CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 14-8-2015 08:42 AM | Show all posts
habeh dah baca...

crita hang nih nana oii,terbawak2 oiiii...sebab bahasa yg mudah difahami..hukhukkk..

sian abg an...

mana lah abg an ehh,sorg2 dlm keadaan diri dia cenggitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2015 09:59 AM | Show all posts
Harap ibu Abg An x putus asa berdoa semoga beliau sembuh sprt sediakala... Insya Allah, doa seorg ibu sagt ampuh...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 12:58 PM | Show all posts
cik nana.. ade update ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 02:33 PM | Show all posts
yg abg an kata wife dia pregnant ank org lain tu, anak yg sorang tu je la ye?
Kesiannya...

Salah menuntut pun ya jugak kan...
scary betul...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2015 02:48 PM | Show all posts
pe citer abg An ko tu nana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2015 12:38 PM | Show all posts
Meh nak update sikit cerita Abg An ni. Lepas ni kita tutup terus cerita dia sebab cik.nana malas dah nak ambik kisah pasal dia ni. Geram sesangat. Pasal apa geram? Haa... ni nak cerita.

Update Kisah Abg An (ending tahap penghabisan)


2 minggu lepas, Mama balik kampung dgn Acu. Saja nak balik kampung jenguk-jenguk. Mama pergi rumah salah seorang pak sedara dia (kira atok sedara aku la... ke salah?). Dan terbuka kisah makcik aku dan Abg An. Mama bebetul terkejut bila dengar cerita ni.

Alkisahnya, seminggu lepas kami balik ke KL lepas beraya tu, Abg An dah balik semula ke rumah. Balik rumah je, dia mengamuk-ngamuk kat mak dia. Sebab mak dia pakai minyak kasturi. Aku la yg bagi minyak kasturi tu. Minyak kasturi tu dah dibacakan ayat-ayat suci. Habis dia selongkar satu rumah cari mana makcik aku simpan minyak kasturi tu. Tak jumpa. Makcik aku pulak, entah macam mana, jadi berani sikit nak lawan cakap anak dia kali ni. Takde dah syahdu syahdan sedih-sedih anak dia jadi sewel. Kali ni Abg An mcm jadi batu api pulak, dok kata ke Mama dan makcik pakcik aku yg lain. Antaranya, Abg An kata Mama dan makcik pakcik aku kikis harta Tok Wan dia. Memang tak masuk akal la. Dah apa kejadahnya pulak Mama nak kikis harta ayah orang lain, kan?

Tapi satu yg telinga aku berasap dengar, Abg An kata Mama bomohkan makcik aku ni bagi makcik aku dengar kata Mama je. Amboi, sedap bebenor engkau mengata mak aku gitu ye. Aku sedar, yg berkata-kata tu mungkin bukan Abg An sendiri, tapi siapa je yg tak marah bila mak sendiri dikatakan buat kerja terkutuk tu kan? Even bila atok sedara aku ni pergi rumah makcik aku, Abg An dok jaja cerita Mama bomohkan mak dia ke orang lain. Siap cakap, kalau dia jumpa Mama, dia nak tikam Mama. Bukan kata Mama je dia nak tikam, dengan anak cucu Mama semua dia nak tikam. Atok sedara aku selamba je balas balik kat Abg An macam ni...

Atok Sedara: Hang ni, An, hang pi tikam tengok Mak Long hang tu. Kalau hang tak pi tikam, hang balik mai sini, aku tikam hang pulak!

Terus senyap Abg An, tak berbunyi dah pasal nak tikam sesiapa. Sekali tu, entah angin apa mari, Abg An pasang lilin dalam rumah. Sekeliling rumah. Mengamuk la makcik aku balik-balik dari kerja tengok lilin terpasang dalam sekeliling rumah. Terus dia call pak sedara dia suruh datang rumah, takut ada apa-apa jadi macam rumah terbakar ke kan. Yang pakcik (ayah Abg An) aku pulak boleh buat senyap je anak dia dok pasang lilin macam rumah takdak api padahal hari masih siang. Aku rasa pakcik aku tu dah serik nak bersuara lepas kena sembur 'setan tua taik pit' dengan anak dia. Tu dia buat diam je. Makcik aku amek air sebaldi siram anak dia.

Makcik: Hang nak mampoih ka dok cucuh lilin apa dalam rumah siang-siang hari!? Hang nak bakaq rumah aku ka!?

Makcik aku, bila tengok Abg An dok buat perangai sewel dia, dia dah takde berkasih sayang bagai dah. Dia hambur terus je, sebab dia kata bila keluar perangai sewel tu, tu bukan anak dia dah. Abg An pulak sengih-sengih je bila mak dia marah.

Makcik: Aku tau hang tu bukan anak aku. Hang tu setan! Sebab tu hang main api. Setan ja yg suka main api ni.

Atok sedara aku terus padamkan lilin-lilin yg Abg An nyalakan. Dalam rumah tu ada cucu makcik aku kot. Budah tu excited la tengok orang pasang lilin, nak main bunga api katanya. Adoila. Lepas kejadian tu, atok sedara aku nasihatkan makcik aku supaya lekas-lekasla cari orang untuk pulihkan semula Abg An. Kang lama-lama entah apa pulak dibuatnya.

Yang makcik aku pulak, orang sekeliling dah pesan, cari perawat biar yg betul berlandaskan Islam. Ni takkkkkk! Entah mana-mana dia cari perawat ni, tapi bila atok sedara aku bagitau apa yg perawat ni suruh buat, Mama dah tak sedap hati dah. Antara apa yg perawat ni cakap ialah:

  • Dia takleh nak pulihkan Abg An sebab makcik aku pakai minyak kasturi.
  • Dia kata makcik aku kena stop baca surah Al-Baqarah, solat hajat apa semua tu kena stop.
  • Makcik aku cuma boleh solat 5 waktu dan beristighfar je, lain tak boleh.

Tengok 3 perkara tu pun, dah tau perawat tahap apa ni. Dan dia charge makcik aku RM 3000. Ye, RM 3000. Dan makcik aku bayar. Aku tak taula makcik aku ni dah terdesak sangat ke apa yg dia ikut semua cakap perawat bangang ni. Dia buang terus minyak kasturi yg aku bagi. Hangin betul aku bila dengar cerita Mama. Mama pulak, terus la call makcik aku tanya, kenapa dia bodoh sangat ikut cakap perawat tu. Makcik aku dengan bangganya kata Abg An dah takde mengamuk lagi dah, takde buat perangai sewel lagi dah. Abg An duduk diam-diam je. Mama tak boleh nak kata apa la. Lepas tu terus Mama tak ambik kisah dah. Cari penyakit sendiri, kata Mama. Aku setuju jugak.

Walaupun suami aku kata tak boleh biar makcik aku buat macam tu, sebab dah masuk kategori syirik, aku nak buat macam mana lagi. Aku call makcik aku, sepupu aku, semua tak jawab call. Baru ni atok sedara aku bagitau, perawat tu kata Abg An dah 'baik' dah, tapi benda tu lekat kat makcik aku pulak, kena berubat cara lain. Tu takde lain, nak ketuk duit makcik aku la tu. Tapi atok sedara aku pun tak kuasa dah nak masuk campur. Sebab makcik aku degil nak pergi kat perawat tu jugak. Well, cari penyakit sendiri la tu. Maka kita biarkan la Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Kang dia lemas, pandai-pandaila dia mintak tolong.




TAMAT.




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-8-2015 12:44 PM | Show all posts
On a second thought, entah-entah makcik cik.nana ni percaya cakap Abg An yg Mama dah bomohkan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2015 02:32 PM | Show all posts
Kesian...

Tak ada sesuatu pun terjadi jika bukan kerana izin Allah. Ini adalah kifarah atas perbuatan lampau makcik dan pakcik An.

Yang menjadi mangsa adalah anak sendiri.

Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2015 05:31 PM | Show all posts
Edited by hatikudus at 20-8-2015 01:35 PM
cik.nana replied at 19-8-2015 12:44 PM
On a second thought, entah-entah makcik cik.nana ni percaya cakap Abg An yg Mama dah bomohkan dia? : ...

eloklah jauhkan diri je @cik.nana..takut pulak kebarangkalian diserang anak beranak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
fuhh! 2 hari merempit kat rmh cik nana..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 10:25 AM | Show all posts
fuhhhh best betul crite ciknana ni! feel dia lain macam.. semoga mereka kembali ke jalan yg benar.. mcm emak sy cakap org kampung ni memang cepat terpengaruh dgn perawat/bomoh segala ni..

tapi part abg an berdiri nyanyi lagu negaraku tu kelakar
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 01:34 PM | Show all posts
ninaaa replied at 20-8-2015 10:25 AM
fuhhhh best betul crite ciknana ni! feel dia lain macam.. semoga mereka kembali ke jalan yg benar..  ...

jangankan org kg, yg kat kota metropolitan pun ada...

Dlm pada mengong abg an tu..tau pulak dia hormatkan lagu negaraku ekk...siap berdiri tegak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2015 02:16 PM | Show all posts
hatikudus replied at 20-8-2015 01:34 PM
jangankan org kg, yg kat kota metropolitan pun ada...

Dlm pada mengong abg an tu..tau pulak dia ...

kannn! org kota ni pun ada yg nama ja moden tapi still percaya benda karut marut mcm ni. tak faham lah..

itulahh walaupun 'short' sikit tapi still ingat lagu negaraku.. lawak hokeh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2015 05:00 PM | Show all posts
ninaaa replied at 20-8-2015 02:16 PM
kannn! org kota ni pun ada yg nama ja moden tapi still percaya benda karut marut mcm ni. tak faham ...

Jangan kata lagu 'Negaraku', lagu negeri tempat dia bekerja pun dia menyanyi sekali. Sekali kena marah ngan adik dia. Adik dia kata lagu negeri tu tak sedap, jangan bawak masuk negeri diorang. LOL.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 02:15 AM | Show all posts
ad cerita latest tak TT???teringin nak baca lg ni..slalu baca smbil mkn kuaci..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2015 11:17 AM | Show all posts
cik.nana replied at 20-8-2015 05:00 PM
Jangan kata lagu 'Negaraku', lagu negeri tempat dia bekerja pun dia menyanyi sekali. Sekali kena m ...

Adoiii laaa lawak @cik.nana oiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2015 01:17 PM | Show all posts
cek parking cni na..

sila sambung cite lain cik.nana
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2015 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
menunggu dgn sabar citer seterusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2015 01:54 PM | Show all posts
ok nak tnye... cite 1st ciknana jd viral kt fb eik?

Lol...

yg baby pandang kipas tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2015 01:56 PM | Show all posts
sweetsour25 replied at 24-8-2015 01:54 PM
ok nak tnye... cite 1st ciknana jd viral kt fb eik?

Lol...

Ek eh, viral kat FB? Tak tau pulak ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.314165 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list