CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: kikilala_comei

Dayang Nurfaizah yang terbaru

[Copy link]
Post time 16-5-2013 11:29 AM | Show all posts
pernah jumpa dia ok aje kulip x de la gelap,  glowing aje... sweet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 11:30 AM | Show all posts
Dayang Nurfaizah Tidak Percayakan Teknik Pemutihan Kulit




KUALA LUMPUR: Pelbagai rawatan pemutihan kulit yang kini menjadi 'Kegilaan' ramai wanita di negara ini tidak pernah menarik perhatian penyanyi Dayang Nurfaizah untuk turut sama berbuat demikian.

Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, berkata dia tidak mempercayai rawatan tersebut di mana ia berkemungkinan besar boleh merosakkan lagi kulit.

"Rasanya saya lebih selesa dengan warna kulit asal saya walaupun gelap. Saya tidak mempercayai konsep rawatan pemutihan wajah terutamanya.

"Pada pendapat saya, yang penting kulit dijaga rapi agar ia tidak kusam atau berjerawat, itu sudah mencukupi," katanya.

Dayang ditemui pada majlis minum petang pelancaran album Anuar & Dayang Nurfaizah Live At Dewan Filharmonik Petronas di Life Centre di sini, Rabu.

Bagaimanapun tambah Dayang, kenyataannya itu tidak bermaksud ingin memperkecilkan individu yang melakukan rawatan tersebut sebaliknya menghormati kehendak mana-mana wanita yang menjalani proses itu.

Baginya setiap wanita mempunyai cara tersendiri dalam menjaga kecantikan diri dan begitu juga dengan dirinya yang turut melakukan beberapa rawatan untuk berpenampilan lebih menarik.

Terbaharu, Dayang kini sedang menjalani rawatan memasang pendakap gigi invasalign braces, sejenis pendakap lutsinar tanpa besi.

"Sebenarnya saya seorang yang takut mahu menggunakan pendakap gigi, Tetapi apabila doktor mengesyorkan sejenis pendakap lutsinar, saya tertarik mahu menggunakannya.

"Dan ya, sudah setahun saya menggunakan pendakap gigi dan ramai melihat perubahan gigi dan pada masa sama wajah saya juga berubah, lebih cengkung kata orang," selorohnya.

Namun, beritahu Dayang dia cukup berpuas hati apabila ramai memberikan respons positif mengenai perubahan wajahnya yang semakin runcing.

"Tujuan utama saya adalah untuk membetulkan gigi, tetapi tak sangka pula wajah saya turut mendapat pujian rakan kononnya dah runcing," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Dayang baru sahaja selesai merakamkan lagu tema drama bersiri Dahlia (Astro Mustika) berjudul Bisikan Rindu.

Penyanyi itu juga kini sedang membuat persiapan bagi persembahan khas di The Venue, Pavillion di sini pada 23 Jun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 11:37 AM | Show all posts
sgt suka ngan suara dayang, mmg dia tak sechantek ct dll, tp suara dia mmg tiada tanding.
dia ngan gaya dia tersendiri & tak klon mana2 retis yg sedia ada.
bg saya lg suka tgk org berkulit gelap/cokelat a.k.a sawo matang dr yg berkulit puteh gebu tuu.
sweet sgt org kulit tint nee.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 11:48 AM | Show all posts
dayang..  pi la beli & minum purewhite collagen ke apa tu!

tp bibir dia now mcm pelik sket la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:09 PM | Show all posts
noell posted on 16-5-2013 10:00 AM
off topic sat

apa lopak boh atas kepala dia???sabut nyok??

berus jamban terpakai

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 12:27 PM | Show all posts
one of my fav singer....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2013 01:05 PM | Show all posts
ni tunggu abg nuar zain kot...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 01:26 PM | Show all posts
mak ai ziana zain..baik xyah pakai terus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2013 04:52 PM | Show all posts
cantik je aku tgk di dayang nie..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 05:18 PM | Show all posts
nuryakmal posted on 15-5-2013 05:00 PM
she is actually pretty sweet...

betul tuh suka tgk dia... skrg ni more jelita
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 05:21 PM | Show all posts
suka kt dayangggg
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 05:24 PM | Show all posts
Apsal aku cam nampk dia bari repair gigi?.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 05:36 PM | Show all posts
achik2009 posted on 16-5-2013 07:16 AM
Anuar disaran pinang Dayang

Dalam paper jelas nampak nuar jeng pakai eyeshadow
Kemain lg mekap
Mesti bagi alasan metroseksual lelaki cantik ala2 k pop

Akhirnya nuar dapat justify keinginannya memakai mekap di public
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 08:00 PM | Show all posts
Sama ja dgn dulu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:22 PM | Show all posts
Dayang, minta rahsia kurus...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2013 10:49 PM | Show all posts
Oh Dayang..jatuh cinta dengan lagu Bisikan Rinduku..OST Dahlia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2013 08:44 AM | Show all posts
anuar iols suka uols dengan dayang. kawen pastu buat music together gether  
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 09:58 AM | Show all posts
hitam ke putih ke...yg penting bersih...tak lah nampak hitam berkerak dayang nihh...
hitam manis bersih je dayang nihh...cantik jeee....seksi tuh biaselah...artis biase seksi...yg bukan artis pun bersepah seksi meksi...
org melayu nih....asal hitam je tak cantik, tak lawa, berkerak.....yg putih je cantiknyeee....
sentap timahhh.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:01 AM | Show all posts
dayang terbaik
scene die nyanyi plg best, episod penyingkiran die dlm oiam
dan jgk ms ajl

lg satu dayang ni lps smac & erti hidup, lagu sendiri mcm lemau jek
tp bla nyanyi lagu org, lebih sedap dr penyanyi asl
jdk mcm lagu die sendiri jek

last but not least, friendly orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 10:26 AM | Show all posts
jumpa dayang di langkawi bulan 2 hari tu....kecik je n kurus kering. dlm tv nmpak badan dia ok, tp kat luar mcm org sakit je. kulit dia biasa je...x de la glowing pun mcm dlm gmbr ni...tapi x la hitam sangat. aku tgk je dia sbb nk pastikan btul ke x dayang...dia x senyum pun....x salahkan dia la pasal aku pun x senyum kt dia... aku minat je suara dia ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.094692 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list