan.

Sekian terima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2008 09:16 PM | Show all posts

Reply #25 paler kembang's post

terima kasih di atas penjelasan tuh..

macam nih barulah betul. ni ayat ko macam mengatakan ayat2 tuh umpama panggil jin bukan tuk mengubat!!!
tuh yg aku tafsir ayat ko camtuh!!!

yg seterusnya kita x tahu... kita hanya berikhtiar. usaha untuk mengubat.. yg mampu untuk mengubat adalah Allah.. kita kena yakin pada Allah. bukan pada ayat tuh sahaja.. ayat tuh dijadikan salah satu cara untuk kita berikhtiar. niat kerana Allah... insyaAllah benda tuh mungkin dapat diubati!!

kekawan aku yg pernah 'kena' dlu (3 sekali) alhamdulillah skrg dah x der apa2 masalah lagik!!
x semestinya ayat2 ruqyah jerk.. byk lagik ayat2 lain yg kita leh guna. tapi salah satu caranya ayat ruqyah nih la. kena ingat ilmu ALlah ni  luas.. kita leh guna pelbagai cara asalkan tidak berunsur syirik!!

dlm Islam sendiri cakap, bagus dengar azan, ayat2 alQuran.. dapat pahala dari ko dengar org ngumpat, muzik2 yg ntah haper2 kan?
(aku x cakap kat sii aku x dengar muzik. maksud aku, bagus lagi dengar ayat2 al-Quran dari muzik2 lagha ni!)

pasal nak lakukan CD tuh aku tolak tepilah... bg aku CD tuh dijual atas upah kos sesumer.. x kan sbb berunsurkan agama semata nak bg org free. atleast balik kos bolehla. nak dapatkan tuh sumer bukan guna air liur!! kenalah paham..

kes setakat dengar jer itu hanya dengar.. kalo baca lagi bagus.. kira pakej lagik lengkap!!
kat sini forumer hanya memberi cadangan dan ingin membantu di atas apa yg dia nampak keberkesanannya... yg penting ko yakin dgn Allah.. Allah akan bantu kita!! jgn luper. dgn ayat Al-Quran atau kalimah Allah hu Akbar sahaja pun 'benda' tuh leh tercampak!! kuasa Allah kan besar!!

itu pendapat akulah!! nak keluar2 hadis.. aku bukan org yg berilmu!! terus terang kukatakan!!
cuma statement ko tuh mcm x patutlah!!! bg aku!!

aper2hal pun aku juga nak minta maaf kalo terlebih kat kat sini!!

[ Last edited by  JUSTcircle at 10-9-2008 09:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 10:24 PM | Show all posts
Kesimpulannya bagaimana, ayat ruqyah jika dibaca di mana ada gulungan jin di tempat tersebut?.. adakah asalkan jenis jin (juga syaitan) saja akan berkesan untuk menghalaunya, atau hanya berkesan pada gulungan jin-jin kafir sahaja, atau jin jahat (walaupun islam) juga.  Atau pada semua jenis jin?... jika ya!.. Bagaimana untuk memperdengarkan al-quran pada gulungan jin jika ayat-ayat al-quran hanya menghalau jin, menjadikan jin menjadi panas dan sebagainya?... kerana zaman rasulullah ramai jin bersembunyi mengintai orang baca quran... kerana terpesona dengan ayat quran!... sehinggakan ada perinstiwa seorang jin telah ditangkap kerana dituduh cuba mengintai seorang perempuan muslimat, kemudiannya jin tersebut menerangkan bahawa tiada apa yang membuatkan dia menghampiri perempuan berkenaan melainkan kerana terpesona mendengar ayat al-quran yang dibaca oleh perempuan tersebut.  

Perlu diingat bahawa jin adalah makhluk Allah dan mendapat seruan dari Nabi Muhammad juga... jin samada kafir atau islam adalah makhluk Allah dan ayat quran tidak hanya pada gulungan manusia saja malah jin dan bukan untuk orang islam saja malah untuk orang kafir juga.  kita sangat berharap manusia kafir atau jin kafir terpesona dengan bacaan dan makna al-quran... bukan menyiksakan tubuh badan mereka. Perhatikan ayat quran Ya aiyuhan Nas.. (ditujukan kepada manusia) Ya aiyuhal kafirun.. (ditujukan kepada kafir) ya aiyuhal lazina amanu (ditujukan kepada orang beriman).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2008 10:27 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 10-9-2008 05:34 PM
hadis Rasulullah yang mengatakan kalau sebuah rumah tu dimainkan dengan Surah Al-Baqarah, syaitan akan lari dan tidak masuk

Saya rasa elok diperbetulkan ayat 'dimainkan' dengan 'diperdengarkan', itu adalah lebih tertib kerana perkataan dimainkan menjadi fahaman yang berbagai!.. sebab zaman rasulullah tidak ada alat untuk mainkan (play) audio.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 11:02 PM | Show all posts

Balas #27 kupia\ catat

kupia tmn mawar tu jln apa? saya duduk kat area pasir gudang klu blh nak juga pergi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 11:39 PM | Show all posts

Reply #30 paler kembang's post

ok..accepted
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 11:42 PM | Show all posts
good info...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 12:20 AM | Show all posts
Originally posted by paler kembang at 10-9-2008 10:24 PM
Kesimpulannya bagaimana, ayat ruqyah jika dibaca di mana ada gulungan jin di tempat tersebut?.. adakah asalkan jenis jin (juga syaitan) saja akan berkesan untuk menghalaunya, atau hanya berkesan pada gulungan jin-jin kafir sahaja,atau jin jahat (walaupun islam) juga.  Atau pada semua jenis jin?...jika ya!.. Bagaimana untuk memperdengarkan al-quran pada gulungan jinjika ayat-ayat al-quran hanya menghalau jin, menjadikan jin menjadipanas dan sebagainya?... kerana zaman rasulullah ramai jin bersembunyimengintai orang baca quran... kerana terpesona dengan ayat quran!...sehinggakan ada perinstiwa seorang jin telah ditangkap kerana dituduhcuba mengintai seorang perempuan muslimat, kemudiannya jin tersebutmenerangkan bahawa tiada apa yang membuatkan dia menghampiri perempuanberkenaan melainkan kerana terpesona mendengar ayat al-quran yangdibaca oleh perempuan tersebut.


Dalam thread ni kita bincang pasal sihir.  Dalam islam tidak dinamakan sihir kalau tidak melibatkan jin, syaitan atau iblis.  syaitan dan iblis juga adalah dari kalangan jin.  Syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.  Di samping alQuran juga diturunkan sebagai "syifa'" (penawar, penyembuh), Allah suruh kita berlindung dari kejahatan jin dan manusia dengan membaca ayat2 Quran - rujuk surah An-Nas - "Qul" = katakanlah aku berlindung dengan Allah dari kejahatan jin dan manusia.  Nabi saw kata jin boleh masuk dalam badan manusia berjalan melalui pembuluh darah untuk tujuan sihir menuju bhg otak (rujuk hadis).  Ayat2 muawizatain diwahyukan pada masa Rasulullah saw disihir oleh seorang wanita yahudi.

Allah suruh kita berlindung dengan Dia daripada kejahatan jin dan manusia, Allah tidak memerintahkan kita untuk mempesonakan puak jin dengan bacaan ayat2 Quran.  AlQuran hanyalah satu medium perantaraan untuk mendapatkan perlindungan Allah, bukan alQuran yang melindung manusia.  Tidak ada apa lagi yang boleh melindungi manusia dari ancaman sihir melainkan dengan membaca alQuran sebagai perantaraan mendapatkan perlindungan Allah.  jin tidak boleh dilihat oleh manusia dalam masa yang sama dia sewenang-wenang boleh masuk memberi gangguan dan kesakitan kepada manusia... adakah Allah tidak pernah memberi keadilan kepada manusia?...   Bagaimana kita dapat tau jin sihir boleh sakit atau boleh panas terbakar bila dibacakan ayat2 Quran adalah dengan izin Allah melalui pengakuan mereka sendiri melalui beberapa siri dialog dengan perawat.  Kalau tanya mengapa jadi begitu? hanya Allah yang maha mengetahui...

Perlu diingat bahawa jin adalah makhluk Allah dan mendapat seruan dariNabi Muhammad juga... jin samada kafir atau islam adalah makhluk Allahdan ayat quran tidak hanya pada gulungan manusia saja malah jin danbukan untuk orang islam saja malah untuk orang kafir juga.  kita sangatberharap manusia kafir atau jin kafir terpesona dengan bacaan dan maknaal-quran... bukan menyiksakan tubuh badan mereka. Perhatikan ayat quranYa aiyuhan Nas.. (ditujukan kepada manusia) Ya aiyuhal kafirun..(ditujukan kepada kafir) ya aiyuhal lazina amanu (ditujukan kepadaorang beriman).


Tanggungjawab Pesuruh Allah dengan manusia biasa tidak sama.  Manusia tidak perintahkan berdakwah dikalangan jin sesuai dengan asal kejadian mereka, kecuali sesama manusia, dalam masa yang sama tidak ada larangan untuk berdakwah kepada pihak jin yang mengamalkan sihir. Puak jin hanya boleh berhubung dengan manusia secara nyata ketika mereka berada dalam badan manusia.  Cuba semak semula surah Ya aiyuhannas itu sampai habis, bukankah Allah memerintahkan kita berlindung denganNya dari kejahatan jin dan manusia? Jin Islam yang benar-benar beriman tidak akan mengganggu urusan manusia, mereka hadir dengan keluarga untuk mendengar majlis2 ilmu yang dianjurkan oleh manusia, tetapi manusia tidak diperintahkan untuk meyampaikan ilmu ke tempat mereka, pihak jin juga tidak diperintahkan untuk mengajar ugama kepada manusia.  Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by makiting at 10-9-2008 11:02 PM
kupia tmn mawar tu jln apa? saya duduk kat area pasir gudang klu blh nak juga pergi...


Sila semak alamat & no telefon dia dekat sini:

http://www.ceramahislam.com/audio.html

Kalau jadi pegi sampai salam pada Ustaz Jumadi, nanti bolehlah ceritakan sedikit sebanyak cara rawatan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 10:38 AM | Show all posts
nak tnaya... kenaya turutan ayat di atas tak sama dengan yang saya download tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 10:44 AM | Show all posts
terima kasih tuan tanah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2008 10:47 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 11-9-2008 12:20 AM
Allah tidak memerintahkan kita untuk mempesonakan puak jin dengan bacaan ayat2 Quran

Aku setuju dengan ini..
Soal terpesona atau tidak adalah terletak kepada jiwa pendengar bukan dari hajat pembaca (dalam kontek ayat di atas pembaca adalah 'kita' iaitu manusia)
Dari gulungan manusia, tidak dapat dihindari perasaan terpesona.. iaitu tertarik, terharu dan kagum akan kebesaran dan kebenaran Tuhan bila mendengar dan memahami ayat-ayat Allah!.. Saidina Omar contohnya.. selepas memukul adiknya kerana memeluk islam, beliau membaca sepotong ayat quran yang dibacakan oleh adiknya sebelum itu. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat Al Quran yang begituindah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 11-9-2008 12:20 AM


Dalam islam tidak dinamakan sihir kalau tidak melibatkan jin, syaitan atau iblis

Apakah begitu!..

bagaimana pula pendapat "harus menggunakan sihir untuk menghapus atau mengubati sihir!"..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 11:09 AM | Show all posts

Reply #31 makiting's post

makiting dok pasir gudang ke..kat mana..
darul ilaj ni terletak di deretan rumah kedai tmn mawar yg kat balai bomba tu..
tak susah nak cari...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 11:51 AM | Show all posts
apasal takleh download yek? senyap jek bila diclick kat free download tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.126910 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list